Kunci utama kesedapan rasa pulut kuning selain rasanya yang enak berlemak dan lembut dimakan, tidak dinafikan warna pulut itu juga memainkan peranan utama.
Jika terlihat warnanya kuning cantik berseri, secara tidak langsung memberi isyarat untuk kita membayangkan betapa enaknya rasa pulut yang dimasak.
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, boleh ikut cara Puan Masmira lakukan di mana menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
Untuk itu, apa kata kita cuba sediakan resipi pulut kuning dengan resipi yang disediakan olehnya.
Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang).
Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe
Bahan-bahan dan steps:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang skit, elakkan yang jenis montok-montok hehe
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
2) Halia 1/2 inchi (wangi dan buang angin)
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
*orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
3) Daun Pandan 5 helai (wangi)
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi.. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5) santan fresh dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam.. Then masuk kan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.. Keluarkan daun pandan.. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.. Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (Orang Kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jadi lembut.. Make sure kacau pulut sampai rata hilang ketul..
Then tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dlm 10 – 15 min baru cedok untuk packing atau makan..
Ekstra Tip
*** pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk..
*** pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut..
Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
*** yang ni resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.. Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bersama ibu tersayang tentu setiap antara kita mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri.
Ada kisah suka duka yang dilalui dan salah satu yang diingat hingga kini adah didikan yang diberikan oleh ibu dalam banyak hal.
Walau terkadang dirasakan atahan-arahan itu membebankan kita, namum atas asbab itu juga kini kita menjadi insan yang berguna.
Ikuti perkongsian pengalaman hidup daripada Dr Hana Hadzrami ini.
Ini mama saya, Madam M.
Masa saya belum sekolah dulu, mama saya bekerja. Masa tu hidup saya indah sangat rasanya, sebab mama saya selalu belanjakan duit untuk kami. Tapi bila anak-anak dia semakin ramai, baba saya minta dia jadi surirumah. Bermula saat itu mama saya jadi garang.
Iyelah, anak ramai, duit selalu tak cukup. Saya ada 7 adik kandung dan 1 adik susuan dibawah jagaan saya. Masa dia kerja dulu, kami ada pembantu. Bila dia dah tak berkerja, ekonomi kurang bagus, pembantu pun terpaksa diberhentikan. Maka makin letih dan makin mudah seseorang itu naik angin.
Saya sebagai anak sulung lah yang selalu jadi mangsa. Apa saja tak merasa? Rotan? Hanger? Tali getah? Apa yang sempat je dia capai masa kejadian.
Dulu saya rasa tiada langsung kenangan sekolah rendah yang menggembirakan. Masa kanak-kanak lain seronok bermain dengan kawan-kawan, saya kena jaga adik kecil berderet-deret. Asyik tukar lampin, kena suapkan makan. Disamping buat kerja rumah. Sapu lantai, mop, cuci pinggan, cuci kain. Takde washing machine tau. Bayangkan masa birthday dapat mop baru pun buat saya happy.
Sebab tu saya tak sabar-sabar nak masuk asrama sewaktu tingkatan 1. Tapi bila masuk asrama, bulan pertama tiap-tiap hari saya menangis. Sampai tingkatan 5 pun, tiap kali nak balik asrama pun saya masih menangis.
Susah hati memikirkan bagaimana lah mama saya nak teruskan kehidupan tanpa pertolongan saya. Maklumlah saya ini right hand person dia.
Ye ye je masa tu saya ingat mama tak boleh survive tanpa saya. Padahal dia boleh je buat semua perkara. Dia suruh saya buat semua tu untuk melatih saya jadi manusia berdikari. Bila saya dah jadi mak barulah saya faham. Konsep tough love mama saya tu.
Walau segarang mana pun mama saya, dia sangat baik hati. Tak pernah dibalas perbuatan orang lain terhadap dia melainkan yang baik-baik belaka. “Biar orang buat kita, kita jangan buat dia”. Itu prinsip dia. Susah nak ikut kan?
Doanya pada anak-anak tak pernah surut. Rasanya semua perkara baik yang terjadi pada saya adalah asbab doa-doa dari dia.
Itulah mama saya. Dia belajar tak setinggi saya.
Tapi dia sentiasa lebih bijak, lebih sempurna dari saya pada umur yang sama.
Semoga Allah berikan keberkatan pada umurnya dan masukkan dia kedalam syurga tanpa hisab. Aamiin!
Hana Hadzrami
Seorang ibu yang masih belajar dari mamanya.
Kalau muka kusam dan berjelaga kesan daripada percutian hujung tahun ni, ada baiknya anda sental wajah dengan skrub muka yang sesuai.
Nak lagi hebat dan mujarab, pilihlah skrub tradisional yang dibuat sendiri di rumah. Perkongsian Awanie Hashim yang mencuba melakukan skrub sendiri di rumah dengan hanya menggunakan tiga bahan dapur, buat kita rasa tertarik untuk mencuba. Nampak mudah sebab hanya guna tiga bahan saja!
Jom cuba ikut caranya. Mana tahu hasilnya mantap.
Hari cuti ni tak tau nak buat apa kan, apa kata kita buat homemade skrub. Guna apa yang ada kat dapur je. Mudah kan? Senang pun senang dan jimat duit.
Apa yang bestnya skrub ni boleh tanggalkan sel kulit mati. Lepas pakai kulit kita rasa lembut dan halus je. Bukan boleh pakai dekat muka je, badan pun boleh.
Bahan-bahan:
Beras
Kunyit
Asam jawa
Caranya:
1. Ni bahan-bahannya. Hanya guna beras, kunyit(seeloknya kunyit hidup tapi kalau tak ada, kunyit pun boleh) dan asam jawa. Kuantiti agak-agak je.
2. Kisar bahan-bahan tadi dalam pengisar kering sampai hancur semuanya.
3. Ok ni hasil lepas dikisar.
4. Bila kita nak guna ambil sikit dan campur dengan air.
5. Jangan cair sangat ataupun terlalu pekat.
6. Lepas tu, sapu lah dekat muka, badan kat mana kita nk pakai. Dah siap, bilas dengan air kemudian baru cuci dengan sabun pencuci biasa.
7. Lihat hasilnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Awanie Hashim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.