Memasak nasi nampak mudah, tetapi jika salah masak nasi  boleh jadi lembik ataupun mentah. Untuk mendapatkan nasi yang leboj peroi dan ‘cantik’, ada caranya.

Selain jenis beras yang digunakan, cara untuk menyukat air ketika memasak kena betul. Ibu-ibu cuba teknik ringkas ini bagi memastikan nasi yang dimasak ‘menjadi’.

SUKAT GUNA CAWAN

Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan orang menggunakan cawan untuk menyukat beras. Pastikan anda menggunakan cawan yang sama bagi menyukat jumlah beras dan air. Formula terbaik untuk memasak nasi iaitu, 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air.

MASAK BERAS BASMATHI

Untuk memasak beras basmathi, caranya tidak sama seperti anda memasak nasi biasa. Gunakan sukatan air dan beras yang sama. Katakan anda guna 3 cawan beras, maka airnya juga haruslah 3 cawan air.

IKLAN

MASAK BERAS PERANG

Jika anda mahu memasak beras perang, caranya lain sedikit. Sebaiknya beras ini direndam dua jam sebelum dimasak untuk memudahkannya menjadi lembut. Sama seperti beras basmathi, sukatan air juga harus dikurangkan dari kuantiti beras yang digunakan.

3 KALI BASUH

Untuk menggelakkan nasi menjadi lekas basi adalah dengan membasuh dan bilas beras sebanyak 3 kali. Kurang daripada itu akan menyebabkan kanjinya terlalu banyak dan nasi mudah basi kerana teksturnya cenderung untuk menjadi lembik.

IKLAN

GUNA JARI HANTU

Untuk menyukat jumlah air yang cukup untuk beras yang dimasak adalah dengan menggunakan ruas jari hantu. selepas beras dibilas, ratakan permukaan beras dan celupkan jari hantu ke dalam air. Pastikan jari berada di atas permukaan beras dan sukatan air haruslah berada pada satu ruas jari.

MASAK ATAS DAPUR

IKLAN

Jika anda memasak nasi atas dapur, jangan mudah alpa. Menggunakan periuk elektrik sangat mudah kerana suhunya akan berubah sendiri mengikut tetapan yang telah dipilih. Memasak nasi di atas dapur memerlukan anda untuk menjadi lebih peka supaya nasi tidak hangit. Ketika air mulai kering, anda harus perlahankan sedikit api supaya nasi masak perlahan-lahan tanpa menghangitkannya. Kemudian, gembur nasi dan dibiarkan selama lebih kurang 7-10 minit lagi supaya ia benar-benar kering dan masak dengan sekata.

GEMBUR NASI

Untuk menjadikan nasi yang dimasak jadi lebih elok dan berbutir, anda digalakkan untuk menggembur nasi sebaik sahaja airnya sudah kering. gemburkan dengan lembut supaya nasi tidak hancur dan tutup semula periuk sehingga nasi benar-benar masak.

LEBIHAN NASI

Untuk membuat nasi goreng, anda harus menggunakan nasi yang dimasak dengan tepat. Jika nasi yang digunakan lembik, nasi goreng akan hancur dan tidak sedap. Jika ada lebihan nasi dan anda merancang untuk masak pada hari esoknya, simpanlah di dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih cantik dan sesuai digoreng.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI