
Semenjak kebelakangan ini sering sahaja kita mendengar duit tabungan di dalam bank boleh lesap begitu sahaja angkara daripada scammer yang semakin berleluasa kini. Ini pastinya menimbulkan kerisauan buat kita semua yang menyimpan duit di bank, memandangkan seakan sudah tidak selamat lagi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Apatah lagi bila mana ada antara kita yang membuat simpanan di Tabung Haji dengan tujuan untuk mencukupkan jumlahnya bagi mengerjakan haji di masa akan datang. Impian yang sekian lama untuk ke tanah suci tentunya musnah andai pembiayaan ke sana tiba-tiba boleh hilang ‘dicuri’ dalam akaun sendiri!
Lantaran itu buat anda yang bimbang akan keselamatan wang simpanan di dalam Tabung Haji, antara cara yang boleh dilakukan adalah ‘unlinked’ akaun TH dengan akaun perbankan yang lainnya.
Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Azila Mohd Kasim dan ini cara untuk unlinked akaun Maybank2u dengan TH.
CARA LINKED & UNLINKED AKAUN TABUNG HAJI DENGAN MAYBANK2U
Saya kongsikan cara linked dan unlinked akaun Maybank 2U daripada Akaun Tabung Haji.
- Buka website Maybank 2U yang baru. Bukan yang classic ya. Log in, masukkan password.
- Pergi setting
- Tekan Accounts
- Tekan Tabung haji
- Tekan Accounts
- Boleh Linked – bagi sesiapa belum pernah linked akan nampak ini ATAU
BOLEH UNLINKED bagi yang telah linked kan.
EKSTRA INFO
Dapat maklumat bahawa akaun CIMB perlu pergi ke ATM mesin bank untuk unlinked ke Tabung Haji.
Akaun Bank lain-lain mungkin sahabat sekalian boleh hubungi customer service bank masing-masing.
Jangan panik ya.InsyaAllah ada lagi duit di Tabung Haji dan selamat
Selamat mencuba!
Sumber : Azila Mohd Kasim
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
” Sebagai Anak, Jangan Sesekali Merungut & Terlalu Berkira Bab Jaga Ibu” – Nora Ariffin

Jika dulu dari kecil hingga dah meningkat besar ibu bapa tidak pernah berkira menjaga kita. Bila dah ada kehidupan sendiri, mampu untuk berbakti semula pada orang tua kita, ambillah kesempatan itu kerana kita tidak tahu sampai bila kita mampu berbakti pada mereka.
Malah, rezeki anak-anak yang menjaga ibu bapa ini juga tidak akan putus berkat doa dari orang tua dan orang yang datang ke rumah untuk menziarah. Itulah yang dirasai oleh penyanyi, Nora Ariffin semenjak dia memilih untuk menjaga ibunya.
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, semenjak Ma tinggal dirumah bersama kami, rezeki tak pernah putus, ada saja anak menantu cucu, adik beradik,saudara mara jauh & dekat bertanya kabar dan datang berkunjung ziarah ma. Seronok sgt.
“Terima kasih buat semua ye sudi dtg jengok ma😍 Makanya kita sebagai anak, jgn sekali – kali merungut & terlalu berkira bab menjaga IBU. Harta lain boleh cari tapi ibu kandung hanya satu saja.” tulisnya.
Malah, pelantun lagu ‘Hanyalah Satu’ itu sempat memetik kata-kata daripada Ustaz Rushdi bahawa menjaga ibu ini besar pahala dan ada barakahnya, walaupun ada sukarnya tetapi sentiasa dipermudahkan.
Dalam perkongsian tersebut, Nora juga berterima kasih buat suami dan rakan-rakan yang membantu sepanjang ibunya ada di rumah.
“Terima kasih buat suami yg dikasihi kerana memberi izin, support saya menjaga ibu & tinggal bersama.
“Juga buat sahabat & jiran saya. Dato Khairul & eja sayang😍 @yayakitchen2020 , terima kasih kerana hampir tiap hari sedekah makanan pada kami.
“Juga kpd caretaker saya, terima kasih menyantuni ibu saya dgn baik. Allah saja yg membalas jasa baik kalian. Moga Allah memberkati hidup kita semua.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan penulisan Nora dan ada yang berkongsi pengalaman sendiri menjaga orang tua mereka.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
Perniagaan Nasi Dagang Viral, Bekas Cef Hotel 5 Bintang Ni ‘Diserbu’ Pelanggan Seawal 6 Pagi!

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah jika ingin digambarkan berkenaan kisah seorang bekas cef daripada hotel 5 bintang ini yang kini berniaga di tepi jalan dengan menjual nasi dagang ikan aya atau ikan tongkol.
Perniagaannya tiba-tiba viral melalui paparan satu dokumentari berdurasi 10 minit di facebook dan sekali gus memberi rezeki berlipat ganda untuk keluarganya dalam sekelip mata.
Muhammad Khairul Nizam Mamat, 43, berkata hal itu disedarinya sejak Jumaat lalu apabila melihat orang ramai beratur panjang kira-kira 100 meter seawal 6 pagi di kawasan Persiaran Alam Perdana, Bandar Puncak Alam untuk mendapatkan juadah berkenaan walaupun perniagaannya mula beroperasi sekitar 7 pagi.
Memetik perkongsian lanjut bersama Bernama, difahamkan nasi dagang yang dijual menggunakan motosikal roda tiga ‘diserbu’ peminat juadah tradisional negeri Terengganu itu.
“Saya terkejut pada pagi itu (Jumaat), tiba-tiba orang ramai datang dan siap beratur tunggu saya yang baru nak pasang payung dan sebagainya. Masuk 7.30 pagi ke atas, orang semakin ramai beratur. Saya memang cemas sebab risau makanan tidak cukup memandangkan orang beratur panjang dan lama untuk dapatkan makanan.
“Bila semak balik, rupanya video dokumentari sebuah produksi yang saya jalani penggambaran sebelum ini tular. Saya terkejut sebab video tersebut asalnya bukan untuk mempromosikan perniagaan saya sebaliknya untuk memaparkan macam mana seseorang yang ‘jatuh’ ketika COVID-19 melanda negara, bangun kembali mulakan kehidupan,” katanya yang ditemui Bernama di sini hari ini.
Tambah Sukatan Beras 10 Kali Ganda
Muhammad Khairul Nizam yang merupakan anak jati Kampung Tengkawang, Kuala Berang berkata susulan tular, beliau kini perlu menambah sukatan beras basmati untuk menghasilkan nasi dagang hingga 10 kali ganda sehari berbanding kira-kira lima hingga lapan kilogram sehari ketika mula menceburi perniagaan itu pada November lalu.
“Sekarang kami masak nasi dagang hingga 50 kilogram beras sehari untuk memenuhi permintaan yang tiba-tiba mendadak ini. Disebabkan itu, empat adik lelaki yang menetap di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang serta ibu saya dari kampung datang membantu untuk menghasilkan nasi yang agak banyak sebab saya hanya berniaga seorang diri,” katanya.
Dibantu Adik Beradik
Bapa kepada tiga anak itu berkata dalam masa terdekat ini beliau belum menggajikan pekerja kerana masih dibantu adik ketiga, Muhammad Firdaus Mamat, 38, yang turut berniaga nasi dagang di kawasan Seri Kembangan dan adik bongsunya, Muhammad Khairul Aiman, 20.
Menurut Muhammad Khairul Nizam, beliau akan memohon lesen penjaja tepi jalan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam masa terdekat dan jika nasi dagangnya terus mendapat sambutan menggalakkan, beliau bercadang membuka dua lagi gerai di Selangor dengan satu daripadanya di Puchong yang akan diusahakan seorang adiknya.
Ditanya mengapa jualan nasi dagang menjadi pilihannya, Muhammad Khairul Nizam berkata kesukaran untuk mendapatkan juadah yang asli seperti didapati di kampung halamannya antara sebab beliau berniaga selain turut menjual nasi lemak ikan tongkol.
Katanya proses penyediaan dan memasak nasi yang agak kompleks antara sebab nasi dagang Terengganu sukar didapati malah bahan untuk menghasilkan kari ikan tongkol juga kebanyakannya terdapat di negeri itu.
“Itu antara sebab saya pilih juadah ini (nasi dagang) untuk dijual di sini. Memang majoriti pembeli juga dari pantai timur Semenanjung khususnya Terengganu. Ramai yang kata (respons) bila makan teringat pada kampung. Alhamdulillah orang suka.
“Tidak kurang juga kecaman sebab apabila tular, orang meletakkan harapan yang tinggi pada masakan kita tetapi kita boleh belajar daripada teguran dan cuba baiki mana yang kurang,” katanya yang pernah bekerja sebagai cef di sebuah hotel lima bintang di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Adik Sebagai Idola
Muhammad Khairul Nizam berkata hanya ‘bermodalkan’ masakan juadah tradisional kampung halamannya dan sebuah motosikal roda tiga bukan penghalang untuk beliau berniaga.
Jelasnya ia dibuktikan oleh Muhammad Firdaus yang terlebih dahulu menggunakan resipi nasi dagang ibunya untuk berniaga di sekitar Seri Kembangan sejak enam tahun lepas dan sehingga kini masih mendapat permintaan pelanggan.
“Adik saya adalah idola dan menguatkan semangat saya untuk berniaga bermula dari bawah. Memang ada yang memperlekeh bila saya putuskan untuk berhenti kerja dan menjual nasi dagang. Alhamdulillah, yang penting keluarga terutama adik-adik sokong apa yang saya buat walaupun kami jauh dari kampung halaman,” katanya yang merupakan anak sulung daripada sembilan beradik.
Sumber : BERNAMA
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Usaha Buang 40Kg Untuk BMI Normal, 8 Bulan Lamanya. Kini Wanita Ni Cukup Langsing!

Tanpa pengambilan sebarang ubat untuk menurunkan berat badan, hanya dengan mengamalkan pengambilan makanan suku-suku separuh dan beberapa amalan lainnya siapa sangka berjaya hilangkan 40kg lemak tubuhnya dan kini terlihat langsing persis anak dara.
Pun begitu, usaha ini bukan dilakukan sekelip mata apa yang penting konsisten dengan apa yang dilakukan untuk capai BMI normal untuk tubuhnya. Jadi jom kita cungkil rahsia wanita ini dan semoga menyuntik inspirasi antara kita untuk mencapai berat badan ideal sepertinya.
Di sini adalah contoh menu-menu untuk anda yang nak berdiet mengamalkan suku-suku separuh. Kalau betul-betul ikut menu dalam ni kurangkan garam, minyak dan gula boleh lost sebulan 5kg.



Kak Chik mengambil masa selama 8 bulan untuk 40kg lost. Alhamdulillah sedikit perubahan hari ni.
Berat untuk hari ni 50kg.
Body Fat 23%
Tinggi 160 cm.
Kak Chik dah dapat BMI Normal… Kak Chik dah berjaya lost sebanyak 40kg. Berkat usaha selama nie…Kak Chik happy.
Tq Cik husband yang banyak bagi semangat
Tq geng Dietku
Tq mak dan family serta Sifu-sifu
Tq kepada yang menghina saya selama ni, kerana kutukan anda saya bangkit..
Ok Kak Chik ada sedikit tips untuk anda di luar sana.
1. Cuba diet rendah kalori.
2.Perhatikan pengambilan kalori
3. Minum air masak dengan secukupnya, terutama sebelum makan.Air masak boleh jadikan kulit kita sihat dan putih.
4. Lupakan diet dan makan secara seimbang (apabila setiap masa anda terlalu fikirkan pasal diet..anda akan tertekan.)
5. Banyakkan Protien. Protien memainkan Peranan utama dalam proses Mengurangkan Berat Badan.
6. Guna pinggan lebih kecil untuk segenggam nasi.
7. Tidur dengan cukup 8 jam sehari. Kajian menunjukkan tidur yang tidak
cukup punca terjadinya obesiti.
8. Buat Sedikit senaman, aerobik dan cardio.
9. Katakan TIDAK pada gula. Pertama gula semula jadi sangat bagus yang wujud dalam buah dan sayuran patut kita amalkan atau gantikan daripada menggunakan gula sebagai penambah rasa dalam minuman. Gantikan Dengan Stevia atau Palsweets. Semakin kurang pengambilan gula tambahan, semakin sihat tubuh anda.
10. Banyakkan sayuran dan buah buahan dalam pemakanan seharian kita. Sayur dan buah adalah makanan terbaik wujud di muka bumi kita. Rendah kalori,tinggi serat,tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan.
11. Teh Hijau (Kak Chik Guna Ahmad tea). Sangat membantu menurunkan berat badan. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisma dalam tubuh dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.
12. Minum air kopi tanpa gula. Sebelum memulakan senaman Kak chik minum untuk lebih Bertenaga. Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan.
13. Jangan berlapar. Bila anda berlapar anda akan makan lebih Banyak. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk gantikan makanan.Metabolisma akan menurun.
14. Elakkan minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. (Kecuali air gas yang zero kalori tu).
15. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air.
16. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula dalam darah.Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.
17. Minum susu sebelum tidur. Kita ikut cara Sunnah banyak manfaat. Melancarkan saluran pembuangan. Tidur lebih nyenyak dan lain-lain.
18. Ikut Sunnah Nabi kita berhenti sebelum kenyang.
19. Cara untuk kurus adalah dengan makan 6 kali sehari.
20. Last tips usaha dan tekad anda pasti berjaya.Tekad merupakan motivasi kuat dari niat yang ada dalam diri. Tekad ini sebenarnya modal utama yang sangat diperlukan bagi seseorang yang akan memasuki dunia usaha.
sumber : Siti Rohayatul Husni Moktar