Cabaran hidup masa kini boleh dikatakan memang hebat dan andai seseorang itu gagal mengurus emosi, bimbang akan menyebabkan stress berpanjangan dan akhirnya memudaratkan diri sendiri.
Mengelakkan semua yang tidak diingini terjadi pada diri kesan akibat daripada stress melampau yang dirasai, wajar untuk kita mencari solusi untuk melegakan bebanan difikiran dengan menjalani kehidupan berkeluarga yang menenangkan.
Soalnya, bagaimana caranya?
Sekiranya tidak tahu cara untuk membuatkan diri berasa tenang, di sini dikongsikan perkara perlu buat sebagaimana yang diamalkan oleh Siti Aminah Sulaiman ini. Jom semak.
Wajib buat 4 perkara ni jika rasa ada tanda stress melampau pada diri. Kalau yang ada depression, anxiety ,panic attack tu SANGAT digalakkan cuba tips ni
Izinkan saya berkongsi sedikit amalan saya :
1) ZIKIR PAGI
Setiap hari Rasulullah saw akan menghidupkan pagi Baginda dengan memuji zat Allah. Kompilasi zikir pagi yang Rasulullah baca ada dalam Hisnul Muslim (boleh Google untuk download)
Jangan hanya baca saja tapi fahamkan makna dia sekali. Ada beza dari segi emosi bila baca tak faham dengan baca berserta kefahaman. Dicadangkan lepas solat subuh terus baca zikir ni. Tak banyak pun, dalam 15 minit siap!
Ads
Banyaknya content zikir ni ialah pujian pada Allah,janji kita tidak syirik padaNya dan mohon petunjuk dalam menghadapi hari yang baru.
2) JALAN BAWAH MATAHARI
Keluar dari rumah.. buat aktiviti luar rumah walaupun simple seperti menyapu. Matahari pagi ni banyak manfaat especially untuk stimulate hormon kortisol dan serotonin.
Serotonin juga dipanggil “happy” hormone. Amazing, subhanaAllah.
Allah juga bersumpah demi waktu Dhuha (matahari naik) menunjukkan betapa significant waktu ni. Boleh cabut kasut jalan atas tanah untuk grounding. Tapi tak payah la nak meditasi bagai atau beryoga pulak.
Ads
Sebab Allah dah beri solusi pada kita melalui syariat agama islam ni, jangan tiru agama lain
3) SOLAT DHUHA
Kan ada solat Dhuha..buat apa nak beryoga. Rasulullah saw dalam sebuah hadith sohih riwayat Muslim mengatakan bahawa solat Dhuha merupakan sedekah kita pada sendi-sendi tubuh.
Tubuh kita sangat memerlukan ‘sedekah’ ini. Pasti ada banyak manfaat kesihatan jika dikaji dengan mendalam. Jangan kita letak niat bersolat dhuha kerana hajat duniawi seperti tarik rezeki atau senang close deal dengan customer. Tetapi ikhlaskan hati bila bersolat kerana Allah.
Moga dengan niat ikhlas kita mahukan cinta Allah, Dia beri kita kesembuhan pada sakit emosi yang kita tanggung
4) BELAJAR FAHAM QURAN & AMAL
Ads
Ramai yang menderita sakit emosi selalu beritahu awal-awal supaya jangan nasihatkan mereka solat atau mengaji kerana mereka dah buat semua ni.
Saya nak minta kita upgrade bukan hanya setakat baca Quran tapi BELAJAR untuk faham Quran. Fahamkan satu persatu ayat Quran yang kita baca, belajar makna linguistic dia.
Kerana terjemahan bahasa Melayu tak cukup untuk beri gambaran maksud ayat Allah. Ayat Allah terlalu indah dan tak mampu untuk diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Belajar dari guru Al Quran yang bertauliah.
Pengalaman saya pernah hampir mengalami depressi satu ketika dulu,kemudian seorang sahabat saya anjurkan saya belajar fahamkan Surah Al Kauthar..
Bila saya belajar dengan mendalam sirah turun surah ni dan tafsir,hilang segala tekanan yang saya alami. Seolah Allah angkat ke langit semua beban hati. Benarlah Al Quran sebagai penawar buat mereka yang ingin percaya kepada ayatNya.
Kalau kelas bisnes kita sanggup melabur beribu untuk belajar skil berniaga, pada saya kita patut juga melabur masa dan wang untuk faham mukijizat yang berupa Al Quran ni. Beza sangat bila baca faham dengan tak faham.
Semoga Allah jadikan Al Quran penawar bagi setiap sakit yang kita hadapi dan jalan kembali kita semula padaNya.
Menanam keledek jenis vineless (non-menjalar) satu kepuasan kerana hanya perlukan ruang terhad. Pokok keledek non-menjalar ni senang urus dan tak perlu nak bekerja untuk urus batang yang menjalar jauh.
Jadi, kalau nak cuba tanam sendiri, boleh praktikkan cara yang mudah ini. Yang penting hasilnya memang membuatkan anda tersenyum lebar. Jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh Jusery Jausin.
Guna plastik ker atau apa-apa bekas bersesuaian. saya menggunakan plastik tong sampah (eco friendly plastic bag) tu. Walaupun ianya nipis dan mudah reput (reput selepas setahun) tetapi keledek vineless ni selesa dan tumbuh dgn baik.
Hasilnya juga tidak mengecewakan. Hanya menanam 9 plastik secara bertingkat mampu dapat ubi keledek yang banyak (lihat gambar).
Kepada mereka yg minat menanam keledek vineless cara menentang arus perdana (kelainan) boleh jadikan ini sebagai inspirasi mana tahu idea korang lagi power untuk menghiasi laman rumah anda dengan pokok keledek.
Nak tahu, kangkung ni sebenarnya cukup mudah ditanam dan mudah subur. Dalam botol pun dah boleh hidup subur asalkan kena dengan cara urus dari segi penggunaan baja dan juga serangan serangga perosak.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Daripada sekadar suka-suka masak dan memuat naik ke yioutube, siapa sangka pasangan ini meraih perhatian. Sugu Pavithra berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum melalui perkongsian video memasak pelbagai menu dan bertutur dalam bahasa Melayu di YouTube.
Terbaru, Sugu menerima hadiah yang tidak disangka-sangka oleh Perdana Menteri . Dalam satu perkongsian, Sugu dikatakan menerima kad ucapan dan tripod hadiah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sangat gembira kerana kami tidak menyangka dapat hadiah daripada pemimpin negara,” kata pasangan suami isteri yang menjadi viral di media sosial dengan video masakan mereka menerusi YouTube.
S Pavithra, 28, ketika dihubungi berkata, dia bersama suaminya M Sugu, 29, dikejutkan dengan bungkusan hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diterima baru-baru ini.
“Tiba-tiba (hadiah) datang, saya pada mulanya tidak percaya, pada kad pula tiada tandatangan jadi saya fikir mungkin bukan dari PM dan dihantar orang lain.
“Tetapi selepas itu mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri bertanyakan sama ada ‘parcel’ sudah sampai atau tidak, baru saya percaya hadiah memang daripada PM,” katanya.
Katanya, dia sememangnya tidak dimaklumkan lebih awal oleh Pejabat Perdana Menteri berkenaan hadiah istimewa itu.
“Kami mendapat hadiah tripod, ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan barang masakan seperti beras, minyak dan rempah, dan PM juga ada memberi kad ucapan dengan tulisan ‘keep up the good work and stay at home’ (teruskan usaha baik dan duduk di rumah).
“Kalau boleh hendak berjumpa dengan PM untuk mengucapkan terima kasih secara berdepan tetapi sebab PKP mungkin tidak boleh,” katanya.
Menurutnya, dia masih belum menggunakan barang masakan yang dihadiahkan oleh Perdana Menteri itu.
“Barang masakan masih disimpan dan belum digunakan lagi, PM juga ada berkata (pesan) kalau boleh masak dan bagi jiran merasa,” katanya.
Berkenaan video masakannya pula, Pavithra berkata, dia tidak menyangka penduduk Jepun dan United Kingdom (UK) juga turut menonton video masakannya itu.
Pavithra dan Sugu yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama saluran ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu, sudah mempunyai lebih 400,000 pengikut itu sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.