Perut yang buncit selepas melahirkan anak memang menjadi satu masalah buat ibu-ibu selepas bersalin. Adakalanya boleh jadi tertekan bila mana semua pakaian mula sangkut pada bahagian perut. Mulalah hilang rasa yakin pada diri sendiri, apa lagi depan suami.
Berdiet memang nampak mudah tetapi nak melaksanakannya memang memerlukan kegigihan yang tinggi. Nak lagi kalau ibu sedang menyusukan badan. Macam mana nak berdiet?
Selain usahakan cara berdiet secara perlahan-lahan, anda boleh juga amalkan petua tradisional. Petua yang dikongsikan oleh Kartika Juliana Abdul Karim ini boleh juga ibu-ibu cuba. Nampak mudah dan ringkas. Hanya gunakan 4 bahan sahaja.
Jom cuba petua yang dikongsikan olehnya ini.
PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN
Kak Ju nak kongsi dengan korang jamu homemade ni. Bahan bahan depan mata kita je. Tak susah pun nak buat. Yang penting jimat dan berkesan. Rajin dengan malas je. Betul tak?
Ads
Bahan-bahan:
3 sudu halba (direndam selama 2 minit)
3 cm halia (kalau ada halia muda lagi elok)
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Toskan halba yang direndam tadi.
2. Masukkan kesemua bahan dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.
Ads
3. Kemudian gentel bulat-bulat kecil macam maajun .
4. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Ads
Amalkan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Khasiatnya perut akan jadi kempis dan angin dalam badan pun akan hilang.
Ibu mengandung tidak sesuai. Ibu menyusu sesuai amalkan jamu ni bila anak dah hilang kuning (jaundis) dulu.
Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
Apabila menyebut mengenai ‘mengidam’ ni tentu terbayang akan wanita yang sarat hamil. Lazimnya dalam tempoh kehamilan ini selain ‘morning sickness’, ada segelintir wanita mempunyai keinginan yang pelik.
Begitu juga dengan wanita ini yang mengidam konsep dekorasi rumah serba merah jambu. Memetik laporan Harian Metro, Wan Nor Susy Susanthi Wan Abdul Nasir, 35, berkata, pengalaman mengandung anak ketiganya, Nur Amanda Sufi Mohd Amirul, 1, berbeza dengan dua anak lain.
“Jika orang lain mungkin mengidam makanan tertentu tetapi saya mengidam untuk memiliki rumah berkonsepkan ‘pink farm house’.
SUAMI SOKONG
Katanya lagi, dek mengidam warna ‘pink’, dia sanggup memujuk kawan pejabatnya untuk membeli periuk nasi baru untuk bertukar dengan periuk nasi lama miliknya yang berwarna merah jambu.
Dalam pada itu, dia bersyukur mendapat mendapat sokongan penuh daripada suami, Mohd Amirul Md Ghani, 36, serta dua anaknya, Muhammad Amiruddin, 8, dan Muhammad Aamir Rizqi, 5.
TERAPI HILANGA TEKANAN
Kesibukan dengan urusan kerja tidak menghalang minat terhadap dekorasi dengan tema ‘pink’.
Penjawat awam ini menjelaskan bahawa jika orang lain mungkin akan keluar bercuti pada hujung minggu bersama keluarga tetapi dia lebih suka duduk di rumah.
“Aktiviti menghias rumah, mengemas serta mencantikkan rumah seolah-olah sebagai terapi yang mampu menghilangkan tekanan.
“Saya suka melihat koleksi barang dapur terutamanya berwarna merah jambu tersusun kemas serta sentiasa rapi.
Katanya lagi, pemilihan dekorasi berkonsepkan ‘pink farm house’ dipilih kerana jarang dijumpai selalunya konsep ‘farm house’ menggunakan kombinasi warna hitam dan putih saja.
“Jika diikutkan warna merah jambu memang warna kegemaran sejak kecil tetapi bila digabungkan merah jambu serta putih nampak lebih ceria.
“Konsep ‘farm house’ atau rumah ladang ini juga lebih kepada membuat label pada barang hiasan supaya kelihatan lebih kemas tersusun.”
Peningkatan kes denggi cukup membimbangkan, malah penyakit ini juga mampu membawa kepada kematian terutamanya jika mengalami demam denggi berdarah.
Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes.
Oleh yang demikian, pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah penularan wabak ini.Jabatan Kesihatan Pahang mengenal pasti dua tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penularan wabak denggi.
Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman tumbuhan itu ialah pokok jeremin yang juga disebut sebagai pokok halau nyamuk atau jari lima serta pokok lantana camara atau lebih dikenali sebagai bunga tahi ayam.
Beliau berkata, dua tumbuhan ini sesuai ditanam di kawasan rumah dan bukan sahaja berfungsi sebagai penghalau nyamuk, tetapi juga sesuai dijadikan pokok hiasan.
Norol Azali berharap penduduk dapat mengambil inisiatif menanam tumbuhan itu di kawasan perumahan mereka, memandangkan benih tumbuhan tersebut mudah diperoleh dan tumbuhannya tidak rumit untuk dijaga. Ini adalah inisiatif yang boleh dilakukan penduduk untuk sama-sama mengambil bahagian dalam mencegah demam denggi selain menyertai aktiviti gotong-royong,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak sampai sebulan lagi sesi persekolahan baru bakal bermula. Waktu ini mungkin ibu bapa sibuk membeli kelengkapan seperti pakaian,kasut, buku tulis dan sebagainya.
Segala persiapan awla dilakukan supaya memasuki persekolahan kelak tidak ada yang tercicir. Namun ada satu perkara lagi yang perlu ibu bapa ambil berat.
BUKU TEKS.Anak-anak pasti sudah mendapat buku masing-masing kan. Cuba lihat sama ada buku tersebut dalam keadaan elok atau sebaliknya.
Nampak remeh namun penting sebenarnya. Nak nak lagi jika dapat buku teks yang lusuh atau sudah terkoyak.
Perkongsian seorang guru Mohd Fadli Salleh ini mungkin boleh membantu supaya ibu bapa lebih cakna akan hal ini.
” Cikgu! Kenapa bagi buku koyak kat anak saya ni? Nanti akhir tahun cikgu salahkan anak saya dan anak saya yang kena denda pula.
Saya nak tukar buku lain yang elok dan baru!” Tegas dan tinggi suara seorang bapa mengadu.
……
Jika anak kau dapat buku teks sebegini, kau perlu tahu kenapa jadi macam tu.
1. Murid tahun lepas hantar buku satu ‘bundle’. Dah ikat siap-siap.
2. Cikgu kira dari tepi sahaja. Tanpa buka ikatan. Bila bilangan buku cukup dan nampak dari sisi elok, maka dianggap semua elok. Maka diserahkan pada murid untuk kegunaan tahun depan.
3. Kalau buka setiap ‘bundle’, kau bayangkan nak kira dan ‘check’ satu-satu dan ikat semula. Kalau murid 2000 orang, dan setiap murid terima 20 buah buku, cikgu tu kena kira 40,000 buah buku tahu tak? Mati kepenatan cikgu tu nanti.
4. Itu kecuaian murid tahun lepas sebenarnya. Murid tu tak jujur waktu serahan buku teks. Dan guru terlepas pandang hal ini.
5. Buku percuma ni ramai sangat orang tak hargai. Sebab bukan beli guna duit mak ayah dia. Murid tak jaga, ibu ayah pun jarang bagi ingatan pada anak supaya jaga buku tu elok-elok.
6. Sampai satu masa, buku rosak lebih banyak dari murid yg memerlukan. Nak tunggu stok buku baru, mungkin sampai lewat. Maka, solusinya bagi jelah buku walau rosak sedikit asal murid boleh belajar.
2. Tanya jika masih ada buku elok, jika ada tukarlah. Jika tiada, kau balut buku elok-elok dan bagitahu guru yang itu bukan silap anak kau. Jadi akhir tahun nanti dia tak perlu ganti.
Cara penyelesaian PALING AGUNG.
– Kau pergi kedai, beli buku teks baru untuk anak kau. Balut elok-elok dan cermat. Akhir tahun nanti kau jumpa guru sambil hantar buku dan cakap,
” Cikgu, sebenarnya akhir tahun lepas anak saya dapat buku teks koyak. Saya belikan baru agar anak saya selesa guna. Dan ni, saya nak wakafkan untuk pihak sekolah. Semoga banyak memberi manfaat pada murid-murid yang gunakan buku ini nanti.”
Kan hebat tu. Guru pun pandang kau dengan hormat. Murid lain pun dapat manfaat. Kau pun dapat saham akhirat. Lengkap!
Dari kau pergi ke sekolah marah-marah hanya kerana sebuah buku teks yang harganya tak sampai RM10 pun. Mana lagi elok :-
– Kerana sebuah buku koyak martabat kau sebagai ibu bapa hebat jatuh.
– Kerana menggantikan sebuah buku, kau dipandang sebagai ibu bapa yang cakna.
Dan, hargailah buku percuma yang diberi saban tahun. Didik anak jaga dengan baik. Balut dan susun dengan elok agar buku tahan lama.
Didikan sebenarnya bermula dari rumah. Dan kita ibu bapa merupakan guru pertama dan selamanya untuk anak-anak kita.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.