Kesan deodoran pada ketiak memang jelas kelihatan terutama pada baju atau kemeja putih. Kesan kekuningan yang tertinggal buat kita rasa malu bila setiap kali mengangkat tangan.
Walaupun mencuci dengan peluntur dan sabun pencuci yang hebat, kesan yang satu ini masih lagi jelas kelihatan. Warna bertompok kuning langsung tidak menunjukkan petanda bersih walaupun selepas dicuci.
Jika buntu dengan pencuci biasa, anda boleh usahakan cara menggunakan bahan dapur terpilih ini. Nampak akan hasilnya selepas dicuci dan direndam lama. Cuba ni.
Guna Cuka
Bahan-bahan:
Cuka
Air suam
Caranya:
1. Satukan cuka dan air suam.
2. Kemudian sapukan pada kawasan terkena deodoran.
3. Biarkan direndam semalaman dan esoknya bilaslah dengan air bersih.
2. Fabrik Keras
Bahan-bahan:
Fabrik keras atau stokin kaki
Sabun wangi
Ads
Caranya:
1. Gunakan kain yang keras atau timbul fabriknya, oleskan pada sabun wangi.
2. Sapu dan gosokkan pada tempat deodoran.
3. Cara lain adalah menggunakan stokin kaki yang lembut. Lakukan langkah sama.
4. Geseran dua fabrik ini mampu bertindak balas dan menanggalkan deodoran.
3. Letak Soda
Ads
Bahan-bahan:
Soda bikarbonat
Air secukupnya
Caranya:
1. Bancuh soda bikarbonat dengan sedikit air.
2. Kemudian letakkan pada kawasan deodoran.
3. Biarkan seketika selama 30 minit.
4. Bilas baju hingga bersih.
Ads
4. Perah Limau Nipis
Bahan-bahan:
Limau nipis
Caranya:
1. Perahkan limau nipis pada kawasan deodoran.
2. Biarkan seketika selama beberapa minit.
3. Kemudian letakkan sabun pencuci di atasnya dan biarkan sekejap.
4. Basuh dan bilas bersih.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bahagia bukan sekadar di mulut, kadang kala perlu juga sumber kewangan yang kukuh supaya dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
Sebagaimana yang diceritakan oleh saudara Mohd Fhais mengenai perbelanjaan rumahtangga ini.
Ikuti perkongsian ini.
Terkesima Pn. Alin Bila Saya Tunjukkan Belanjawan Suami Yang Dia Kena Tanggung Kemudian Hari.
Jumlah keseluruhan RM3234 sebulan.
Pn. Alin ni surirumah je, semua belanjawan rumah suami yang urus seorang. Suami yang sangat bertanggungjawab.
Walaupun suami cukup bertanggungjawab, surirumah tetap kena ambil tahu hal belanjawan ni.
Sebab satu hari nanti isteri juga yang kena tanggung RM3234 sendirian bila mana sesuatu yang tak di jangka menimpa diri suami.
Belanjawan ni tak akan meninggal walaupun selepas pembayarnya meninggal.
Tak ada pilihan, nak selamat memang kena menyimpan. Setiap bulan kena simpan 20 peratus dari gaji dalam tabung simpanan dan takaful.
Dua tabung ni la yang akan jadi penyelamat bila waktu kecemasan.
Menyimpan jangan di satu akaun sahaja, sebaliknya buat akaun simpanan untuk setiap orang.
Isteri satu akaun.Suami satu akaun. Setiap anak satu akaun.
Tujuannya supaya selepas meninggal semua duit tak jadi harta pusaka.
Walaupun isteri ada kad bank suami, haram hukumnya ambil duit harta pusaka orang yang dah meninggal sebelum pengagihan faraid.
Minimum kena ada simpanan sekurangnya 100,000 ribu, bergantung juga pada gaya hidup sedia ada. Jika tinggi gaya hidup maka jumlah yang diperlukan tinggi lagi la.
TIP INI MESTI TAHU
Bagaimana nak simpan 100,000 ribu dalam masa yang singkat?
Ini persoalannya.
Cara tradisional simpan 100,000
1 – Sebulan simpan 100 dalam FD.
2 – Setahun ada 1200 dalam FD.
3 – Interest FD Maybank 12 bulan 3.05%
1200 + 3.05% = 1236.6
4 – Genap 80 tahun simpan baru dapat 100,000ribu.
5 – Simpanan akan di agih mengikut faraid.
Manakala, menyimpan cara takaful lebih efektif
1 – Sebulan simpan 100rgt dalam takaful.
2 – 24 jam sudah ada tabung 100,000ribu tersedia
3 – Ini bukan loan, dapat cash 100,000ribu tapi lebih kepada geran perjanjian dana terjamin
4 – Berlaku kematian atau sakit kritikal 100,000ribu cash akan di beri pada penama walaupun simpan baru 100rgt.
5 – Simpanan akan di agih secara hibah.
Dua-dua cara ni sama objektif untuk bina tabung kecemasan 100,000ribu.
Apa yang beza cuma tempoh menyimpan. Kalay simpan cara tradisional ambil masa 80 tahun, menyimpan cara takaful ambil masa 24 jam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sayur kangkung antara yang digemari dijadikan juadah sajian buat keluarga. Masakan seperti sayur goreng belacan atau sayur tumis menjadi pilihan.
Biarpun nampak senang untuk tanam sayur ini tetapi jika salah cara, ia tidak merimbun. Ini ada cara yang boleh dipraktikkan.
___________________________________
Kami panggil Kangkung Paya. Atau kangkung kampung.
Tumbuh liar kat paya or mana-mana dalam hutan. Selalunya orang kat pasar tani jual seikat 2 ringgit.
Tapi dek kerana asyik beli je tiap minggu. Sebab sayur faveret atuk. Tim cubalah tanam. Kihkih. Jimat lah beberapa ringgit seminggu. Kalau setahun banyak gak jadinya.
Lagipun tak payah tunggu pasar tani dah. Anytime nak makan pun boleh petik gak. Setakat nak goreng mihun ambil sikit dah okay sangat.
Ada 2 jenis macam dalam gambar. Cara tanam dia pun senang.
1. Masa beli tu, sila ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk kat atas sekali dan batang dia. Ada pucuk pokok akan cepat tumbuh. Kalau terpotong pucuk dia pun takpe. No worries.
2. Rendam kejap 2/3 hari kasi akar keluar. Kadang Tim rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam. Kahkah.
3. Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos. Atau takde pasir pun takpe sebab kangkung nak air banyak.
4. Boleh juga tanam dalam air bertakung. Tim buat macam no 3 cuma tak tebuk lubang. Kiranya ada sepasu ada lubang. Ada sepasu lagi takde lubang. Cuma Tim rasa pasu yang ada lubang pokok dia lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.
5. Tanam di tempat redup untuk 2 minggu. Kemudian pindahkan ke tempat panas . Tengok daun dia lecur ke tak bila kena panas. Kalau cam layu or lecur pindah balik tempat redup.
6. Boleh dah tuai lepas 4 minggu. Kemudian tuai lagi lepas 2 minggu. Atau tuai bebila nak. Batang pucuk yang potong tu boleh ditanam semula.
Kalau nak sentiasa banyak stok, tanam lah banyak-banyak. Tim pun nak tanam lagi beberapa pasu. Supaya stok sentiasa banyak.
Rujuk gambar
Selamat mencuba!
Kredit: Fatimah Naamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pesanan hidup baik-baik sering ditujukan buat mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Apabila keputusan dibuat untuk hidup bersama di bawah satu bumbung bernama rumah tangga, maka segala baik buruk mahupun kekurangan pasangan harus diterima.
Justeru, kesabaran penting dalam melayari alam rumah tangga. Jangan hanya mahu mengikut kepala sendiri sahaja sehingga mengabaikan pandangan orang di sebelah. Yang lebih penting lagi kena saling bekerjsama, bertoleransi dan mempercayai satu sama lain.
Perkongsian ini mungkin nampak biasa tapi banyak manfaat untuk mereka yang bergelar suami isteri:
Alhamdulillah, baru saja selesai berurut perbetul urat dengan bidan lama.
Biasalah, orang tua suka bercerita. Lagi-lagi bab pernikahan. Banyak yang bidan atau lebih mesra di panggil CikNah tu kongsi.
“Cerai mati ni tak sama dengan cerai hidup. Kita akan teringat-ingat apa yang dia duk pesan kat kita”.
“Dulu pakcik kerja hantar pokok-pokok mangga pi sampai johor nu. Kadang seminggu baru balik. Bila dia kat rumah, dia takmau keluaq dah. Kalau nak ke kedai minum-minum pun, dia ajak makcik”.
“Pakcik suka pi masjid. Makcik dah sediakan satu almari baju dia pakai pi masjid. Hari jumaat pakai jubah. Makcik gosok siap dah semua. Tinggal nak pakai saja”.
“makcik akan ingat waktu dia nak pi masjid. Lepas subuh, makcik sedia sarapan. Pukul 11.30 tengah hari, makcik siap hidang makanan. Jam 2 petang, buat air untuk pakcik minum. Pukul 4 buat cucuq pulak.”
“Dulu, kalau makcik buat salah, pakcik takkan tegur terus depan-depan makcik. Dia biar dua tiga hari dulu. Lepas tu, dia panggil makcik pelan-pelan, dia akan tanya. Nah, dua hari lepas, Nah ingat tak Nah buat salah apa?”
“Ha, makcik mengakulah makcik buat silap. Makcik minta maaf kat dia. Takat tu ja. Tak dak mengungkit apa.”
“Pakcik ada pesan, wasap dan mesej tu atas diri kita. Kita yang buat jadi elok atau tak elok. Berpada-pada lah”.
Tekun aten dengar cerita makcik. Seronok. Tapi part ni lagi seronok.
“Tu kalau makcik buat salah, dia tegur. Kalau makcik tengah marah duk bising, pakcik hang lari! Dia cakap ‘haa mula dah. Awai hang mula hari ni.’ Lepas tu terus lari pi duduk bawah pokok mempelam.” ujar makcik sambil ketawa. Luculah pakcik, sempat lari lagi.
Dalam duk ketawa, makcik Nah pesan kat aten.
“Kita suami isteri ni kena ada mesyuarat. Dulu, waktu malam anak dah tidur, pakcik akan panggil makcik. Dia tanya apa yang makcik tak suka, atau apa yang dia tak suka pada makcik. Kita nak bagi bersih hati, takmau ada yang duk lekat dalam”.
“Lepas tu, jaga yang wajib. Solat dan baca alquran jangan lupa sebab itulah yang jadi pendinding utama rumah tangga kita”.
“Cuba cari ilmu agama. Solat berjemaah. Bila sama-sama buat, baru ada sepakat. Itu yang mengharmonikan rumah tangga kita”.
Alhamdulillah, seronok dengar CikNah cerita. Pesan orang lama ni berhikmah. Walaupun hidup sekarang mengikut arus moden, namun pesanan orang tua ni tetap tak lapuk dek zaman.
Banyak lagi sebenarnya yang kita kena belajar. Pesanan atas ni baru sebahagian saja. Perjalanan rumah tangga kita masih jauh.
Jom sama-sama kita berusaha membina rumah tangga yang Allah suka, Allah redha. Moga keluarga yang kita bina di dunia ini, berkekalan hingga ke syurga nanti. Amin ya rabb!
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...