Tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan, kedua-duanya punya tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa. Pakar motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, berkata hukum menjaga ibu bapa terutama yang uzur terletak bukan sahaja di bahu anak lelaki, bahkan anak perempuan.
Tanggapan anak perempuan terlepas daripada tanggungjawab menjaga ibu bapa selepas berkahwin tidak benar sama sekali. Setiap anak wajib berbuat baik bukan sahaja terhadap ibu kandung, bahkan mentua, ibu angkat, ibu tiri mahupun sekadar ibu susuan.
Anak Lelaki Atau Anak Perempuan
Tidak ada sesiapa yang terlepas sekalipun wanita itu sudah berkahwin. Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan menjaga ibu bapa yang sakit. Malah kerana tanggapan ‘wajib’ itu, tugasan berkenaan diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya yang sama sekali tidak benar.
SUAMI TIDAK BOLEH HALANG
Seandainya ibu bapa kandung isteri uzur atau terlantar sakit dan isteri ingin menjaganya, suami tidak boleh menghalang sebaliknya perlu membantu dalam menyediakan keperluan serta kebajikan mentua.
Apabila perempuan berkahwin, memang isteri dan segala dibawa adalah di bawah tanggungjawab suami termasuk nafkah ibu bapa isteri sekiranya mereka dalam kalangan orang miskin atau memerlukan bantuan perubatan. Nafkah itu perlu ditanggung menantu lelaki mengikut kemampuannya.
Ia menunjukkan keadilan Islam termasuk kepada ibu bapa yang tidak mempunyai anak lelaki. Bayangkan sekiranya anak lelaki sahaja dituntut menjaga ibu bapa, mungkin ramai dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin mengabaikan orang tua mereka.
Ads
Di sinilah ditunjukkan pembelaan Allah SWT terhadap ibu bapa yang tidak berbelah bahagi dan saksama kerana ia tidak mengira sama ada kewajipan menjaga ibu bapa kandung atau mentua.
Ini turut ditekankan Rasulullah SAW yang menjelaskan antara salah satu dosa besar, selain mensyirikkan Allah SWT adalah bagi orang derhaka terhadap kedua orang tua.
Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kalian mahu aku beritahu mengenai dosa besar?” Sahabat kemudian menjawab: “Kami mahu, wahai Rasulullah SAW.” Rasulullah berkata: “Menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua.” (HR Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dalam situasi suami ingin menjaga ibu bapanya yang sakit, jatuh hukum haram kepada isteri yang tidak membenarkannya. Bagaimanapun, keadaan berbeza bagi menantu perempuan yang tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yang sedang sakit.
Ads
Tanggungjawab menjaga ibu bapa suami yang sakit terletak sepenuhnya kepada tangan suami. Bagaimanapun suami boleh berbincang dengan isteri atau jika mampu sediakan pembantu rumah bagi meringankan tugasan isteri.
Mengikut hukum, isteri wajib diberikan upah jika suami ingin pasangan menjaga ibu bapanya yang uzur. Oleh itu masyarakat supaya tidak sesekali bertindak melabelkan menantu perempuan yang menolak menjaga mentua sebagai kejam atau tidak berhati perut kerana ia hukum asas dalam agama.
JANGAN TERLALU BERKIRA
Amat pelik bagi sikap sesetengah pasangan suami atau isteri yang sengaja tidak mahu menjaga ibu bapa masing-masing. Hierarki membezakan ibu bapa kandung dan mentua sebenarnya tanpa berasaskan dalil sahih daripada al-Quran dan hadis, sekali gus mendorong kita berpecah-belah, bertelagah, terlalu berkira serta saling cemburu dan meragut sifat kasih-sayang mukmin sebenar.
Ads
Apabila diuji menjaga ibu bapa sakit, apa lebih penting adalah melakukan persiapan mental dan emosi dengan rapi. Ibu bapa yang tinggal bersama perlu diutamakan keselesaan mereka dengan menyediakan keperluan sepatutnya termasuk tempat tidur kondusif dan aktiviti harian yang diisi dengan perkara bermanfaat.
Perbuatan mencela, menghamburkan kata kesat atau memperlekehkan ibu bapa atau mentua perlu dielakkan dengan sentiasa mengingati azab Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang derhaka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka
Sumber kredit: Hijabista via Berita Harian Online (Rencana)
Pertelingkahan atau ketidak persefahaman antara adik beradik bukanlah perkara asing dalam institusi kekeluargaan.
Malah banyak insiden mengerikan berlaku sama ada di dalam mahupun luar negara.
Pun begitu, hubungan antara adik-beradik sering disifatkan sebagai ‘air yang dicincang takkan putus’.
Menerusi nukilan Setiausaha Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi, mendoakan adik-beradik sendiri adalah sifat yang mulia dan ia dinyatakan dalam al-Quran.
Perkara ini dapat dilihat apabila Nabi Musa mendoakan abangnya Nabi Harun.
Hubungan abang adik ini adalah antara perkara yang menarik untuk diterokai kerana kehidupan mereka yang digambarkan di dalam al-Quran sebagai adik-beradik yang saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam usaha dakwah.
Nabi Musa dan Nabi Harun memiliki dua karakter berbeza yang ditampilkan di dalam al-Quran.
Nabi Musa orangnya keras, sedangkan Nabi Harun itu sikapnya lembut.
Ini dapat dilihat daripada peristiwa yang berlaku setelah kaum mereka menyeleweng dari ajaran Islam, Musa memarahi abangnya Harun dengan menggenggam janggutnya dan menarik rambutnya.
Namun Harun membalas dengan baik dengan katanya yang bermaksud:
“Wahai anak ibuku (Nabi Musa)! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku.
Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: “Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!” Surah Taha: 94.
Nabi Harun orangnya fasih sedang Nabi Musa barangkali tuturnya tidak berapa lancar.
Perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Musa ketika meminta bantuan daripada Allah supaya Allah mengutuskan Harun sebagai pembantunya kerana beliau lebih fasih dalam bertutur.
Kata Nabi Musa yang bermaksud: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih dari diriku” Surah al-Qasas: 34.
Walaupun memiliki karakter yang berbeza, dua beradik ini adalah pasangan yang ideal dalam dakwah.
Ketika Allah memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun, beliau memohon supaya Allah melantik Harun, abangnya sebagai pembantu.
Pelantikan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa ini disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran yang menggambarkan betapa besar peranan Harun sebagai pembantu misi dakwah tersebut.
Allah menceritakan dialog Musa ini di dalam al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu dari keluargaku. [30] Iaitu Harun saudaraku [31] Kuatkanlah pendirianku dengan sokongannya [32] Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku [33] Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu [34] – Surah Taha: 30-34.
Bukan sahaja saling membantu, Nabi Musa juga direkodkan sebagai mendoakan keampunan buat abangnya. Berapa ramai dalam kalangan kita yang mendoakan sesama adik-beradik sendiri?
“Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam syurga.” (Surah al-A’raf:151)
Melihatkan kepada doa ini, alangkah baiknya andai sesama adik-beradik itu saling mendoakan kebaikan dan keampunan sesama mereka agar mereka semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
Jika timbul masalah sesama adik-beradik, selesaikan secara baik menerusi perbincangan tanpa perlu mengambil langkah tidak matang seperti left WhatsApp group!
Perkahwinan ni ada fasanya. Lima tahun pertama usia sesebuah perkahwinan adalah tempoh yang paling mencabar dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.
Fasa pertama, masa beberapa tahun kita mendirikan rumahtangga. Ketika ini kita baru nak kenal siapa sebenarnya pasangan kita tu. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, cara dia, tabiat dia dan paling penting lagi jika kewangan kita waktu tu “cukup-cukup makan”. Isteri yang bersusah payah dengan kita tu, yang pergi kerja naik motor, kena hujan basah sama-sama, yang tidur atas toto atas lantai mula-mula kahwin, yang sama-sama boleh makan maggi, kira duit syiling waktu tengah bulan dengan kita, itulah isteri dunia akhirat kita.
Hargai isteri yang sudi berkongsi hidup dengan anda. Pengorbanan dan kesetiaannya tiada bandingan malah mereka tidak pernah mengharap balasan. Sesekali memberikan hadiah sebagi tanda penghargaan tidak salah kan. Tapi hadiah bukan pengukur kasih sayang. Kena ingat tu. Bila last hadiahkan isteri barang kemas? Dulu masa mula-mula kahwin…Bila last beli baju baru, beg duit baru, kasut baru kat isteri? Raya tahun lepas…
Bila last bawa isteri jalan-jalan? Bila last bawa isteri keluar makan?
Tapi adakah semua tu penting untuk isteri? Orang pompuan ni, perkara yang paling penting bagi dia hanyalah untuk kita menjadi seorang suami yang baik, yang menunaikan nafkah, yang menyediakan makan minum secukupnya, yang tahu memahami dan menghargai untuk apa yang dia dah buat kepada kita…walaupun sekadar kata-kata sahaja…
Tak bagi barang kemas, tak beli baju baru, beg baru, tak bawa bercuti…tak apa, as long as jadi suami yang baik, tak curang, tak main pompuan lain, boleh buat keputusan untuk keluarga sendiri tanpa perlu mendengar kata-kata orang lain. Kalau tiap2-tiap bulan bagi barang kemas, tapi curang, kalau tiap-tiap minggu beli baju baru, tapi hala tuju keluarga semua orang lain yang tentukan, maka tak guna…harta benda tu takkan dapat mengubati apa yang dia rasa dan lalui sebagai seorang isteri…
Tak perlu jadi kaya untuk buat isteri bahagia, cukup dengan tahu apa yang sepatutnya seorang suami buat dalam rumahtangga…itu dah cukup untuk dia.
Kita beruntung ada banyak jenis hidangan nasi. Bila pergi kenduri, tak selalunya orang hidang nasi minyak. Ada yang hidang nasi hujan panas, nasi tomato termasuk nasi mandy walaupun bukan menu Melayu.
Kadang-kadang teringin nak rasa menu nasi yang tak pernah cuba lagi. Ala thai, ala arab atau ala china? Eh tapi semua tu ada ke menu untuk nasi? Tentu lah semua bangsa pon ada menu nasi tersendiri termasuklah mat salleh kan.
Kalau nak cuba menu baru boleh cuba menu nasi khomok. Apa tu nasi khomok? First time dengar ke? Nasi khomok ni berasal dari Thailand atau Siam. Maksud nasi komok ini adalah nasi beriani siam. Aromanya cukup wangi, rasanya apatah lagi sedap sungguh ni.
Biasanya orang Kelantan dah pernah makan. Tambah lagi yang selalu pergi jalan-jalan di kawasan Golok dan Rantau Panjang. Haa dah dengar penjelasan ni tak terliur ke nak cuba? Jom kita cuba resepi yang dikongsikan di bawah.
RESEPI NASI WANGI THAILAND
BAHAN-BAHAN:
-Ayam dipotong, cuci bersih dan kemudian toskan
BAHAN PERAPAN AYAM:
-4 batang serai
-Ketumbar
-Kunyit hidup & serbuk
-1 labu bawang putih
-Halia
-1 sudu tepung gandum
-Sedikit pewarna merah
-Sedikit garam secukup rasa
CARA MEMASAK AYAM:
-Kisar bahan perapan dan gaulkan pada ayam
-Biar perap selama satu jam dan goreng ayam
BAHAN NASI KOMOK:
-1kg beras basmati yang dibersihkan kemudian toskan
-Serbuk nasi komok (boleh beli di pasaraya & tambahkan sedikit serbuk kunyit)
-Kulit kayu manis
-Bunga lawang
CARA MEMASAK NASI:
-Tumiskan bahan dalam periuk sampai naik bau
-Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras
-Letak gula, garam atau secukup rasa
-Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak
BAHAN REMPAH NASI KOMOK (JIKA TIDAK ADA REMPAH YANG SEDIA ADA):
-2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
-1 sudu serbuk kunyit
-1 sudu serbuk jintan manis
-1 sudu serbuk jintan putih
-1/2 sudu serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKAN:
-Satukan semua rempah
BAHAN-BAHAN SOS/PENCICAH:
-3-4 ulas bawang putih
-4 biji cili merah
-5-6 biji cili padi
-Akar daun ketumbar
-Sedikit garam
-Gula
-2 sudu cuka
-Air
CARA SEDIAKAN SOS:
-Kisar halus semua bahan-bahan
-Panaskan atas dapur biar sampai pekat dan tabur daun ketumbar
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.