Seorang bayi, Fahry Nedzar yang mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar membuatkan wargamaya begitu kagum dengan didikan ibu dan ayahnya.
Berkongsi kisah bayi itu menerusi Sinar Harian, ujar ibunya Fatin Nur Sakinah Zolkifly, anak kecilnya itu mula lancar menyambung bacaan surah bermula usianya lapan bulan.
Tambahnya lagi, dia dan suami mempraktikkan bacaan selawat, zikir dan ayat al-Quran sejak bayi mereka dilahirkan.
“Sejujurnya rasa tak layak nak kongsi tips ini tapi saya kongsi apa kami praktiskan dengan Fahry. Sejak dari lahir kami dah biasakan dia dengan bacaan surah lazim setiap hari.
“Mulut saya bersilih ganti selawat dan surah terutama ketika nak tidurkan Fahry sebab waktu kecil dia jenis bayi ‘high need’ tetapi mudah tenang bila dengar bacaan ayat al-Quran, azan atau zikir.
Ads
“Kiranya surah dan selawat saya dan suami baca setiap hari, lebih-lebih lagi bila dia menangis. Fahry memang sejenis automatik diam bila kami baca surah. Dia boleh tenang dan tenung mata kami,” katanya berkongsi.
Sebelum ini video berdurasi satu minit 23 saat memaparkan adik Fahry yang kini berusia setahun lima bulan menyambung surah An-Nasr telah mendapat sembilan juta tontonan.
Menerusi rakaman tersebut, ramai yang bertanyakan apakah cara dan didikan kedua ibubapanya sehingga anak kecil itu lancar membaca surah.
“Saya tidak sangka bacaan surah ‘terakam’ dalam otak dia, bermula umur enam bulan dia mula bercakap dan bila umur lapan bulan dia sudah mula pandai sambung surah yang saya baca.
Ads
“Untuk proses ini, lebih baik kita baca sendiri daripada membuka audio di YouTube. Mula-mula baca ayat penuh kemudian baca separuh bagi dia sambung ayat belakang.
“Apabila sudah tiba masa kami akan bacakan surah dan ‘tebuk’ untuk uji hafalan Fahry. Ulang-ulang dan lama kelamaan dia akan dapat semua ayat,” jelasnya lagi.
Kisah anak penyampai radio dan juga bintang maharaja lawak Mega , Chot dari Kumpulan XOXO yang menghidap penyakit jantung membuatkan ramai yang bersimpati dan mendoakan supaya Baby bernama harraz kembali sembuh.
Namun kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Mungkin Dia punya perancangan lain. Belum puas ibunya, Siti Zafirul memeluk dan mendukung, anak kesayangannya itu dijemput Ilahi. Berita kematian Baby Harraz diketahui ramai usai ayahnya, Cho memuat naik berita tersebut dia laman instagramnya.
Menurut Chot, anaknya, Muhammad Sher Harraz Hazmeer telah bertarung melawan sakit jantung sejak dilahirkan hingga ke hari ini.
Kisah baby Harraz bukan sahaja mendapat reaksi dari netizen, bahkan rakan artis turut mendoakan dan menghulurkan salam takziah buat ibu bapa ini. Antaranya termasuklah Ozlynn Wati menerusi catatannya di laman instagram. Menurut Ozlynn, beliau dan suami Johan telah berkunjung ke hospital sebelum itu bagi melawat baby Harraz.
“Sejujurnya hati nih memberontak nak sgt bertemu baby harraz.. sehari demi sehari, alhamdulillah.. Allah permudahkan semalam.. tp bila kaki melangkah masok ke nicu hosp besar melaka.. ibu Harraz sedang meriba baby harraz tp air mata laju jatuh..
“Perkataan pertama yang dgr.. “doctor suruh standby.. anytime je” Allahu, luruh jantung aku sbg seorg ibu.. hati rasa berat seolah x boleh bernafas seketika,” tulis Ozlynn di kapsyennya.
Menurut cerita isteri Chot, selepas melahirkan Harraz, Zafirul tidak berpeluang untuk memegang anaknya itu. Namun, semalam dia berpeluang meriba dan memeluk bayinya itu.
Perancangan Allah mengatasi segalanya. Belum puas si ibu mendukung anaknya itu dijemput Ilahi.
“Sampai la dpt msg pg td.. salam, abg dan akak.. baby harraz dh meninggal.. x sangka akak dgn abg org last dia jumpa. betul semlm baby harraz mmg nmpk lemah dh.. tp dia bukak mata bila aku ckp, harraz mama dtg nih.. 2 kali dia bukak mata besar tgk papa jo n mama lynn dia.. papa jo ckp harraz kalau nak “tido” tdo la syang.. Dan hari nih….? takziah @chotxoxo dan isteri.. dia menanti kamu di syurga.” tulis Ozlynn dikapsyennya.
Kita hanya merancang, yang menentukan adalah Dia Di Atas. Kalau sudah dikata Kun Fa Ya Kun, pasangan ini reda dengan apa yang berlaku. Rata-rata netizen memberi kata semangat dan menghulurkan salam takziah buat mereka.
ain_ya_nunAllahu akhbar, baby harraz anak syurga, beruntung ibu bapanya. Semoga Allah swt kurniakan kekuatan dan ketabahan untuk ibu bapa baby harraz atas ujian ini.
azlinhazel_Innalillahiwaiinalillahirojiun.. Saya mengikuti kisah adik Harraz dari awal dan saya sebagai seorang ibu bangga dengan ketabahan kedua2 ibubapa ini. Adik Harraz sangat kuat. kebetulan nama anak aunty juga Harraz.Aunty doakan semoga adik Harraz teruskan bermain2 di alam syurga yang sudah tersedia nak.. Doa untuk adik Harraz takkan pernah putus.Buat kedua pasangan chotxoxo dan isteri semoga terus tabah ujian yang diberi oleh Allah SWT.. Al fatihah
norrozaliantiSedeh sangat bila tengok .. tmbh bila tngok video baby syurga ni… keluar airmate menangis teresak2.. xmampu nk tngok smpai hbis… paham sakit nye tu macam mane… perasaan seorang ibu… semoga mommy & daddy baby syurga kuat dan tabah ye .. alfatihan ????? @jajafieyrul@chotxoxo
ellakiemSy dpt rasakan mcm mna kehilangan ank yg baru lahir..mmg xdpt nk trma mulanya tp mcm mna pun redha la penguat semangat…insyallah ank awk menantikan ibu ayahnya….salam takziah
cikmatulAllahuakbar.. Takziah bt famly bby harraz.. Senama ank sy.. N dilahirkan sama birthday dgn sy.. Semoga tenang disana wahai ank syurga♥
jaynazif_officialInnalillahi wainna ilaihiroji‘un. Salam takziah buat keluarga arwah baby Harraz. Baby tunggu mama dan papa di syurga.
“Nampak Kesungguhan Dan Keikhlasan”-Datuk Syafinaz Ajar Qariah Teknik Pernafasan Raih Pujian Netizen!
Datuk Syafinaz Selamat, namanya begitu dikenali sebagai guru vokal dan juri program realiti TV, juga smerupakan seorang penyanyi yang berbakat.
Terbaharu, tular beberapa video berkenaan Datuk Syafinaz mengajar teknik pernafasan yang betul dalam satu kelas tarannum telah menarik perhatian umum.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menerusi video tersebut, selebriti dan juga pensyarah muzik ini begitu bersungguh-sungguh mengajar dan berkongsi ilmunya.
Melalui video tersebut, kita juga dapat dengar bacaan tarannum daripada Ustazah Aisyah Baain itu lebih baik selepas mengikut saranan teknik pernafasan daripada Datuk Syafinaz.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang tampil memuji serta meluahkan rasa kagum dengan Syafinaz.
Selain pujian, ada juga yang mendoakan agar Syafinaz mendapat pahala yang berganda-ganda kerana membantu para qari dan qariah.
Kebiasaannya kita melihat Syafinaz menjadi juri dalam sesebuah pertandingan, sememangnya ramai tidak menyangka Syafinaz yang juga pensyarah muzik itu turut mengajar qari dan qariah.
Meninjau di ruangan komen, ini antara yang menarik perhatian daripada ribuan komen yang ada.
“Macam-macam cara Allah kurniakn kita utk memanfaat diri utk orang di sekeliling kita. Datuk Syafinaz dikurniakn ilmu. Semoga usaha dirahmati Allah.”
“Ustazah ni dh terer taranum weh, tapi dia pun terbuka untuk belaja lagi dengan tokpinaz. Subhanallah. Tahniah kdua duanya. Moga menjadi asbab untuk masuk ke syurga Allah.”
“Masing-masing ada kepakaran masing-masing .. banyak ilmu yang kita tak tau tapi orang lain tau.. dan ini bukti penting berguru”
“Cantik Datuk bertudung.. Teruskan Datuk.. Ameen…”
“Bagus gunakan teknik guru vokal..sebab mengaji ni pun sama macam kelas vokal. Teknik pernafasan tu. Ada orang tak cukup nafas boleh jadi semput dan pengsan.”
Arkitek utama Masjid Negara meninggal dunia pada usia 95 tahun, hilangnya tokoh seni bina negara. Arkitek utama Masjid Negara, Datuk Baharuddin Abu Kassim telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 27 Ogos 2024.
Berita duka pemergian Allahyarham itu dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum menerusi laman media sosial, Facebook.
“Kita kehilangan seorang tokoh yang disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim.
“Beliau seorang arkitek negara dan tokoh yang sumbangannya membentuk struktur alam bina kita,” katanya pada Selasa.
Menurut Sarly, visi dan dedikasi beliau antaranya diterjemahkan melalui reka bentuk Masjid Negara dan akan sentiasa memberi inspirasi kepada generasi arkitek dan rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, beliau turut berdoa agar ALLAH SWT menempatkan Allahyarham di syurga tertinggi dan memberi kesabaran serta kekuatan kepada keluarganya untuk menempuhi kehilangan berkenaan.
Masjid Negara, yang terletak di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, adalah salah satu mercu tanda utama yang mencerminkan keagungan Islam di negara ini. Masjid ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah bagi umat Islam, tetapi juga sebagai simbol perpaduan dan identiti nasional bagi rakyat Malaysia.
Asal Usul dan Pembinaan
Idea untuk membina Masjid Negara timbul selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Ia adalah satu simbol kejayaan negara mencapai kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajahan. Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, adalah antara individu yang mencadangkan pembinaan masjid ini sebagai tanda syukur dan penghormatan kepada Allah atas nikmat kemerdekaan.
Masjid Negara dibina di atas tanah seluas 5.2 hektar dan proses pembinaannya bermula pada tahun 1963. Masjid ini direka oleh tiga orang arkitek utama: Howard Ashley, seorang arkitek dari Britain, dan dua arkitek Malaysia, Hisham Albakri dan Baharuddin Kassim. Pembinaan masjid ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Reka bentuk masjid ini mencerminkan gabungan seni bina Islam tradisional dan moden, yang melambangkan kemajuan dan perkembangan Malaysia yang baru merdeka.
Pembinaan Masjid Negara selesai pada tahun 1965 dan ia dirasmikan pada 27 Ogos tahun yang sama. Pada mulanya, masjid ini dirancang untuk dinamakan “Masjid Tunku Abdul Rahman” sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri pertama negara. Namun, Tunku Abdul Rahman menolak penghormatan ini dan mencadangkan agar masjid tersebut dinamakan sebagai “Masjid Negara” untuk melambangkan perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
Reka Bentuk dan Struktur
Masjid Negara terkenal dengan reka bentuknya yang unik dan menarik. Salah satu ciri yang paling menonjol ialah kubah utama masjid yang berbentuk bintang dengan 18 jejari, yang melambangkan 13 negeri di Malaysia dan lima rukun Islam. Kubah ini dilapisi dengan mozek biru dan hijau yang menyerupai bintang di langit, memberikan imej yang indah terutama ketika dilihat dari jauh.
Selain kubah utama, masjid ini juga mempunyai menara setinggi 73 meter yang menjadi salah satu ikon utama di Kuala Lumpur. Menara ini berfungsi sebagai tempat untuk mengumandangkan azan, panggilan untuk solat, yang dapat didengar di seluruh kawasan sekitar masjid.
Masjid Negara mampu menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu masa. Ruang solat utama dihiasi dengan lampu gantung yang besar dan elegan, manakala dinding-dindingnya dipenuhi dengan ukiran kaligrafi Arab yang indah. Di sekitar masjid, terdapat taman-taman yang hijau dan indah yang memberikan suasana tenang dan damai kepada para jemaah dan pelawat.
Fungsi dan Kepentingan
Masjid Negara berfungsi sebagai pusat keagamaan dan kebudayaan bagi umat Islam di Malaysia. Ia menjadi tempat berlangsungnya solat Jumaat, solat Hari Raya, dan pelbagai majlis keagamaan seperti ceramah dan kuliah agama. Selain itu, masjid ini juga sering dikunjungi oleh pelawat dari dalam dan luar negara, yang datang untuk melihat keindahan seni bina dan merasai pengalaman spiritual.
Sebagai sebuah institusi nasional, Masjid Negara juga sering menjadi lokasi untuk upacara rasmi negara, seperti majlis peringatan Hari Kemerdekaan dan sambutan Hari Kebangsaan. Ia menjadi simbol perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Penambahbaikan dan Pemeliharaan
Sejak pembukaannya, Masjid Negara telah melalui beberapa proses penambahbaikan dan pemeliharaan untuk memastikan ia terus kekal sebagai salah satu ikon utama negara. Pada tahun 1987, kubah utama masjid ini telah diganti dengan struktur yang lebih moden dan tahan lama. Selain itu, pelbagai kerja pembaikan dan peningkatan telah dilakukan untuk memastikan kemudahan di masjid ini terus selesa dan relevan untuk generasi akan datang.
Masjid Negara bukan sahaja sebuah tempat ibadah, tetapi juga lambang identiti dan kebanggaan Malaysia. Ia mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia serta menghormati keagungan agama Islam. Sejarah dan keindahan seni bina Masjid Negara akan terus menjadi warisan yang dihargai oleh rakyat Malaysia dan pelawat dari seluruh dunia.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.