Ads

Dr Amalina Tamat PhD, Coretan Buat Dua Puteri Jadi Inspirasi Ibu Berkerjaya

Dr Amalina Che Bakri sekali lagi menjadi inspirasi ramai apabila berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Imperial College London. Kejayaan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dicapai, apatah lagi apabila dalam masa yang sama beliau perlu menggalas tanggungjawab sebagai pakar bedah, isteri dan ibu kepada dua cahaya mata yang masih kecil.

Momen penuh bermakna itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram dan nyata mencuri perhatian ramai. Namun, lebih menyentuh hati apabila Dr Amalina menitipkan ucapan istimewa buat dua puteri kesayangannya, Arabella Mia dan Aurora.

Dr Amalina Tamat PhD, Coretan Buat Dua Puteri Jadi Inspirasi Ibu Berkerjaya

Coretan tersebut bukan sekadar perkongsian kejayaan akademik, malah menjadi luahan hati seorang ibu yang melalui pelbagai cabaran demi ilmu, kerjaya dan masa depan keluarga tercinta.

Dr Amalina Che Bakri Titip Pesanan Buat Dua Puteri Tersayang

Menerusi hantaran itu, Dr Amalina berharap suatu hari nanti anak-anaknya akan memahami perjalanan panjang yang dilaluinya sepanjang menamatkan pengajian serta menjalani latihan dalam bidang perubatan.

Menurut beliau, banyak malam dihabiskan dengan tugasan akademik, penulisan tesis, sesi pembelajaran, latihan klinikal dan jadual kerja yang padat. Ada ketikanya, beliau terpaksa berjauhan daripada anak-anak walaupun hati seorang ibu sentiasa ingin berada dekat di sisi mereka.

“Suatu hari nanti apabila kamu sudah besar, mummy harap kamu akan memahami perjalanan yang mummy lalui, malam-malam yang panjang, syif on-call, penulisan tesis, latihan klinikal, pembelajaran dan pilihan yang kadangkala membuatkan mummy terpaksa berjauhan daripada kamu walaupun hati mummy hanya mahu sentiasa dekat dengan kamu.”

Dr Amalina Tamat PhD, Coretan Buat Dua Puteri Jadi Inspirasi Ibu Berkerjaya

Ads

Segala Pengorbanan Dilakukan Kerana Cinta

Lebih menyentuh hati, Dr Amalina menjelaskan bahawa segala usaha yang dilakukan bukan kerana kasih sayang terhadap anak-anak terganti dengan kerjaya atau pengajian. Sebaliknya, semuanya dilakukan kerana rasa cinta yang cukup mendalam terhadap mereka.

“Semua yang mummy lakukan bukan kerana menggantikan kasih sayang kepada kamu. Mummy lakukan kerana mummy sayangkan kamu.”

Luahan tersebut menyentuh hati ramai pengikut yang memahami cabaran seorang wanita dalam mengimbangi pelbagai peranan penting dalam kehidupan.

Ramai ibu berkerjaya berdepan situasi yang sama apabila terpaksa membuat pengorbanan masa demi memastikan keluarga dan kerjaya dapat berjalan seiring. Perkongsian jujur seperti ini membuatkan ramai berasa lebih difahami dan dihargai.

Dr Amalina Che Bakri Akui Pernah Rasa Bersalah Sebagai Ibu

Dalam perkongsian sama, Dr Amalina turut mengakui ada hari-hari tertentu beliau dibayangi rasa bersalah apabila merasakan dirinya tidak melakukan yang terbaik sebagai seorang ibu.

Ads

Malah, beliau juga pernah bimbang sekiranya anak-anaknya tidak memahami pengorbanan yang dilakukan demi masa depan keluarga. Perasaan tersebut cukup dekat dengan ramai ibu berkerjaya yang setiap hari berusaha membahagikan masa antara tuntutan kerja dan keluarga.

Walau bagaimanapun, kasih sayangnya terhadap Arabella dan Aurora tidak pernah berkurang walau sedikit pun. Sebagai ibu, beliau mahu kedua-dua anaknya membesar dengan keyakinan bahawa mereka mampu mencapai perkara luar biasa dalam kehidupan.

Dr Amalina Tamat PhD, Coretan Buat Dua Puteri Jadi Inspirasi Ibu Berkerjaya

Ads

Pesanan Bermakna Untuk Masa Depan Anak-Anak

Selain berkongsi pengalaman peribadi, Dr Amalina turut menitipkan pesanan yang penuh makna buat kedua-dua puterinya.

“Jika ada satu perkara yang mummy mahu kamu sentiasa ingat, ia adalah kamu mampu melakukan perkara yang luar biasa.

Kamu boleh bermimpi setinggi-tingginya. Kamu boleh menjadi kuat dan lembut, bercita-cita tinggi dan penuh belas kasihan dalam masa yang sama.”

Jadi Inspirasi Buat Ibu Berkerjaya

Mengakhiri hantaran tersebut, Dr Amalina berharap suatu hari nanti anak-anaknya akan melihat kembali perjalanan hidup yang dilaluinya dengan rasa bangga.

Beliau turut menegaskan bahawa Arabella dan Aurora merupakan anugerah terindah dalam hidupnya. Sebagai seorang ibu, beliau akan sentiasa mempercayai kebolehan kedua-dua puterinya itu dengan sepenuh hati.

“Sentiasalah ingat, mummy percaya kepada kamu dengan sepenuh hati. Tiada yang mustahil untuk kamu. Kamu adalah hadiah terindah dalam hidup mummy.”

Perkongsian penuh emosi itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang tersentuh dengan keikhlasan luahan seorang ibu. Ramai yang menganggap kisah Dr Amalina cukup memberi inspirasi, khususnya buat wanita dan ibu berkerjaya yang sedang berjuang mengimbangi impian, kerjaya serta tanggungjawab terhadap keluarga.

Benarlah, di sebalik setiap kejayaan seorang ibu, ada pengorbanan yang mungkin tidak selalu terlihat. Ada malam yang panjang, rasa penat yang disembunyikan dan rindu yang dipendam. Namun apabila semuanya dilakukan kerana cinta, setiap langkah perjuangan itu pasti menjadi sesuatu yang cukup bermakna.

BACA LAGI : Dr Amalina Kongsi 8 Amalan Selepas Bersalin, Ikut Kajian Saintifik & Pakar Obstetrik

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Usia Bukan Penghalang, 5 Pasangan Selebriti Ini Bukti Usia Bukan Penghalang...

Pasangan selebriti beza usia membuktikan bahawa jurang umur bukan penghalang untuk bahagia. Kenali 5 pasangan artis Malaysia yang kekal romantis, harmoni dan menjadi inspirasi ramai.