Sesebuah kediaman pasti akan ada Feature wall, satu ruang dinding yang ingin diserlahkan penampilannya. Ada sesetengah pemilik rumah menggunakan warna cat tetapi ada juga yang menampal hiasan atau bahan seni yang sesuai, menarik lagi kreatif.
Jika ibu-ibu ingin mencantikkan feature wall ala-ala Wainscoting idaman dengan bajet hanya RM50, cuba ikut perkongsian dari Shafeq Bada ini.
Hari raya lepas bajet banyak burst. So aku terpaksa la deco umah ala kadar. Bagi yang baru nak duduk rumah baru, tak banyak deco atau perabot boleh cuba buat ni kat ruang tamu.
Asalnya dinding memang kosong tak letak apa-apa. Frame pun nak beli bajet dalam beratus juga. Last-last aku beli set roller kit (brush, roller & masking tape) dalam RM20 kat kedai Mr.DIY & cat nippon rm29.90 (1 liter) dan inilah hasilnya. Dinding ala-ala corak wainscoting idaman. Tak payah beli frame gambar banyak-banyak sudah nampak penuh rumah.
Ads
Bahan-bahan
1. Gunakan masking tape utk buat bentuk square/frame.
2. Mulakan dari frame kiri dan kanan dulu, last baru frame yang tengah supaya nampak seimbang.
3. Pastikan jarak tiap bucu square dalam 1 kaki.
4. Bila frame dah siap lukis pakai tape, boleh la cat macam biasa.
Ads
5. Bila sudah siap cat, biarkan sampai cat kering.
6. Bukak balik masking tape yang korang buat tu then settle. Cuma kena touch sikit pada bucu-bucu frame tu jelah pakai cat. Then siap!
Ads
Buat ni tak sampai pun setengah hari. Jadi, ibu-ibu tak perlu lagi nak pening kepala beli wallpaper. Dapat jimat kos dan cara buat pun mudah sahaja kan. Jom cuba nanti!
Ramadan kali ini cukup berbeza dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Bukan hanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan yang memasuki fasa ke 4, solat terawih dan juga bazar ramadan juga tidak dapat dilaksanakan.
Dengan kata lain, Umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadan dalam suasanapenuh sederhana bagi membendung penularan wabak Covid 19.
Semua orang turut merasai tempias tersebut termasuklah selebriti yang juga ibu kepada seorang abyi comel. Malah, Elfira mengakui akur dengan apa yang berlaku dan reda dengan ujian tersebut.
“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.
“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.
“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana. Lagipun ini peluang untuk kita habiskan masa bersama keluarga dan saya sendiri dapat memberi fokus sepenuhnya pada anak membesar depan mata. Memang saya akui, bergelar ibu adalah momen yang cukup indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata,” katanya.
Cipta sejarah tersendiri
Pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, Elfira Loy baru baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di sana. Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.
Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.
Pelancaran serentak Malaysia dan Indonesia
Apatah lagi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.
“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu,” ujarnya yang memberitahu koleksi tersebut dilancarkan hari ini di indonesia serentak dengan Malaysia.
“Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namunapabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.
“Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei. InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.
Rezeki anak sulung
Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.
“Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Walaupun masa banyak dihabiskan dengan anak selain memberi tumpuan pada keluarga, saya tak sangka akan mendapat rezeki ini. Tak dinafikan, saya sebenarnya adalah peminat secara diam kepada jenama ini,’ ujar elfira lagi.
“Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.
“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.
Tengok gambar pun dah rasa tak sabar nak makan, best kalau layan waktu hujan-hujan, kuah supnya yang panas dan pedas mahu berasap satu badan ni.
Menu ini berbeza dengan mi atau Mihun Sup Utara. Tetapi satu persamaan antaranya adalah cara penyediaan kuah. Ini yang sangat penting, salah step tak sedap jadinya nanti.
Terasa nak buat mi celup untuk hidangan petang nanti, jom admin kongsikan resipi dari Puan Tahrunnisah Jali. Sajian Mi celup sangat popular dan digemari terutama bagi penduduk di Pantai Timur dan Siam.
Resepi Mi Celup
Bahan-bahan
2.5 liter air 1/2kg -1 kg tulang daging/daging lembu/ayam perut lembu
bebola daging
2 inci halia
2 batang serai diketuk
2 bunjut rempah sup tulang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji buah pelaga*
4 biji bunga cengkih*
2 kiub stok ayam
2 sudu besar kicap
4 ulas bawang putih di ketuk dan dipotong dadu*
1 biji bawang besar dihiris nipis*
Cara membuat: 1. Didihkan air dan tulang daging/ daging/ ayam, serai diketuk, sup bunjut, stok ayam, kicap sehingga daging empuk.
2. Setelah empuk keluarkan daging/ayam ..daging boleh la dihiris nipis dan ayam boleh dicarik-carikkan. Manakala perut pula..perlulah direbus berasingan dr perut tadi ye..setelah perut sudah lembut baru boleh masukkan dlm kuah sup tadi..renehkan sebentar baru diangkat dan dipotong nipis.
2. Dalam kuali panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah dan putih yang dihiris halus serta kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih sehingga naik bau kemudian masukkan ke dalam air rebusan daging…siap
Sambal Lada
Segenggam cili api merah
Sedikit cuka
(Blend/kisar )
Lada Jeruk
10 biji lada hijau
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air
sedikit gula
sedikit garam
Caranya
Didihkan cuka dan air, masukkan lada hijau yang dipotong dan masukkan gula dan garam secukup rasa..dah berubah warna lada tu tutup api dapur siap
Minyak Bawang Putih
1 cawan minyak masak
1 labu bawang putih
Caranya
1. Cuci bersih dan Ketuk bawang putih dgn kulitnya skali..kemudian potong dadu kecik
2. Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan bawang putih . goreng hingga kekuningan tp bukan hangus ye ..angkat dan simpan dlm botol
Bahan lain
Mee kuning,
Kuey tiow
Bihun
Daun sup/bawang dihiris nipis
Lobak asin direndam air panas sekejap dan dipotong dadu
Bawang goreng
Garam
Gula
Asam limau nipis
Sawi rebus
Tauge
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.