Jambangan Bunga Di Hadapan Pagar SJK (C) Mun Choong Undang Sebak

Khabar duka seluruh Malaysia apabila tanah runtuh di tapak perkhemahan, Father’s Organic Farm yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor mengorbankan banyak nyawa.

Lebih sayu dikalangan mangsa adalah dikalangan pendidik.

Umum mengetahui bahawa mereka adalah pendidik dari sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong. Difahamkan 20 orang guru bercuti bersama Keluarga.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

JAMBANGAN BUNGA UNDANG SEBAK

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Orang ramai meletakkan jambak bunga di hadapan SJK(C) Mun Choong, bagi memperingati mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, tiga hari lalu.

IKLAN

Jambangan Bunga Di Hadapan Pagar SJK (C) Mun Choong Undang Sebak

Jambangan Bunga Di Hadapan Pagar SJK (C) Mun Choong Undang Sebak

Jambangan Bunga Di Hadapan Pagar SJK (C) Mun Choong Undang Sebak

Terdahulu laporan media melaporan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, U Chin Ong, berkata beliau dimaklumkan tapak perkhemahan River Hilltop, Farmview and River Side, Jalan Genting-Batang Kali selamat bagi tujuan rekreasi.

Guru bersama keluarga mereka berkhemah di situ sejak 3 hari lalu. Sepatutnya pulang pada Jumaat. Beberapa rombongan sekolah diselamatkan oleh pengunjung lain dari kem di sekitar lokasi kejadian.l

IKLAN

“Ada seorang guru wanita bersama bayinya masing-masing menangis ketika dirawat tadi.

“Mujur mereka hanya cedera ringan. Bekalan susu juga ada saya bawa untuk bayi itu,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Hulu Yam Bharu pada Jumaat.

“Mereka berkhemah sempena cuti persekolahan hujung tahun. Mereka patut pulang ke kediaman masing-masing pagi ini.

“Guru terbabit bercuti di ladang itu kerana berasakan kawasan itu selamat dan rata. Ada dua kem di kawasan itu, kejadian tanah runtuh teruk di kem satu,” katanya

IKLAN

Untuk makluman, pada 16.12.2022: Pada jam 2.24 pagi tadi, Bomba Selangor telah menerima panggilan kecemasan berlaku kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.

Pasukan Bomba daripada BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands mula tiba di lokasi pada jam 3.04 pagi.
Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.
Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.

Sumber & Foto: Bernama, Harian Metro & Berita Harian

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Jambangan Bunga Di Hadapan Pagar SJK (C) Mun Choong Undang Sebak

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI