Sejak akhir-akhir ini dilihat sudah ramai wanita kembali mengamalkan jamu untuk tujuan penjagaan kecantikan dan kesihatan dalaman. Jamu-jamu yang digunakan ini diperbuat daripada herba-herba terpilih yang berkualiti dan berkhasiat.
Meskipun jamu banyak dijual dipasaran, namun masih ramai juga yang lebih gemar untuk menghasilkannya sendiri. Katanya lebih puas hati di samping lebih diyakini akan penggunaan bahan-bahan herba yang dicampurkan dalam sesuatu jamu tersebut.
Hal ini juga turut dipraktiskan oleh seorang ibu yang mempunyai tujuh orang anak, menghasilkan sendiri jamu untuk diamalkan secara konsisten agar tubuh badan sihat dan bertenaga. Ikuti perkongsian ibu hebat ini.
Hari ini saya nak kongsi 1 jamu yang mudah disediakan. Bahan-bahannya pula boleh dapat dari dapur sahaja. Murah, jimat dan berkesan inshaAllah yang penting konsisten amalkannya.
Saya baru 55 hari lepas berpantang anak ke-7 dan hampir 2 tahun amalkannya sejak melahirkan anak ke-6. Alhamdulillah serasi dan sangat baik untuk wanita-wanita dalam dan selepas pantang.
Jamu Maajun
Bahan-bahan:
Halia, kunyit, manjakani, bawang putih, habbatussauda, lada hitam dan halba
IKLAN
Langkah demi langkah :
Masukkan bawang putih, halba, habbatussauda dan lada hitam ke dalam periuk. Sangai seketika.
2. Pastikan bawang putih disangai lama sedikit hingga menjadi seperti ini.
IKLAN
3. Masukkan semua yang telah disangai ke dalam bekas.
4. Kemudian kisar bersama dengan halia, kunyit dan manjakani.
IKLAN
5. Sedia untuk dimakan dan selebihnya simpan di dalam bekas yang berpenutup.
Cara makan:
Pagi (before mkn) dan malam (before bed). Gentelkan bulat-bulat macam maajun sebesar saiz ibu jari.
Khasiat:
Panaskan badan ibu dalam pantag, buang angin dalam badan,kecutkan peranakan,sakit badan,kebas kaki,kempis perut,dan lain-lain.
Memasak adalah aktiviti rutin setiap hari. Sudah tentu para ibu akan memastikan bahan masakan selamat dan mengandungi kandungan nutrisi yang baik untuk diperlukan oleh tubuh setiap hari.
Namun tahukah anda bahawa ada beberapa bahan masakan tidak selamat di makan apabila cara penyediannya salah dan telah bercambah.
Merujuk kepada penjelasan oleh Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim terdapat tiga bahan masakan yang sering ditanya kepadanya termasuk bawang kentang dan rebung.
Katanya terdapat tiga jenis perbezaan cara penyediaan bahan masakan itu agar selamat digunakan dalam masakan.
Bawang yang telah bertunas masih lagi selamat dimakan ya. Ianya tidak sama dengan kisah ubi kentang bercambah dan juga rebung yang mengandungi racun.
Bukan semua yang bertunas itu beracun. Malahan bahagian tunas ini kaya dengan protein. Antara contoh tunas lain yang berkhasiat adalah tauge (kacang hijau, kacang pea, kacang kuda, kacang soya, kacang tanah…)
Nota: Jangan lupa yang kita juga gunakan daun bawang muda sebagai hiasan pada masakan dan perisa dalam sup.
Bahaya bila kentang jadi hijau dan bercambah
Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.
Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud. Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya.
Cara penyediaan rebun kena betul elak keracunan
Membuat persediaan untuk rebung ini dengan mencincang dan merebusnya terlebih dahulu untuk menghilangkan kesan racun dari rebung.
Jika sebelum ini setiap kali datang haid, pasti akan mengalami rasa sakit. Dianggapnya senggugut biasa, dan siapa sangka rupanya masalah serius yang memaksanya untuk terus dibedah pada beberapa bulan yang lalu. Ikuti perkongsian wanita ini yang juga merupakan seorang nurse untuk dijadikan panduan.
Alhamdulillah,hari ni genap sebulan lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah,pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Selepas pembedahan pun takde komplikasi lain,tak bleeding,tak perlu transfer darah bagai. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Ramai yang bertanya pada sy,macam mana mula-mula saya dapat tau yang saya ada cyst,apa tanda-tanda cyst & apa yang saya buat.
So,harini sy terpanggil untuk berkongsi pengalaman sy dengan semua. Mana tau dapat tolong adik kakak,kawan-kawan & saudara mara.
TANDA-TANDA AWAL
1.Sy kerap mengalami sakit perut dibahagian bawah pusat. Tidak la stiap hari tapi agak kerap jugak. Kalau time period,sengugut paling sakit sampai sy suruh senior sy inject painkiller utk sy (oh ye,sy seorang nurse). Sakit sangat ! Kadang2,terasa perut kejang & mencucuk2. 2. Sy kerap kencing,kadang-kadang 7-8 kali sehari walaupun sy tak minum air. Ni sebabnya cyst smakin membesar & ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing. 3.Perut semakin membuncit dari hari ke hari macam pompuan pregnant (perut sy mcm pregnant 4-5bulan). Sy ingatkan perut buncit sebab lemak @ air,yela masa tu makan tak ingat dunia. So,sy ignored je. Huhu 4.Kadang2 cepat rasa letih & mengah. Kalau buat keja sikit,kena rehat duduk dulu 10min baru continue balik.
Tu antara tanda-tanda yang sy alami. Period sy regular. Untuk orang lain,sy tak sure sebab hormon badan kita berbeza. Setiap wanita ada cyst,cuma bergantung samada aktif atau tak je.
Kongsi Cerita
Kisahnya,sy sakit perut bahagian bawah pusat pukul 2pg. Sakit yang terlampau ibarat macam orang tikam perut sy. Berguling-guling atas katil time tu. Asben,sapukan lotion mustajab pati halia extra hot sebab yg tu je ada masa tu & ajak sy pegi hospital tp sy berkeras sebab ingatkan sakit perut nak period.
10 minit selepas tu,sakit terlampau yakmat tu dah kurang tapi still rasa lagi. Pukul 5pg,masa bersiap untuk sahur sakit tu datang lagi sekali ! Asben ajak pegi hospital. Time ni dah tak berkeras dah sebab sakit dia lain macam. Then terus siap-siap.
Sampai hospital,sy buat urine pregnancy test (UPT)siap-siap supaya senang doc review. Then sy suruh my doc scan perut sebab rasa ada somtim wrong. Masa duk scan,doc lily terkejut sebab dia cakap nampak cam ada cecair area perut sy & beberapa lg kawasan lain,betul2 sebelah pundi kencing. Dia panggil doc joanne,kawannya utk confirmation & kawannya pun cakap benda yg sama ! Diorang panggil lak bos sebab tak percaya (yela,sy ni nurse diorang.. confirm2 terkejut sebab sebelum ni sy comfortable kalau bekerja) & u know what,bosnya cakap mungkin sy ada twisted ovarian cyst ( cyst berpintal) & mungkin cyst sy dah bocor. Apalagi,menangis la sy atas stretcher tu. Time ni,asben kat luar bilik kecemasan & tatau pape. Konon kes ni tak serious.
Terus sy di”refer” ke pakar sakit puan (O&G), & dimasukkan ke wad gynae. Kat sana pun,still doc gynae scan lagi sekali. Dia tanya history semua & dia cakap,kes macam sy ni kena buat emergency operation ( pembedahan kecemasan) sebab takut cyst pecah & merebak ke organ lain. Time tu,hanya Tuhan yg tahu perasaan sy. Nak tanak,kena buat jugak. Doc explain yg sy kena buat open laparatomy cystectomy (pembedahan mcm orang bersalin @caesar). Dia tak boleh buat laparascopy (tebuk) sebab saiz cyst sy dah besar,12cm.
Pukul 3petang,sy masuk ke dewan bedah. Doc masukkn ubat bius kat tangan & bg oksigen,then terus tak sedarkan diri. Sedar-sedar, dengar suara sayup2 stapnes sambil tepuk2 badan. “Dik,operation dah selesai. Sekarang nak masuk wad dah”. Lepas sedar je,terus rasa sakit yakmat !!! Esokkan stapnes wad off tiub kencing. Nah !!! Time ni la kau kena kuatkan tangan kaki & badan utk bangun pegi toilet. Sakitnya tu,hanya allah yg tahu. ? 24/5/2018 dah boleh discharge.
Sesungguhnya sy memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pd diri sy. Ovarian cyst kerap berlaku pd wanita,tak kira umur. Dan majoriti wanita tidak menyedari yg mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.
Apa-apa hal,berjumpa doc dahulu. Jangan pandai-pandai makan suppliment tanpa nasihat doc. Bukan apa,dikhuatiri anda penghidap kanser. Tup-tup,kanser stage 3-4. Ha,kan serammmm tu. Ke hospital kerajaan atau hospital swasta,terpulang anda. Yg penting,jangan takut berjumpa doc okay
Dulu sy ada mkn ubat clomid utk besarkn telur tanpa buat scan trlebih dulu. Sy mkn ubat tu slama 3 bulan. Doc sy ckp, ubat clomid bahaya kalau kte amalkn tanpa buat checkup terlebih dlu.
Kini untuk menjaga kesihatan, Sy dh kurangkn mkn ayam ngan air soya sbb mkanan tu mempercepatkn tumbesaran cyst sy.
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan beberapa penambahbaikan ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 pada Khamis malam.
KPM dalam kenyataan memaklumkan garis panduan tersebut dikeluarkan susulan kebenaran menjalankan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah, melibatkan individu atau berkumpulan secara bersemuka di kawasan sekolah bermula Isnin ini.
“Dalam hal ini, guru, jurulatih, pengajar yang terlibat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka bersama murid hendaklah lengkap divaksin,” menurut kenyataan itu.
KPM turut membenarkan penganjuran aktiviti, pertandingan, kejohanan sukan dan kokurikulum, namun pelaksanaannya terhad dalam kawasan sekolah dan hanya melibatkan murid, guru, jurulatih dan pengajar sekolah berkenaan sahaja.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dalam kawasan sekolah yang melibatkan agensi luar pula perlu mendapatkan kebenaran KPM.
“Pihak kementerian juga berhak membatalkan sebarang penganjuran atau penyertaan dalam aktiviti atau pertandingan sukan dan kokurikulum, jika didapati penganjur tidak mengikut ketetapan.
“KPM ingin menegaskan bahawa semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka dalam kawasan sekolah hendaklah mematuhi garis panduan Annex (Lampiran) Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,” menurut kenyataan itu.
Garis panduan tersebut turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
KPM juga menyarankan agar ketetapan tersebut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.
Lampiran berkaitan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini boleh diperoleh melalui pautan di laman web kementerian tersebut.
Lempeng kelapa antara sajian yang menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Sarapan yang mudah dan ringkas ini memang enak dimakan bersama kuah kari dan juga sambal sardin.