“Ujian banjir tahun ni. Semoga yang terkesan dengan banjir dipermudahkan semuanya” Begitulah kapsyen video yang dikongsikan di Tiktok @mai.far yang mengundang hiba warganet.

Meskipun bahaya, pengawal keselamatan Ibni Dauda Arifin sanggup meredah banjir bagi menyelamatkan bapa mentuanya, Ramli Awang Kechik yang lumpuh seluruh badan akibat diserang strok hemorrhagic iaitu pendarahan dalam kepala.

Kesungguhan Ibni Dauda, 44, dapat dilihat menerusi video dimuat naik video salah seorang ahli keluarga di TikTok.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Dalam rakaman video itu, Ibni Dauda dilihat bersungguh-sungguh menarik bapa mentuanya berusia 64 tahun yang baring di atas kayu di alas dengan kain walaupun air sudah berada pada paras dada.

“Saya Ambil Tanggungjawab…”-Redah Banjir Selamatkan Ayah Mentua Yang Strok, Raih Perhatian Warganet!

Ambil Tanggungjawab Selamatkan 

Memetik berita Harian Metro, Ibni Dauda berkata, dia menyelamatkan bapa mentuanya semalam sebelum masuk waktu Zuhur.

Bapa empat anak itu berkata, dia tidak berseorangan sebaliknya dibantu anak, Mohd Izzat Iskandar, 16, dan adik iparnya, Mohd Saudi Ramli, 36.

“Saya dan ayah tidak tinggal bersama. Ayah di Kampung Alor Wan Syed manakala saya tinggal berdekatan iaitu di Kampung Pengkalan Berangan dengan jarak dua kilometer (km).

“Oleh kerana ayah terlantar sakit jadi saya ambil tanggungjawab bantu bapa mentua memandangkan ramai anaknya tinggal berjauhan dengannya.

“Mencabar juga sebenarnya kerana paras air tinggi namun mujur anak dan adik ipar bantu saya untuk alihkan ayah daripada rumah ke tebing sebelum dibantu orang kampung untuk ke pusat pemindahan,” katanya.

“Saya Ambil Tanggungjawab…”-Redah Banjir Selamatkan Ayah Mentua Yang Strok, Raih Perhatian Warganet!

Ibni Dauda berkata, apa dilakukannya hanya untuk jalankan tanggungjawab sebagai menantu.

“Ikutkan, ia bukan kali pertama saya bantu ayah ketika banjir malah pernah juga sebelum ini.

“Ia kerana kawasan rumah ayah memang sering dilanda banjir cuma kali ini paling buruk dalam sejarah,” katanya.

 

Sementara itu, adik iparnya, Mohd Saudi Ramli, 36, berkata, bapanya diserang strok sejak 15 Mac tahun lalu.

Mohd Saudi berkata, sejak itu, bapanya terlantar malah tidak boleh duduk mahupun bangun kerana lumpuh.

“Memandangkan air naik tinggi jadi saya, abang ipar dan anak saudara sepakat alihkan ayah ke tempat selamat.

“Kami ambil masa 20 minit juga untuk alihkan ayah dari rumah ke tebing kerana terpaksa bergerak perlahan berikutan air tinggi,” katanya yang juga anak kedua daripada sembilan beradik.

Sumber : TikTok @mai.far & Harian Metro

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Saya Ambil Tanggungjawab…”-Redah Banjir Selamatkan Ayah Mentua Yang Strok, Raih Perhatian Warganet!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI