
Setiap kali tiba bulan Oktober, dunia seolah-olah diselubungi warna merah jambu yang menjadi lambang harapan, kekuatan dan kasih sayang buat semua wanita. Di sebalik kelembutan rona itu, tersimpan kisah perjuangan mereka yang pernah, atau masih, berdepan dengan kanser payudara.

Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada setiap 20 wanita berisiko menghidap kanser payudara. Yang paling penting, pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa. Sebab itulah, kempen ‘Pink October’ bukan sekadar satu simbol, tetapi peringatan lembut untuk kita semua agar lebih peka terhadap kesihatan diri dan terus menyokong antara satu sama lain.
Berani Ambil Tindakan
Dalam kesibukan mengurus kerja, keluarga dan anak-anak, kadang-kadang diri sendiri yang kita abaikan. Padahal, hanya beberapa minit untuk melakukan pemeriksaan kendiri payudara boleh menjadi langkah kecil dengan makna yang besar.
Jika terasa ada perubahan seperti ketulan, kulit berkedut, atau keluar cecair luar biasa, jangan tunggu! Segera berjumpa doktor. Kadang-kadang, langkah awal seperti inilah yang mampu memberi peluang kedua dalam hidup.
Stop That Dot Together Dengan HOMESOY 3.0
Sebagai tanda sokongan terhadap kesedaran kanser payudara, HOMESOY meneruskan kempen ‘Stop That Dot Together’ mengajak wanita di seluruh Malaysia untuk berani mengambil langkah pertama dalam menjaga diri sendiri.

Selain menjadi minuman soya kegemaran ramai, HOMESOY 3.0 percaya bahawa pemakanan seimbang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan, termasuk dalam pencegahan penyakit seperti kanser payudara.
Apa Itu Kacang Soya?
Kacang soya ialah sejenis kekacang kecil yang sarat dengan nutrisi besar. Ia merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang tinggi kualiti, dan mengandungi isoflavon iaitu sejenis phytoestrogen semula jadi.
Sebatian ini menjadikan soya satu pilihan makanan yang bermanfaat kepada kesihatan wanita. Tak hairanlah, soya sering dijadikan pilihan utama bagi mereka yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat.
Kuasa Soya Untuk Kesihatan Wanita
Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan soya adalah langkah proaktif dalam penjagaan kesihatan wanita. Penyelidikan, terutamanya dalam kalangan populasi Asia, secara konsisten mengaitkan pengambilan soya dengan risiko kanser payudara yang lebih rendah.
Ini didorong oleh potensi isoflavon soya untuk membantu mengurangkan risiko tersebut. Oleh itu, susu soya adalah cara yang mudah untuk mendapatkan manfaat ini. Secara amnya, semakin tinggi kandungan protein soyanya, semakin banyak isoflavon soya yang ada.
HOMESOY 3.0: Pilihan Sihat Setiap Hari
HOMESOY 3.0 diformulasi khas untuk menyokong kesejahteraan wanita dan diet sihat. Ia adalah sumber protein tumbuhan berkualiti tinggi dan tidak mengandungi gula tambahan yang menjadi faktor penting untuk pengurusan berat badan, satu aspek kritikal dalam menjaga kesihatan.

HOMESOY 3.0 juga diperkaya dengan serat makanan, kalsium, serta Vitamin A dan D, menjadikannya pilihan minuman harian yang bernutrisi. Kerana menjaga diri bukan hanya tentang kelihatan kuat di luar, tapi tentang benar-benar menghargai tubuh dan jiwa yang setia berjuang setiap hari.
Resipi Sihat HOMESOY: Smoothie Pink Power
Bagi yang nak raikan bulan Oktober dengan cara sihat dan sedap, jom cuba resipi mudah ni. Ia penuh dengan khasiat, sesuai untuk sarapan atau boleh diminum ketika perut lapar tetapi tak mahu makan berat.

Bahan-bahan:
- 1 cawan HOMESOY 3.0
- ½ cawan strawberi beku
- ½ cawan pisang beku
- 1 sudu kecil madu
- Sedikit ais
Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam blender.
- Kisar hingga halus dan berkrim.
- Tuang ke dalam gelas dan nikmati segera.
Smoothie Pink Power ini bukan sahaja menyegarkan, tapi juga kaya dengan antioksidan, protein dan tenaga semula jadi yang merupakan simbol kecil cinta buat diri sendiri sepanjang bulan Oktober Merah Jambu ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di















