Inilah dikatakan jodoh. Dalam usia sebegini kembali menjadi pengantin baharu. Ibu kepada usahawan terkenal, Datuk Azril Mohd Radzi, 37, selepas ibu tercinta, Wan Zaiton Megat Othman selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Baharom Othman, 67, di Shah Alam, Selangor, semalam.
Hari bahagia itu dikongsi menerusi Instagram milik usahawan kosmetik dan hartanah ini. Berkongsi beberapa keping gambar, kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah ibu tersayang, membuatkan Datuk Azril luah rasa syukur.
IBU BERGELAR PENGANTIN BAHARU SELEPAS 18 TAHUN HIDUO SENDIRIAN
Hari yang bermakna buat mama. Harini diijabkabul. Di usia emas 64 tahun jadi pengantin baru. Setelah hampir 18 tahun hidup bersendirian…
Sebab tulah saya jarang share gambar keluarga. Saya tahu betapa perit menjadi ibu tunggal dan bermadu
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
BANGKIT DEMI KELUARGA
Menurutnya, tidak menyangka setelah 18 tahun rumahtangga dibina akhirnya musnah. Namun, perkara yang sudah lepas usah dikenang, dia terus melangkah untuk mengubah nasib keluarga.
Sekadar berkongsi. 18 tahun lepas tak pernah saya terfikir rumah tangga orang tua saya akan tersadai… Melihat mama bersedih masa-masa membesarkan anak-anak. Bukan perkara mudah. Hati manalah yang tak sama dukacita
Yang lepas biarlah berlalu. Masa tu saya bangkit selalu pujuk diri. Tempoh itulah jugalah saya berjuang. Nak ubah nasib diri, mama & keluarga.
Alhamdulillah saya pandang yang baik-baik. Bilamana Allah datangkan ujian Sebab Dia nak bagi yang lebih indah. Syukur percaturan Allah tu yang terbaik. Saya doakan yang terbaik buat mama & uncle.
Tarikh 18 Disember 2021, pastinya meninggalkan memori yang sukar diluputkan dari kotak memori ibu kepada 2 anak ini.
Dia bersama bayi berumur 6 Bulan melalui pengalaman menakutkan apabila air naik hingga ke paras leher dan Ketika itu dia menyangka itulah saat akhir yang tertulis untuk mereka berdua.
Dia meletakkan bayinya Dalam kotak lalu dijinjing selama 4 jam. Ketika itu dia sempat mengutuskan voice note yang memohon anaknya diselamatkan.
Voice note itu menjadi tular dan menyentuh hati orang ramai yang mendengarnya hingga ada yang menitiskan air mata.
Mangsa Suriyati Abdul Mokhtar baru-baru ini berkongsi tragedi hitam itu dengan program Malaysia Hari Ini, membuka kembali cerita hampir lemas bersama anak perempuannya Itu.
Menurut wanita berusia 34 tahun itu berkata, air banjir melimpah masuk ke dalam rumahnya sehingga mencecah paras leher sekali gus sedaya upaya memikirkan cara bagi menyelamatkan nyawa anaknya.
Dalam keadaan cemas, Puan Suriyati mendapatkan sebuah tong / kotak plastik untuk mengapungkan bayinya.
Dalam keadaan cemas, ibu ini tidak putus-putus berdoa dan bertahan.
Sambil menjunjung anaknya dalam kotak tersebut selama 4 jam, dia sempat mengutuskan voice note yang memohon anaknya diselamatkan.
“Air masuk perlahan-lahan melalui lubang pintu dan tingkap. Ya Allah, hati berdengup laju. Saya ambil box (kotak simpanan barang), letak anak dalam tu.
“Tiada sebarang bantuan tiba ketika itu, apatah lagi suami jauh bekerja di Terengganu. Saya hanya mampu menghantar pesanan suara memohon ampun dan maaf kepada ahli keluarga.
“Tolong, tolong ya Allah. Air makin tinggi. Ya Allah, tolong selamatkan anak saya je, yang lain saya tak fikir. Minta ampun bang, ampunkan mama. Takde orang selamatkan mama bang,” itu antara kata-kata yang ditinggalkan Suriyati.
Tambahnya, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas hampir empat jam menjunjung kotak plastik berkenaan selain hilang kata-kata apabila melihat bayinya yang kesejukan dan kelaparan.
“Dik (anak), adik tutup mata. Mama pun tutup mata. Mama rasa ni adalah takdir kita berdua, dah memang takde orang selamatkan kita. Abah takde, orang lain pun takde. Anak peluk saya erat, tutup mata,” ujarnya.
Bagaimanapun tanpa diduga, takdir masih menyebelahi wanita tersebut apabila dua anggota bomba tiba untuk menyelamatkan dua beranak terbabit seolah-olah diberi peluang kedua untuk bernafas.
Bila biji benih yang banyak disemai dan yang hidup hanya satu mesti boleh patah semangat dibuatnya untuk terus menjaga tanaman tersebut. Maklumlah kebarangkalian tanaman tersebut mati pun besar.
Pun begitu, pengalaman berbeza yang ditemui oleh Ijan Pijan ini bila menanam labu air, walau hanya satu anak pokok semaian yang hidup siapa sangka itulah pokoknya yang menggeluarkan hasil tuaian hingga tak termakan banyaknya. Ikuti perkongsian ini.
Seronoknya tengok labu ni air. Petang boleh la petik. Nak bagi pada sedara mara
Al kisahnya si labu air ni. Saya ni bukannya minat bekebun sangat. Memandangkn husband minat, jadi saya pun turutkan aja minat dia.
Dia beli benih di kedai bunga. Masa tu saya langsung tak teruja dengan labu air ni. Makan pun saya tak pernah.
Jadi bila husband suruh saya semai, saya pun semai ja la dalam cup kecik-kecik tu. Biji benih ada 22biji. Kitorang semai semua sekali. Tunggu la sekian lama, akhirnya tumbuh anak pokok 1 ja yang lain semua tak hidup.
Saya makin tak da semangat dengan pokok labu air ni. Langsung tak menaruh harapan. Lagi pun saya tak minat sangat dengan labu air.
Husband saya pun ambik la anak pokok yang dalam cup tu,tanam kat tanah. Husband pun macam frust ja sebab yang hidup cuma sepokok.
Dia cakap nasib la yang sepokok ni nak hidup ka, nak mati ka. Dia pun tak menaruh harapan. So kitorang takda la peduli sangat pada pokok labu air tu.Kitorang banyak fokus menjaga pokok-pokok lain.
Tapi tak di sangka-sangka, pokok labu air yang kitorang tak pedulikan tu, hidup subur bukan main. Kitorang pun mula rasa samangat untuk tengok bunga yang pertama.
Junjung tempat dia menjalar tu sampai roboh 2kali. Beratnya bukan main masa kitorang angkat untuk betulkan junjung. Bunga dia pun makin banyak. Buah pun menjadi jadi. Wahh.. Happynya kitorang dapat makan labu air hasil tanaman sendiri.
Itu la pertama kalinya saya makan labu air. Sedap rupanya labu air ni. Pokok dia terlalu subur, menjalar sampai tak cukup tempat. Terpaksa trim pulak. Buah pun besar. Ada yang sebiji berat sampai sekilo setengah.
Sekarang baru terpikir, kalau la yang disemai dulu, semuanya hidup, mana la nak letak semua pokok-pokok tu. Nasib baik hidup 1 ja. Kalau hidup semua, ntah-ntah rumah kitorang pun dipanjatnya.. langsung tak nampk rumah. Syukur tak terhingga.dapat la berkongsi hasil tanaman dengan adik-adik, abang, kawan-kawan.
Sumber: Ijan Pijan via Krbun Bandar :Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak adalah harapan buat ibu bapa. Lantaran itu, pelbagai usaha yang dilakukan supaya anak menjadi seorang yang cerdik pandai. Memperkenalkan pelbagai bahan bacaan supaya anak boleh membaca dan menghafal pada usia seawal satu atau dua tahun!
Namun, hakikatnya, ada yang alpa bahawa perkembangan seorang kanak-kanak adalah bermain dengan persekitarannya termasuk mempunyai kemahiran motor seperti melompat, berlari dan menangkap bola. Sebagaimana luahan hati seorang ibu Wawa Shauqi melalui paparan facebooknya, menjelaskan bahawa dirinya terkejut apabila anaknya yang seorang pandai tetapi tidak mampu menangkap bola, takut memijak pasir dan tidak boleh bergayut. Mujur cepat bertindak setelah menyedari anaknya mengalami sensory processing disorder (spd) atau kata lain, masalah sensori sentuhan, bahawa jika dibiarkan akan menjejaskan pembelajarannya apabila memasuki sekolah nanti. Ikuti perkongsiannya.
JANGAN ULANGI SILAP SAYA. ANAK SAYA PANDAI TETAPI…
Ini Ammar, anak sulung saya. Dia seorang yang cepat berjalan dan cepat bercakap. Pada usia dia 2 tahun, dia telah mengenal huruf dan dapat memadankan kesemua huruf kecil dan huruf besar.
Pada usia 3.5 tahun, dia mula membaca dan menghafal lebih dari 20 surah. Sekarang usianya 4 tahun, telah masuk separuh buku Iqra’ kedua.
Nampak macam perkembangannya cepat, tetapi ada perkara yang dia tidak mahir kalau nak dibanding dengan teman seusianya yang lain.
Pandai tetapi tidak mempunyai kemahiran penerokaan
Pada usia 3 tahun, dia masih belum boleh menangkap bola pada paras dada. Malah tangannya tak cukup kuat untuk menyepit objek menggunakan forcep mainan. Tangannya juga tak mampu bergayut walau 2 saat di ‘monkey bar’.
Saya sangka, mungkin kekurangannya itu kecil dan biasa. Mungkin pencapaian motor kasarnya tak mengikut carta milestone kerana dia bukan kategori ‘body intelligence’.
Yalah, sangka saya setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya.
Tapi bukan itu sahaja. Ammar seorang penggeli. Dia geli memijak pasir, geli duduk pada kerusi kulit (atau pvc) dan menjerit bila memegang ais.
Gelinya kadang-kadang keterlaluan. Pernah dia menjerit waktu kami lalu di sebuat kedai mainan. Ingatkan apa yang ditakutnya, rupanya ‘Magic Stretch Ball’. Seronok betul kami menyakat dia dengan bola tu.
Saya tak pernah sangka kesemua masalah ini mempunyai perkaitan yang sama. Malah masalah dia meraung bila mencuba kasut baru di mall dulu juga, ada kaitannya.
Rupanya ada masalah sensori sentuhan
Dia mempunyai tanda-tanda yang kebiasaan ada pada anak-anak yang ada kecelaruan neurologi. Tanda-tanda yang disebut OT Maryam itu mengesahkan yang Ammar mempunyai masalah sensori sentuhan, atau dalam istilahnya Sensori Processing Disorder (SPD) terhadap deria Tactile (Hypersensitif).
Ammar mungkin membaca awal dan cepat tangkap dalam pembelajaran, tapi masalah ini jika saya tak sedar dari awal, akan mengganggu pembelajarannya bila dia mula bersekolah nanti.
Nasib baik saya cepat sedar. Mujur Allah cepat temukan saya dengan pakar.
Alhamdulillah setelah saya lakukan pelbagai aktiviti ransangan, sekarang ‘sensitiviti’ Ammar dah banyak berkurangan. Cuma dengan Magic Ball tu masih takut-takut. Fobia kesan dari kena sakat masa kecik agaknya.
Kadang-kadang kita terlalu mahukan anak pandai, lalu kita hulur anak buku, pensil & kertas dan kita nafikan fitrah anak bermain.
Sedangkan dari bermain itulah anak-anak membina asas akademik mereka. Dari bermainlah anak akan belajar komunikasi dan membina keyakinan diri.
Dan dari bermainlah kesemua deria mereka berstimulasi dan berintegrasi bersama dengan baik.
Apa kaitan DERIA ini semua dengan akademik? Eh penting sangat. Deria sentuhan yang baik adalah asas untuk anak kuasai kemahiran motor halus seperti menulis dan mengguna tangan dengan baik.
Deria rasa pula membantu memberi stimulasi awal untuk anak menggunakan mulut untuk bercakap, selain mengelakkan masalah ‘picky eater’ pada anak.
Deria visual dan auditori pula penting untuk memberi tumpuan yang baik semasa dalam kelas dan mengenal huruf, nombor, bentuk serta simbol.
Deria sendi dan kestabilan akan bantu anak-anak menguasai hampir kesemua kemahiran dalam hidup. . TAPI.
Tapi bermain pun perlu ada tujuan. Setiap permainan perlu betul caranya supaya merangsang perkembangan anak-anak.
Seperti yang diajar OT AisyahRozalli kelmarin, main pun perlu ada 5 target. Antara targetnya adalah supaya anak mahir berkomunikasi, mahir berdikari dan mahir guna tubuh.
Haa kau! Ajar anak main pon kena ada ilmu tau.
Ya, memang tak dapat dinafikan setiap ibu bapa ada cara didikan yang tersendiri. Tetapi ilmu masih perlu kita cari. Tempoh tumbesaran anak singkat untuk kita cuba-cuba dan buat silap.
Ikut rapat-rapat ikon-ikon keibubapaan ustaz ustazah dan para terapis, supaya kita tak silap mendidik anak.