Keibubapaan

Ibu Bapa Derhaka, Tak Sedar Lakukan Dosa Pada Anak-anak

Share

Istilah ibu bapa ‘derhaka’ mungkin kedengaran agak janggal dan sedikit kasar pada halwa telinga. Selalunya yang biasa kita dengar, anak derhaka kerana ungkapan ini cukup popular digunakan sebagai merujuk anak yang bersikap kurang ajar atau biadab terhadap orang tuanya.

Walaupun label itu tidak wajar diberikan kepada insan yang melahirkan dan membesarkan anak-anak namun ibu bapa juga seperti insan yang lain, tidak kalis dosa. Sebenarnya ibu bapa juga tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan.

Ibu Bapa Derhaka

Berikut dikongsikan tanda-tanda ibu bapa derhaka. Moga bermanfaat.

Tak Sedar Lakukan Dosa Pada Anak-anak

1. TIDAK MENGAJAR ANAK MENGENALI ALLAH SWT

2. TIDAK MEMBERI HAK PENDIDIKAN

3. MENGABAIKAN KEPERLUAN TUMBESARAN

4. MENDAHULUKAN KEHENDAK DIRI BERBANDING KEPERLUAN ANAK

5. MENGELAK MENJAGA ANAK KERANA MERASAKAN MEREKA BEBAN

6. WUJUD SECARA FIZIKAL TETAPI TIDAK SECARA EMOSI

7. MEMUKUL, MENGHERDIK, MEMBERI GELARAN BURUK & APA JUA KEKASARAN YANG DILAKUKAN TERHADAP ANAK

8.MENGEJEK & MEMALUKAN ANAK DEPAN ORANG LAIN

 

9. TIDAK BANDING DENGAN ANAK LAIN

 

 

Benar tiada ibu bapa yang sempurna tetapi cubalah menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memperbaiki diri demi tumbesaran anak yang sihat. Didikan yang baik pasti akan melahirkan anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber: Wawa Shauqi

Baca artikel berkaitan di sini: Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Ini Tip Penting Pakar Psikiatri Kongsi

Anak Lelaki Atau Anak Perempuan, Lepas Kahwin Wajib Jaga Ibu Bapa

Ibu Bapa Jual Sate Untuk Sara Keluarga, Kejayaan Abang Suntik Semangat Kembar Untuk Raih Cemerlang Dalam SPM