Tarikh 18 Disember 2021,  pastinya meninggalkan memori yang sukar diluputkan dari kotak memori ibu kepada 2 anak ini.

Dia bersama bayi berumur 6 Bulan melalui pengalaman menakutkan apabila air naik hingga ke paras leher dan Ketika itu dia menyangka itulah saat akhir yang tertulis untuk mereka berdua.

Dia meletakkan bayinya Dalam kotak lalu dijinjing  selama 4 jam. Ketika itu dia sempat mengutuskan voice note yang memohon anaknya diselamatkan.

Voice note itu menjadi tular dan menyentuh hati orang ramai yang mendengarnya hingga ada yang menitiskan air mata.

Mangsa Suriyati Abdul Mokhtar baru-baru ini berkongsi tragedi hitam itu dengan program Malaysia Hari Ini,  membuka kembali cerita hampir lemas bersama anak perempuannya Itu.

Menurut wanita berusia 34 tahun itu berkata, air banjir melimpah masuk ke dalam rumahnya sehingga mencecah paras leher sekali gus sedaya upaya memikirkan cara bagi menyelamatkan nyawa anaknya.

Dalam keadaan cemas, Puan Suriyati mendapatkan sebuah tong / kotak plastik untuk mengapungkan bayinya.

Dalam keadaan cemas, ibu ini tidak putus-putus berdoa dan bertahan.

Sambil menjunjung anaknya dalam kotak tersebut selama 4 jam, dia  sempat mengutuskan voice note yang memohon anaknya diselamatkan.

“Air masuk perlahan-lahan melalui lubang pintu dan tingkap. Ya Allah, hati berdengup laju. Saya ambil box (kotak simpanan barang), letak anak dalam tu.

“Tiada sebarang bantuan tiba ketika itu, apatah lagi suami jauh bekerja di Terengganu. Saya hanya mampu menghantar pesanan suara memohon ampun dan maaf kepada ahli keluarga.

“Tolong, tolong ya Allah. Air makin tinggi. Ya Allah, tolong selamatkan anak saya je, yang lain saya tak fikir. Minta ampun bang, ampunkan mama. Takde orang selamatkan mama bang,” itu antara kata-kata yang ditinggalkan Suriyati.

Tambahnya, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas hampir empat jam menjunjung kotak plastik berkenaan selain hilang kata-kata apabila melihat bayinya yang kesejukan dan kelaparan.

“Dik (anak), adik tutup mata. Mama pun tutup mata. Mama rasa ni adalah takdir kita berdua, dah memang takde orang selamatkan kita. Abah takde, orang lain pun takde. Anak peluk saya erat, tutup mata,” ujarnya.

IKLAN

Bagaimanapun tanpa diduga, takdir masih menyebelahi wanita tersebut apabila dua anggota bomba tiba untuk menyelamatkan dua beranak terbabit seolah-olah diberi peluang kedua untuk bernafas.

Ikuti kisah sepenuhnya menerusi video ini.

@memes.puakaAllahuakbar ! Pengorbanan seorang ibu. Nyawa anaknya lebih penting 🥺 credit: youtube tv3 #fypシ #berandatiktok #banjir2021♬ original sound – buletin3minit 📺

@memes.puakaReply to @memes.puaka Alhamdulillah mereka berdua selamat selepas 2 org anggota bomba datang sejurus selepas itu . credit : youtube tv3 #fypシ #banjir2021♬ original sound – buletin3minit 📺

Sumber:  memes. puaka & YouTube TV3 Malaysia