Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi sebarang perkara perihal membabitkan rumah tangganya di media sosial.
Menurut laporan Utusan Online, Diana berkata, itu adalah cara bagi menghormati dan menjaga air muka suaminya yang juga seorang aktor serta pengarah, Farid Kamil.
“Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial. Semakin lama, semakin saya hormat dia. Bukan dulu tak hormat suami, mungkin ketika itu muda dan kurang matang.
“Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.
Ads
Bercerita lanjut, Diana turut mengakui persefahaman dan toleransi antara hubungan suami isteri penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia serta keluarga harmoni.
“Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami.
Ads
“Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu berkahwin dengan Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 7.
Pelajar Malaysia di UK sorok bayi baru lahir dalam kotak bijirin, sumbat dalam beg pakaian. Seorang pelajar Malaysia, Jia Xin Teo, 22 tahun, di Coventry, United Kingdom (UK) telah disabitkan kesalahan membunuh bayi perempuannya sendiri.
Menurut maklumat daripada Crown Prosecution Service (CPS) dan dilaporkan oleh BBC, Teo yang sedang belajar di Coventry University didapati menyembunyikan kehamilannya dan bertindak menyimpan bayi tersebut dalam sebuah kotak bijirin selepas melahirkan, sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian.
Teo yang tiba di UK pada awal tahun ini didakwa melahirkan bayi itu pada 4 Mac di bilik sewanya di Raglan Street, Coventry.
SEBAIK BAYI TERSEBUT DILAHIRKAN, TEO MELETAKKANNYA KE DALAM KOTAK BIJIRIN YANG KEMUDIAN DIBUNGKUS DALAM PLASTIK SEBELUM DILETAKKAN DALAM BEG PAKAIAN.
Bayi tersebut dilahirkan hidup dan mempunyai peluang untuk hidup. Bagaimanapun tindakan Teo meletakkannya di dalam kotak bijirin telah menyebabkan kematiannya.
Sepanjang perbicaraan di Mahkamah Warwick Crown, Teo mendakwa dia mendengar suara-suara yang menyuruhnya membunuh atau mencederakan bayi tersebut.
Mahkamah bagaimanapun menolak pembelaannya. Lebih mengejutkan, Teo tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian ini sehingga dua hari kemudian, apabila dia tiba di hospital menunjukkan tanda-tanda telah melahirkan bayi.
Teo pada mulanya menafikan telah melahirkan bayi, apabila ditanya oleh kakitangan hospital.
SELEPAS DIDESAK, DIA AKHIRNYA MENGAKU MELAHIRKAN BAYI ITU DAN MENYATAKAN RASA TAKUT JIKA KELUARGANYA DI MALAYSIA MENGETAHUI PERKARA TERSEBUT DAN BIMBANG IA AKAN MENJEJASKAN PELAJARANNYA.
Teo juga enggan mendapatkan bantuan perubatan sebelum bersalin, malah menyorok keadaan ini daripada rakan serumahnya.
James Leslie Francis dari CPS menjelaskan bahawa Teo telah tiba di UK dengan mengetahui dirinya sedang hamil, namun dia memilih untuk menyembunyikan kehamilannya dan melahirkan bayi itu sendirian.
Beliau turut mendakwa bahawa Teo berpeluang untuk mendapatkan bantuan, tetapi sebaliknya, dia membuat keputusan untuk meletakkan bayi tersebut dalam kotak bijirin yang akhirnya membawa kepada kematian.
Polis West Midlands yang terlibat dalam penyiasatan kes ini turut mengesahkan bahawa Teo tidak memberikan lokasi bayi tersebut sehingga dua hari selepas kejadian.
Mahkamah menolak alasan halusinasi yang diberikan oleh Teo dan sebaliknya menekankan bahawa tindakannya adalah disengajakan.
Doa makan antara doa harian yang sedari kecil lagi sudah diajar dan dihafal oleh kita semua. Jadi tidak hairanlah doa ini begitu ‘melekat’ di hati dan lancar sahaja dibaca setiap kali sebelum menikmati hidangan.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya doa makan ini tidak terhad boleh dibacakan sebelum makan malah memberi kesan yang besar jika diamalkan dalam kehidupan harian.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Sharifah Nurzehan berkenaan doa makan bukan sekadar doa makan.
Ramai yang ingat doa ini hanyalah dibaca pada waktu makan sahaja. Sebenarnya, doa ini juga boleh dibaca bila-bila masa.
Ramai yang pandang remeh pada *kemujaraban sesuatu doa*. Doa apabila kita yakin dan faham maksudnya, insyaAllah makbul dengan izin Allah.
Anak pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden yang sekarang dah berumur tujuh tahun kelihatan semakin cerdik. Banyak soalan cepumas yang dikeluarkan oleh mulut murainya itu.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagram, Jebat pada awalnya bertanyakan kepada babanya kenapa baba ada rumah sendiri.
Dia sambung pertanyaannya dengan bertanya kenapa rumah baba dan mommy tak “sangkut together”. Dalam bahasanya mungkin bermaksud kenapa rumah baba dan mommy tak sekali.
Sharnaaz jujur menjawab persoalan anaknya dengan “nanti baby besar baba explain, sekarang baby tak faham lagi”. Tetapi si comel itu pandai menjawab “tak apa jelaskan je lah”.
“Sebab mommy dan baba sudah berpisah. Disebabkan itu mommy kahwin lain sebelum ini,”
Sharnaaz kemudian menjelaskan kepada si cerdik itu bahawa baba dan mommy sudah berpisah.
“Tapi baba tidak kahwin lain. Ada teman wanita sahaja. Sebab takut nak kahwin,”
Beliau sambung jelaskan kepadanya satu-satunya anak lelaki itu.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.