Tak rugi berbudi pada tanah, selain dibuat demi minat untuk bercucuk tanam tidak dinafikan juga dari menanam itulah akan dapat dituai hasilnya. Sekaligus, bolehlah dijadikan duit poket untuk seisi keluarga.
Sekiranya anda tidak tahu bagaimana langkah awal ke arah memulakan perniagaan tanaman di rumah, jom kita baca strategi daripada Saudara Azuan Abdullah, yang terkenal antara sahabat maya yang suka berkongsi tentang ilmu pertanian.
Ini perkongsiannya.
Berkebun dapur bila dibuat dengan betul boleh buat duit. “Game”nya tak sama dengan kebun komersil.
Kita fokus 1-2 jenis tanaman je. Pilih yang nichenya paling ramai orang suka di komuniti kita.
Eloknya pilih tanaman yang boleh datangkan hasil yang cepat. Berhasil antara 1-2 bulan. Misalnya sawi giant, jagung atau ulaman.
Ads
Kita target ju@l secara terus kepada kawan-kawan dan jiran-jiran. Study sikit berapa anggaran yang kita boleh ju@l dalam masa 1 minggu.
Bila dah tahu angka tu, kita tanam ikut kapasiti tersebut. Jangan lebih, kurang tak pe.
Buat planning dan jadual. Tanam ikut jadual supaya hasil ada secara berterusan.
Ads
Jaga kualiti hasil dan pastikan sayur kita selamat untuk dimakan. Lagi elok jika ianya 100% organik.
Dari rangka besi katil terbuang, seorang suami berjaya mengubahnya menjadi sebuah rak serba guna.
Lebih menarik, hasil kerja tangan itu dibuat oleh sang suami istimewa untuk isteri tersayang.
Menurut Intan Atifah Muhammad Tuah, rak tersebut dibuat suaminya yang juga seorang tentera yang bertugas Di Sarawak. Namun Kini, dia pulang bercuti selama 2 minggu.
Besi katil terbuang itu pada mulanya tersadai di belakang rumah ibu mentuanya di Merlimau, Melaka.
“Itu besi katil lama di rumah ibu mentua, dah lama dibuang. Tapi lori sampah mana nak angkat besi-besi lama, jadi dibiarkan saja di belakang rumah.
“Saya pula kerja sebagai surprise planner, jadi wrapping paper makin banyak kat rumah. Saya fikir nak beli rak, bila tengok online harga mahal RM360.
“Pada masa sama suami seorang yang pembersih, rumah kena sentiasa kemas. Jadi suami fikirkan sesuatu apa yang boleh dibuat dengan besi katil tu,” katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Intan, katanya, suaminya yang berkebolehan bertukang kemudian meminjam peralatan kimpalan (welding) daripada seorang rakan.
“Suami kata dia nak buat sesuatu dengan besi katil terbuang. Tapi dia kata cuba dulu sebab dia risau tak jadi, tak cantik.
“Dia memang biasa bertukang dan kebanyakan hasil kerja untuk kegunaan di rumah. Suami sejenis yang tak duduk diam, ada saja yang dia nak buat,” ujarnya yang berasal dari Melaka.
Menurut wanita itu, suaminya yang berusia 30 tahun mengambil masa empat hari untuk menyiapkan rak besi untuk pembalut hadiah itu.
“Suami memang risau kalau dia buat tak cantik. Tapi bila saya beritahu rak yang lebih kurang sama dan diperbuat daripada besi harganya dekat RM400, suami terkejut.
“Dia kata nasib baik balik bercuti dan buatkan rak untuk bini. Kalau tidak, bini dah terbeli rak tu secara online,” tambahnya.
Sebagai tanda penghargaan, dia membawa suaminya menikmati candle light dinner dengan hidangan stik kegemaran di restoran di sebuah hotel.
“Bukan sebab kerajaan baru beri kelonggaran dengan membenarkan semula dine-in ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tapi sebab saya baru dapat bertemu semula dengan suami.
“Selepas kami berkahwin pada Ogos 2019, baru sekarang dapat jumpa,” katanya sambil menambah mereka sering berhubung menerusi panggilan video kerana pasangan jarak jauh (PJJ).
Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat kejayaan anak-anak di dalam bidang pelajaran. Hatta bila melihat anak menyarungkan jubah konvokesyen di peringkat umur 5 atau 6 tahun sekali piun, aura gembira dan bangga sudah dapat dirasai.
Itu apatah lagi jika kelak berjaya menyambung pelajaran hingga ke menara gading. Pasti ianya menjadi momen terindah dalam hidup si anak dan sebagai ibu ayah kita tumpang bangga.
Mungkin itu jugalah yang dapat digambarkan dengan perasaan Achey Bocey baru-baru ini apabila berkongsi gambar di instagramnya bagi menzahirkan ucapan tahniah buat anak tersayang iaitu Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menerusi hantaran tersebut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah bergambar bersama puteri kesayangannya itu yang sedang memakai jubah konvokesyen berwarna hijau.
Namun begitu, apa yang menyayat hati ramai, pelawak yang berusia 36 tahun itu mendedahkan anaknya itu pernah meluahkan perasaannya dengan mengatakan dirinya mempunyai kekurangan.
Pernah keluar dari mulut dia…” kakak tak pandai.. kakak semua tak boleh”… Kalau macam tu kakak jadi baik dulu… inshaAllah pandai menyusul…🤲
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan wargamaya tersentuh hati dengan nasihat yang diberikan oleh Achey kepada anaknya itu. Malah ada juga yang terus memberikan motivasi dan doa agar Tiara berjaya di dunia dan di akhirat.
Pandai ayah dia ajar. Betul. Apa-apa hal, jadi baik dulu. Pilih utk jadi baik, buat baik, cakap yg baik-baik. Insha Allah yg selainnya ada menyusul. ❤️ congratulations kakak.
Acik pun tak pandai.. Hormat org tua kita hargai org sekeliling kita… Alhamdulillah cikgu skrg… Jgn mudah putus asa.. Yg penting utamakan solat dulu.. Itu yg Allah tengok
semoga cemerlang dunia akhirat tiara.. ❤️
jgn ckp mcm tu tiara….ada org rasa diri dia tak pandai…tp bila dh besar dia paling pandai…uncle dulu pun rasa diri xpandai…tp alhamdulillah dpt mengharungi diri sehingga degree…kekadang xsangka…yg penting berkat ibu bapa tu…semoga yg terbaik buat tiara….buat ayah dan mama kamu bangga💪
Kalau di Hollywood, selebriti Paris Hilton adalah salah seorang pencinta kucing yang sangat terkenal sampaikan dia mempunyai banglo untuk kucing-kucing kesayangannya.
Tapi ramai yang tidak tahu, di Malaysia pun kita ada pencinta kucing yang telah membina banglo khas untuk kucing-kucingnya.
Sejak perkongsian seorang pemuda tular di media sosial, ramai yang kagum dengan bonglo putih yang dikongsikan dalam video miliknya itu. Namun siapa sangka banglo putih yang tersergam indah itu dihuni oleh sekumpulan kucing.
Rakaman yang tular itu dibuat ketika pemuda berkenaan berkunjung ke rumah agam milik sebuah keluarga sempena sambutan Aidilfitri.
Pemilik ‘banglo kucing’ itu, Datin Rauzawani Ab Hadi berkata ia diletakkan di halaman kediamannya di Bachok, Kelantan.
Lebih dikenali sebagai Datin Rauzaa, katanya, pada awalnya kesemua 13 kucing peliharaannya ditempatkan di dalam sangkar, kira-kira enam tahun lalu.
“Banglo kucing ini ada dua tingkat, sebahagian kucing berada di tingkat bawah dan separuh lagi ditempatkan di tingkat atas,” katanya.
“Tiga tahun lepas saya bercadang untuk menempatkan kesemuanya dalam ‘sangkar’ baru dengan sentuhan kreatif yang kelihatan seperti sebuah banglo.
“Ada tempat kucing tidur dan bermain serta kipas untuk pengudaraan. Banglo kucing ini juga mempunyai tangga untuk kucing-kucing ke tingkat atas dan tingkap kaca untuk dilihat dari luar.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata, banglo kucing yang bertemakan Inggeris tersebut merupakan ideanya sendiri kerana suka membela haiwan itu sejak kecil.
“Kos keseluruhan banglo kucing adalah sekitar RM20,000. Luaran saja nampak mewah, di dalamnya seperti sangkar kucing,” katanya sambil menambah kucing yang dibelanya kini berjumlah lima ekor baka Scottish, manakala yang lain dijual dan diberi kepada orang.
“Selain itu, terdapat lampu yang dipasang di luar banglo untuk pencahayaan di waktu malam, dan sekelilingnya didirikan pagar bagi membolehkan kucing-kucing bermain dalam kawasan pada waktu petang,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu.
“Saya tengok rumah-rumah anjing mereka cantik, jadi saya fikir kenapa tidak bina yang cantik juga untuk kucing-kucing di rumah.
Menurut Datin Rauzaa, idea untuk membina banglo kucing itu tercetus selepas melihat foto rumah-rumah anjing yang dibela ‘mat salih’, menerusi laman sosial.
Usahawan kosmetik itu menjelaskan bahawa membela kucing-kucing itu memberi ketenangan kepadanya dalam kesibukan dengan urusan kerja dan keluarga.
“Kebiasaannya bibik (pembantu rumah) yang tolong uruskan makan minum dan lain-lain untuk kucing-kucing, tapi saya akan memastikan kebajikan haiwan ini terjaga,” katanya mengenai lima kucingnya yang diberi nama Ressa, Lola, Loly, Jony dan Jeny.
“Bila saya ada masa lapang, saya akan singgah ke banglo kucing ni. Bila tengok rasa tenang, pada masa sama saya rasa kasihan… saya ni memang mudah kasihan tengok haiwan.
Datin Rauzaa yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki memberitahu, sama ada sangkar atau banglo, apa yang lebih penting adalah penjagaan rapi haiwan tersebut.
“InsyaAllah, saya ada niat untuk besarkan lagi banglo kucing untuk buat tempat permainan haiwan-haiwan ini pada masa akan datang. Kiranya macam ubah suai rumahlah,” katanya.
“Jika kita jaga haiwan-haiwan ini dengan baik, insyaAllah ada ganjaran pahalanya. Apatah lagi kita dituntut untuk berbuat baik kepada kucing, jauh sekali menzalimi atau menyakitinya.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.