Tidak dinafikan mengandungkan anak kembar ini banyak cabarannya berganda untuk memastikan anak-anak mendapat keperluan yang sempurna.
Siapa yang tidak gembira dikurniakan anak kembar. Sudah tentu ramai wanita mempunyai impian begitu. Bayangkan dua kali hamil, anak dah empat.
Begitulah rezeki buat puan Sharla Rose dan suami dikurniakan dua kali kehamilan dengan kembar iaitu kembar dua dan kembar tiga yang kesemuanya perempuan. Keseluruhan anak enam orang termasuk anak sulung lelaki.
Ads
Kisahnya sebelum ini viral ketika anak kembar tiga dijaga oleh anak-anak yang lain. Lebih kagum semuanya diuruskan dengan sempurna tanpa bantuan pembantu rumah.
Ads
Menerusi facebook miliknya beliau berkongsi kembali menarik perhatian warga net menerusi pelbagai pertanyaan mengenai anak kembar.
Ads
Comel! Gambar terkini. Dah besar anak-anak kembar ni.
Gambar yang pernah viral sebelum ini
“Sis ke yang viral dulu yang abang kakak jaga adik sorg 1 tu?”
-Ya sis. Maaf ya kalau tak sempat nak reply komen sis dekat post saya.
Tak amalkan makanan tambahan
“Sis ada ambil supplement apa-apa ke atau ada petua ke yang boleh share?”
-Jujur saya takda ambil apa-apa ubat atau amalkan petua. Mungkin rezeki dan keturunan belah suami saya ramai twins.
Pantang, suami uruskan
“Macam mana la jaga masa dalam pantang? Ada maid ke mak ke yang jaga? “
-Dalam pantang dari anak 1st sampai triplet semua suami yang jaga. Saya cuma berpantang menyusukan baby dan jaga diri sndri je. Yang triplet malam-malam saya susu kan 2 org, baby lagi seorang suami jaga bg susu botol..sbb dia tak ada susu.
Siang sebelum pergi kerja suami mandi kan anak-anak semua dulu, masak, uruskan saya mandi, tungku, bengkung, param pilis sume dia uruskan dulu. Dah complete semua baru dia pergi kerja..
-Dulu masa triplet kecik mmg tak terfikir nak tmbh baby lg.. tp bila semua dh besar sikit ni rasa rindu nak ada baby lagi hihi tapi masih merancang lg. Inshaa Allah andai ada rezeki saya terima
“Anak lelaki ada sorg je yang lain perempuan. Tak risau dia jadi lembut ke sis?”
-Alhamdulillah setakat ni saya dan suami sangat menjaga batas-batas dia sebagai seorang anak lelaki, mainan,pakaian, sifat dia semua kami jaga agar menjadi sorg lelaki. Disebabkan adik-adik semua girl, jadi dia bersifat lembut dgn adik dan dia tak bercampur dengan anak-anak yang lain yg sebaya dia di kawasan rumah saya yang dah mula lepak-lepak, lumba basikal dan masalah sosial. Alhamdulillah, dia bertanggjawab dan rajin bantu kerja rumah, main dan layan adik-adik je..
Terima kasih kerana sudi komen post saya dan maaf sebab saya tak dapat reply satu satu.
Ramai wanita suka membeli belah set periuk masakan. Antara yang menjadi kegilaan para mak-mak adalah bekas masakan jenis kaca.
Bagi yang suka memasak, pastinya mengenali beberapa jenama terkenal.
Kali ini menerusi perkongsian Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, Puan Si Diyang Iffah meluahkan rasa kecewa apabila bekas kacanya pecah semasa memasak juadah hari raya baru-baru ini.
Perkongsiannya telah menarik perhatian warganet yang simpati dengan situasi yang dialami. Rata-rata memberikan tip penggunaan dan memilih cara yang betul bekas kaca berkenaan.
Ikuti perkongsian ini.
_________________________________
Haddoii.. Masa beli kt Langkawi, bukan main orang tuu kata boleh masak atas api. Kawan kawan, pls , caserol jenama apa yer yg boleh masak atas api. Mokcik memang suka panaskan mkanan dlm kaserol.Tq. KEMPUNAN nk mkan ketupat cicah kuah kacang sempena RAYA Puasa Shawal.
WARGANET KONGSI TIP
Meninjau bahagian komen, rata-rata warganet simpati dan memberi beberapa tip dan cadangan untuk dijadikan panduan. Antaranya adalah;
Pelbagai manfaat hasil perkongsian yang dipaparkan tadi. Tip ini boleh jadi panduan buat mereka yang bercadang untuk memiliki bekas masakan jenis kaca.
Setiap pasangan mempunyai cabaran yang berbeza membesarkan anak-anak. Mana taknya, jika sebelum kehadiran cahayamata, tidur lena tanpa sebarang gangguan. Namun setelah kehadiran anak-anak, rutin tidur sudah berubah.
Namun, semua ini walaupun mencabar dalam membesarkan anak-anak, ia akan menjadi kenangan manis. Sebagaimana perkongsian ini. Ia pastinya meninggalkan momen untuk dikenangan apabila anak sudah besar.
Ikuti perkonsian ini.
Kalau wife, hampir 6 tahun tidurnya tak tenang dan tenteram…kalau saya, dah 8 tahun.
Org perempuan yg breastfeeding, diorang akan faham kenapa tak tenang dan tenteram.
2013, anak sulung, start BF…2014, anak kedua, BF continues…2016, anak ketiga, BF lagi…berturutan BF setiap tahun dr 2013…anak last ni plak, 2 tahun lebih tak berhenti2 lagi…buh la akar kayu ka, pewarna merah ka, ubat gigi ka, serbuk kopi ka, dia lap mcm tu ja sebelum menyusu…
Hampir 6 tahun.
Menempek ja anak2 kat ibu dia…time malam, wife memg “on” mode Tom Cruise dlm Mission Impossible…nak bgun p tandas ja pun, tapi dia punya menyelinap tu, turun dr katil, merangkak smpai xde bunyi langsung…nasib tak ngesot…
Kenapa saya dah 8 tahun tidur tak tenang dan tenteram?
Masa anak sulung dan kedua, wife keje lagi…keje syif 12 jam, malam dan siang anak2 tinggal kat saya…so mlm2 kena bg anak2 tdo.klu org laki ni bleh bg nyusu mcm org pompuan, senang la bg tdo…selak dan sumbat…tapi bila pakai botol, hbis botol tu, nk kena tepuk la, zikir la, wirid la, marhaban la…
Baru bleh tdo…
Elok dia tdo, kita bgun…dia jaga plak…tepuk lagi…kita kluar p tandas, dia dgr bunyi pintu buka, dia jaga lagi…tepuk lagi…pastu pukul 2,3 pagi menangis nak susu…bgun bancuh susu plak…mata separuh buka ja masa bancuh susu tgh2 pagi tu…siap bg susu, tepuk lagi…elok dah sorang tdo, sorang lg jaga nk susu…kluar bancuh sebotol lagi…
Separuh sedar ja layan ank2…
Dah setel smua, kita pun tdo…bru flight nk berlepas a.k.a nak nyenyak, dia kencing plak dah…pampers penuh, dia tak selesa, dia menangis…bgun lagi, tukar pampers plak kali ni…pastu TEPUK LAGI…
Esok tu p keje, muka dan mata memg mcm zombie…tak cukup tdo…smpai ank ketiga pun sama…time nak tdo, memg cari pak dia…tdo dgn pak dia…wife dah tdo tenang dah sejak 2 tahun lepas…ank dah tak nyusu badan dh.
ANAK LASAK
Saya masih TAK TENANG…
Ank2 tdo dgn pak…tgh2 malam, dusssshhhh…kaki tendang kepala kita…bgun, ubah posisi anak…dia dussshh lagi…kali ni tampar plak…bgun lagi, tolak dia p tepi…kadg2 bila dia main teruk sgt siang hari, malam dia mengigau…dia boleh BANGUN, GELAK mengekek pastu sambung tdo mcm biasa…
Melompat saya…cerah terus mata pak dia sbb tekejut bercampur serammm…
Standby nk picit ibu jari kaki ja nk suruh kluar kot2 ada “benda” yg masuk…mulut kumat kamit dah…nasib ngigau…kadg2 tgh tdo, rasa mcm terkena benda panas kat badan…nak kata mimpi mandi air panas, tak mimpi pun…tgok2 anak kencing…Ya Allah…bgun la plak dh kemas2 tilam, angkat smua, tukar baju dan sebagainya…
Smpai skrg…saya tdo bucu tilam, ujung tilam, dan kadg2, atas lantai terus dek kerana anak conquer smua…pengalaman parenting…susah tu tak, tapi it’s part of parenting.
RINDU MOMEN NI.
Definitely saya akan rindu moment2 ini bila anak2 dah besar…rugi klu kita sebagai suami, tak rasa semua ni…hahaha…but to be frank, I miss my sleep during my bujang days…
Nota kaki : Sambil karang ni pun, tgh TEPUK anak.
Kredit: Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Muat naik terkini pelakon, penyanyi dan juga usahawan kesayangan ramai, Nur Fazura menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya.
Fazura memuatnaik dua foto bersama anak tersayang, Nur Fatima Aisya berserta kapsyen keibuan ringkas penuh makna.
Uruskan anak makan
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, memberi kapsyen ringkas yang mencuit hati ketika menguruskan anaknya makan.
Dia dipercayai beradakan di sebuah majlis menguruskan anaknya makan sebelum menjamah hidangan. Menerusi kapsyen itu membayangkan diri sedang dalam kelaparan tetapi perlu mengutamakan anaknya dahulu.
“When you’re hungry but first, your child…”-Fazura
Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara. Fazura dan Fattah menimang cahaya mata pertama pada 2 Oktober 2020
Melihat foto bersama anaknya dan kapsyen keibuannya itu, pelakon jelita itu, ramai peminatnya terhibur dengan kapsyen begitu bersahaja. Dalam pada itu ada yang memuji kecantikkan dan ketenangan Fazura melayani anaknya.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.