Menurunkan berat badan secara alami mungkin mengambil masa tetapi hasilnya cukup menakjubkan dan yang penting selamat dari sebarang implikasi.
Bagi ibu-ibu yang nak singkirkan lemak-lemak dalam badan yang cukup degil, apa kata cuba resipi detox yang dikongsikan oleh Zamira Mohammad Ali.
Selain membuang lemak, kaedah ini juga membantu untuk anda yang mempunyai masalah pencernaan selain mendapatkan kulit yang glowing supaya awet muda.
Caranya cukup ringkas, dan bahannya juga mudah didapati. Malah, resipi ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang tengah hamil sebagai suplemen tambahan.
Jom baca ini, semoga bermanfaat untuk semua.
Nak rasa kenyang berpanjangan? ~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji betik? ~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari? ~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5 series tanpa botox? ~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macam kanak – kanak ribena? ~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh libas – libas macam model? ~ Nak kurus baju saiz S?
Boleh cuba resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu sarapan pun hokkay.
Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy.
Bahan-bahan
Ads
Chia Seed
Kurma
Cara membuat:
Resepi ni buat malam tau. Sebelum tidur. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla.
Ads
Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat yusof taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak tau. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha kurma ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.
Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ada di dalam resipi ini.
Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali dengan biji kurma tu. Jangan buang pula.
Ads
Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Saya sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.
Kacau bagi rata chia seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.
Saat memberikan peringatan dan nasihat pada anak-anak, diri kita sebagai ibu ayah begitu mudah mengucapkannya. Semuanya demi kabaikan anak-anak yang kita sayangi.
Pun begitu, jangan terlupa bahawa diri kita juga perlu sering diingatkan. Dan di sini dikongsikan beberapa pesanan buat ingatan bersama.
Pesan buat diri
1. Jika kita seorang ibu atau ayah, kena selalu pesan pada diri, jangan cepat terasa dengan anak-anak.
2. Sejak kecil kita jaga, tatang mereka dengan penuh kasih sayang, beri segala keperluan dan korban segala kemahuan. Kita buat kerana Allah. Kelak jangan kita ungkit, jangan cakap anak tak kenang budi, anak tak pandai hargai, anak menyusahkan…Jangan sekali kita ungkit, takut lebur segala amal baik yang telah kita tabung sekian lama.
3. Jika kita kerap diuji dengan perangai anak-anak.. Minta dengan Allah ” Ya Allah.. Bimbinglah aku menjadi ibu ayah yang baik” Menangislah semahunya pada Allah kerana hanya DIA yang selayaknya mendengar rintihan kita.
4. Cinta dan kasih sayang ini sifatnya memberi bukan menerima, jika kita mencintai dan menyayangi anak sepenuh hati, belum tentu mereka dapat mencintai dan menyayangi kita dengan cara yang sama. Jadi doalah pada Allah ” Ya Allah sayangilah diriku sebanyak mana kasih dan sayang seorang ibu kepada anaknya.. Jagalah diriku ketika tua sebagaimana seorang ibu menatang penuh anaknya ketika kecil” Pasti Allah akan datangkan seseorang untuk menyayangi dan menjaga kita.
5. Allah uji kita dengan anak yang nakal, degil, tak solat, kuat melawan bukan asbab dosa kita… Bukan.. Allah itu maha pengasih dan penyayang.. kadang didatangkan ujian dari seorang anak kerana Dia mahu kita menjadi seorang ibu yang matang, seorang ayah yang sanggup berkorban.
Mahalnya syurga, nilainya sebuah kesabaran.
Sumber : Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum sedia maklum bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan seorang yang sangat berjiwa rakyat.
Sesuai dengan ungkapan Pepatah Melayu ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’ benar-benar menggambarkan Anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini merupakan putera yang berjiwa rakyat seperti ayahanda dan bonda baginda.
Baginda begitu mesra dan dekat dengan rakyat menjadikan baginda seorang Putera Mahkota yang sangat disayangi dan disenangi masyarakat.
Tengku Hassanal yang kini berusia 25 tahun telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019 dan kini juga menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Baru-baru ini, Tengku Hassanal menerusi instagram memuat naik sekeping gambar baginda sedang duduk di sebuah gerai air kelapa di tepi jalan.
“Kalau Awak Singgah FELDA Bukit Goh, jangan Lupa beli air kelapa dekat sini. Pakcik ni selalu pakai Tanjak,” tulis baginda pada kapsyen gambar berkenaan.
As salamu a’laikum doktor. Anak saya berumur 5tahun, mula-mula ada kelenjar yang membengkak di leher anak saya, kelenjar tu tidak pernah susut tapi sekarang ini semakin banyak pula kelenjar yang tumbuh. Yang terbaru terdapat kelenjar di celah-celah kelengkangnya. Saya sudah bawa dia berjumpa doktor di hospital & sedang menunggu untuk berjumpa pakar 2 minggu lagi. Ujian darah juga sudah diambil. Sekarang ini saya risau sebab kelenjar tu semakin banyak. Boleh ke saya tunggu sehingga dua minggu lagi untuk berjumpa pakar. Bagaimana dengan status kelenjar ini, membahayakan atau tidak… Terima kasih.
.
Waalaikumussalam. Saya bersimpati dengan puan dan juga bimbang dengan keadaan anak puan. Saya doakan agar anak puan diberikan kekuatan oleh ALLAH agar terus berada dalam keadaan sihat. Cuma saya agak bertanya-tanya adakah anak puan pernah mengalami demam ketika bengkakan kelenjar terjadi? Bagaimana dengan keadaan anak puan, adakah beliau kelihatan lemah dan tidak berselera untuk makan?
.
Untuk pengetahuan puan, bengkakan kelenjar selalu berlaku apabila saiz kelenjar pada leher, ketiak dan kelengkang lebih besar berbandingkan dengan kelenjar di sebelah yang satu lagi. Sebagai contoh kelenjar di kelengkang sebelah kanan dapat dirasakan dengan jelas jika dibandingkan dengan kelenjar di sebelah kiri yang agak lebih kecil.
.
Kelenjar berfungsi sebagai ‘penapis’ bagi jangkitan kuman bakteria dan virus bagi menghalang kemasukkan kuman-kuman ke dalam tubuh. Jadi perjalanan kuman dapat dihentikan setakat itu saja, apabila kelenjar membesar. Ia ibarat pusat pemeriksaan polis di sekatan jalanraya untuk ‘menapis’ dan menahan penjenayah yang merbahaya kepada negara. Kelenjar pada leher bertugas menapis kuman dalam saluran lymphatic pada bahagian leher dan kepala sementara kelenjar di kelengkang akan menapis kuman pada bahagian kaki dan bahagian bawah abdomen.
.
Contohnya jika seorang kanak-kanak mengalami jangkitan kuman pada tekak, tonsillitis, maka terdapat banyak bengkakan kelenjar di sekitar leher. Saiz kelenjar yang normal normal adalah kurang ½ inci atau 12 mm iaitu saiz sebiji kacang merah. Kelenjar yang membengkak di kalangan kanak-kanak, tidak bermakna mereka dalam keadaan sakit atau tidak sihat.
.
Jadi bengkakan kelenjar boleh jadi tidak merbahaya atau ia juga boleh menjadi satu petanda penyakit yang lebih bahaya, seperti kanser dan leukemia. Bagi kes-kes yang tidak merbahaya, bengkakan kelenjar boleh saja disebabkan apabila kanak-kanak itu mengalami kelenjar apabila mengalami luka, lelasan (scratches), sengatan semut dan pelbagai sebab lagi yang melibatkan kulit.
.
Bengkakan kelenjar ini boleh membengkak sehingga beberapa sentimeter diameter ketika berlakunya jangkitan kuman. Ia terus membengkak berterusan sehingga sebulan setelah jangkitan kuman dipulihkan. Bengkakan kelenjar disebabkan oleh virus selalunya berukur antara ½ hingga 1 inci atau 12–25 mm. Sementara bengkakan kelenjar yang disebabkan oleh bakteria membesar melebihi 1 inci atau 25 mm. Namun begitu, ukuran ini tidak semestinya betul setiap masa. Doktor yang memeriksa akan memberikan diagnosa sama ada kelenjar itu merbahaya atau tidak.
.
Kelenjar pada bahagian leher selalu lebih mudah membengkak berbanding dengan kelenjar di bahagian lain kerana mudah mendapat jangkitan pada saluran pernafasan, terutama kanak-kanak. Bengkakan kelenjar tidak berjangkit dan merbahaya kepada orang di sekeliling, tetapi penyakit berjangkit yang menyebabkan bengkakan itu yang boleh merebak dan menyebabkan bengkakan kelenjar pada orang lain.
.
Oleh itu begitu boleh membawa anak untuk pemeriksaan doktor jika :
.
1. Tidak pasti punca bengkakan kelenjar
2. Saiz kelenjar membesar melebihi 3cm
3. Kelenjar itu mengganggu pernafasan dan sukar menelan makanan
4. Rasa sakit apabila kenjar yang bengkak itu dipegang
5. Kanak-kanak itu kelihatan tidak sihat dan tidak aktif
6. Bengkakan kelenjar bersama dengan demam yang tinggi, melebihi 104° F (40° C) dan tidak pulih setelah dua hari diberikan ubat demam.
7. Bengkakan kelenjar telah menjadi bisul dan bernanah.
Lakukan pemeriksaan lanjut
.
Doktor selalunya akan melakukan pemeriksaan darah dan mengambil contoh tisu kelenjar yang bengkak itu dengan cara fine needle aspiration atau tru-cut biopsy supaya contoh tisu itu dapat dikaji bagi menentukan sama ada bengkakan kelenjar itu disebabkan oleh penyakit yang lebih merbahaya atau tidak.
.
Rawatan yang akan diberikan bergantung kepada punca bengkakan kelenjar itu. Jika ia disebabkan oleh kuman bakteria, doctor akan memberikan rawatan antibiotic. Jika ia hanya jangkitan virus, maka rawatan antibiotic tidak diperlukan. Ada kalanya bengkakan kelenjar ini akan hilang sendiri, kerana antibodi dalam tubuh kita berjaya membunuh kuman secara berkesan.
.
Dalam keadaan lain pula, kelenjar boleh dijangkiti kuman dan menyebabkan ia membesar, menjadi sakit, merah dan menjadi nanah. Dalam hal ini perlu rawatan antibiotic dan nanah harus dikeluarkan. Bagi kelenjar yang disebabkan oleh kanser, leukemia atau lymphoma, rawatan yang lebih agresif akan diberikan.
-Rujukan: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di