Apabila tiba bulan Ramadan sudah tentu ramai mengambil peluang untuk bertadarus bersama keluarga dan ada juga khatam Al-Quran pada bulan ini.

Namun, ada persoalan adakah bertadarus Al-Quran secara membahagi-bahagikan bacaan Al-Quran dikira khatam Al-Quran?.

Ikuti penjelasan oleh ustaz ini.

HUKUM TADARUS Al-QURAN SATU ORANG SATU JUZU’ TETAPI BERLAINAN TEMPAT.

IKLAN

Hukum Tadarus Al-Quran Satu Orang Satu Juzu’ Tetapi Berlainan Tempat. Ikuti Penjelasan Ustaz.

Kita sedia maklum bahawa membaca Al-Quran merupakan satu ibadah. Ini kerana Al-Quran merupakan Firman Allah. Oleh kerana itu sudah menjadi satu tuntutan untuk kita membacanya. Sabda Rasulullah : Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf.

IKLAN

Maka persoalannya sekarang adakah bertadarus Al-Quran secara membahagi-bahagikan bacaan Al-Quran seperti yang diamalkan oleh masyarakat kita ini dikira khatam Al-Quran?. Jawapannya : Tidak dikira seseorang itu khatam Al-Quran melainkan dia membacanya daripada awal sehingga habis ataupun ia mendengar bacaan sehingga habis 30 juzuk.

IKLAN

Jika tadarus Al-Quran yang dilakukan sewaktu Bulan Ramadhan yang mana seorang membaca dan lain mendengar dan mereka melakukannya sehingga khatam maka ia juga termasuk dalam kategori mengkhatamkan Al-Quran dengan syarat di atas tadi sama ada membaca atau mendengar 30 juzuk.

Jadi tidak menjadi satu kesalahan membaca Al-Quran secara bertadarus dengan membahagi-bahagikan dan si pembacanya berada di tempat yang berlainan cuma ia tidak dikira khatam tetapi hanya sekadar merancakkan ibadah sesama kita dalam keadaan kebaikan.

Sumber: Nur Muhammad Hadi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI