Hampir 70% anak yang berumur bawa lima tahun mengalami masalah untuk tidur awal. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kesukaran anak ini untuk masuk tidur lebih awal.

Isu tidur ini sangat perlu ditangani oleh ibubapa kerana kekurangan tidur di kalangan anak akan menyebakan ibubapa dan juga anak menjadi letih. Keletihan akibat kekurangan tidur ini boleh membawa kepada tingkah laku berlainan seperti meragam,  hiperaktif, masalah tumbesaran dan juga masalah pembelajaran.

Selain dari itu terdapat segelintir anak yang baru memulakan alam persekolah taska atau tadika mengalamai masalah untuk tidur lebih awal. Anak yang tidur lewat biasanya akan mengalami kesukaran untuk bangun awal untuk pergi ke sekolah. Berikut adalah beberapa tips oleh Konsultan Pendidikan Awal Kanak-kanak Dr Mahani Razali yang boleh diambil oleh ibubapa bagi memudahkan anak untuk tidur awal dan bangun awal.

Ibu Bapa Kena Tegas Bila Anak Mula Tidur Lewat, Elak Jejas Tumpuan Belajar

1.Jadual tidur dan bangun

Sediakan jadual tidur dan bangun pada anak. Beritahu dan berbincang dengan anak tentang jadual tersebut. Tampal jadual tersebut dalam bilik tidur anak. Jangan lupa sentiasa ingatkan anak tentang jadual tersebut. Jadikan waktu tidur dan waktu bangun sebagai rutin harian anak.

IKLAN
  1. Waktu tidur teratur

Sentiasa konsisten dengan masa tidur dan bangun anak. Sentiasa konsisten dengan jadual masa tidur dan masa bangun anak. Jam biologi (biological clock) mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas tingkah laku tidur dan bangun seseorang kanak-kanak. Bila kita menetapkan jadual tidur dan bangun anak, bermakna kita juga memprogram  tubuh badan anak untuk tidur dan bangun pada waktu yang ditetapkan. Keadaan ini sangat membantu memudahkan urusan tidur dan bangun anak  anda.

Ibu Bapa Kena Tegas Bila Anak Mula Tidur Lewat, Elak Jejas Tumpuan Belajar

3.Tidur sebentar

IKLAN

Galakan anak untuk tidur walaupun hanya sebentar pada waktu siang atau dikenali sebagai “daily naps”. Daily naps ini sangat penting kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak perlu berehat sebentar bagi memulihkan tenaga yang banyak hilang kerana aktif melakukan pelbagai aktiviti. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang “naps” akan lebih bertingkahlaku agresif dan juga kerap terjaga pada waktu malam. Kanak-kanak yang mendapat “ nap”  yang cukup  akan tidur dengan lebih baik pada waktu malam!

4.Programkan jam biologi anak.

Jam biologi adalah  atau juga dikenali sebagai jam kerja tubuh manusia adalah waktu di mana tubuh manusia berfungsi atas sesuatu aktiviti.  Jika di programkan dengan betul anak akan merasa penat bila tiba masa untuk tidur. Suasana bilik yang gelap pula akan turut membantu pengeluaran hormon tidur. Jadi ibubapa boleh menggelapkan dengan memadamkan lampu 30 minit lebih awal sebelum waktu tidur anak.

IKLAN

Ibu Bapa Kena Tegas Bila Anak Mula Tidur Lewat, Elak Jejas Tumpuan Belajar

  1. Makan awal

Sediakan jadual makan yang lebih awal sekiranya kita mahu anak masuk tidur lebih awal. Adalah sangat perlu ibubapa menghadkan waktu bermain komputer dan juga waktu menonton televisyen pada anak-anak terutamanya pada waktu malam.

6.Pastikan juga kanak-kanak mendapat nutrisi yang baik dan sihat. Nutrisi juga sangat mempengaruhi tahap tenaga dan tidur kanak-kanak. Pastikan anak tidak mengambil makanan yang mengandungi kadar protin dan gula yang tinggi sebelum waktu tidur kerana kadar protin dan gula yang tinggi akan menyebakan kanak-kanak menjadi lebih peka dan susah untuk tidur. Malah, pengambilan makanan yang mengandungi kadar karbohidrat sebelum tidur boleh membantu anak tidur dengan lebih nyenyak.

  1. Ruang tidur

Cipta suasana bilik tidur yang selesa untuk anak anda. Pastikan bantal, tilam dan juga dan selimut sesuai untuk anak. Dalam pada itu, persekitaran dalam bilik yang kemas, bersih dengan suhu bilik iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk akan memberikan keselesaan kepada anak. Pastikan anak memakai pakaian tidur yang sesuai.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI