Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ungkapan ini sesuai ditujukan buat lelaki yang cukup cekal dan kuat ini.
Kekurangan diri sebagai orang kelainan upaya akibat hilang kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan, namun saudara Mohd Izhar cukup tabah orangnya.
Dengan kudrat yang ada, dia bangkit untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan semata-mata. Dengan bantuan daripada pihak zakat, bekas atlit paralimpik ini berusaha mencari rezeki yang halal untuk keluarganya. Sementelah, isterinya juga merupakan seorang OKU.
Pasangan ini sama-sama pernah berniaga air soya di pasar malam dan juga pasar tani. Kisah saudara Mohd Izhar dikongsikan melalui Harian Metro beberapa hari yang lalu. malah, sebelum ini kisahnya pernah tular di media sosial.
Menurut Izhar tidak menyangka perjalanannya ke tempat kerja di Alor Setar, Kedah 28 tahun lalu kali terakhir dia merasai nikmat berjalan, sekali gus perlu memulakan hidup baru tanpa kedua-dua kaki.
“Sebelum kemalangan, hidup saya normal seperti orang lain dan boleh melakukan pelbagai pekerjaan. Saya boleh ke mana saja kaki ini bawa.
“Namun, saya perlu reda Allah SWT menarik semula pinjaman itu dan di situ bermula kehidupan saya sebagai seorang OKU dan kesusahan yang mematangkan saya biarpun tidak sempurna,” katanya lagi.
Ads
Izhar akui hidupnya berubah 180 darjah dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda, namun Allah SWT memberinya pelangi apabila dikurniakan jodoh dan tujuh anak yang tidak putus-putus membantunya meneruskan kehidupan.
“Apa yang terjadi kepada saya semua adalah dugaan yang saya mampu harungi. Cuma saya perlu bersabar dan yakin dengan rezeki Allah supaya saya tidak cepat mengeluh dan berputus asa.
“Tidak dinafikan saya pernah putus asa untuk hidup selepas kemalangan itu, namun Allah berikan saya cahaya apabila bertemu suri hati saya di bengkel kemahiran OKU di Klang dan hingga kini bahagia dengan tujuh anak yang selalu membantu,” katanya.
Izhar berkata, antara saat terindah dalam hidupnya dapat mewakili negara dalam sukan bola keranjang dan memanah pada tahun 1990-an.
Ads
Bagaimanapun, dia terpaksa melepaskan kerjaya itu untuk menumpukan perhatian kepada keluarga yang lebih memerlukan memandangkan tiada pendapatan tetap ketika itu.
“Saya minat sukan. Cukuplah saya pernah menghadiahkan pingat gangsa kepada negara dalam sukan memanah ketika Asean Games di Sintok, Kedah pada tahun 90-an.
“Namun, saya perlu lupakan semua kegembiraan sementara itu kerana perlu jalankan tanggungjawab hakiki sebagai suami dan bapa kepada tujuh anak.
“Saya percaya ini jalan yang terbaik untuk saya sehinggalah saya cuba berkecimpung dalam dunia keusahawanan sebelum saya membuka perniagaan air soya di kawasan rumah,” katanya.
Ads
Nasib tidak menyebelahi Izhar yang berasal dari Kampung Bukit Tembaga, Kedah apabila perniagaan yang dijalankan itu tidak berjaya biarpun modal yang dikeluarkan untuk membeli mesin memproses air soya sudah mencecah RM50,000.
Lebih malang, Izhar kini muflis apabila perlu membayar semula wang modal berkenaan kepada individu yang memberi pinjaman.
“Saya tiada ilmu perniagaan. Saya serahkan semua wang modal kepada individu lain untuk diuruskan. Malangnya, perniagaan gagal meraih keuntungan dan terpaksa ditutup.
“Doktor juga menasihatkan saya berehat kerana tulang makin mereput dan tidak sesuai lagi mengangkat barang berat,” katanya.
Akur dengan ketentuan itu, Izhar kini mengambil upah membaiki kasut di rumahnya dengan pendapatan kurang RM50 sehari bergantung kepada jumlah kasut yang diterima.
“Saya akui hidup saya susah, namun saya sentiasa doa kepada Allah supaya permudahkan semua urusan dan Alhamdullilah setakat ini kami sekeluarga tidak pernah berlapar,” katanya.
Sumber: harian metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi kita doa itu merupakan senjata paling ampuh,menjadi sumber kekuatan dan harapan untuk mencapai impian, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bahkan doa itu adalah suatu ibadah.
Tiada had masa untuk kita berdoa padaNya, bahkan di dalam solat sekali pun jika dihayati setiap bacaan yang diucapkan penuh dengan pengharpaan dan doa. Umpamanya cuba kita renungkan makna satu persatu bacaan saat kita sedang duduk antara dua sujud.
Malah menurut perkongsian Ustazah Asma’ Harun, beliau suka ulang-ulang bacaan tersebut walau di luar solat.
Apa sebabnya ya?
Baca perkongsian penuh daripadanya untuk lebih faham.
Ini antara doa yang saya suka ulang-ulang walaupun di luar solat. Bila tiba pada perkataan wajburni, sebak sangat rasanya, kerana Maha Baik Allah ya Barr yang sentiasa menutupi aib diri.
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, dan tutuplah aibku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berikan kesihatan padaku, serta berilah kemaafan kepadaku (atas dosa-dosa).”
Terima kasih ya Allah, kerana menetapkan kami untuk membaca doa ini setiap kali solat. Doa yang memenuhi segala yang kita perlukan dalam hidup.
Rugi sangat bila kita tak faham apa yang kita minta selama ini dalam duduk antara dua sujud ini.
Hafal dan fahamilah maksud semua bacaan solat, kita akan rasa nikmat dan manisnya solat, seolah satu ruang waktu untuk kita berdua-duaan dan mengadu pada Allah, berpisah sekejap dengan Dunia dan bertemu dengan Pemilik Dunia. Allahu Akbar.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah keluarga ini sering mencuri perhatian wargamaya. Terdahulu, percutian pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama anak-anak ke Pualau Redang mengunakan perkhidmaran menaiki helikopter meriah perhatian wargamaya.
Pada masa yang sama dipelawa pula menaiki kapal mewah daripada individu yang terkaya di Malaysia itu iaitu Tan Sri Vincent Tan.
Terbaru keluarga bahagia ini, sekali lagi mendapat pelawaan pergi bercuti daripada pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Berhad itu dengan menaiki kapal terbang mewah.
Menerusi laman sosial Instagram, Aktor Hairul Azreen berkongsi perasaan teruja bercuti bersama isterinya Hanis Zalikha serta dua orang anaknya, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah. Serta menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki buat kedua-dua anaknya.
“Bila Tan Sri call (hubungi) saya, tak sangka rezeki ini yang nak sampai. Permulaan yang baik tahun 2022. Rezeki anak-anak.”
“Perjalanan menjangkaui imaginasi. Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini.”
Tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Haji, dan bila bercakap tentang itu sudah tentu ada yang membayangkan tentang agihan daging korban yang diterima dan bolehlah nanti dimasak untuk dimakan bersama seisi keluarga.
Menyentuh tentang daging, sebenarnya ada beberapa petua yang boleh dipraktiskan sebagaimana dikongsikan oleh No Or ini di akaun fbnya.
Minggu depan wangilah bau dapur rumah kita dengan bau rendang. Macam macam menu rendang dah tersenarai ni. Tinggal lagi nak pilih je.
Sebut pasal rendang ni, tentulah ada nak guna daging kan. Hari ini Cik No nak kongsilah sikit, petua pasal nak lembutkan daging.
Petua nombor 1 ni untuk korang yang guna daging sejuk beku.
1. PETUA LEMBUTKAN DAGING YANG BEKU
– Hanya gunakan 2 periuk besar yang dibuat dari steel. Caranya :
1. Telangkupkan periuk, punggung periuk hala ke atas.
2. Letakkan ketulan daging beku itu atas punggung periuk tersebut.
3. Kemudian ambil 1 lagi periuk dan himpitkan. Dengan cara letakkannya atas daging tadi.
Insya Allah, daging akan cepat lembut dan sedia untuk dihiris.
Dah hiris tentulah nak masak pulak iye dak. Ni pun Cik No ada petua tau nak bagi daging tu cepat lembut. Okey, jom baca.
7 PETUA LEMBUTKAN DAGING DALAM MASAKAN
1. Tangkai daun betik Campurkan masakan dengan tangkai daun betik. Dipercayai cara ni dapat melembutkan daging dengan cepat.
2. Buah betik muda Kupas dan buang biji. Potong dan masukkan bersama ke dalam masakan itu.
3. Carik daun pisang Ada yang kata kena guna daun pisang Abu. Mungkin daun pisang apapun boleh kot. Caranya, carik-carikkan daun pisang dan campurkan ke dalam masakan.
4. Guna buah keras Tumbuk lumat buah keras dan di campurkan bersama masakan
5. Daun nangka Ni kalau ada pokok nangka kat belakang rumah, boleh la ambil beberapa helai dan campurkan ke dalam masakan.
6. Batang ubi kayu Ni pulak untuk orang yang ada pokok ubi kayu. Boleh potong dan bersihkan batangnya dan masukkan ke dalam masakan yang sudah mendidih.
Biarkan 10 hingga 15 minit, kemudian keluarkan batang ubi kayu tu.
7. Batang tebu Kalau ada tanam tebu kat tepi rumah, memang kena sangat dengan petua ni.
Ambil sebatang tebu, kupas kulit, potong kecil dan masukkan bersama masakan.
Haaa cukup la dulu 7 petua tu. Nanti korang boleh la cuba sendiri. Cuba pilih mana satu yang berkenan di hati dan yang mudah.