Berkhitan, bersunat, ‘masuk jawi’ itu antara kata nama lain yang merujuk kepada khatan dan lazimnya kebanyakan prosedur khatan kerap dilakukan pada musim cuti sekolah.

Lantaran itu bagi anak lelaki musim cuti sekolah membawa dua kemungkinan sama ada akan melalui musim cuti yang menyeronokkan tanpa perlu mengulang kaji pelajaran atau berasa gusar dan mungkin ada yang takut untuk berkhatan.

 

 

Bercerita tentang berkhatan ini, pastinya setiap antara anak-anak dan ibu bapa punya pengalaman yang tersendiri. Ada suka dan dukanya yang tersendiri.

Ini seperti mana yang dikongsikan Puan Nor berkenaan insiden yang tidak diingini telah menimpa anaknya. Diharapkan perkongsian ini dapat membuatkan ibu bapa di luar sana lebih berhati-hati dan jadikan iktibar.

Ini perkongsiannya.

Saya nak kongsikan pengalaman anak saya berkhatan supaya ibu bapa boleh ambil iktibar.

Gara-gara Nak Khatankan Anak, Ibu Bapa Ni Terpaksa Menanggung Kos RM30K!

Bulan 12/2021, suami saya daftarkan anak berkhatan di sebuah klinik di Seri kembangan. Memandangkan tahun depan anak sudah pun memasuki 7 tahun jadi saya bersetuju.

IKLAN

Kami pergi ke klinik tapi difahamkan yang sunatkan anak saya adalah tok mudim. Kami agak sangsi pada mulanya sebab kami sangkakan doktor yang akan mengkhatankan anak saya. Tetapi setelah diberitahu tok mudim adalah bekas MA di sebuah hospital kerajaan kami pun setuju. Kaedah khatan yang digunakan adalah menggunakan laser.

Selesai berkhatan tok mudim cuma beritahu jangan mandi dan jangan kena air selama 2 hari.Tok mudim kata tidak perlu balut supaya luka cepat kering.

 

4 Hari Merengek Sakit  

Klinik ada bekalkan krim sapu dan ubat tahan sakit. Hari pertama anak merengek sakit, tapi apabila diberi ubat tahan sakit anak tertidur. Keadaan yang sama berlarutan sehinggalah hari ke 4. Anak menangis tak henti- henti sehingga tangan dan kakinya menggigil. Gigi di ketap.

Saya dan suami ambil keputusan untuk bawa anak ke klinik. Tapi doktor yang bertugas pada malam itu mengatakan keadaan anak dah teruk. Alat sulit sudah mula dijangkiti kuman. Doktor di klinik buat surat supaya kami rujuk ke hospital segera.

IKLAN

Kos Rawatan Cecah RM30K

Malam tu kami pergi 2 buah hospital. Hospital ke 3  baru ada doktor pakar yang boleh merawat. Anak terpaksa warded sehingga 5 hari dan doktor pakar sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan walaupun pada mulanya doktor pakar kata sudah tiada harapan sebab alat sulit sudah lebam dan hitam. Jumlah bill hospital dan semua kos kami terpaksa dibayar sehingga kini lebih RM30,000.00.

Dan anak masih lagi trauma bila lalu di klinik tersebut. Tiap-tiap malam meracau seperti trauma. Bahkan hingga ke hari ini kami perlu membawa anak ke hospital sekali setiap bulan untuk melihat pantau keadaannya.

Saya harap para ibu bapa di luar sana, lebih berhati-hati dan sentiasalah bertanya dengan lebih detail untuk ambil maklum sebelum buat keputusan untuk khatankan anak kerana ini melibatkan masa depan anak-anak kita.

 

IKLAN

Gara-gara Nak Khatankan Anak, Ibu Bapa Ni Terpaksa Menanggung Kos RM30K!

Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.

ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI