Ads

“Anak Sakit Bukan Boleh Rancang” AG Hot FM Dipuji Pertahankan Ibu Bekerja

Gambar Dari Threads

Ibu berkerjaya yang mempunyai anak kecil sememangnya berdepan pelbagai cabaran dalam mengimbangi tuntutan pekerjaan dan tanggungjawab terhadap keluarga. Isu ini kembali menjadi perhatian selepas tindakan penyampai Bekpes Hot FM, AG yang tampil memberikan pandangan berbeza meraih pujian ramai.

Isu itu tercetus ketika sebuah topik mengenai wanita berkerjaya dibincangkan dalam segmen pagi apabila seorang pemanggil wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Kecik’ menyatakan majikan tidak sepatutnya mengambil wanita yang mempunyai anak kecil sebagai pekerja.

Menurut pemanggil berkenaan, golongan ibu dikatakan kerap mengambil cuti apabila anak tidak sihat sehingga boleh menjejaskan produktiviti di tempat kerja.

Bagaimanapun, AG cuba memberikan perspektif berbeza dengan mengingatkan bahawa situasi seperti itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada masa hadapan.

Namun, pemanggil terbabit tetap yakin perkara tersebut tidak akan berlaku kepadanya kerana mendakwa dia tahu menguruskan masa dengan baik.

“Anak Sakit Bukan Boleh Rancang” AG Hot FM Dipuji Pertahankan Ibu Bekerja

AG Pertahan Cabaran Ibu Berkerjaya

Kenyataan itu kemudian mendapat perhatian warga maya selepas seorang individu berkongsi pandangannya di Threads dan memuji tindakan AG yang disifatkan lebih memahami realiti serta cabaran seorang ibu.

“Terima kasih kerana beri sokongan kepada wanita dan memahami apa yang kami lalui,” tulisnya.

Individu terbabit yang kini merupakan suri rumah sepenuh masa dan pernah bekerja sebelum mempunyai anak turut mengakui sangat tidak bersetuju dengan pandangan pemanggil tersebut.

Ads

Menurutnya, seseorang mungkin merasakan dirinya mampu menguruskan segala-galanya dengan baik hari ini, namun kehidupan selepas berumah tangga dan mempunyai anak tidak sentiasa berjalan seperti yang dirancang.

“Mungkin hari ini Allah bagi rezeki masa dan kudrat yang kuat dengan kita.

“Tapi kemudian hari kita tak tahu apa yang Allah akan bagi. Selagi tak melalui proses rumah tangga dan hadap perangai anak sendiri, selagi itu kita takkan tahu kepayahan yang sebenar,” luahnya.

Pandangannya menggambarkan bahawa keadaan seseorang boleh berubah selepas memasuki fasa kehidupan yang berbeza. Tanggungjawab menjaga anak juga mempunyai cabaran tersendiri yang tidak semestinya dapat diselesaikan hanya melalui pengurusan masa.

 

View on Threads

 

Ramai Kongsi Pengalaman Imbangi Kerjaya Dan Keluarga

Perkongsian itu kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dengan ramai yang turut berkongsi pengalaman masing-masing mengimbangi tuntutan kerjaya dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Ads

Bagi seorang ibu berkerjaya yang mempunyai anak kecil, keadaan tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa meskipun segala urusan harian sudah dirancang dengan baik.

Hakikatnya, anak yang jatuh sakit bukanlah sesuatu yang boleh dijadualkan atau dielakkan hanya dengan pengurusan masa yang baik. Dalam keadaan tertentu, ibu bapa sememangnya perlu mengutamakan kebajikan dan kesihatan anak.

“Anak Sakit Bukan Boleh Rancang” AG Hot FM Dipuji Pertahankan Ibu Bekerja

Sokongan Tempat Kerja Beri Makna Besar

Perbincangan yang tercetus menerusi segmen Bekpes Hot FM itu akhirnya membuka ruang kepada orang ramai untuk melihat isu berkenaan daripada perspektif berbeza.

Ads

Tindakan AG memberikan pandangan yang mengambil kira realiti kehidupan seorang ibu turut mendapat penghargaan kerana dianggap menunjukkan sokongan dan kefahaman terhadap golongan wanita.

Pada masa sama, pengalaman setiap keluarga adalah berbeza. Ada ibu bapa yang mempunyai sistem sokongan ketika anak sakit, manakala ada juga yang perlu menguruskan keadaan tersebut sendiri sambil memenuhi tanggungjawab pekerjaan.

Justeru, isu melibatkan ibu berkerjaya dan anak kecil bukan sekadar persoalan mengenai kebolehan menguruskan masa. Keadaan kesihatan anak dan perkara tidak dijangka merupakan antara realiti yang perlu dihadapi dalam kehidupan berkeluarga.

Sikap empati dan toleransi bukan bermaksud mengetepikan tanggungjawab atau produktiviti di tempat kerja. Sebaliknya, ia memberikan ruang untuk memahami keadaan pekerja sambil memastikan tanggungjawab terhadap pekerjaan dan keluarga dapat terus diseimbangkan.

Akhirnya, sedikit sokongan dan kefahaman mampu memberikan makna besar kepada mereka yang sedang berusaha menjalankan dua tanggungjawab penting dalam kehidupan, iaitu membina kerjaya dan menjaga keluarga.

BACA LAGI : Dr Amalina Tamat PhD, Coretan Buat Dua Puteri Jadi Inspirasi Ibu Berkerjaya

Sumber : Threads

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Dua Rahmat Terbesar Dalam Hidup” Intan Najuwa Syukur Kini Ibu Kepada...

Intan Najuwa syukur dikurniakan dua puteri, Imane Lunara dan Imane Laudya, selain berkongsi pengalaman VBAC yang tidak kesampaian.