Kejayaan takkan datang bergolek tanpa diiringi usaha gigih dan doa. Itu yang dilakukan oleh anak muda bernama Luqman Suhaimi ini.

Lahir dalam keluarga susah menyebabkan dia nekad untuk mengubah nasib mereka. Anak ke 8 dari 11 beradik ini tidak bersandarkan omongan kosong semata-mata. Sebaliknya, dia mahu membuktikan kejayaan akan dikecapi jika disusuli dengan kesungguhan.

“Ibu Jual Kuih & Ayah Kerja Sendiri Besarkan Kami 11 Beradik.” Kisah Kejayaan Luqman Buktikan Orang Susah Boleh Berjaya. Sungguh Berinspirasi!

Tidak hairanlah dia bukan hanya cemerlang dalam pelajaran, tetapi berjaya  melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkenal di London dalam bidang kejuruteraan dengan mendapat tajaan penuh.

Menerusi catatannya di laman instagram, Luqman berkongsi kehidupan mereka adik-beradik.

“Ibu Jual Kuih & Ayah Kerja Sendiri Besarkan Kami 11 Beradik.” Kisah Kejayaan Luqman Buktikan Orang Susah Boleh Berjaya. Sungguh Berinspirasi!

Mengakui kesusahan ibu ayah antara penguat semangatnya untuk berjaya, Luqman memberitahu ibunya seorang penjual kuih manakala ayahnya bekerja sendiri mengambil upah membuat papan tanda. Hasil pendapatan tersebut digunakan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Justeru, dia mahu buktikan anak golongan susah boleh berjaya jika mengutamakan pelajaran kerana itu yang akan mengubah nasib keluarga.

“Bukan mudah berada dalam keluarga besar yang mempunyai 11 orang adik beradik.  Ketika rakan-rakan lain pergi bercuti, saya pula hanya mampu berharap dapat mengunjungi pasaraya terdekat semasa cuti hujung minggu.

IKLAN

“Tetapi saya sangat teruja bila ayah belanja kami adik-beradik makan KFC, itupun sekali dalam tempoh beberapa bulan,”ujar Luqman menerusi kapsyennya.

View this post on Instagram

Being in a family with 11 siblings was not easy. I grew up watching friends going on a vacation while I can only hope to visit nearest mall during the weekends. Back then I always get sooooooo excited when my dad treats us KFC once in a few months. We had to move quite often from one house to another as both of my parents work hard to make ends meet. So my childhood was a mixed of different neighbourhood. I was always late for school because my parents had to send us to 3-4 different schools. As a child, I've always wanted more and was jealous of how people can easily get what they wanted. "Best haritu mak aku bagi aku phone baru sbb dpt 6A untuk PMR. Hg dapat 8A PMR mesti hadiah lagi best kan?" I just smile at him without answering the question. I was struggling a lot with Biology in highschool and hoping to ask my dad if I could go to extra tuition. I didn't have the heart to ask him because I know the money is better spent on my younger siblings. One morning in English class, I was asked the question that I already anticipated. "Luqman, cuma tinggal kamu sorang je belum bayar yuran sekolah. Bila boleh bayar eh?" I knew I can't ask it from my parents because my younger siblings also need it for their school fees. I needed to find a way so I started to save money from selling shirts in my school. When I reached 16, my life perspective changed. I used to hate waking up for school but when I realised they are people who didn't have proper education on the other side of the world, waking up at 6 in the morning wasn't that hard. I used to cry  because I wanted to eat KFC but started to feel grateful when there's "nasi + telur + kicap" on my plate. I used to complain how I never have my own room but started feel grateful as a teenager because there's roof up on my head. As a result of being grateful, now I'm my way to London, pursuing my degree under Petronas. The best thing is, not only I have more than enough money for myself, I can also give some back to my family. Alhamdulillah. Thanks @Petronas for giving me this opportunity. Most importantly, thanks to both of you. Had you given me everything I wanted back then, I wouldn't have everything I have now.

A post shared by Luqman (@luqmansuhaimi) on

Malah menurut Luqman lagi, keluarganya juga sering berpindah-randah dari satu rumah ke satu rumah disebabkan ibu ayah yang terpaksa bekerja keras untuk menyara kami sekeluarga.

“Ibu Jual Kuih & Ayah Kerja Sendiri Besarkan Kami 11 Beradik.” Kisah Kejayaan Luqman Buktikan Orang Susah Boleh Berjaya. Sungguh Berinspirasi!

“Jadi masa kanak-kanak saya banyak dihabiskan dalam kejiranan yang berbeza. Saya selalu sahaja terlambat pergi ke sekolah kerana ayah terpaksa menghantar kami adik-beradik ke 3-4 sekolah yang berlainan.

“Sebagai seorang kanak-kanak, saya mempunyai keinginan dan selalu merasa cemburu apabila orang lain mudah mendapatkan apa yang mereka inginkan. ”Best haritu mak aku bagi aku phone baru sbb dpt 6A untuk PMR. Hg dapat 8A PMR mesti hadiah lagi best kan?” Saya hanya tersenyum tanpa menjawab soalan tersebut.

IKLAN

“Ibu Jual Kuih & Ayah Kerja Sendiri Besarkan Kami 11 Beradik.” Kisah Kejayaan Luqman Buktikan Orang Susah Boleh Berjaya. Sungguh Berinspirasi!

“Saya terpaksa bekerja keras dalam subjek biologi sewaktu di sekolah menengah dan selalu berharap untuk bertanya pada ayah jika saya boleh mengikuti kelas tambahan. Tetapi, saya tidak sampai hati untuk bertanya padanya kerana saya tahu duit yang ada perlu digunakan untuk menyara adik-adik yang masih kecil,”jelasnya lagi.

Maish segar diingatannya bila mana  suatu pagi semasa dalam kelas bahasa Inggeris, cikgu bertanya soalan yang sememangnya dia sudah dapat menjangkanya. “Luqman, cuma tinggal kamu sorang je belum bayar yuran sekolah. Bila boleh bayar eh?”

Ketika itu, Luqman tahu dia tidak boleh minta dari ibu ayah kerana adik-adik yang lain juga memerlukannya untuk perbelanjaan yuran sekolah mereka.

“Ibu Jual Kuih & Ayah Kerja Sendiri Besarkan Kami 11 Beradik.” Kisah Kejayaan Luqman Buktikan Orang Susah Boleh Berjaya. Sungguh Berinspirasi!

 

IKLAN

“Jadi saya perlu mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan wang. mula-mula saya  menjual t-shirt sewaktu di sekolah. Dari situlah, saya mula mengumpul wang bagi menampung perbelanjaan semasa di sekolah.

“Sehingga usia saya menginjak ke 16 tahun, kehidupan saya mula berubah. Saya mula benci untuk bangun pagi ke sekolah tetapi saya tersedar bahawa masih ramai lagi di luar sana yang tak bernasib baik dan tidak berpeluang untuk belajar.

“Pernah saya menangis kerana terlalu ingin memakan KFC, tetapi tetapi apabila melihat nasi + telur + kicap pada pinggan, saya rasa beryukur kerana masih mendapat makanan. Saya selalu merungut kerana tidak pernah mempunyai bilik sendiri tetapi apabila melihat bumbung di atas kepala, saya rasa bersyukur mempunyai tempat berteduh.

“Ibu Jual Kuih & Ayah Kerja Sendiri Besarkan Kami 11 Beradik.” Kisah Kejayaan Luqman Buktikan Orang Susah Boleh Berjaya. Sungguh Berinspirasi!

Hasil daripada rasa bersyukur walau hidup serba kekurangan, sekarang saya dalam perjalanan ke London, mengejar impian segulung ijazah di bawah biasiswa Petronas. Sekarang bukan sahaja saya mempunyai duit yang lebih dari cukup untuk diri sendiri, tetapi juga saya dapat menghulurkan sedikit bagi membantu keluarga.

Alhamdulillah. Terima kasih Petronas kerana memberikan saya peluang menyambung pelajaran. Paling penting, terima kasih kedua-dua ibu ayah yang telah banyak berjasa. Jika mereka memberikan apa yang saya mahukan dulu, mungkin saya tidak dapat mempunyai apa yang saya ada sekarang.

“Ibu Jual Kuih & Ayah Kerja Sendiri Besarkan Kami 11 Beradik.” Kisah Kejayaan Luqman Buktikan Orang Susah Boleh Berjaya. Sungguh Berinspirasi!

Sumber : luqmansuhaimi & Siakap Keli

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI