Secara logiknya, kita tidak boleh berada dengan anak anak 24 jam 7 hari seminggu.
Ada masanya kita perlu keluar mencari rezeki dan menunaikan tanggungjawab sendiri.
Namun, kita boleh beri ‘bekalan’ kepada mereka sebelum kita keluar meninggalkan mereka.
Bekalan tu bukan hanya bekalan makanan tau.
Tapi, banyak lagi bekalan yang kita perlu berikan sepanjang peninggalan kita.
1.Bekalan nasihat dan kata kata semangat
Ads
Sebelum pergi, anda boleh bisikkan kata kata yang baik untuk anak.
“Abang anak yang baik”
“Kakak main baik baik dengan adik ya”
“Kakak belajar rajin rajin ya”
Kalau anda kreatif, boleh saja selitkan kata kata dalan buku anak anak.
Ads
Tentu sahaja dia akan tersenyum
2.Bekalan emosi yang positif.
Sebelum berpisah dengan anak, pastikan emosi anda dan anak anak berada dalam keadaan ok. Jangan tinggalkan mereka dalam keadaan yang marah atau terlampau sedih.
3.Bekalan memori
Ads
Kalau anda perlu tinggalkan mereka untuk tempoh yang agak lama, sediakan memori memori yang indah untuk mereka kenang.
Tak perlu susah susah pun, cukup makan bersama di kedai pun dah cukup memberi memori untuk anak anak.
Bekalan ini ibarat bateri untuk anak anak bertahan selama mana ibu dan ayah pergi.
Bila kita buat begitu, insyaAllah anak anak tidak terasa ketiadaan kita. Malah, mereka akan rasakan bahawa kita sentiasa ada di sisi.
Kanser atau digelar sebagai “silent killer” adalah penyakit paling kejam di dunia. Sesiapa sahaja boleh menghidap kanser, baik tua mahupun muda. Lebih mengejutkan apabila seorang yang aktif dan jarang sakit boleh menjadi mangsa kanser juga.
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Aliza (@akakwangii) telah berkongsi perjalanan ibunya yang baru didiagnos menghidap kanser usus tahap 4 pada bulan Jun yang lalu.
Video terbaharu yang dimuatnaik olehnya memaparkan rakaman suara (voice note) ibunya di aplikasi WhatsApp di mana dia merayu kepada anaknya untuk menghentikan rawatan kemoterapi.
Semakin meningkat usia, banyak penyakit yang boleh dihinggapi tetapi dalam kes ini, ibu si pengguna TikTok dikatakan warga emas yang aktif dan jarang jatuh sakit.
“Ibu saya sebelum ini sangat aktif, nak tengok dia demam pun susah. Masa kena Covid-19 pun sihat, tak ada gejala. Ibu suka berdikari, jadi dia tinggal seorang diri. Sejarah kesihatan pun okay, tak ada kencing manis dan darah tinggi terkawal.
Hinggalah pada awal pagi 29 Jun lalu, waktu nak ambil wuduk untuk solat Subuh, ibu terasa sakit perut. Dia kata macam nak buang air besar dan sakit berlarutan sampai tengah hari. Jadi adik hantarkan ibu ke klinik. Doktor kata kemungkinan gastrik. Kalau sakit tak berkurang bawa ke hospital” ujar TikTokers itu.
Dikatakan pada malam itu, sakit ibunya tidak berkurangan. Aliza membuat keputusan untuk bergegas ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI). Doktor membuat pemeriksaan dan dimaklumkan bahawa kanser di dalam perut ibunya telah pecah dan kuman sudah merebak. Kanser itu adalah tahap 4.
Seperti pesakit kanser yang lain, ibunya perlu menjalani rawatan kemoterapi selama enam bulan. Fasa pertama adalah pada 8 September yang lalu. Sememangnya situasi ini sangat mencabar bukan sahaja buat ibu mereka yang warga emas itu, malah Aliza dan adik beradiknya.
“Dia faham penerangan doktor, tapi bila dah lalui, dia tak tahan dan merayu-rayu nak berhenti. Saya yang jaga ibu sekarang, memang tak sanggup dengar dia merayu setiap hari. Puas saya pujuk, tapi ibu macam tak mahu teruskan. Itu yang dia hantar voice note dekat adik saya, merayu perkara yang sama. Voice note itu dihantar empat hari selepas kemoterapi pertama. Orang lain yang dengar pun sedih, apatah lagi kami sebagai anak-anaknya. Dulu ibu susah nak sakit, kali ini, memang dia ‘kalah’” jelas Aliza.
Kini, ibu Aliza masih menjalani rawatan kemoterapi. Semoga dedikasi dan kasih sayang Aliza terhadap ibunya dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pembaca. Semoga Aliza dan seluruh keluarganya dapat tabahkan diri. Kami dari Keluarga mendoakan yang terbaik untuk anda.
Kawasan tanah mendap dan jerlus dipercayai menjadi punca sebuah kontena terbalik lalu menghempap seorang lelaki bersama kereta miliknya dalam kejadian di Jalan Dato Yusof Shahbudin, Taman Sentosa dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira jam 5.09 petang.
Menurutnya, siasatan mendapati kontena tanpa kepala itu diletakkan di tepi jalan di lokasi kejadian untuk kerja-kerja pemunggahan barang.
“Mangsa dipercayai meletakkan kenderaannya itu bersebelahan dengan kontena tersebut untuk membeli makanan di restoran berhampiran.
“Siasatan mendapati mangsa ternampak kontena terbabit sedikit condong sebelum bertindak mengubah kenderaannya itu ke kawasan lain,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Bagaimanapun, Hoong Fong berkata, mangsa tidak sempat berbuat demikian apabila kontena terbabit kemudiannya terbalik lalu menghempap mangsa dan keretanya.
“Mangsa dipercayai belum sempat masuk ke dalam keretanya sebelum kontena tersebut terbalik.
“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hoong Fong berkata, keadaan tanah mendap dan jerlus dipercayai mengakibatkan kontena tersebut tidak stabil dan terbalik.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sumber : Sinar Harian, Khairudin Abd Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kasihnya anak kepada ibu. Dulu anak derhaka adalah anak yang tidak mengenang jasa dan tidak menghormati ibu bapa. Lain pula halnya dengan seorang anak ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Doktor Suryati Yakob di laman facebooknya, bahawa pesakitnya mengelarkan dirinya sebagai ‘anak derhaka’ disebabkan melarang ibunya makanan yang diminta ibunya. Nyata tindakannya ini sebenarnya kasih anak yang terlalu sayangkan ibunya.
Namun semua yang dilakukannya adalah untuk memastikan kesihatan ibunya semakin baik. Caranya bukanlah dengan kemarahan hingga buat orang tuanya berkecil hati tetapi dilakukan dengan penuh berhemah. Kadang-kala menjadi ‘anak derhaka’ perlu bagi memastikan kesihatan orang tersayang terjamin. Betulkan? Ikuti perkongsian doktor ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk bercerita tentang kisah anak ‘derhaka’ pesakit saya.
Kenapa saya gelarkan dia begitu. Bukan saya yang beri gelaran tapi beliau sendiri yang cakap …
Saya ni doktor dah macam anak ‘derhaka’ pada mak dan ayah saya…
Beliau menjaga ibu yang menjalani rawatan hemodialisis dan ayah yang menjalani rawatan CAPD. Dengan menjadi anak ‘derhaka’ barulah kesihatan ayah dan ibu beliau bertambah baik dengan melakukan dialisis. Bukan senang tanggungjawab beliau. Ayah dan ibu melakukan rawatan dialisis.
Bagaimana beliau menjaga pemakanan mereka, pastikan mereka tidak makan makanan yang terlarang , memakan ubatan yang diberi oleh doktor. Memastikan ibu dan ayah tidak minum air yang banyak supaya kesihatan tidak terganggu. Nanti tekanan darah naik , rasa sesak nafas dan kalau tak jaga betul2 boleh membawa kepada kemudaratan.
Sebab itulah beliau nampak macam anak ‘derhaka’ kerana selalu tidak mengikut permintaan ibu dan ayah beliau yang meminta makan dan minum yang boleh membawa kepada kemudaratan kesihatan.
Kadang2 adik beradik yang lain berkata apa salahnya sebab sekali sekala tetapi kalau ibu dan ayah jatuh sakit dan perlu masuk hospital nanti anak ‘derhaka’ ini jugaklah yang akan menjaga mereka.
Minggu ini saya berkesempatan untuk berjumpa dengan anak2 yang lain di klinik yang juga berkata ‘ Saya ni macam anak derhaka je doktor sebab saya aje yang melarang ibu atau ayah saya dari makanan yang doktor tak bagi.’ Lepas tu pesakit pun berkata.. ‘Tidaklah Mak sayang semua.. Tiada beza .. ? Abang dgn kakak kau tu tak faham penyakit mak sebab itulah bagi aje mak makan benda2 yang doktor tak kasi. Janganlah cakap macam tu’
Betul juga cakap makcik..Mungkin sebab kurang pemahaman menyebabkan ada anak yang memberi aje apa yang dipinta oleh ibu dan ayah mereka tanpa memikirkan kesihatan mereka pula.
Tak payahlah pulak panggil diri sendiri anak ‘derhaka’.. Rasa tanggungjawab yang tinggi serta rasa sayang yang mendalam tulah yang nampak macam ‘derhaka’.
Sama-samalah kita semua menjadi anak yang lebih berilmu dan bertanggungjawab. Banyakkan membaca apa yang baik untuk kesihatan ibu dan ayah dan praktikkan. Kalau mak ayah lupa makan ubat , ingatkan. Kalau mak ayah minta makan KFC ke, pulut mangga, durian dan macam2 lagi.. Senyum aje ya..Marah kuat sangat pun boleh derhaka
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.