Ramadan kali ini cukup berbeza dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Bukan hanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan yang memasuki fasa ke 4, solat terawih dan juga bazar ramadan juga tidak dapat dilaksanakan.

Dengan kata lain, Umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadan dalam suasanapenuh sederhana bagi membendung penularan wabak Covid 19.

Semua orang turut merasai tempias tersebut termasuklah selebriti yang juga ibu kepada seorang abyi comel. Malah, Elfira  mengakui akur dengan apa yang berlaku dan reda dengan ujian tersebut.

“Tak Perlu Bersedih. Raikan Cara Bersederhana.” Akur Dengan PKP, Elfira Loy Rindu Bazar & Solat Terawih!

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.

“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.

“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana. Lagipun ini peluang untuk kita habiskan masa bersama keluarga dan saya sendiri dapat memberi fokus sepenuhnya pada anak membesar depan mata. Memang saya akui, bergelar ibu adalah momen yang cukup indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata,” katanya.

“Tak Perlu Bersedih. Raikan Cara Bersederhana.” Akur Dengan PKP, Elfira Loy Rindu Bazar & Solat Terawih!

Cipta sejarah tersendiri

IKLAN

Pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, Elfira Loy baru baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di sana.  Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy  hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.

Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.

“Tak Perlu Bersedih. Raikan Cara Bersederhana.” Akur Dengan PKP, Elfira Loy Rindu Bazar & Solat Terawih!

Pelancaran serentak Malaysia dan Indonesia

Apatah lagi isteri kepada  Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.

“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu,” ujarnya yang memberitahu koleksi tersebut dilancarkan hari ini di indonesia serentak dengan Malaysia.

IKLAN

“Tak Perlu Bersedih. Raikan Cara Bersederhana.” Akur Dengan PKP, Elfira Loy Rindu Bazar & Solat Terawih!

“Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namunapabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.

“Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.

“Tak Perlu Bersedih. Raikan Cara Bersederhana.” Akur Dengan PKP, Elfira Loy Rindu Bazar & Solat Terawih!

Rezeki anak sulung

IKLAN

Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.

“Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Walaupun masa banyak dihabiskan dengan anak selain memberi tumpuan pada keluarga, saya tak sangka akan mendapat rezeki ini. Tak dinafikan, saya sebenarnya adalah peminat secara diam kepada jenama ini,’ ujar elfira lagi.

Ibarat seorang ratu

“Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.

“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI