Kalau diberi pilihan untuk tinggal di rumah yang sempurna cantik berhias, tentu semua antara kita mahukannya. Namun bila memikirkan kos-kos yang perlu dibayar untuk memperindahkan ruang kediaman dengan pelbagai macam elemen dekorasi, keinginan tersebut boleh terbantut di tengah jalan.
Jadi apa kata, yang mana teringin hendak ada lampu tergantung di dinding untuk menyerikan ruangan kediaman, lakukan apa yang dibuat oleh wanita ini. Semuanya boleh dibuat sendiri dan menariknya kos yang digunakan cukup murah. Pun begitu kesannya mampu mencipta mom wow pada kediaman.
Jom ketahui apa yang dilakukannya.
Lampu dinding bajet Eco
Seperti dijanjikan, hani kongsi langkah-langkah nak buat lampu dinding dari barang-barang Eco ni. Sebenarnya tutorial untuk buat lampu dinding dah banyak kat Facebook haha tapi berbeza-beza lah cara orang buat.
Tapi yang hani kongsikan ini cara yang mudah dan praktikal bagi hani. Apa-apa cara pun yang penting di mata kita cantik itu yg utama
Benda yang perlu ada :
L-shape bracket – Eco RM2
bakul plastik – Eco RM2
lampu bateri – Eco RM2
plastik hook (hook ni special sbb dia punya hook boleh laras kedudukan pencangkuk dia) – Mr. DIY RM1.60 (utk 6 pcs, gambar dalam komen)
cat spray (hitam) – Eco RM2 (optional)
cable tie (hitam) – hani beli dari Eco juga
Keperluan lain
soldering gun
Ads
Cara Buat :
Lepas hani cat bakul (mengikut warna tema rumah), hani buat lubang di tapak bakul (bhgn luar) menggunakan soldering gun. Soldering gun ni pun hani beli di Eco khas untuk projek keraftangan. Mmg hani khaskan utk buat lubang di plastik je kerja dia. Sebelum buat lubang utk masukkan cable tie tu kena tandakan dulu kedudukan lubang berdasarkan L shape bracket tadi.
2. Masukkan cable tie dalam lubang.
Ads
3. Tetapkan kedudukan L-shape bracket. Dan “ikat” bracket tu dengan cable tie.
4. Dah siap. Bagi hani cara ni senang. Tinggal nak screw kan ke dinding je.
Ads
5. Pandangan dari dalam bakul. Nampak tak cable tie tu? Potong lebihan cable tie utk lebih kemas. Tampal ‘hook’ yg boleh laras beli kat Mr Diy tadi. Jangan risau hook ni kuat. Dah 3 bulan gantung lampu kat situ tak jatuh pun.
7. Kat lampu tu hujung nya ada penyangkut. Boleh sangkut je kat ‘hook’ tu. Kalau nak on -off button atau nak tukar bateri senang. Tanggalkan je lampu tanpa usik bahagian lampu yang lain.
8. Screwkan ‘L-shape bracket’ kat dinding. Ada yang pasangkan terbalik (upside down). Terpulang pada citarasa masing2. Hani lebih suka pasang mcm ni supaya nampak corak beralun pada bracket tu.
Pokok kobis jika dilihat bentuknya yang seakan kelopak bunga berkembang memang cantik dipandang. Jadi tidak hairanlah bila mana kobis yang ditanam bukan sahaja bertujuan untuk dituai, bahkan turut menjadi tanaman hiasan di laman rumah.
Untuk yang baru pertama kali ingin menanam, apa kata fahami langkah demi langkah penanaman yang dikongsikan oleh puan Nor Hayati Ismail. semoga bermanfaat.
Ini perkongsiannya
Ramai yang bertanya cara tanam kobis.. Saya tunjuk cara saya tanam kobis ikut kaedah saya :
Kaedah penanaman kobis Step 1:
Sediakan biji benih kobis (boleh beli dari nursery/ online/pusat beli belah)
Tabur biji benih kobis (kaedah semaian) dalam pasu besar dan tunggu sehingga bercambah dalam 1/2 minggu. Letak tempat teduh tapi masih dapat cahaya matahari.
Step 2:
Penyediaan tanah pula mestilah menggunakan tanah cocopeat atau tanah polos tidak padat untuk menyemai biji benih. Boleh beli di nursery.
Step 3:
Pindahkan anak semaian;
Setelah semaian bercambah daun pucuk 3/4 helai baru pindahkan ke pasu besar yang bersesuaian dengan campuran tanah sawit(tanah hampas sawit) dan tanah organik(beli di nursery).
Step 4:
Menanam;
Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow-slow dedahkan pada cahaya matahari.
Step 5:
Kaedah menyiram;
Jangan siram sehingga bertakung air dalam pasu. Elok sekadar biarkan tanah itu lembab sahaja.
Step 6:
Baja;
Baja yang sesuai mempengaruhi tumbesaran kobis. Baja ezigrow sangat sesuai untuk proses pembesaran kobis sehingga boleh dituai. Siram baja seminggu sekali.
Step7:
Tuaian kobis;
Biasanya kobis boleh dituai sekitar 3/4 bulan selepas di tanam. Kalau lambat tuai kobis boleh pecah sendiri.
Walau kali ini bukanlah kandungan pertama, tentunya mengandung di bulan puasa suatu pengalaman yang berbeza.
Untuk lebih memberi kefahaman, doktor ini memberi info bermanfaat.
“Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.
“Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor.
Maka, tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.
Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak perlu berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah menggantikan (Qada’) puasanya kelak.
Rata-rata alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa . Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada teman untuk berpuasa sama. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.
Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.
Mereka menangguhkan masa untuk berbuka “Tunggulah setengah jam lagi.” Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka.
Hal yang demikian sepatutnya tidak berlaku kerana ibu perlu mengambil kira keadaan bayi ketika ini, apabila gejala-gejala kekurangan gula berlaku, akan menimbulkan mudarat pada bayi anda.
Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan janin sendiri.
Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya. Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.
Di sini ingin saya berkongsi tips-tips mudah bagi ibu-ibu hamil mengekalkan kesihatan unggul semasa hamil dan berpuasa.
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur.
Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.
Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka.
Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
-susu atau yogurt rendah lemak;
-sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
-protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang;
-karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
dan, banyak sayur-sayuran.
-Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan (indigestion)
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari
1. bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
2.Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
-Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh.
-Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa berpuasa?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi
Kepada ibu mengandung yang difikirkan sihat dan boleh berpuasa oleh doktor, selamat berpuasa. Yang tak boleh tu, atau dalam erti kata lain berpuasa boleh memudaratkan, jgn degil gak tuk berpuasa.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memperbaiki perabot lama yang telah nampak usang sering sahaja kita orang perempuan anggap bukanlah kerja mudah untuk dilakukan.
Namun berbeza dengan seorang ibu ini, bila melihat kerusi belajar anaknya yang telah terkopak tempat duduknya, terus dilakukan transformasi menjadikan seperti baharu malah lebih wow gayanya.
Nak tahu apa dan bagaimana dilakukan olehnya, jom baca perkongsian puan Dinas Elni di bawah ini.
Projek 3 hari lepas. Alkisah kerusi belajar anak yang saya beli secondhand hand RM 20 ni dah terkopak tempat duduknya selepas setahun guna. Adatlah kan, barang bukan baru. Maka kenalah repair.
Step 1
Potong laminated plywood utk ganti board asal yang dah hancur. Masa buat corner dengan jigsaw ni teringat Encik Saifuddin yang hebat buat art pieces dengan jigsaw. Kita punya hati-hati ‘cornering’ tepi kayu aje, dia selamba potong celah-celah halus. Hebat
Step 2
Alang-alang mengganti tempat duduknya kita ‘salin’ sekali kain penyandar. Stapler kain ke kayu ni sebenarnya lebih berpeluh dari potong kayu. Mungkin juga sebab buat time dah hujung-hujung nak berbuka, maka peluh sejuk semua keluar.
Ektra info : Bahagian penyandar ni dia ada frame. Masukkan semula je dalam frame dia tu. Nak keluarkan kena umpil siket elok-elok dengan screwdriver. Yang nampak lining hitam keliling penyandar tu bahagian flexible yang boleh diumpil.
Siap.
DIY simple, repair & upgrade. Kayu lebihan, kain pun guna kain langsir lama aje.Kalau rangka kerusi warna gold ke kan mesti lagi cantik.