Sesuai dengan gelaran yang diberikan kepada seseorang yang telah berusia, dikenali sebagai warga emas. Sewajarnya zaman itu merupakan zaman kemuncak untuk menikmati hidup yang selesa, tenang dan berwang.

Pada logik akalnya, untuk mencapai kepada tahap hidup yang lebih stabil dan berkualiti tentunya pada waktu muda seseorang itu telah bekerja keras, bijak merancang dan mengurus sumber kewangan demi untuk masa depan yang diimpikan olehnya.

Senang cakap, biarlah ketika muda ini kita bekerja untuk dapatkan wang dan bila sudah tua, wang pula bekerja untuk diri kita. Saat itu, kita hanya menikmati hidup yang tenang dan santai. Alangkah seronoknya!

Masa Muda Kita Kerja Dapatkan Duit, Tapi Bila Tua Biarlah Duit Kerja Untuk Kita Pula. Deep Perkongsian Ni!

Jadi bagaimana caranya untuk pastikan ia benar-benar terlaksana sebagaimana yang kita harapkan?

  1. Elak berbelanja di luar kemampuan ketika muda

Sebaiknya berbelanja ‘di bawah kemampuan’ agar cara ini dapat membantu meningkatkan simpanan wang. Sebagai contoh, jika selama ini anda sering membawa ahli keluarga makan di luar terutama di restoran-restoran mewah, jadi hari ini berubahlah dengan memasak dan makan di rumah.

  1. Praktis Formula 50/30/20

Formula 50/30/20 ini bermaksud, hanya boleh membelanjakan 50% daripada pendapatan untuk memenuhi keperluan asas seperti makan minum, tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya. Sebanyak 30% lagi digunakan untuk membeli keperluan lain dan keperluan sampingan, manakala baki 20% adalah untuk simpanan, pelaburan atau perlindungan takaful.  Ini penting untuk persiapan di masa akan datang lebih bersistematik.

IKLAN
  1. Tambah pendapatan

Jika ingin bebas daripada belenggu hutang di usia emas, pada usia muda ini perlulah melakukan kerja sampingan yang boleh menambah pendapatan. Cara ini dapat membantu untuk menyelesaikan hutang lebih awal dari yang sepatutnya. Bila hutang diselesaikan dengan awal, anda boleh menyimpan lebih banyak duit gaji bulanan untuk hari persaraan anda!

Masa Muda Kita Kerja Dapatkan Duit, Tapi Bila Tua Biarlah Duit Kerja Untuk Kita Pula. Deep Perkongsian Ni!

 

  1. Mencarum  KWSP

Tak kiralah juga anda bekerja dalam sektor formal atau tidak formal, semua pekerja berpeluang menyimpan dengan KWSP. Bayangkan, sejak hari pertama anda mula bekerja sehingga umur persaraan pada 55 tahun, caruman bulanan anda selama itu terkumpul untuk anda nikmatinya ketika tempoh persaraan. Dengan dividen yang diterima saban tahun, pejam celik pejam celik, anda sudah berjaya mengumpul simpanan untuk hari-hari persaraan anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman dan dividen yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam akaun emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 60 tahun.

IKLAN

Pastinya, wang yang dicarum bertahun-tahun lamanya adalah suatu jumlah yang cukup besar untuk dinikmati dan dimanfaatkan ketika di usia emas.

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI