Penggunaan bahan perasa di dalam masakan diakui dapat menjadikan makanan yang dimasak lebih enak dan sempurna rasanya. Pun begitu, umum juga mengetahui bahan perasa tersebut jika mengandungi Monosodium glutamate (MSG), dan andai seorang ibu menggunakannya setiap hari, bimbang juga akan mengundang bahaya di kemudian hari.
Sedar hal itu, ada baiknya setiap kali memasak kita sebagai ibu yang perihatin dengan pemakanan keluarga, menggunakan bahan penyedap rasa yang boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan rempah terpilih. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Aj Idris.
Nak tahu lanjut jom ketahui campuran rempah yang digunakan olehnya.
Pengganti ajinomoto saya. Homemade salt seasoning
Bahan-bahan
Garam halus
Serbuk bawang putih
Serbuk bawang merah
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam
Serbuk kumin (jintan putih)
Ads
Cara Penyediaan :
Campurkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas kedap udara.
Untuk lebih mudah, bahan-bahan rempah ini ada tersedia dijual dipasaran, antaranya :
Serbuk Bawang PutihSerbuk Bawang MerahSerbuk JintanSerbuk KetumbarSerbuk Lada Hitam
Ads
Ekstra info :
Serbuk bawang putih dan serbuk bawang merah boleh didapati di pasaraya, bahagian rempah. Sesetengah kedai runcit pun ada.
Sukatan bahan semua satu sudu kecuali garam dua sudu. Kalau nak banyak / penuhkan bekas, gandakan je nisbah tu ya.
Simpan dalam bekas kedap udara, boleh tahan lama sebulan dua sebab dia bahan kering. Simpan dalam fridge pun boleh.
Ads
Selalu saya letak dalam sup, makanan bergoreng macam mee, spaghetti, lauk-lauk berkuah macam kari, masak kurma, sayur campur, dan perapan ayam / daging. Masak nasi goreng kosong pun saya letak serbuk ni..
Perkongsian wanita ini yang rajin bercucuk tanam dilaman kediamannya menjadikan dirinya cukup disenangi oleh jiran-jirannya.
Malah disebabkan menanam pelbagai jenis sayur-sayuran juga menjadikan laman rumahnya diberi jolokan nama sebagai Cameron highland 2 oleh jiran tetangga.
Jom kita baca perkongsian menarik ini.
First time saya try tanam kobis ni saya saja-saja beli benih di pasaraya sebab tak pernah tengok orang tanam kobis di tanah rendah expecially kawasan panas. Tak silap saya masa tu tahun 2014.
Bila saya tanam ramai yang terkejut..jiran-jiran panggil kebun yang saya usahakan tu sebagai cameron highland no.2..hihihi ..sebab macam-macam sayur ada.
Jiran-jiran kata tangan saya sejuk…sebenarnya bagi saya bukan tangan sejuk tapi kita berani mencuba dan bagi saya menanam ni kena try and error..lama-lama kita akan belajar dari pengalaman.
Antara sayur yang saya tanam seperti kangkung, bayam, bendi, lobak merah, cili dan macam-macam lagilah.
Bercerita tentang tanaman kobis, dari semaian hingga tuai hasil akan mengambil masa 3 bulan.
Penjagaannya juga cukup mudah, lepas semaian, anak pokok dipindahkan ke tapak tanaman. Rutin harian penjagaannya cuma siram sahaja, baja pula perlu diletak seminggu sekali.
Ni semai benih kobis cara saya :
Masukkan tanah dalam pasu hingga separuh..then letak kan benih kobis..lepas tu letak lapisan tanah nipis je atas benih kobis tu supaya waktu siram benihnya tak terkeluar…siram dah biarkan hingga benih bercambah..biasanya hari ke 5 dah kuar cambah benih.
Saya buat semua ni sebagai hobi sahaja dan untuk mengisi masa lapang.
Selain itu, bagi saya pokok kobis ini cantik bila dia membesar dan boleh djadikan lanskap selain dari sejenis sayuran.
Saya juga ada tanam pokok bunga sekadar sampingan mencantikkan laman kebun sayur saya. Tu semua saya buat sendiri, suami cuma bagi sokongan moral.
Seakan sudah menjadi kebiasaan bila sudah memiliki kediaman sendiri perkara pertama dilakukan mesti ubahsuai rumah. Terutamanya pada bahagian dapur, maklumlah biasanya dapur yang disediakan oleh pihak pemaju ada kalanya ruangnya begitu sempit dan terhad.
Pun begitu, dalam proses untuk lakukan ‘renovate’ bukan boleh ikut sesuka hati kita sahaja. Ada proses-proses yang perlu dilakukan dan paling penting memohon dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
Hal ini mungkin ada yang tidak tahu, oleh itu seorang arkitek yang dikenali sebagai Ahmadkhairul Sabirin telah berkongs info berkenaan kos yang perlu dibayar kepada pihak-pihak tertentu sebelum lakukan ubah suai rumah di salah satu group pertukangan di media sosial untuk info bersama.
BERAPA KOS PERMOHONAN UBAH SUAI RUMAH KE PBT?
Kita ambil senario katalah arkitek dah siapkan pelan dan tinggal nak submit ke kaunter PBT untuk luluskan pelan renovation, berapa duit kita kena ready. Sebelum tu, kenapa mesti bayar ke PBT?
Ini memang dah termaktub dalam kitab paling ulung di kalangan aritek iaitu Uniform Building By Laws 1984 (UBBL), any alteration on existing building perlu dibayar ke majlis dengan rate sekian-sekian. Boleh tengok dalam buku tu di Jadual Ke 5.
Kalau tak nak buka buku, jangan risau, dalam borang submission ke PBT pun majlis dah tulis siap-siap. Umumnya fee ke PBT berkait rapat dengan jumlah area tambahan dalam square meter. Dia tak pakai square feet.
Contoh rumah Pak Jabit ni nak tambah belakang rumah dia pasal tempat tu tempat ternak hantu, lebih baik dia besarkan dapur. Walaupun berhantu, at least dapur dia besar, isteri pun gembira. Abi Hurairah dan Sofi pun boleh lepak ngopi.
Walaupun asal dari kampung, Pak Jabit tahu kena hire arkitek. Arkitek dah buat kira-kira, luas kawasan tambahan ialah 212 sqf = 19.7 sqm. Adalah sikit dinding berubah dalam tu, maknanya ada pertambahan struktur kekal dan perubahan layout dalaman. Lepas tu dia nak buat pagar batu juga belakang. Ok faham?
So kira-kira dia begini :
19.7 sqm x 7 = RM 70 (tambahan kekal tingkat bawah)
RM 18 (perubahan layout dalaman)
RM 4 (tambahan pagar belakang)
Total = RM 92
* boleh rujuk gambar untuk lebih clear kiraan.
So Fee Proses Pelan ialah RM 92 saja. Tu ja?
Belum habis lagi. Ada lagi fee tambahan :
i) Wang cagaran pelan
ii) Wang permit letak barang binaan
iii) Khidmat tong roro
*ikut majlis juga ya, lain tempat rate boleh berbeza
i)Wang Cagaran Pelan
Ini nama lain deposit lah. Majlis pegang duit ni supaya kita tak buat lain dari yang kita submit. Boleh dapat balik jangan risau. Rate bergantung pada majlis juga. Ada yang bermula hingga RM 500. Aku kena RM 2000 waktu reno runah klien dalam 3000 sqft.
ii) Wang permit letak barang binaan
Kadang barang binaan letak luar rumah, itu biasa dan itu pun bukan kawasan kita dah. Jadi ada permit untuk itu juga. Tak mahal. Around RM 200-RM 300
iii) Tong roro
Eh ni kita kena bayar majlis juga ka?? Ya. Kena. Sekarang sudah lain. Ikut lah berapa kali kita nak pakai, boleh contact vendor dia. RM 230 sekali aku pernah kena. Kalau 4 kali, hah kali lah 4.
Summary ( anggaran ) kos permohonan ubahsuai :
i) Fee proses pelan = RM 92
ii) Cagaran = RM 500 ( Dapat balik )
iii) Permit letak barang = RM 200
iv) Tong roro = RM 230 x 2 = RM 460
Total = RM 1252 fee ke majlis. Tak mahal kan? Ok lah tu. Haha.
Semua ni kena bayar di kaunter selepas officer dah check pelan dah ready untuk dibawa ke atas untuk proses kelulusan. Kalau ada pembetulan lagi dia akan inform ke arkitek suruh repair kelulusan.
Bayangkan pula kalau tak submit, 10 atau 20x ganda fee proses pelan (ikut majlis),
RM92 x 10 = RM 920 denda saja.(berdasarkan fee proses pelan) Ini kalau area rumah besar tu saja, kalau tambah area 3 bilik besarnya, siap dapur dan ruang tamu tepi, tak ke mahal dendanya. Dah lah kena denda, kena submit balik pula tu.
Nak reno lebih baik ikut jalan yang betul. Patuh undang-undang. Lebih berkat kerja tu.
*sekali lagi nak cerita ini anggaran sahaja ya. Boleh contact majlis dan minta checklist submission renovation rumah. Dalam tu biasa ada jadual kira fee sekali.
Ini cara kiraan mudah. Kalau tambah toilet,kolam,dan lain-lain ada juga cara kiraan lain. Boleh tanya lebih lanjut di PBT berdekatan.
Harap membantu!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak berjinak-jinak buat roti yang mudah tapi tak jumpa lagi resepi sesuai. Mungkin resipi dari puan Azlina Ina Fans patut anda cuba. Lebih-lebih lagi newbie. Mudah, ringkas dan sedap. Malah, resipi dari puan Azlina ini tak pernah mengecewakan. Pasti menjadi. Cubalah!
yg ni xde la jual kat red houze xcukup masa nak buat hehe.cuma mak ambik pic lama masa mak niaga roti ni tahun 2016 dulu.Mana2 yg nak belajar dan buat roti sendiri kat rumah silekan lah resepi ringkas ni harap dapat membantu korg ok.
BUN SARANG LEBAH BUTTERSCOTH
*BAHAN A*
Tepung gandum/hight protein – 500gm
Gula – 80gm
Susu Tepung – 50g
Yis – 10gm
Garam – 10gm
Bread Softerner – 5gm( kalau xde boleh buat water roux dulu mak xde benda ni so mak buat water roux je 1 cawan air tambah 2 sb tepung gandum masak sampai jd likat bia sejuk ambik guna 5g)
Bread Improver – 5gm
*BAHAN B*
Ais + Air Sejuk – 250g
Telur – 1biji
yogurt asli -35g
*BAHAN C*
Marjerin – 100gm
*Cara2*
Masukkan bahan A dalam BM. Kemudian masukkan bahan B perlahan2. Uli doh sampai sebati. Masukkan bahan C. Uli sampai elastik.
Bentukan dalam bekas sesuai.Kemudian ambik sedikit susu segar tambah kan sedikit pewarna kuning dan sapu dgn brush atas doh yg dah kembang dalam 30-1 jam.Tabur kekacang dan bijan di atas nye. bakar suhu 170 masa 35 minit
Resepi Butterscotch Homemade 1
Bahan-bahan:
Gula – 250gm
Air – 50gm
Uht Whipping Cream – 400ml
Butter – 50gm
White Chocolate – 50gm
Cara membuat:
Masak gula dan air atas api sampai perang
Masukkan uht cream dalam gula perang perlahan2. Masak hingga pekat. Masukkan butter dan white chocolate. Kacau sebati. Done bebeh.mmg sgt2 sedap sos ni cukup manis lemak die semuaaa
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...