
Didik ini sebenarnya bukan mudah. Pelbagai ilmu keibubapaan yang kena tahu termasuk bagaimana mengendalikan anak mendengar kata pada masa yang sama tetap ada bonding.
Biarpun ada yang kata, ‘guna kekerasan’ atau ‘bersikap garang’ kepada anak, namun secara tersiratnya ia umpama makan diri sendiri.
Anak takut pada kita bukan penyelesaiannya. Ia menjadi ‘parut’ hingga membuatkan hubungan anak menjadi tidak mesra dan menjauh dengan ibu bapa.
Begitulah yang cuba disampaikan oleh saudara Taufiq Razif menerusi perkongsiannya terbarunya.
Katanya dia bersyukur sempat berubah sikap dalam mendidik anak-anak sebelum terlambat.
Ikuti perkongsiannya. Moga menjadi kita muhasabah diri.
Saya pun dulu sangat garang sampai anak anak takut dengan saya.
Memang kalau saya ada, anak anak jadi diam dan tak berani bersuara. Hanya dengan jelingan mata maka senyap habis satu rumah. Memang boleh rasa anak takut dengan saya walaupun mereka belum mampu berkata kata.
Tetapi bila fikir balik siapa yang rugi kalau saya jadi bapa yang ditakuti anak anak sendiri?
Bila anak kita sendiri tak berani bercakap dengan kita, agak agak nanti mereka akan bercakap dengan siapa?
Mereka akan cari orang di luar sana untuk bercakap, bersembang dan meluah rasa. Akhirnya ‘bonding’ mereka dengan orang di luar sana yang kita pun tak tahu siapa akan mengalahkan ‘bonding’ kita dengan anak anak kita.
Ubah sikap
Akhirnya siapa yang rugi? Saya juga yang rugi. Jadi saya ubah, daripada gaya parenting Authoritarian yang banyakkan gunakan kekerasan, hukuman dan ketakutan kepada gaya parenting Authoritative iaitu lebih banyak mendengar, tidak terlalu cepat menghukum dan tidak terlalu mengawal anak secara keterlaluan.
Dan subhanallah anak jadi lebih behave bila saya ubah cara dan gaya parenting saya. Anak yang suka mengamuk jadi lebih terkawal, anak yang suka menangis jadi lebih tenang, anak yang suka buat hal jadi lebih kurang perangai.
Rupanya selama ini mereka memerlukan ibubapa untuk mereka hormati, bukannya ibubapa untuk mereka takuti.
Syukur sempat berubah sebelum terlambat
Sumber: Taufiq Razif
Begini Cara Nak Bahagiakan Pasangan. Ikuti 8 Cara Amalan Rasulullah SAW Ini

PETUA 1 Kucupan Mesra
Diriwayatkan Saidatina Aisyah, bahawa ia berkata: “Rasulullah SAW pernah mencium salah seorang isteri baginda kemudian berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wudhu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
PENGAJARAN & TELADAN:
Cinta itu lebih bermakna jika dilestarikan dengan sentuhan yang membuai perasaan lantas membangkitkan rasa kasih kepada pasangan. Sementelahan hubungan kamu suami isteri adalah halal di sisi agama, maka bertindaklah dengan rasional.
Buktikan rasa kasih kamu wahai isteri dengan melakukan ritual sensual yang bukan sahaja menterjemahkan rasa sayang kepada suami, malah sebagai tanda penghargaan bahawa kamu menghargai hidup bersamanya sebagai pasangan suami isteri.
Teladanilah apa yang dilakukan Rasulullah SAW ke atas salah seorang isterinya dan masih sempat melayangkan kucupan sebelum menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Lantaran itu wahai para suami dan para isteri, luangkan sedikit masa bermanja-manja agar hubungan bertambah erat dan mesra.
PETUA 2 Membersihkan Diri Bersama Isteri
Diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah, pernah berkata: “Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana (bekas menyimpan air). Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana).” (Hadis Riwayat ‘Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).
PENGAJARAN & TELADAN:
Ritual mandi atau membersihkan diri sesama suami isteri mungkin amat janggal dan dianggap taboo dalam kalangan masyarakat kita. Namun, telah diriwayatkan bahawa ia pernah dilaksanakan dalam sejarah rumahtangga Rasulullah SAW. Ia sememangnya satu cara yang amat indah untuk suami isteri saling menghargai suasana menyucikan tubuh badan sambil mengakrabkan perasaan.
Sementelahan perhubungan suami isteri adalah perkara yang halal, maka mengapa tidak kamu dan suami saling menyapukan dan meratakan air dengan tertib, dengan cara yang elok. Lakukan sekali-sekala pada waktu-waktu yang membenarkan kamu melakukannya, misalannya pada hujung minggu yang santai, di mana kalian tidak terkejar-kejar ke pejabat dan punya waktu yang panjang untuk beristirehat.
PETUA 3 Tidur di Pangkuan Isteri
Diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah berkata: “Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran.” (Hadis riwayat ‘Abdurrazaq)
PENGAJARAN & TELADAN:
Meski diri dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk bermesra berlebihan atau berhubungan badan dengan suami, itu bukan alasan isteri menolak ‘permintaan-permintaan kecil’ suami untuk bermanja.
Mengawetkan asmara bukan terbatas kepada soal hubungan badaniah semata-mata. Ia adalah tentang perlakuan kecil lagi bersahaja. Ia melibatkan sentuhan fizikal dan kesediaan isteri untuk berkongsi kepenatan atau kelelahan suami.
Walaupun dalam keadaan tidak suci, pastikan kamu menjaga kebersihan intim dan menjaga rapi kesegaran bau tubuh, agar suami senang lagi selesa mendampingimu, sebagaimana isteri Nabi SAW Saidatina Aisyah melayan dan menjadi ‘bantalnya’ yang paling empuk dan nyaman.
PETUA 4 Hiburkan Hatinya
Rasulullah SAW dalam hadisnya pernah bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya, kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”
PENGAJARAN & TELADAN:
Sesungguhnya bukanlah satu tugas yang mudah untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai isteri. Ketaatan, keikhlasan, budi pekerti yang mulia adalah sebahagian daripada elemen yang dituntut dalam membina rumahtangga yang bahagia. Malah ganjaran pahala menanti khususnya buat para isteri yang menggembirakan dan menyenangkan hati suami. Menyediakan segala kelengkapan, pakaian, makanan dan pelbagai keperluan malah memberikan ‘layanan’ yang sempurna pasti dapat menggembirakan hatinya.
Antara cara yang paling mudah dipraktikkan termasuk senyum, tutur kata yang lemah lembut, ungkapan sayang tiga kali sehari, lakukan sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah pasti dapat awetkan asmara sesama kamu.
PETUA 5 Biarlah Rahsia
Rasulullah SAW bersabda, “Seburuk-buruk manusia di sisi Allah SWT pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka.”
PENGAJARAN & TELADAN:
Rahsia dalam kain itu adalah hak eksklusif kamu sesama suami isteri sahaja. Malah dalam Islam juga tidak mengesyorkan apa yang berlaku di kamar tidur dihebahkan kepada sesiapa kerana bimbang ia akan mendatangkan aib seolah-olah membuka pekung di dada. Biarlah apa yang berlaku itu menjadi rahsia dan simpanan untuk kamu berdua.
Jangan sekali-kali merendahkan martabat mahupun menceritakan kelemahan, apatah lagi memuji kehebatan masing-masing kepada sesiapa, walau dengan apa tujuan sekalipun. Berpeganglah kepada sabda Nabi SAW bahawa sesungguhnya, seorang lelaki yang menceritakan hubungannya dengan isteri, dan isteri yang berhubungan dengan suaminya itu menyebarkan rahsia mereka, adalah seburuk-buruk manusia di sisi Allah SWT.
PETUA 6 Memberi Wangi-wangian Pada Auratnya
Diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
PENGAJARAN & TELADAN:
Bukti cinta dan kasih antara suami isteri harus diterjemahkan dalam apa jua bentuk yang menjurus ke arah penyatuan sekali gus mengukir aura romantis dalam rumahtangga. Awetkan asmara antara suami isteri tidak terhad kepada hubungan intim semata-mata malah ia merangkumi semua aspek dalam kehidupan seharian.
Misalannya membantu pasangan ketika sedang bersiap-siap ke pejabat juga mampu awetkan asmara dan meninggalkan kenangan tersendiri dalam kisah rumahtangga kalian berdua. Teladanilah apa yang dilakukan isteri Nabi SAW ketika memakaikan wangi-wangian kepada tubuh suami tercinta.
PETUA 7 Bercantik-cantik Untuk Suami
“Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu apabila engkau memandangnya, mentaatimu apabila engkau perintahkan dan menjaga dirinya
dan hartamu apabila engkau tidak di rumah.” (Hadis Riwayat Thabrani)
PENGAJARAN & TELADAN:
Ganjaran pahala menanti para isteri jika berhias cantik-cantik untuk suami. Suami mana yang tidak sayang apabila melihat penampilan isteri terurus kala menyambut kepulangan suami di rumah. Ditambah pula dengan aroma sensual yang menyenangkan pasti bikin hati suami berbunga menguntum bahagia.
Untuk menyenangkan hati suami, maka isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di rumah, apa kata sekali-sekala kamu mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik melihatnya. Bukankah bercantik-cantik itu indah dan menyenangkan? Justeru, gunakan medium yang ada seperti majalah, internet, televisyen dan lain-lain lagi supaya kamu sentiasa peka dengan aliran trend fesyen mahupun solekan yang sesuai diterapkan dalam penampilan kamu seharian. Barulah suami bertambah sayang.
PETUA 8 Hubungan Intim
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Sekiranya kamu bersetubuh dengan isteri kamu, kamu akan mendapat pahala.”
PENGAJARAN & TELADAN:
Islam telah menjadikan hubungan intim antara suami isteri sebagai ibadat kepada Allah SWT berdasarkan manfaatnya yang besar kepada diri, masyarakat dan agama Islam. Antaranya ia dapat menjaga diri, menyambung keturunan, memakmurkan agama dan sebagainya. Maka para isteri yang budiman, usahlah menolak permintaan suami untuk bersama, melainkan kamu dalam keadaan uzur atau menghadapi masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
Namun, harus diingat hubungan intim haruslah dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab; bukan dalam keadaan marah, penat, geram, terpaksa atau tidak ikhlas.
Jika tidak berdaya lantaran fizikal dalam keadaan penat, maka adalah lebih baik kamu menolak dengan lemah-lembut, namun jadi bijak dan ciptalah kejutan untuknya pada hari berikutnya apabila kamu terasa segar dan benar-benar bersedia untuk suami. Ingat, hubungan asmara harus berlandas teras cinta, bukan untuk melampias nafsu semata- mata. Dan zuriat yang didatangkan daripada-Nya, itu adalah kurniaan Tuhan dan jangan sekali-kali kamu menyesali atau mensia-siakannya.
Sumber: www.mensive.com via EH
Anak Itu Tanggungjawab Bersama, Jangan Biar Isteri Uruskan Sendiri. Deep.


Anak itu tanggungjawab bersama, jgn biarkan isteri uruskan seorang diri…
Cuci berak, isteri…bagi mandi, isteri…pakai baju, isteri…suap makan, isteri…ajar keje sekolah, isteri…ajar mengaji, isteri…tidurkan anak, isteri…
A to Z tentang pengurusan anak, semua isteri yg buat dari dia baby sampailah anak tu besar…kita yg jadi suami, terus serah bulat2 tanggungjawab membesarkan, mendidik dan membimbing tu atas bahu isteri…
“Tgok anak jadi mcm tu sbb cara awk salah dlm membesarkan dia…”
Isteri salah sbb anak nakal…isteri salah sbb anak hyper…isteri salah sbb anak kurang pandai…isteri salah sbb anak out of control…
Then, what is your function as a dad? Where and when you need to act as a dad?
Bukan bila dia dah besar, bru kita nak marah2 dia…bukan bila dia dah besar, bru kita nak tangan2kan dia…bukan bila dia dah besar, baru kita nak dekati dia…
PERANAN AYAH
Fungsi ayah tu sejak anak dilahirkan…
Dari situ kita dah kena bersama2 isteri utk membesarkan dan menguruskan anak…
Ini tak, suruh basuh berak pun dah marah2…suruh ajar anak keje sekolah, kita kata sibuk…suruh main dgn anak, suruh layan anak, buat la sejam…pastu xtahan, xnak dah, xbleh dah, terus pass kat isteri…
Ya, kita sibuk cari rezeki…ya, kita kluar bekerja…ya, kita balik rumah dah mlm…ya, kita letih dan penat…
Tapi itu anak kita dan kita perlu utk mendidik dan membimbingnya…ianya lebih dr sekadar menyediakan kewangan dan keperluan utk anak tersebut…suami perlu bersama isteri dlm soal menjaga, membesarkan dan mendidik anak dari dia kecil sehinggalah dia besar…
Jadi suami ni, jgn hanya tahu utk buat anak, tahulah sekali utk menjaga dan menguruskan anak…
Jgn biarkan isteri uruskan seorang diri…
Kredit: Firdaus Shakirin
Tak Perlu Beli Dah, Mudah Sangat Nak Buat Kek Coklat Moist Guna Resipi Sukatan Cawan Ni!

Keenakan rasa kek coklat memang diakui ramai suka akan rasanya tanpa mengira had umur. Sekiranya anda memang kategori pencinta kek coklat bolehlah mencuba untuk hasilkan sendiri kek coklat yang moist dengan dimasak cara kukus.
Apa yang menariknya lagi melalui perkongsian resipi daripada Noriza Awang Hamat ini, bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas yang disukat menggunakan cawan. Tentu cara ini lebih memudahkan anda jika tiada penimbang di rumah. Begitu juga sekiranya tiada mesin pengadun sekali pun, itu tidak menjadi masalah kerana semua bahan ‘diadun’ menggunakan blender sahaja.
Nak lagi best buat kuih, boleh cuba Primada Smart Cooking Blender ini.
Jadi jangan tunggu lagi, jom masuk ke dapur dan sediakan kek coklat moist ini. Selamat mencuba.
Kek Coklat Moist Kukus
Cikza tak buat topping coklat..rasa nak makan macam tu je. Alhamdulillah sedap sangat-sangat kek yang lembut dan tak muak.
Resepi kek coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
Semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati tutup api ketepikan.
4 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
ketiga bahan ni diayak.
Cara masak :
- Bila sudah agak suam bahan yang dimasak tadi masukkan ke dalam blander.
- Masukkan 4 biji telur, bland sekejap kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, bland sehingga semuanya sebati.
- Panaskan pengukus terlebih dahulu.
- Loyang sapukan sedikit planta kemudian masukkan adunan kek.
- Nampak air sudah mendidih masukkan adunan kek tadi.
- Kukus selama 45 dengan menggunakan api sederhana.
*Cikza gandakan bahan, tu nampak kek besar.
Sumber : Norizah Awang Hamat vik BIKMM
ARTIKEL MENARIK: Tanpa Perlu Berbelanja Besar Pun Boleh Dapatkan Kulit Cantik, Salah Satunya Gunakan Susu!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club