Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Bagi penghidap penyakit Gout pasti cukup kenal dengan dua jenis ubat ni- Allupurinol untuk turunkan paras asid uric manakala Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena di dalam ruangan facebooknya.
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi
Ads
3 hirisan lemon (buang biji dulu nanti pahit)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam dalam slow juice (tanpa perlu tambah air)
2. Jika guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
Ads
3. Hasilnya dapat dua gelas jus.
4. Minum 2 kali sehari. satu gelas selepas bangun tidur dan satu gelas sebelum nak tidur.
Tip tambahan:
Ads
• Untuk memudahkan kerja, buat banyak dengan menggandakan bahan di atas.
Anak adalah anugerah yang tidak ternilai buat setiap ibu bapa. Biarpun anak itu adalah anak istimewa, namun pastinya ada hikmah disebaliknya dikurniaanNya. Sebagai ibu bapa, kehadiran anak sebegini pastinya menuntut cabaran dalam mendidiknya. Nyata bukan calang-calang ibu bapa yang terpilih oleh Nya untuk mendidik anak-anak sebegini.
Bagi Che Marsinah Murnie yang berkongsi kisah suka duka di laman facebook Autisme Malaysia menyifatkan anak autisme juga mampu berjaya. Katanya anaknya hampir-hampir dihantar ke pusat pendidikan awal kanak-kanak autisme (PPKI ), namun berjaya yakinkan pihak sekolah, anaknya mampu bersekolah dialiran perdana. Pengorbanannya berhenti kerja, berbaloi apabila kini anaknya antara pelajar cemerlang disekolahnya. Ikuti perkongsianya mengenai persediaannya awal buat anaknya semenjak darjah satu lagi.
Tahun Yang Indah Bersama Anak Istimewa Anak tunggal yang hadir dalam hidup kami sejak 8 tahun lalu. Dilahirkan overdue 10 hari secara emegency caesarean pada January 2010. Umur setahun setengah baru pandai berjalan dan hanya bercakap pada umur 4 tahun. Speech delay & mild autism. Masa tu umminya masih bekerja jadi semua terapi bergantung pada pakar. 2017 officially umminya meninggalkan alam kerjaya dan mendidik sendiri anak istimewa ini sendiri.
Hampir ditolak ke ppki semasa tahun 1, 2017 bila diberitahu masalahnya. Tanpa jemu meyakinkan guru dan akhirnya pencapaiannya melebihi kanak-kanak normal lain. Kecemerlangan di bawa hingga ke Tahun 2, 2018..ketika dia begembira dgn keputusan peperiksaannya, umminya berdiri dibelakang dengan senyuman dan linangan air mata.
Jangan pernah jemu dan berputus asa. Jika dia tidak berjaya tahun ini, tahun depan ada lagi. Kadang-kadang terluka hati dengan kata-kata sinis org tapi bila anak kitq berjaya maka terdiam mereka itu dengan sendirinya.
Persediaan ibu bapa & anak:
1. Bila anak masuk sekolah tahun 1 anda harus tahu apa subjek disekolahnya dan belajar. Ya..saya belajar macam nak exam dari Unit 1 sampai habis utk setiap subjek. 2. Beli white board dan ajar dia sbb mereka akan terkesan bila ibubapa serius mendidik mereka. Habis mengajar bolehlah belanja dia party ice cream supaya hilang stress dia. 3. Saya biasakan dia beli buku catatan yg fancy-fancy setiap kali ke kedai. So dia jarang sgt ke rak coklat. Masuk kedai terus ke rak buku. 4. Bilik buat mcm interactive room. Ada mainan, buku2, laptop (sampingan).. sebulan sekali tukar posisi barang dlm bilik. 5. Hubungan yang rapat dgn guru2. Ikut kemampuan guru, saya bernasib baik selalu jugak video call semasa mengajar anak. Seronok guru2 tgk ibubapa semangat. 6. Saya akan mengajar subjek2 lebih awal sebelum sekolah bermula. 7. Akhirnya setelah berusaha dan berdoa, tawakal lah kepada Allah.
Nyata, setiap anak walaupun anak istimewa punya kelebihan tersendiri. Kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakknya untuk kehidupannya yang lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin ada sesetengah netizen yang tidak familiar dengan pelawak Fad Bocey sehinggakan mereka menyangka isteri pelakon tersebut adalah adik beradik. Mungkin kerana wajah mereka nampak seiras.
Biasa orang cakap muka pasangan nampak seakan-akan sama jodoh panjang kan. Walaupun mungkin tidak seratus peratus sama, mungkin seorang kulitnya gelap dan satu lagi cerah, bentuk mukanya yang satu lonjong, yang satu bulat, tetapi namun nampak mirip.
Memang sekali pandang, ada persamaan antara fad Bocey dan isterinya. Selain Fad, ada lagi beberapa artis lain yang wajah mereka hampir sama dengan pasangan. Antaranya Irma Hasmie dan Jehan Miskin.
Menurut seorang ahli psikologi dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat, Robert Zanjonc, dalam kajiannya telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaru. Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain.
Malah, menurutnya, semakin bahagia rumah tangga pasangan terbabit, semakin sama wajah mereka. Menarik, bukan? Tetapi, bagaimana agaknya benda seperti ini boleh berlaku?
1. Berkongsi Pengalaman yang Sama
Antara sebab utama mengapa wajah kita seakan-akan wajah isteri atau suami kita adalah kerana kita berkongsi pengalaman yang sama sepanjang menjalani rumah tangga berdua. Termasuklah perkara sedih, gembira, menarik, membosankan, dan pelbagai lagi aspek kehidupan lain – kita melakukan dan menempuhinya bersama dengan pasangan kita.
Secara tidak langsung, perasaan yang kita alami bersama sepanjang tempoh perkahwinan kita itu telah membentuk personaliti, bahasa tubuh, dan keadaan fizikal yang agak serupa.
Malah, pengalaman yang sama kita tempuhi itu juga telah membentuk garis-garis kedutan pada wajah yang serupa seperti pasangan kita – bentuk, panjang, dan di tempat yang sama!
2. Kita Meniru Eksperi Muka Pasangan Tanpa Sedar
Kadangkala, kita sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkan fenomena ini atau tidak faham mengapa ia berlaku. Antara sebab kenapa pasangan berkahwin mempunyai paras rupa yang semakin sama adalah kerana kita terdorong untuk meniru ekspresi muka pasangan kita tanpa disedari.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Robert Zajonc, semakin lama kita menghabiskan masa dengan pasangan kita – setelah bertahun-tahun – semakin cenderung untuk kita meniru ekspresi atau mimik wajah mereka.
Ini kemudiannya mengubah rupa paras kita sedikit demi sedikit sehingga menjadi kelihatan seiras dengan suami atau isteri kita!
3. Pengaruh Komunikasi atau Hubungan Sosial yang Lama
Melalui penemuan ini juga, boleh dirumuskan bahawa rupa paras yang serupa bukan sahaja bergantung kepada genetik atau pewarisan biologi keluarga, malah kepada komunikasi sosial yang berpanjangan.
Untuk mudah faham, kita perasan tak apabila kita melihat bangsa lain, bagi kita, rupa mereka semuanya sama.
Apabila kita melihat mat saleh, kita rasa wanita atau lelaki mereka kelihatan sama sahaja di mata kita. Atau, apabila kita melihat susuk tubuh atau wajah pak arab atau mak arab, sukar untuk kita membezakan antara satu dengan yang lain – mereka kelihatan seiras!
Begitu jugalah dengan fenomena wajah suami dan isteri! Ia adalah akibat hubungan sosial antara suami dan isteri setelah bertahun-tahun bersama.
Memang masuk akal juga jika difikirkan lagi.
Jika ada yang berkata-kata tentang wajah anda yang serupa dengan pasangan, mungkin anda boleh memberikan penerangan di atas kepada mereka.
Sumber: TheAseanParent Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lima tahun lalu, pasangan sama cantik sama padan ini hanya beraya berdua di pagi Syawal. Begitu rutin setiap tahun yang dilalui oleh pasangan usahawan berjaya, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim ini. Sunyi tanpa insan bergelar anak.
Tapi itu dulu. Kini Fizo dan Mawar mengakui berdebar menantikan Syawal nan mulia. Kehadiran Wan Maryam Binti Wan Hafizol, cinta hati yang baru berusia 5 bulan ini nyata menyempurnakan kehidupan pasangan ini.
Wan Maryam yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 ternyata merubah kehidupan Fizo dan Mawar. Sekaligus membawa status baru bagi mereka, bergelar mommy dan daddy.
Kata Fizo, raya kali ini cukup berbeza.
“Kalau cerita pasal raya, memang kali ni raya yang cukup bermakna buat saya dan Mawar kerana ada Maryam. Pun begitu yang jadi masalahnya kerana saya dan Mawar makin sukar nak buat keputusan beraya di mana pada pagi raya.
Kedua-dua keluarga, baik di Penang dan Kelantan minta untuk kami beraya bersama-sama mereka. Semuanya kerana Maryam. Mahu Maryam ada bersama-sama mereka di pagi raya. Pening juga dibuatnya.
Bagi saya dan Mawar, kami tidak kisah beraya di mana terlebih dahulu. Mungkin tahun ini kami akan beraya di Penang terlebih dahulu dan kemudian barulah pulang ke Kelantan.
Raya tanpa persalinan yang cantik dan baru memang tidak sah rasanya. Mawar pula teruja menyediakan beberapa persalinan buat keluarga kecilnya, lebih-lebih lagi semenjak Maryam hadir dalam hidup mereka.
“ Saya sudahpun mempersiapkan beberapa persalinan buat saya, suami dan anak. Memang teruja nak beraya bersama Maryam, lebih-lebih bila Maryam sudah ada koleksi sendiri iaitu Maryam Fareeda Kids. Jadi dapatlah melaram di hari raya nanti,” kata Mawar lagi.
Maryam Anak Yang Tak Meragam
Pengalaman mengandung dan melahirkan Maryam adalah satu anugerah terindah dalam hidup semua wanita. Begitu juga yang dilalui oleh Mawar.
Perjalanan kisahnya demi mendapatkan Maryam bukanlah mudah. Pernah melalui titik suram bilamana terpaksa berdepan dengan masalah Endometriosis dan cyst pada tahap 3 yang dihidapinya di awal perkahwinan.
Namun kini berkat usaha dan kesungguhan mereka, Allah kurniakan Maryam sebagai pelengkap pasangan ini. Kini Maryam membesar dengan sihat seperti anak-anak lain.
Darah campuran Penang dan Kelantan ini cukup sempurna buat Maryam. Walaupun masih kecil namun kecantikan Maryam sudah jelas terlihat. Alis matanya cantik, secantik ibunya.
Pengalaman lima bulan menjaga dan membesarkan Maryam pastinya mencatatkan memori indah buat Mawar dan Fizo. Kedua-duanya menyifatkan Maryam sebagai anak yang cukup baik malah tidak pernah meragam.
“ Boleh dikatakan sekarang saya jarang menghadap telefon. Betullah orang kata bila dah ada anak benda lain pun sudah semakin tidak fokus. Anak jadi keutamaan saya setiap masa. Kalau boleh saya hendak menghadap Maryam sahaja,” kata Mawar lagi.
Memilih untuk menyusukan badan secara eksklusif buat Maryam, Mawar bangga dapat melakukan sedemikian dan ini merupakan yang diidam-idamkannya sejak dulu.
“ Walaupun terpaksa berjaga setiap malam dan mengepam susu setiap dua jam namun saya puas hati malah rasa bangga dapat buat yang terbaik buat Maryam,” katanya lagi yang sudah pun mengeluarkan produk jenama Maryam Fareeda Kids.
Bagi Fizo pula, Maryam merupakan anak yang jarang meragam.
“ Kalau demam pun dia tak merengek dan meragam. Malah kalau tengah malam minta susu pun dia tak menangis. Cemas juga ketika Maryam pertama kali demam dan dimasukkan ke wad seminggu tapi alhamdulillah dia anak yang kuat dan makin pulih. Kini Maryam dan pandai ketawa dan sudahpun mula meniarap pada awal Mei lalu,” kata Fizo lagi berkongsi gembira.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...