Kain bercorak yang pertama kali dicuci kadang kala ada yang turun warnanya. Bila terjadi, terasa sayang pula, maklumlah belum lagi dipakai atau baru sekali dua baru dipakai dan kainnya masih elok tapi luntur warna.
Jadi apa perlu dibuat?
Selain menggunakan bahan peluntur, anda juga boleh lalukan seperti yang dikongsikan oleh Faryna Mohd Khalis dan bolehlah mencuba teknik menghilangkan kesan warna yang luntur dengan cara yang lebih alami.
Ini perkongsiannya.
Colour corak batik seluruh kain menurun. Rase macam nak nangis dan down jap! Baru beli kot, tak jadi baju lagi. Alhamdulillah berjaya hilangkan tompok-tompok tu hasil perkongsian ilmu warga net.
Ads
Yang best, tak effect pon corak dan warna batik asal, masih elok remain cantik. So saya share siket ilmu ni.
Ads
Bahan :-
Lemon dan sabun serbuk siket + air panas + air paip siket je. ( btw saya punye ni kain cotton, kalau material lain or nipis saya tak sure sesuai ke tak rendam dengan air panas).
“Berat memandang berat lagi bahu yang memikul.” Ungkapan yang biasa ditujukan kepada golongan yang menghadapi kesusahan hidup.
Namun barangkali, ungkapan ini boleh juga ditujukan kepada anak-anak sekolah yang menghadapi masalah beban beg sekolah yang berat.
Malah daripada tinjauan komen mendapati, segelintir ibu bapa tidak berpuas hati dan risau beban beg yang melampau memberi kesan kepada anak mereka.
Malah ada yang mendakwa bahu menjadi sakit, belakang badan yang membongkok, tekan emosi dan sebagainya. Lebih mengejutkan ada yang berkongsi berat beg anak sekolah hingga 8kg.
Bagaimanapun isu mengenai beban beg ini sudah lama diperkatakan sebelum ini, Namun baru-baru ini seorang guru kembali menguarakan mengenai isu ini. Bimbang dan simpati kepada nasib generasi muda ini yang semakin dibebani dengan beg yang berat serta subjek yang padat.
Menerusi posting guru, Mohd Fadli Salleh di facebook miliknya, beliau berkongsi coretan mengenai isu ini. Perkongsian beliau mendapat resopon yang positif daripada netizen. Pada masa yang sama beliau berharap netizen menyokong usahanya itu.
Seorang guru Matematik ajar tajuk Jisim dalam kelas. Maka dibawa alat penimbang dan timbang beg murid.
Dapat purata berat beg murid Tahun 2 sekitar 5kg. Paling berat 8.3kg.
Bila aku tulis isu beg berat, ada yang sinis komen,
“Manja la generasi sekarang. Patut lembik. Kami dulu bawa beg tak ada komplen pun. Jangan manjakan sangat”.
Manja? Kemon beb. Ni isu kesihatan anak-anak kita. Banyak dah yang terkena. Harap tak kena pada anak kau lah.
Lagi satu nak cakap, tak boleh buat perbandingan dengan zaman dulu. Dulu 7-8 subjek je. Sekarang 12-15 subjek.
Dulu hanya buku teks dan buku tulis. Sekarang buku teks, buku aktiviti (sama besar buku teks), buku tulis, buku rujukan/latihan tambahan. Hampir subjek pula ada 2 jilid buku.
Jadi perbandingan tu tak kena. Dan paling penting, jelas subjek kita terlalu banyak, silibus terlalu tinggi, dan berat beg boleh membahayakan kesihatan anak-anak kita.
Sesuatu perlu dilakukan. Bukan beri alasan manja dan seumpamanya. Ia langsung tak membantu apa-apa.
Netizen sokong
Tinjuan mendapati netizen turut berkongsi pengalaman yang sama
Ada orang tag saya kat gambar anak kawan dia di UK pergi sekolah. Kecik je beg. Yang besar tu bekal makanan.
“Orang kata ini ujian, tetapi saya kata ini adalah cabaran dan gurauan Allah kepada saya… kenapa kata gurauan, kerana kita hanya bergurau dengan orang yang kita sayang… bila anggap ujian ini sebagai gurauan kita akan rasa Allah sayangkan kita.”
Itu kata-kata yang dilontarkan oleh Masitah Mohd Afandy, 32, yang diduga hilang penglihatan akibat kemalangan yang berlaku lebih sebulan lalu.
Kecacatan kekal itu mendorong Masitah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NM Aircond Sdn Bhd lebih bersemangat memberikan motivasi kepada orang lain dan tidak patah semangat walaupun ujian yang dihadapi amat besar.
“Saya tak anggap ujian ini sebagai bala atau musibah tetapi hadiah daripada Allah SWT dan tanda sayangNya dengan cara yang berbeza,” kata usahawan, Masitah Mohd Affandy.
Dahulunya wanita ini normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu iaitu dua hari sebelum Ramadan yang mengorbankan seorang pekerjanya.
“Ketika baru kemalangan dan mengetahui seorang pekerja saya meninggal dunia akibat kemalangan itu saya ada beritahu kepada suami bahawa Allah lebih sayangkan Mok. Disebabkan itulah Allah ambil dia.
“Namun dalam hati saya ada cakap, mungkin Allah tak sayangkan saya tu sebab dia tak nak ambil saya, namun belum sempat saya rasa sedih suami terus kata yang memang betul Allah sayangkan Mok namun Allah sayangkan saya dengan cara berbeza dan ia menjadi sumber positif saya sehingga sekarang.
Aura positifnya dapat dilihat menerusi perkongsian video di TikTok dengan rata-rata netizen kagum dan memuji Masitah yang nampak tenang walaupun selepas berdepan ujian hebat.
Mengimbas detik hitam itu, Masitah berkata, kemalangan berlaku ketika dia menaiki kereta dipandu oleh kakitangannya dan suaminya, Nik Nazri Abidin, 36, tiada bersama kerana ada urusan di Batu Pahat, Johor.
“Kejadian berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam, Selangor ke Johor Bahru, Johor selepas kereta dinaiki saya hilang kawalan sebelum terbabas ke lori di laluan bersebelahan.
“Saya sedar selepas kemalangan cuma serta merta buta dan berulang kali tanya kepada kakitangan apa yang berlaku.
“Di hospital, doktor beritahu suami ada kebarangkalian untuk saya melihat tetapi 20 peratus saja dan peratusan semakin menurun hingga disahkan buta sepenuhnya.
“Selepas dapat tahu, saya beritahu suami yang saya okay saja, malah selama 24 hari di wad, hanya 12 hari saja saya berehat.
“Selebihnya, saya buat kerja macam biasa walaupun tak berada di pejabat.”
Masitah mengakui sedih dengan apa yang berlaku namun menganggap ia bukan pengakhiran buatnya, malah bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus hidup.
“Tipu kalau saya katakan tak sedih langsung namun hidup perlu diteruskan dan saya percaya Allah SWT tak ambil nyawa saya kerana ada tugas besar menanti buat saya di hadapan.
“Ikutkan, saya memang tak dapat dibantu kerana masalah membabitkan saraf mata jadi saya reda dan selepas buta, saya pernah mimpi dapat melihat tetapi anggap ia rezeki yang Allah SWT beri walaupun bukan dalam dunia nyata.
“Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi malah dia kini yang memasak dan buat kerja rumah jadi saya berdoa semoga Allah beri ganjaran baik buatnya,” katanya.
Bagaimanapun Masitah berkata, sekiranya masih ada rasa sedih itu dalam dirinya, beliau tidak akan membiarkan ia berlarutan.
“Orang terdekat amat mengenali saya dan saya adalah seorang yang susah nak rasa sedih.
“Kalau ada pun, saya akan lihat kembali tujuan dan impian saya antaranya saya mahu beri manfaat kepada orang ramai jadi kalau saya ‘down’ saya akan tanya balik diri saya.
“Saya juga akan hadkan masa sedih itu, beri masa kepada diri saya berapa minit atau berapa jam boleh bersedih. Sebab saya rasa berapa jam yang saya ada untuk bersedih itu sebenarnya banyak orang yang boleh saya bantu dan beri manfaat kepada mereka.
“Saya juga tidak akan tenggelam dalam fasa ‘down’ itu terlalu lama,” katanya.
Dalam pada itu, Masitah menasihatkan orang ramai supaya mencari setiap hikmah dalam cabaran diberikan Allah.
“Kalau kita sentiasa mencari hikmah atau mencipta hikmah dalam perspektif positif, insya-Allah kita akan lebih kuat menghadapi kehidupan serta bersyukur atas segala nikmat diberikan.
“Sebab kadang-kadang apa kita rasa itu seronok namun ia bukanlah terbaik untuk kita namun yang kita tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Nik Nazri berkata, apa yang berlaku tidak mengubah perasaan cintanya terhadap isteri malah menambah rasa sayang.
“Kehidupan perlu diteruskan dan saya tak pernah terlintas untuk cari wanita lain hanya kerana keadaannya (isteri) begitu atau putus asa.
“Bagi saya, dia (isteri) masih orang yang sama, tiada kekurangan pun cuma tak dapat melihat, itu saja.
“Jadi, biar saya menjaganya dan memang itu yang dilakukan daripada awal dia bangun hingga tidur,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bertuah sang isteri dikurniakan suami yang ringan tulang, tak merungut apabila diminta sama-sama menguruskan rumah tangga. Itulah yang amat didambakan kaum isteri lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja.
Malah lebih bertuah lagi dikurniakan suami yang kreatif dan rajin dalam bab menghias rumah.
Demikian yang dikongsikan oleh Rah Mat menerusi laman facebooknya. Si suami cukup bijak membuat sendiri table top. Cukup mudah, cepat dan yang penting menjimatkan kos.
Projek table top, permintaan isteri..
sebelum ni survey harga table top, harga tak kurang dari beribu..ambil keputusan buat sendiri. Hasilnya, diluar jangkaan, kukuh dan tegap , tak goyang. Biarpun tak secantik seperti yg ditempah, tapi kepuasaan dan penjimatan sangat berbaloi.
modal tak sampai rm100 utk kayu + papan+ skru+paku+L bracket, siap dlm 10jam. Esok nak sambung sikit lagi, tampal sticker vinyl.
*Batu marmar hitam tu ambil kat tapak buangan bahan construction.
* Harga rm100 tu tidak termasuk sinki jenis stainless steel 304.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di