Sejak pandemik melanda negara hampir dua tahun, pelbagai aktiviti sosial agak terhad untuk dilakukan bersama keluarga dan jiran tertangga.
Sudah tentu ada yang merindui momen-momen sebelum virus paling bahaya ini menyerang dunia.
Meraikan hari jadi anak adalah antara momen yang sering diraikan oleh ibu bapa apabila tiba hari istimewa ini. Bagaimanapun halangan pandemik menyebabkan tetamu tidak dapat diundang untuk menjadikan majlis lebih meriah.
Namun itu tidak menjadi masalah buat seorang ibu ini. Bagi meraikan hari ulang tahun anak tersayang, beliau memasak hidangan, ‘tapau’ dan menghantarkan kepada jiran-jiran yang berdekatan. Menerusi facebooknya, Puan Farrah Emylia telah momen itu di grup Masak Apa Hari Ini.
Ikuti perkongsian beliau.
Rai ulang tahun anak masak untuk jiran
Nampak macam berniaga kan? Hari nie saya masak western untuk jiran tetangga sempena busday anak sulong.
Masak – tapau – bagi pada jiran-jiran
Ads
Maaf la pada Jiran-jiran kalau hobi saya nie buat anda x selesa . Maaf juga kalau anak2 asik menganggu beri Salam hari2
Semangat kejiranan beginilah yang sebenarnya perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat negara ini.
Ramai ‘berebut’ nak jadi jiran
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap wanita itu dan ramai pula ‘berebut’ nak tinggal berjiran.
Jangan tak tahu, kulit pisang banyak manfaatnya. Bukan hanya untuk kecantikan kulit. Rupa-rupanya boleh juga dijadikan baja semula jadi untuk pokok hidup dalam rumah. Lepas ni jangan terus buang, simpan kulit pisang untuk dijadikan baja.
Macam mana caranya? Mudah jer, jom baca tip yang dikongsikan oleh Huda Zainal ni.
Rendam kulit pisang 2 hari 2 malam antara tips yang Huda rajin amalkan sebulan sekali untuk baja pokok hidup dalam rumah. Cara dia semudah ABC.1. Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.
2. Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.
3. Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.
Bagusnya guna air rendaman kulit pisang sebab air ni tinggi dengan potassium. Terdapat juga kandungan nitrogen, phosphorus dan magnesium yang mampu buat pokok gembira. Jika risau kehadiran ‘fruits flies’ atau unggas, cairkan bancuhan air rendaman. 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa).
Kulit pusing yang telah direndam, boleh potong kecil-kecil dan tanam sedikit di dalam pasu berpokok. Ini pun boleh jadi baja semulajadi.
#zerowastetips
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Usai genap tujuh hari melahirkan anak kedua, penyanyi Tasha Manshahar dan suami mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat bayi lelakinya itu.
Majlis yang dibuat secara kecil-kecilan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Begitu pun itu merupakan satu momen yang cukup bermakna.
“Alhamdulillah, di hari ke-7 kelahiran putera kedua kami, dapat kami adakan majlis aqiqah dan cukur jambul dihadiri hanya keluarga terdekat siang tadi.
“Majlis serba ringkas tapi sangat bermakna Alhamdulillah,” tulisnya.
Momen majlis tersebut dimuatnaik sendiri isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi laman Instagramnya.
Menerusi entri yang sama, penyanyi lagu, Bukan Aku turut mengumumkan dia dan suami telah memutuskan untuk menamakan anaknya itu, Mateen Rizqi.
Dalam perkongsian yang sama, Tasha turut berkongsi dia dan suami memilih untuk menamakan anak kedua mereka dengan nama, Mateen Rizqi.
Begitu pun pasangan suami isteri ini masih belum mahu mendedahkan wajah penuh anak mereka itu.
“Introducing adik Muammar yang kami namakan Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib.
“Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti, menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Aamiin,” kongsinya lagi.
Jika ingin dingat-ingat, bila ye kali terkahir anda menghadiri majlis perkahwinan? Mungkin ada antaranya sudah setahun lebih tidak menerima undangan dek kerana SOP larangan mengadakan majlis perkahwinan bagi menyekat penularan Covid-19.
Sungguh lama rasanya bukan? Jadi tidak hairanlah hingga ada yang berasa teringin hendak merasai keenakan nasi kenduri.
Kalaulah dapat makan nasi minyak bergandingan pula dengan menu daging masak hitam, ayam masak merah, dalca dan acar. Kemudian ada pula air sirap ros sunquick yang sejuk sebagai pelengkap set hidangan di meja makan. Memang puas hatilah menu lauk kenduri kita. dapat makan di rumah sendiri, boleh makan bertambah ikut suka hati!
Oleh itu, apa kata hari ini anda sediakan sendiri menu istimewa nasi dan lauk pauk kenduri untuk dihidang kepada seisi keluarga. Menyediakan sendiri pastinya lebih puas hati, selain dapat tunaikan keinginan bolehlah juga kita anak beranak makan bertambah.
Resipi lengkapnya bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Nik Hanani ini.
Resipi Nasi Orang Kahwin
Daging masak hitam
Bahan-bahan:
– Daging 1 kilo
– 10 biji bawang merah + 3 biji bawang putih + 1 inci halia (blend)
– 2 batang serai (hiris)
– 4 sekawan
– lada hitam (tumbuk)
– jintan manis + jintan putih (tumbuk)
– kicap cair
– kicap pekat (yang saya buat ni tak letak sebab takde kicap pekat..tapi rasa tetap sama
– lada kering (blend)
Cara-cara:
– perap daging dengan kicap cair dan kicap pekat (kalau ada) serta lada kering. Perap 1 – 2 jam
– tumis bahan blend
– masuk 4 sekawan, serai,jintan manis, jintan putih, lada hitam. Tumis hingga pecah minyak
– masuk perapan daging. Tambah kicap cair + tambah sedikit air.
– masuk garam, gula, asam keping
– masak sehingga daging jadi lembut & kuah jadi pekat
Dalca
– rebus kacang dal hingga empuk
-potong terung, kacang panjang, carot, ubi kentang
– 10 biji bwg merah + 3 biji bwg putih + 1 inci halia (blend)
– 1 biji bwg merah besar hiris
– 1/2 inci halia hiris
– 4 sekawan
– daun kari (kalau ada)
– rempah kari daging (sy guna babas)
– santan
Cara-cara :
– Tumis bahan blend + bwg merah (hiris) + halia (hiris) + 4 sekawan + daun kari hingga naik bau..nak nampak kuah cantik, guna minyak lebih sikit masa menumis.
– masuk rempah kari + semangkuk air..tumis sehingga pecah minyak
– masuk santan..masak sehingga kuah menggelegak
– masuk carrot, kacang panjang, ubi kentang , terung
– masuk garam + gula + asam keping
– masuk kacang dal
– dah masak tutup api
Ayam masak merah
– ayam (letak kunyit garam goreng)
– 10 biji bwg merah +3 biji bwg putih + 1 inci halia (blend)
– bwg merah hiris
– lada kering (blend)
– sos cili
– sos tiram
– kicap
Cara-cara:
– tumis bahan blend + bwg merah hiris
– masuk lada kering..tumis hingga naik minyak
– masuk kicap + sos cili + sos tiram
– garam + gula
– masuk ayam & gaul
Nasi minyak
Bahan-bahan:
– 3 cawan beras basmati panjang (rendam 15 minit
– 6 biji bawang merah (hiris) + 3 biji bawang putih (hiris) + halia (hiris)
– 4 sekawan
– 2 sudu besar minyak sapi + 2 sudu besar minyak masak
– 1/2 cawan susu cair
– 3 cawan air biasa
– daun ketumbar
– kiub pati ayam
– kismis
– badam
Cara-cara
– tumis bawang merah, bawang putih, halia, 4 sekawan dengan minyak sapi
– masuk badam dan kismis
– tuang bahan tumis ke dalam beras yang di toskan
– masuk 3 cawan air + 1/2 cawan susu cair
– masuk 1 kiub pati ayam + sedikit garam
(nasik tak nak pecah, jgn kerap kacau)
– masak nasi macam biasa
– dah separuh masak masuk daun ketumbar
– dah masak nasi boleh tabur daun bawang
Acar
– timun barang (buang tengah potong panjang)
– carrot (potong panjang)
– bawang merah (hiris)
– cili merah/hijau besar (potong bulat)
– cuka
– garam gula
Cara-cara:
– gaul sebati semua bahan kat atas
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.