
Air rebusan serai dan halia sangat bermanfaat untuk kesihatan, lebih-lebih lagi untuk tujuan pencernaan.
Zat anti mikroba yang terdapat pada serai dapat membasmi parasit dan bakteria jahat serta mengembalikan fungsi bakteri baik di dalam usus. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Manakala halia pula mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, B dan C sert lemak dan asid organik.
Ia dikatakan dapat membantu merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, asma, sakit perut, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan,sakit pinggang urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.
Fungsi lain air rebusan serai dan halia ini adalah seperti berikut:
Melegakan Senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum air serai dan halia setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, malah rasa mual juga akan turut hilang.
Agen Pencegah Kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
Menurunkan Tekanan Darah
Serai dan halia juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
Sebagai Diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.
Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Meningkatkan Kadar Metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang pembakaran lemak dalam tubuh.
Bahan:
Air 1 liter
4 batang serai (Ketuk)
3 inchi halia (Ketuk)
Cara membuat:
- Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air bertukar kaler macam air teh o
- Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam fridge, esok sebelum sarapan minum secawan dulu. Kalau suka boleh tambah sesudu madu atau perahan limau nipis .
- Minum setiap pagi (kalau badan tak tahan panas boleh selang-seli minum).
.
Kredit : Nina Danish
“Tak Pernah Terfikir Nak Buat Macam Ini…”-Roti Canai Next Level Meriah Bak Hari Raya Jadi Tarikan

Negara Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang enak, lagi-lagi kita bercampur dengan adat dan budaya Melayu, Cina dan juga India.
Roti canai merupakan makanan yang berasal dari India. Namun apabila di bawa masuk Malaysia, ia menjadi kesukaan dan makanan ruji orang Melayu. Namun ada juga orang melayu yang membuat roti canai juga, kalau kta perasan roti canai melayu dengan ‘mamak’ ada rasa yang beza dan mempunyai peminatnya tersendiri.
Baru-baru ini tular di media sosial satu gerai makan roti canai yang membuat satu inovasi yang tak ada pada kedai roti canai yang lain, iaitu roti canai pelangi.
Roti Canai mempunyai pelbagai warna dan perisa kini menjadi tarikan pengunjung untuk bersarapan di Selangor.
Ada beberapa jenis perisa buah-buahan iaitu Durian, Strawberi, Jagung, Epal Hijau dan Keladi. Betul-betul next level dia punya Roti Canai!
Memang tak pernah terfikir untuk buat roti canai berperisa sebegini. betul-betul kreatif pemilik gerai tersebut.
Bagi yang ingin cuba, anda boleh terus ‘waze’
Warung Dimyati Roti Canai Pelangi, Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Nampak menari betul, tengok gambar saja sudah tahu roti canainya rangup
Follow kami juga di Youtube : KeluargaMeg
Tapi kalau dah viral ni comfim-comfirm ramai orang. Tapi apa salahnya kita support lokal, yang penting jaga penjarakan tau, Cik ‘COVID’ masih tak hilang lagi!
sumber : Oh! Media
Mata Tak Kabur Lagi, Wanita Ni Amal Ajaran Arwah Ibunya!

Pemandangan mata bila terasa kabur memang tidak puas melihat rasanya. Sudahlah begitu, mata juga terasa letih apabila dipaksa untuk fokus pada sesuatu objek.
Mencari ikhtiar untuk mengurangkan rabun selain perlu mengenakan cermin mata, tiada salahnya untuk amalkan sebagai mana yang dilakukan oleh wanita ini.
Ikuti perkongsian daripadanya.
Dulu, saya ni rabun jauh dan rabun silau. Arwah mak ajarkan doa ni untuk saya baca. Malah setiap kali sakit mata (mata merah berair, gatal), mak suruh baca doa ni.
Caranya, bacakan pada air dalam bekas. Kemudian cuci mata dengan air tersebut. Kami dulu ada bekas cuci mata jenama Optrex.
Sekarang dah jarang bacakan kat air. Saya baca ke tapak tangan dan sapu ke mata saja. Baca ayat ni dan doalah minta Allah sembuhkan sakit mata.
Di samping amalkan doa sakit mata ni, saya juga amalkan pengambilan tomato dan lobak merah. Sayur ni baik untuk kesihatan mata. Buah prun pun bagus juga. Elok amalkan selalu.
Bagi yang sedang sakit mata atau ada masalah rabun bolehlah cuba amalkan. Kita berusaha, yang beri kesembuhan adalah Allah. Untuk saya, alhamdulillah rabun jauh dah tak ada. Cuma silau saja.
*Doa sakit mata ni dipetik dari Surah Al-Qaf, ayat 22.
Sumber : Effy Sueffy
Wanita Ni Ingatkan Mengandung, Rupanya Ada Cyst. Bukan Calang-calang Saiznya, Kantung Bersaiz 30cm Berisi Cecair!

Kebelakangan ini sering kali kita mendengar ramai antara kaum wanita berhadapan dengan masalah kesihatan yang disebabkan oleh cyst ovari. Membayangkan bila perut kelihatan membuncit adalah tanda telah mengandung, namun setelah dibuat pemeriksaan detail rupanya cyst yang membesar di dalam rahim.
Sungguh tidak dinafikan, kenyataan itu bukan mudah untuk diterima. Apatah lagi andai cyst tersebut sudah ditahap serius dan ditakuti boleh memberi kesan yang buruk pada ovari dan seterusnya membahayakan nyawa.
Begitulah apa yang telah dihadapi oleh wanita ini. Disangka mengandung rupanya ada cyst berupa kantung air sebesar 30cm.
I WASN’T PREGNANT, I HAD CYST
Panjang masa yang di ambil untuk membuat perkongsian ni. Di sini, ada kisah berserta nasihat yang ingin diberikan berdasarkan sedikit pengalaman yang pernah dilalui.
Januari 2016, Alhamdulillah saya menjadi seorang isteri kepada imam bernama Azrul Aziz. 2 tahun pertama kami merancang untuk tidak lagi menimang zuriat atas faktor kami pelajar, untuk mengukuhkan ikatan pernikahan yang baru dibina dan juga untuk menstabilkan ekonomi dan sahsiah kami sebelum bergelar ibu bapa.
Menuju ke akhir tahun ke-2 perkahwinan, kami memutuskan untuk menimang cahaya mata, menjemput zuriat dalam keluarga kecil kami jika itu yang terbaik menurut aturanNya. Bermula dari sini, satu lembaran kisah hidup Dia bentangkan di hadapan kami.
Haid tidak teratur
Lebih kurang Julai 2017, kami teruji dengan keadaan saya yang mengalami haid tidak teratur. Oleh kerana secara lumrahnya haid saya teratur bermula dari kali pertama, ianya mendatangkan kegusaran. Ditambah dengan kesukaran untuk mengira waktu haid dan istihadah berdasarkan waktu haid yang sangat panjang, kami mula merujuk hal ini kepada pakar perubatan. Temujanji demi temujanji serta menjalani ultrasound, semuanya kelihatan normal, barangkali perubahan hormon yang temporary disebabkan stress atau faktor yang lainnya.
Januari 2018, saya mula mengalami heartburn yang boleh dikatakan teruk. Terkadang rasa seolah-olah tidak boleh bernafas dan dalam keadaan seperti itu, saya amat sukar untuk makan. Di samping itu, dalam tidak sedar berat badan bertambah di luar jangkaan, walaupun amount and pattern diet saya tetap sama seperti sebelumnya. Suami, keluarga dan rakan-rakan tertanya-tanya adakah saya mengandung? Saya akui kerana persoalan itu dan ditambah dengan haid yang masih tidak teratur, saya kerap menjalani ujian air kecing untuk mengesahkan samada saya mengandung atau tidak. Dan terbukti, setiap ujian yang dijalani memberikan keputusan negative.
Jun 2018, saya semakin mudah merasa kenyang setiap kali makan, dan saya juga semakin kerap mengunjungi tandas untuk membuang air dan perubahan itu disedari suami. Oleh kerana haid yang terus tidak teratur, kami meneruskan rawatan dengan merujuk pakar sakit puan di Kelantan. Disebabkan kekangan masa dan urusan pengajian, temujanji saya terpaksa ditangguh 2-3 kali.
Ada ketulan di kilang telur
19 Julai 2018, ketika ini saya dan suami sedang menjalani latihan perindustrian (praktikal) dan hari ini saya mengunjungi doktor pakar sakit puan ditemani ummi saya, Hapizah Soekis. Konsultasi dengan doktor berjalan lancar sehinggalah saya menjalani ultrasound sekali lagi. Dengan riak wajah yang terkejut, doktor pakar berbincang bersama doktor pelatih (barangkali) serta jururawat yang ada bersama beliau. Dengan nada yang kedengaran berhati-hati, doktor mengatakan bahawa ada sesuatu di ‘kilang telur’/ovari saya. Dengan tenang sy terus mendengar penjelasan beliau. Beliau mengambil masa yang agak lama memeriksa ovari di kiri dan kanan sambil berbincang kemungkinan situasi yang saya hadapi. Dengan sedikit ilmu medical terms dan English, saya dapat meneka kemungkinan keadaan saya. Mood yang mesra, damai dan tenang di dalam kamar itu tadi tiba-tiba berubah.
Antara dialog yang berlaku ketika itu antara saya dan doktor tersebut-
Doktor: Ada ketulan ye di kilang telur awak, ovari.. Nampak macam ada kat dua-dua belah tapi banyak di bahagian kanan. Nampak macam ketulan-ketulan kecil yang banyak.. Awak takde rasa sakit ke kat bahagian abdomen, perut awak ni?
Saya: Ada doktor, kadang kuat juga tapi saya rasa bearable, masih boleh tahan
Doktor: lama dah start rasa sakit?
Saya: Lebih kurang akhir tahun lepas atau awal tahun ni doktor.
Doktor: Awak ada ambik ubat putih atau kurus ke?
Saya: Tak pernah doktor.. saya tak makan benda-benda mcm tu..
Doktor: Dalam family, ada yang kena kanser ke?
Saya: Ada doktor, makcik saya
Doktor: Belah mak atau ayah?
Saya: Belah mak.
Dialog itu berakhir di situ buat sementara.
Ketika itu terbayang wajah arwah ibu sedara saya yang baru meninggal tahun lepas. Saya sifatkan beliau sebagai salah seorang cancer-fighter yang bertarung dengan breast cancer hampir 8-9 tahun kalau tak silap saya. Wanita hebat yang diuji, namun saya tak merasakan bahawa saya akan menjadi sesabar dan setabah beliau jika diuji sedemikian.
Doktor mula kelihatan ‘kalut’ memberi arahan itu dan ini kepada jururawat serta beliau mengisi 3-4 borang dihadapan saya. Darah saya diambil sebanyak 6 botol darah. Kembali bertemu doktor, doktor menerangkan yang penyisatan untuk mengetahui keadaan sebenar saya perlu dilakukan melaui CT Scan, dan diagnos hari itu belum dipastikan dan hanyalah kemungkinan. Surat rujukan untuk menjalani CT Scan diberikan, tertulis di bahagian bawah surat tersebut adalah:
Possible diagnose: ovarian cancer
Selepas pertemuan hari itu, tarikh temujanji dimaklumkan pada suami, ummi dan keluarga namun diagnose hari itu dan matlamat temujanji seterusnya tidak dimaklumkan. Hampir 2-3 hari ianya disimpan sebagai rahsia. Memandang suami, keluarga terutama ummi ayah terasa begitu asing kerana memikirkan kemungkinan yang berlaku. Akhirnya ummi dimaklumkan terlebih dahulu dan kemudian suami. Dengan matlamat untuk menjadi lebih peka menjaga pemakanan, ibu mertua mengetahui hal tersebut dan tangisan di pipinya membuatkan air mata saya yang bergenang di kelopak mata juga tidak dapat dibendung. Tangisan saya sekat dan senyuman diukirkan. Suami mula resah, merujuk ke sana dan ke mari, bertanyakan kemungkinan yang akan berlaku kepadanya saya.
“Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana memilihku menjadi insan yang diuji” – Itu suara hati yang saya pegang sejak menerima berita tersebut.
13 Ogos 2018, CT Scan dijalankan
29 Ogos 2018, temujanji dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui keputusan CT Scan. Kemungkinan saya mengalami kanser ovari ada,namun ianya hanya dapat dibuktikan apabila sampel ketumbuhan di ovari saya dikeluarkan dan diuji. Tarikh pembedahan ditetapkan dan keputusan yang dicapai adalah untuk mebuang ketumbuhan yang ada serta membuang ovari kanan saya. Dengan penjelasan bahawa peluang saya untuk mengandung tetap ada memandangkan masih ada ovari kiri, suami menerima keputusan tersebut.
1 Oktober 2018, kami mengambil cuti selama seminggu untuk urusan pembedahan dan hari ini saya dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan pembedahan keesokan harinya, dan ditemani kakak tercinta Ummu Husna Derahman. Petang itu, sekali lagi ultrasound di jalankan, saya dimaklumkan tentang doktor-doktor yang akan menyertai pembedahan saya, saya mengisi borang kebenaran untuk dibius penuh serta saya diterangkan tentang proses pembedahan esok hari. Berdasarkan pemerhatian melalui ultrasound serta dibantu oleh imej dari CT Scan, doktor seolah-olah merasakan keadaan saya lebih teruk dari yang sebelumnya. Pada ketika itu, secara professional doktor berdialog;
Doktor: Okay Puan Ummu, puan tahu ye tujuan pembedahan esok?
Saya: Ye saya, doktor..
Doktor: Okay, esok kita kan buat operation di panggil laporotomy dan kita kan belah bahagian abdomen awak secara vertical ye (sambil menunjukkan bahagian yang beliau maksudkan).. kita akan belah dari bawah pusat dan ke bawah, kira-kira 10 cm, dan kalau cyst tu besar, mungkin kita akan belah sikit dari ke atas pusat ye..
Saya: Ok doktor..
Doktor: Esok siapa penjaga yang akan ada masa operation ye?
Saya: InsyaAllah mak ayah saya dan suami akan ada sekali.
Doktor: Ok baik puan.. sebab macam ni ye puan, cyst puan ni kami rasa dah merebak jauh dan bukan berada berdekatan ovari sy, cyst tu dah hampir ke kawasan buah pinggang dan menolah bahagian atas puan ye.. jadi kami tak pasti samada bahagian mana lagi yang terlibat smpailah kami bedah buka dan lihat sendiri. (Saya hanya mengangguk mengiyakan). Sebelum ni puan dimaklumkan bahawa ovari kanan puan akan dibuang bersama ye puan?
Saya: Ye doktor..
Doktor:.. baik, jadi ye puan esok ada kemungkinan kita terpaksa untuk buang kedua-dua ovari dan kalau ianya dah merebak ke bahgian rahim, kami terpaksa untuk buang rahim puan sekali..jadi, kami perlukan persetujuan dari suami puan esok, kalau perlu..
Keadaan wad terasa sunyi, dalam keadaan terkesima saya mengiyakan dan doktor membenarkan saya kembali ke katil selepas memaklumkan bahawa saya perlu menandatangi surat persetujuan untuk menjalani pembedahan dan dibius penuh.
Dengan fikiran kosong, saya disapa kakak dan saya bertindak biasa. Saya kemudian berwuduk dan solat Asar. Sujud kali itu terasa lama, tangisan dalam diam mencurah di dada sejadah. Doa terasa sukar dilafaz. Ketika itu, terasa seolah-olah hamba yang sangat dhaif dan hina di hadapanNya, hamba yang sedang memahami aturanNya dan dalam keadan bertawakal terus mensyukuri nikmat ujian itu.
Memandangkan saya hanya ditemani ummi, ayah Derahman Yusoff dan kakak semasa urusan kemasukan wad, petang itu suami dtg seawal waktu melawat bermula. Saya menyambut dengan senyuman namun hati yang gundah. Selepas usikan dan jenaka antara saya, suami dan kakak, suami duduk di hadapan saya dan memandang tepat wajah saya, seolah membaca riak wajah saya untuk berkomunikasi dengannya.
Dengan hati dan lidah yang berat menuturkan kata, saya menceritakan apa yang saya lakukan tadi. Menyampaikan maklumat untuk pembedahan esok kemudian mengkhabarkan kemungkinan yang bakal kami hadapi esok. Saya ingin dia menjadi yang pertama dimaklumkan, kakak ditepi mendengar dengan tenang.
Wajah suami kekal tenang namun tangisan saya tak dapat dibendung. Hakikatnya saya tak mampu untuk menzahirkan kata, tapi saya memujuk hati. Dia menenangkan saya bahawa itu hanya kemungkinan dan bukan kepastian. Saya memaklumkan bahawa dia akan membuat keputusan tersebut esok jika diperlukan. Air mata saya terus mengalir laju, memandang wajah suami dengan bayangan “sayang mungkin tak mampu beri b anak..”, ianya terasa begitu pahit dan pedih. Terlintas di hati, andai benar itu takdir yang bakal tersurat, saya berazam untuk minta dilepaskan kelak agar suami mampu memilik isteri yang dapat memberinya zuriat. Suami menemani hingga ke habis waktu melawat dan pulang dengan riak wajah yang tenang dan menasihati untuk saya terus bertilawah untuk menenangkan hati.
Malam itu, mesej dari teman-teman bertanyakan khabar dan mendoakan tidak putus tiba. Abang Muhd Mustafa Siba’ei dan adik Ammar Irfaan yang kejauhan membuat video call serta menghantar pesanan bahawa mereka sentiasa bersama walau berjauhan. Sokongan moral dari kakak ipar Ira Faziera juga diterima menerusi telefon pintar saya. Tidak di duga, pesanan ringkas dari kakak ipar Azliza Aziz Liza dan adik ipar Wawa Aziz II menambah hiba dan mengudang tangisan yg terhenti.
“Utamakan diri adik sebelum fikirkan tentang orang lain.. kami sekeluarga menerima apa-apa keputusan seadanya.. Zuhdi dan Zuhaira sayang cik Ummu..”
“I know you’re strong kak Ummu… we all love you and I love you too, my sister..”
Begitulah ringkasan dari mesej mereka yang panjang. Malam itu terus berlalu.
2 Oktober 2018- Hari pembedahan. Seusai solat subuh, suami, ummi ayah, abang Mohd Amir Hadi Derahman sudah sampai ke wad dan bersama ketika itu adalah kakak ipar Hawadah Shafii yang setia menemani dari semalam. Kemudian kakak dan abang ipar Najahuddin Fuad Yusoff turut hadir, mengambil cuti belah pagi untuk menemani sepanjang pembedahan. Pembedahan saya adalah yang pertama dan dijadualkan pada pukul 8 pagi.
Suami datang dan duduk bersama di atas katil. Dia menyusun atur. Kemudian dia bersuara, memaklumkan bahawa dia telah berbincang dan befikir, apa jua keputusan yang perlu diberikan hari ini, dia akan memilih apa yang terbaik untuk kesihatan saya. Andai menghilangkan peluang untuk kami mendapat zuriat sendiri itu yang terbaik untuk saya, maka dia kan memilih keputusan itu. Di akhir kata, dia berkata sambil bercanda, “kita boleh dapatkan anak angkat..ma dan semua kat rumah pun bersetuju dan menyokong pendirian b”, sekali lagi air mata saya mengalir, terharu dengan layanan dan sokongan dari suami dan keluarga beliau. Pukul 8 pagi, saya dibawa ke dewan bedah diiringi anak-anak buah dan keluarga memberikan sokongan.
Ayah bersuara dalam ruangan sebelum ke bilik bedah, “Ayah tahu Syera anak ayah yang kuat..”, sebak di dada di tahan, flying kisses dari ummi, dan ciuman di dahi diterima dari ayah dan suami. Ahli keluarga yang lain menunggu di luar.
Alhamdulillah, pembedahan hanya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit dan kira-kira 2 jam kemudian, saya dibawa keluar dari dewan bedah menuju ke wad. Saat terjaga saya sempat merasa perubahan di bahagaian abdomen di mana perut saya menjadi begitu kempis. Sempat berbicara dengsn doktor walau saya dalam keadaan lemah, beliau memaklumkan hanya cyst yang dikeluarkan serta ovari saya pun tidak dibuang bersama kecuali sedikit sahaja yang bersambung dengan cyst. Berbanding dengan teori awal bahawa cyst saya merupakan ketulan-ketulan kecil, hakikatnya ianya merupakan satu kantung yang sangat besar bersaiz 30cm X 30cm dan dipenuhi cecair yang akan dikenalpasti kemudian.
Mendengar penjelasan dari doktor dan menerusi gambar yang sempat di ambil suami ketika dipanggil seusai cyst tersebut berjaya di keluarkan, alhamdulillah, kelihatan kelegaan dan kegembiraan di raut wajah suami. Allah menguji dengan kami dengan sangkaan yang kami tidak akan dapat menimang cahaya mata sendiri, namun Allah hakikatnya seakan mencuit hati kami untuk mensyukuri kebenaran yang rahim saya bahkan kedua-dua ovari saya dalam keadaan baik. 5 hari kemudian saya dapat pulang ke rumah dan meneruskan recovery phase di rumah. Saya mengambil cuti pengajian untuk satu semester untuk tujuan fokus pada pemulihan.
Pelbagai pengajaran yang saya dapat perolehi dan simpulkan dari sebahagian kisah hidup saya ini. Saya bila mengetahui tentang keadaan saya sebelum ini, saya menjadi lebih peka dan belajar tentang mereka-mereka yang diuji dengan cyst ini. Sedikit kesimpulannya adalah:
Antara punca/faktor yang menyumbang kepada cyst:
1) Wanita yang memiliki berat badan berlebihan atau obes berkecenderungan untuk menghidap polycystic ovarian syndrome (PCO’s) dimana terdapat banyak cyst kecil pada ovarinya – menghalang telur keluar dari kilang ovari lazimnya menyebabkan sukar hamil
2) Wanita dalam era reproduktif di mana ovarinya berfungsi dengan baik juga merupakan golongan berisiko
3) Wanita pada era sebelum menopaus – jika terdapat cyst, besar kemungkinan mengidap kanser itu tinggi
4) Pengmbilan pil atau serbuk kolagen – or probably mudah difahami produk nak putih atau kurus
5) Pemakanan – haiwan yang disuntik hormon nak besar so on or suntikan hormon dalam binatang ternakan untuk elak penyakit
6) Stress dan tekanan perasaan
7) Ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron dalam tubuh badan
8) Lebihan hormon Xenostogen dalam badan
9) Kelewatan menimang cahaya mata – wanita yang lambat mengandung dan melahirkan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi
10) Merokok
11) Genetik
Simptom cyst:
1) Mengalami kesakitan pada bahagian pelvis, ketika melakukan hubungan kelamin dan sakit ketika haid (/)
2) Mengalami masalah membuang air kecil atau besar (…)
3) Perut membesar dan terasa ada ketumbuhan di perut/kembung perut tak terkawal (/)
4) Rasa kenyang atau perut penuh (/)
5) Rasa mahu terkencing sepanjang masa (/)
6) Sakit di belakang atau paha (…)
7) Payudara menjadi lembut (…)
8) Pening dan muntah (/)
9) Period/haid tak teratur (/)
(/) utk simptom yang saya alami dan (…) utk simptom yg saya tak ingat atau tak perasan saya alami huhu
Konklusinya, sentiasa alert dengan anugerah kesihatan yang diberikan kepada kita and never take it for granted. Jangan ambil remeh dengan perubahan atau kesakitan yg tubuh kita alami especially perempuan (sebab perkongsian saya ini fokus pada wanita). Diri sendiri dan suami terutamanya, serta kaum keluarga perlu alert dengan apa-apa perubahan yang berlaku dan cepat-cepat rujuk pada pakar.
Latest update: Baru jumpa doctor untuk follow up case ni, doktor terkejut sebab Alhamdulillah saya dah mengandung 3 bulan. Tapi, bukan salah saya la doktor sebab doktor tak bagi amaran kena jarakkan dulu waktu ke apa.. meanwhile suami saya dah nak baby hahaha.. However, Alhamdulillah doktor kata bayi dalam keadaan yang sihat dan tempat cyst pun masih dalam keadaan baik. So, doakan moga-moga kandungan ini insya-Allah sentiasa dalam keadaan yang baik dan bayi akan dilahirkan kelak dalam keadaan sempurna dan baik-baik saja.
Itu saja perkongsian saya, moga ada manfaat dan peringatan untuk semua especially kaum suami dan wanita.
“Mencari yang sempurna itu mustahil, namun bagi menyempurnakan insan lain itu adalah sebahgian dari anugerah Tuhan buat kita, manusia”
sumber : Ummu Syahirah Derahman