Tentunya bila kita bertemu dengan orang yang lebih berusia dan matang, tidak dinafikan pasti banyak ilmu dan pengalaman hidup mereka boleh kita ‘cedok’ untuk diteladani dan dijadikan panduan.
Begitu juga halnya bagi wanita yang bergelar doktor pakar ini yang begitu berasa kagum dengan ibu mertuanya dalam bab penjagaan kesihatan hingga dirasakan ibu mertuanya itu adalah sebagai pesakit diabetes contoh.
Nak tahu kenapa dan apa sebabnya doktor ini berkata begitu, jom kita baca perkongsian penuh daripadanya dan semoga dapat dijadikan panduan untuk pesakit diabetes yang lain.
SETENGAH CAWAN CUKUP
Ads
Saya cukup hormat ibu mentua saya. Bukan semata sebab dia ibu yang melahirkan buah hati saya, tapi sebab dia lah pesakit diabetes contoh bagi saya.
Satu perkara yang saya perasan, beliau sangat menjaga diet beliau sehari-hari. Amalan berpuasa sunat Isnin dan Khamis juga jadi kebiasaan beliau. Pernah juga beliau berpuasa hampir setiap hari dalam bulan Rejab dan Syaaban.
Amalan makan mengikut masa beliau juga patut dipuji. Breakfast seawal jam 7.30 pagi, diikuti dengan aktiviti berkebun keliling rumah. Ni amalan yang sangat bagus bagi warga emas seperti beliau untuk mengeluarkan peluh. Kalori dibakar, vitamin D daripada cahaya matahari pun dapat, bunga dan sayur-sayur pun banyak dapat. Memang untung!
Ads
Satu lagi amalan beliau yang saya puji ialah beliau amat menjaga kaki. Penjagaan kaki amat penting bagi pesakit diabetes seperti beliau sebab kaki mudah tercedera dan dapat komplikasi. Setiap kali lepas wudhu atau mandi, beliau akan mengesat kaki sehingga kering. Setiap celah jari kaki beliau akan dibelek dan dikesat untuk mengelakkan kelembapan yang jadi kegemaran ‘kulat kaki’.
Kalau saya ikut beliau ke kenduri perkahwinan di hujung minggu, saya perhatikan beliau cukup hati-hati memilih makanan. Kuantiti yang diambil pun dijaga. Memang payah juga, sebab ada makanan manis yang beliau gemari. Selalu saya perasan, kalau beliau ambil cendol atau air manis, kuantitinya selalu separuh. Lepas dah merasa, dia akan hulurkan kepada bapa mentua saya untuk dihabiskan.
Ads
Sejak itu, setiap kali saya ambik minuman atau makanan manis di majlis atau di buffet, saya akan cuba untuk ambik dalam kuantiti yang sedikit. Cuma untuk hilangkan rasa ingin.
Saya mungkin doktor pakar, tetapi tetap ada banyak perkara yang saya belajar dari orang-orang tua keliling saya. Bukan saja dari segi penjagaan masalah diabetes. Kalau dari mak mentua saya, yang paling penting ialah belajar macamana nak layan suami sebaik yang beliau lakukan.
Itu pun penting juga kan?
sumber : Sakinah Sulong
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak dengar tentang resipi bako ubi kayu atau Kuih Boko Ubi Kaya. Bagi admin ini pertama kali dengar tetapi rupanya agak familiar. Seakan-akan kuih talam ibu kayu tapi bezanya kuih talam boleh dipotong manakala bako ubi agak lembut dan dimakan menggunakan sudu. Namun kedua-duanya sama yang mana atasnya santan (kepala santan) manakala di bawahnya ubi kayu.
Bagi ibu-ibu yang nak mencuba sendiri kuih Boko Ubi Kayu ni, jom admin kongsikan resioi air tangan nenek kepada SuiSan Aliezsha . Moga bermanfaat!
Hai selamat ptg..smlm blik kg dpt belajar 2 in 1 bt bako ubi & lepat ubi dr uwan sy,resepi org dulu²..pd yg minta resepi utk lepat ubi & bako ubi sy sertakn disini,utk kepala bako tu uwan xbg sy pkai tepung beras sb bila dh sejuk nt tepung beras akn jd cair,lbih elok guna tpg gandum sb ia kekal brkepala..
Resepi bako ubi => lapisan bawah 1. Ubi agk² dlm 2 buku (fresh yg cabut dr pokok,jgn guna ubi yg dh masuk angin nt lepat atau bako jd pahit,pesan uwan sy)
2. Parut guna mesin kelapa,kemudian perah air ubi guna towel bersih asingkn air & ubi tersebut..(air ubi yg diasingkn td akn brkanji,amik kanji ubi yg putih tu dlm sesudu)
3. Gula merah,gula pasir bancuh dgn air suam main agk² je uwan sy xda sukat² then tapis ikot manis korg..org lamakn pakar bab masak,he² 😅😅.. 4. Masukkn air gula merah kedlm ubi yg siap diperah, gaul sebati,masukkn kanji ubi sesudu gaul sampai sebati,so korg xperlu lg guna tepung ubi utk campur lapisan bwh tu,uwan sy ckp kanji tu lg ori dr tepung ubi😊..sediakn talam,ratakn ubi dlm talam jgn tebal² agk² nipis gitu kemudian kukus dlm 25 minit klu xmasak kukus 30minit brgantung api gas masing²,nk thu ubi dh masak atau blm,ubi dh masak akn jd warna coklat gelap..
Bahan untuk kepala bako => 1. 1biji kelapa parut,perah amik pati 2 cawan 2. 3 sudu makan tepung gandum.
Cara membuat:
Utk lepat ubi 1.layur daun pisang..masukkn ubi td dlm 2 sudu ratakn,lipat kemas²..kemudian kukus dlm 20-25minit ikot api gas masing².
selamat mencuba resepi daria uwan saya,doakn beliau dipanjangkan umur agar kami dapat menumpang kasih seorang mak ,moga ilmu yang dikongsikn ianya manfaat buat generasi akan datang..tq admin 😘😘
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa peminat laksa?Meh munculkan diri anda di sini. Biasanya kita asyik belajar buat resipi kuah je kan. Apa kata kali ini kita cuba pula buat sendiri laksa. Lagi puas hati nak makan.
Nak tahu caranya, jom tengok resipi oleh Natasya Addawiyah yang berkongsi resepi laksa beras homemade yang mudah, bersih, halal dan jimat. LAKSA BERAS Laksa pulas sendiri.. Tak penah lansung beli laksa kering/ basah di kedai. Buat makan, order dari costm memang buat mee laksa sendiri.
LAKSA BERAS
(hidangan utk 8-10 org makan)
5 cawan air di didihkan. Air panas kena betul2 panas.
½ kilo tepung beras cap teratai
3 sudu besaq tepung ubi (menggunung).
Ayak kesemua tepung. (rujuk dlm gambar) Bila air dah jerang…tuang cket2 dulu.. Agak2 secawan dulu. Hati2 masa tuang air panas.
masukkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam adunan tepung (rujuk dlm gambar)
tepung masih panas gaul dgn senduk dulu. Da suam boleh uli dengan tangan.
kalau masih bertepung lagi tuang air panas cket2. uli sebati sampai tak melekat di tangan.
masukkan dalam kebok @ acuan. Terus pulas atas periuk kukus. (rujuk dlm gambar) Kukus selama 15-20 minit.
mee laksa dah masak angkat periuk kukus tuang mee laksa ke dlm besen yg telah isi air. Biarkan sekejap 10 minit ke dlm air. Angkat & tapis
Banyak makanan yang dijual sebagai makanan kesihatan sekarang melabelkan makanan itu sebagai tinggi serat.
Kita selalunya agak keliru mengenai fakta ini kerana pemahaman kita perihal kelebihan serat kepada kesihatan masih terbatas.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad.
Sebenarnya, terdapat banyak kajian menunjukkan kelebihan pengambilan serat secukupnya setiap hari mampu mencegah pelbagai penyakit kronik.
Serat sebenarnya adalah bahan karbohidrat iaitu selulos yang terdapat dalam tumbuhan yang biasanya tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman dan akan dikeluarkan semula di dalam najis kita.
Ia terbahagi kepada jenis boleh larut dan tak boleh larut. Serat yang tidak larut boleh kita lihat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dan jenis serat boleh larut adalah seperti pektin, inulin dan beta glukan.
Makanan yang tinggi serat adalah seperti beras perang, tepung gandum serat penuh (wholegrain), oat, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kajian mencadangkan pengambilan serat sekurang-kurangnya 30 hingga 32 gram setiap hari cukup untuk memberikan faedah kesihatan dengan mengurangan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2, sakit jantung koronari, darah tinggi, strok dan kanser.
Kajian menunjukkan pengambilan serat yang cukup membantu mengawal paras kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal paras glukosa darah, meningkatkan sensitiviti insulin kepada sel tubuh dan mengurangkan masalah keradangan mikro yang menyebabkan masalah pengerasan saluran darah atau atherosklerosis.
Kajian menunjukkan pengambilan serat yang tinggi membantu melawaskan pembuangan air besar dan mencegah masalah sembelit. Ini kerana serat meningkatkan kadar pergerakan usus dan melancarkan sistem penghadaman makanan dalam usus.
Kajian juga menunjukkan pengambilan serat yang tinggi mencegah penyakit buasir dan kanser usus yang berpunca daripada masalah sembelit kronik.
Pengambilan serat yang tinggi dalam pemakanan juga membantu mengawal berat badan selain mengurangkan obesiti. Kajian menunjukkan makanan karbohidrat berserat tinggi juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah dan akan membantu mengawal paras glukosa darah dengan lebih baik di samping mengurangkan kolesterol yang tinggi.
Dalam satu kajian meta analisis di Eropah dan Amerika Utara membabitkan sejuta peserta menunjukkan penurunan risiko kematian akibat penyakit kronik sebanyak 10 peratus dengan setiap peningkatan 10gram serat setiap hari.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan pada 2013 melaporkan setiap tujuh gram lebihan serat yang dimakan setiap hari akan menurunkan risiko penyakit strok sebanyak tujuh peratus. Jumlah tujuh gram serat ini adalah seperti pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak dua hidangan tambahan setiap hari.
Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan 2014 pula menunjukkan pengambilan tambahan 10 gram serat boleh larut berkaitan dengan pengurangan risiko 15 peratus kematian akibat penyakit kronik secara umum.
Kajian juga menunjukkan seseorang yang mengambil serat paling tinggi mengurangkan risiko 25 peratus kematian akibat penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan strok untuk 10 tahun mendatang berbanding dengan seseorang yang sangat kurang mengambil serat dalam pemakanan seharian mereka.
Serat juga penting untuk kesihatan kerana ia menjadi makanan utama kepada bakteria baik atau probiotik dalam usus kita.
Kuman baik probiotik membantu meningkatkan imuniti atau sistem pertahanan antibodi tubuh kita. Oleh itu, secara tidak langsung serat membantu dalam mengekalkan tahap imuniti tubuh yang terbaik.
Kadar pengambilan serat sebanyak 30 gram sehari cukup untuk membekalkan makanan kepada bakteria baik dalam usus dan membantu perkembangan baik bakteria di dalam usus kita.
Masyarakat kita sekarang amat rendah pengambilan serat dalam pemakanan seharian kerana pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang amat rendah.
Kita selalu lebihkan pemakanan karbohidrat rendah serat seperti nasi putih, roti putih dan makanan proses berasaskan tepung gandum putih yang amat rendah seratnya.
Kajian Universiti Harvard menunjukkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup dalam hidangan kita adalah sebanyak 50 peratus daripada jumlah makanan dalam pinggan setiap hidangan yang kita makan setiap hari.
Kita perlu banyak mengambil makanan yang tinggi serat setiap hari dengan cara makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran di samping pengambilan makanan tinggi serat seperti beras perang, roti gandum berserat penuh, oat dan sebagainya.
Makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi pelbagai khasiat lain seperti vitamin, mineral, antioksidan dan enzim yang amat baik untuk kesihatan.
Terdapat beribu kajian menunjukkan kelebihan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mengekalkan kesihatan dengan lebih baik dan mencegah pelbagai penyakit kronik dan di antara punca utama kelebihan ini adalah kerana kandungan seratnya yang sangat tinggi.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.