Orang yang mengalami Migrain sensitif kepada hampir segala-galanya. Antaranya sinar cahaya matahari boleh mencetuskan sakit yang teruk terutama seluruh kepala. Migrain dipautkan kepada deria amaran termasuk kerlipan cahaya, kebas di tangan dan kaki, bintik buta, loya, dan muntah-muntah.
Preskripsi ubat-ubatan boleh memberi kesan buruk terutama jika tempoh penggunaan yang lama dan berterusan. Jadi bagi yang mengalami migrain yang kerap dan teruk anda boleh mencuba cara alternatif yang lebih selamat dan berkesan.
Ubat ini diperbuat daripada garam. Pastikan hanya garam berkualiti tinggi digunakan dan sebaiknya gunakan garam Himalaya organik jika anda mahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Garam ini akan membantu anda mengurangkan sakit kepala yang teruk dan migrain. Selain itu, ia akan membantu anda menguatkan sistem imun serta membantu memulihkan bacaan alkali dan elektrolit dalam badan anda.
Ads
Antara bahan lain untuk petua ini ialah lemon. Lemon dianggap sebagai salah satu buah-buahan yang mempunyai alkali. Badan kita mendapat banyak manfat apabila lemon digabungkan dengan garam kerana membantu anda mengurangkan migrain:
Mulakan dengan memerah limau tersebut ke dalam segelas air, dan kemudian tambah garam Himalaya kepadanya. Gaul dan ubat migrain anda bersedia untuk diminum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Covid-19, inilah musuh yang amat kita geruni ketika ini. Kita tidak dapat melihat ‘keberadaannya’ namun ia mampu menyerang hingga membawa maut. Atas sebab ini jugalah kita berasa sangat bimbang andai ada salah seorang ahli keluarga dijangkiti Covid-19, akan boleh membawa kepada kebarangkalian seisi keluarga dan sesiapa sahaja kontak rapat terjangkit. Sungguh cepat virus ini merebak!
Terbaharu seperti yang dilaporkan di Harian Merto mengenai kisah Lans Koperal Siti Nurul Hawana tentang pemergian tiga orang ahli keluarganya akibat Covid-19 dalam masa yang singkat, sungguh menyentuh perasaan warganet. Apatah lagi melihat potret keluarga tersebut yang dikongsikan bersama. Menurut sumber, gambar tersebut adalah yang diambil baru-baru ini ketika menyambut Aidilfitri.
Kini ianya menjadi kenangan terakhir buat Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran apabila kehilangan insan tersayang, ibu bapa dan adiknya yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Bapanya, Amran Sadon, 56, dan ibunya, Hasminah Parmin, 57, meninggal dunia Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, Khamis lalu.
Manakala, adiknya Muhammad Luqman Idham Amran, 20, pula menghembus nafas terakhirnya jam 6 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Lebih menyedihkan, Siti Nurul berkata, arwah orang tuanya juga tidak sempat meninggalkan pesanan buat dirinya selepas dimasukkan ke hospital.
Menurutnya, arwah ibu dan bapanya disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei lalu selepas menjalani ujian calitan sehari sebelum itu.
“Sepanjang Ramadan lalu mereka ada mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran rumah kami di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkitan daripada situ.
“Selepas mengetahui mereka positif saya dan adik-beradik membuat ujian sama namun hanya adik yang disahkan positif manakala saya negatif,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berkata, ibunya dihantar ke HCTM pada petang Khamis lalu kerana keadaannya yang semakin teruk ketika itu.
“Namun apabila saya memberitahu arwah ayah, emak semakin kritikal, tiba-tiba ayah mengadu sesak nafas sebelum kami menghubungi ambulans dan dia dihantar ke hospital sama pada sebelah malam.
“Namun mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia keesokannya dan yang ralatnya, mereka tidak sempat meninggal apa-apa pesanan buat saya,” katanya.
Katanya, adiknya yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh juga hilang semangat apabila mengetahui ibu bapanya sudah tiada.
“Namun tidak sangka hari ini adik pula pergi meninggalkan kami.
“Saya bersama anak buah, adik ipar juga perlu menjalani kuarantin sehingga 30 Mei ini selepas menjalani ujian calitan jam 10 pagi tadi,” katanya.
Katanya, dia berharap dirinya dan keluarga adiknya tidak dijangkiti Covid-19.
Katanya, dia berharap dirinya dan keluarga adiknya tidak dijangkiti Covid-19.
“Arwah orang tua saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Besi sekitar jam 4 petang Jumaat lalu sementara adik dikebumikan jam 1 tengah hari tadi,” katanya.
Majlis ini sekadar untuk mengeratkan dan mentautkan kembali kasih yang ada. Disebabkan itulah majlis keluarga ini diberi nama majlis TAUTAN KASIH. Tanggal 14 Julai 2018, impian keluarga besar ini berjaya direalisasikan.
Program untuk mengadakan majlis keluarga Tautan Kasih ini dirancang dalam masa 5 bulan. Organisasi dipilih dari kedua-dua rumpun keluarga Bagan Datuk dan Kuala Selangor.
Seramai 19 orang dikalangan generasi kedua dan ketiga telah dilantik untuk merealisasikan majlis keluarga ini. Mesyuarat diadakan beberapa kali dalam setiap bulan bagi memastikan semuannya berjalan dengan lancar.
Menurut kata Pengerusi Majlis Tautan Kasih ini, En Zainal b. Hj Mohamad, dalam mendapatkan kerjasama dari semua ahli keluarga, ia tidak sesukar yang dibayangkan walaupun jumlah ahli keluarga hampir 700 orang. Ini kerana pihak urusetia hanya berhubung dengan wakil setiap 12 induk sahaja.
“Perjumpaan 2 rumpun Bagan Datuk dan Kuala Selangor ini merupakan yang pertama kali dibuat. Manakala perjumpaan bagi induk-induk sendiri selalu dilakukan terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri, Hari Keluarga dan kejohanan sukan.
“Keluarga yang terlibat adalah dari 12 induk keluarga (generasi pertama) iaitu 6 induk dari rumpun Bagan Datuk dan 6 induk dari Kuala Selangor. Bancian telah dilakukan dan urusetia telah mendapat data dari setiap ahli keluarga. Jumlah keseluruhan 700 orang ahli dan kehadiran hampir 500 orang dari generasi pertama hingga ke generasi ke 5 Allahyarham Raden Hj Mahmud.
“Pihak urusetia telah sebulat suara memilih Hotel De Palma, Ampang kerana lokasi yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal majoriti pihak urusetia. Ia dapat memudahkan semua persediaan dijalankan dengan sempurna dan menjadi titik tengah saudara mara yang hadir dari Utara dan Selatan tanahair,” jelas Asyikin Malek kepada penulis tatkala ditanya lanjut mengenai Majlis Tautan Kasih tersebut.
Beri impak positif pada keluarga
Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti dan berlangsung dengan jayanya sepanjang majlis tersebut. Di sebelah pagi antaranya adalah ucapan-ucapan dari wakil keluarga kedua belah pihak yang menerangkan susur galur keturunan keluarga , perasmian dan ucapan dari Penaung iaitu satu satunya generasi pertama yang masih ada iaitu Nenda Hjh Asiah bt. Raden Hj Mahmud, seisi bergambar dan temubual dengan pihak media.
“Tidak dilupakan pada mereka yang telah pergi, majlis tahlil turut dibuat selepas solat Zuhur.
Di sebelah petang pula, dimulakan dengan acara pakaian beragam untuk kanak-kanak berusia 6 tahun kebawah (majoriti terlibat adalah dari generasi ke 4 & 5), persembahan veteran dan harapan dari kedua belah rumpun, juga persembahan berkumpulan.
“Yang menariknya persembahan zapin mendendangkan lagu ” Bagan Datuk” menambahkan keceriaan majlis Tautan Kasih ini. Kesemua yang terlibat dalam aktiviti ini adalah dari generasi kedua hingga ke 5. Turut menghiasi majlis adalah dengan adanya permainan-permainan menarik selingan persembahan-persembahan tersebut.
“Aktiviti telah disambung kemalam nya menerusi Program Kejohanan Bowling Tautan Kasih di Ampang Superbowl Ampang Point, Ampang. Penyertaan seramai 120 orang untuk kejohanan tersebut dari keluarga Bagan Datuk dan Kuala Selangor.
“Alhamdulillah bab sumbangan dan hadiah tiada masalah kerana pihak urusetia telah menyediakan cenderahati pada mereka yang terlibat, untuk penaung keluarga, hadiah-hadiah kepada peserta persembahan dan pertandingan. Tidak ketinggalan dengan hadiah cabutan bertuah yang banyak. Ini memberikan satu semangat positif dikalangan tetamu yang hadir dan menjadikan majlis penuh meriah dan ceria.
“Apabila berkumpul dalam satu majlis besar seperti ini, sudah pastinya memberi impak yang sangat baik kepada seluruh ahli keluarga untuk setiap peringkat umur. Kasih sayang kekeluargaan yang dicurahkan dari dulu dapat dilihat dan terpancar disetiap wajah ahli keluarga yang hadir.
“Generasi bawah dan yang baru kebanyakan tidak mengetahui betapa ramainya ahli keluarga mereka dan ada juga yang tidak mengenali satu sama lain. Dengan adanya majlis seumpana ini memberi kesedaran bahawa masing-masing mempunyai pertalian keluarga yang sangat ramai.
“Juga dapat diketahui ada yang pernah belajar di Universiti yang sama, tinggal di blok asrama yang sama dan mengambil jurusan belajar yang sama dan tidak sangka selepas graduasi baru tahu ada pertalian saudara. Inilah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan,” ujar Asyikin sambil memberitahu majlis ini juga, persatuan keluarga iaitu Persatuan Tautan Kasih Raden Hj Mahmud untuk kedua rumpun terbentuk bagi memastikan hubungan ini terjalin selamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tagline’ ‘Comel tak Kak Ton? Cukup sinonim dengan pengusaha produk ini. Daripada dewasa sehingga kanak-kanak, terikut-ikut untuk mengajuknya.
Walaupun ada yang sinis mendengar ungkapan tersebut, namun wanita yang bergelar jutawan ini tidak pernah ambil kisah sama sekali dan terus-menerus melakukannya bagi menarik perhatian bagi membuatkan iklannya sentiasa diingati ramai.
Kak Ton atau nama sebenarnya Zaiton Hassan antara jutawan kosmetik yang popular di Malaysia. Berdarah Melayu kacukan Pakistan,Arab, Thailand dan Laos. Kak Ton juga memiliki Ijazah Perakaunan dari Universiti Lam Kam Heng, Bangkok.
Sudah mempunyai bangunan wismanya yang sendiri, Kak Ton terus mengorak langkah melebarkan perniagaan dengan lebih pesat lagi. Namun, dengan kemunculan ramai pengusaha produk baru di pasaran, Namanya sedikit tenggelam.
Terbaru, beliau ditemui dalam satu majlis pelancaran produk minuman kecantikan milik anak perempuannya, Nadia Annuar.
“Insyaallah tak lama lagi akan keluar dengan produk baru tak lama lagi. Sebenarnya saya slow down kerana waktu tengah naik, tak ada lawan. Tetapi bila saya naik ramai yang lawan. Tetapi memandangkan, ada pelanggan tetap, saya tak bimbang soal persaingan. Saya orang lama dan ibarat ‘legend’ dalam bidang ini.
“Saya jenis orang yang suka berniaga tetapi bukan hanya fikirkan tentang soal keuntungan semata-mata, tetapi juga hal pahala dan sebagainya dalam fikiran. Kerana itu akan datang saya akan keluarkan produk yang berbeza dengan apa yang ada dan dikeluarkan oleh pengusaha yang lain.
“Apabila anak masuk bisnes, saya sokong dan selalu cakap, nasihat supaya ikhlas dan buat yang terbaik untuk pengguna. Nanti kita nak tanggung dosa. Esok mati tak larat kita nak tanggung benda itu. Kebetulan anak saya, Nadia memang berbakat dalam bidang ini. Mungkin dia mewarisi bakat ibunya, “seloroh kak Ton.
Dalam usianya yang sudah menjangkau 61 kini, akui Kak ton dia memberi masa tiga tahun lagi untuk aktif dalam bidang bisnes. Malah, beliau berharap akan ‘boom’ lagi sekali lagi sebelum mengambil keputusan untuk bersara
“Dalam masa 3 tahun mungkin saya sudah behenti dan waktu itu mungkin saya berada di Mekah atau Madinah. Soal bisnes itu terpulang kepada anak-anak sama ada mereka mahu meneruskan atau tidak. Lagipun mereka punya bakat dalam bidang ini.
“Impian saya sejak dahulu lagi adalah untuk tinggal di Mekah. Sepatutnya saya sudah pergi lama di sana. Dulu waktu muda-muda bekas suami saya adalah pramugara. Jadi, merata tempat pergi seluruh dunia. Tetapi sejak buat produk dan usia sudah lanjut, saya suka bawa orang pergi umrah dan Mekah.Apabila duduk di situ kita rasa tenang.
“Kerana itu hati saya selalu ada di sana. Saya selalu minta yang satu ni padaNya, Ya Allah saya nak bersara dan duduk di Mekah atau Madinah dan nak mati di sana.
“Soal anak-anak tak ada masalah kerana bukan akan tinggal terus. Boleh pulang sesekali. Waktu tiga tahun itu saya rasa Boy pun sudah berkahwin. Jadi saya rasa kehidupan mereka sudah teratur,” jelas Kak Ton lagi.
Sempat menitipkan nasihat buat anak-anaknya, ujar Kak Ton rezeki itu datang dari Allah dan harus cari yang halal.
“Saya selalu tanya orang, DUIT datang dari mana. Tapi tak ada yang boleh jawab. Saya selalu ajar pada anak-anak DUIT datang dari Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru jadi DUIT yang halal. Kita kalau nak cari rezeki, kena cari yang halal, jangan menipu.
“Saya tak pernah cakap produk saya boleh tapi Kun Fa Ya Kun, insyaaallah cuba Selawat Nabi dan alhamdulillah, produk saya masih diminati. Walaupun lama tak muncul, namun produk tetapi menjadi pilihan pengguna sehingga kini,”ungkap kakTon sebelum menutup perbualan.
Ingat pesanan Kak Ton, macam mana pun anda berusaha dalam mencari rezeki, rezeki yang halal jua yang akan membawa kepada keberkatan. #keluargamag
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.