Timbul juga kebimbangan di hati kita sebagai ibu bapa bila mendengar kes influenza dari sehari ke sehari semakin meningkat. Sebelum terjadi, sebaiknya kita ambil langkah berjaga-jaga.
Ambil tahu cara mencegahnya dan elok juga tambah ilmu dengan membaca perkongsian ibu ini tentang cara bagaimana dia menjaga anaknya yang diserang virus tersebut.
Jom semak.
Langkah-langkah jika anak anda terkena jangkitan influenza.
1. Pakai kan mask pada anak yang terkena demam inflenza tu, kalau boleh semua anggota keluarga juga pakai mask.
2. Beli hand sanitizer dan sentiasa basuh tangan anda dengan sabun khas antibacteria.
3. Bila masuk rumah kumur mulut sekurang-kurangnya dua kali dan basuh tangan menggunakan sabun tangan antibacteria.
4. Minum air yang banyak, kalau boleh minum air sport drink macam aquarius atau pocari sweat ( ada jual kat shopee).
5. Mandi sekali sehari untuk redakan panas dalam badan.
Ads
6. Pakaikan juga cool fever jika perlu. Tukar yang baru jika dah guna lebih dari 8jam.
7. Jangan kongsi makanan, minuman, cawan, sudu, pinggan dengan anak yang dijangkiti influenza.
8. Kuaratin duduk dirumah sahaja.
9. Jauhkan pergi ke tempat awam atau ramai orang.
10. Pastikan jika merawat anak yang sakit dirumah kita sebagai mak atau ahli keluarga yang masih sihat kena selalu basuh tangan. Jika perlu pakai juga mask.
Ads
11. Makanan yang disarankan makan ialah nasi putih, bubur nasi, buah apple, pisang, biskut tawar dan cereal.
12. Yang ni optional, kalau ada kat rumah air filter humidifier tu lagi bagus.
13. Jika dah lebih dari tiga hari dengan suhu 38.5c ke atas pergilah hospital untuk rawatan lebih lanjut.
14. Rehat yang mencukupi dan makanlah ubat yg disarankan oleh doktor.
15. Pantau suhu anak yang demam dengan mencatat suhu dengan termometer, check kalau boleh 2 jam sekali.
Ads
16. Anak akan mengerang sesekali meracau ketika tidur atau se akan terkejut2 ketika tidur. Tenangkan anak dan pujuk dengan baik jika perlu.
17. Anak juga mungkin muntah, basuh tempat muntah tadi dengan bersih dan lap dengan air suam atau spray dengan sabun antibacteria.
19. Pakaikan baju yang anak-anak selesa, jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
20. Pakaikan stokin jika perlu.
Akhir sekali untuk yang belum terkena demam influenza, ambil vaksin influenza di klinik berdekatan.
Sekadar bekongsi dari pengalaman sendiri menjaga anak-anak dirumah disebabkan demam influenza.
Definisi wanita cantik masa kini hanya dua, kurus dan putih! Demi nak mencapai dua benda tu, mereka sanggup mengambil sesuatu yang tidak tahu kandungan dan keselamatannya terhadap diri dan berani menanggung risiko sendiri.
Misalnya seperti yang terjadi pada seorang wanita yang tular di laman sosial yang dikenali sebagai @ladyvin_official yang berkongsi kesan daripada ketaksubannya membuat ‘whitening drip’ untuk kelihatan lebih cerah.
Baginya, dia kesal kerana memilih jalan singkat untuk memutihkan kulitnya menggunakan produk pencerah kulit.
Semua ini bermula dari ajakan rakan untuk melakukan prosedur itu sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit kanser akibat daripada impak prosedur kecantikan yang dibuat.
Ditulis secara ringkas di ruangan komen, dia menasihati orang ramai supaya tidak melakukan whitening drip.
Jangan jap whitening drip ini nasihat ku buat kalian
Perkongsian yang dibuat ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada mana-mana pihak terutamanya golongan perempuan yang ingin terlihat putih dan cantik dengan jalan pintas.
Tambahnya, rambutnya gugur dengan teruk selepas 14 hari melakukan prosedur tersebut. Kini, dia terpaksa menjalani rawatan kemoterapi dan kehilangan semua rambutnya.
Malah, wanita tersebut juga enggan orang lain menerima nasib sama sepertinya dan menegaskan bahawa whitening drip ini sangat berbahaya untuk kesihatan.
Perkongsian tersebut meraih 2.9M tontonan dan di ruangan komen, rata-rata memberi semangat dan berterima kasih kerana berkongsi cerita ini. Malah, ada juga dikalangan orang ramai yang turut berkongsi kisah kesan akibat mengambil drip seperti yang dikongsikan.
Merokok sememangnya mendatangkan banyak keburukan kepada kesihatan seseorang. Namun, bukan mudah untuk berhenti merokok terutamanya bagi perokok tegar.
Oleh itu, sempena kedatangan bulan ramadan yang mulia ini, anda mungkin boleh berubah secara perlahan-lahan dan mengambil inisiatif di bulan yang mulia ini untuk berhenti merokok.
Macam mana anda boleh menahan diri di siang hari dari merokok, perlahan-lahan anda boleh belajar untuk meninggalkan tabiat buruk itu selama-lamanya.
Mari ikuti perkongsian Hello Doktor di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tips berhenti merokok semasa bulan puasa.
Ramadan adalah bulan yang penuh kemuliaan. Inilah ketika yang paling sesuai untuk anda memperbanyakkan ibadat dan amal jariah dalam usaha memburu ganjaran pahala.
Selain solat sunat dan sedekah, ada satu lagi perkara yang sepatutnya dilakukan di bulan mulia ini iaitu berhenti merokok. Ingin jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Tip berhenti merokok semasa Ramadan!
Tidak dinafikan, memang susah untuk berhenti dari tabiat buruk yang boleh menjejaskan kesihatan ini.
Bahkan semasa bulan puasa, ada individu yang akan merokok lebih banyak berbanding bulan biasa.
Manakan tidak, golongan perokok tegar kebiasaannya akan memanfaatkan waktu iftar dan sahur sebagai peluang untuk mereka melampiaskan nafsu dengan merokok secara bertalu-talu.
Lebih membimbangkan, golongan ini rela ketepikan makanan dan minuman lazat di atas meja makan terlebih dahulu semata-mata demi sebatang rokok.
Ini adalah satu kebiasaan yang perlu diperbetulkan.
Sila ikuti tip berhenti merokok semasa Ramadan yang kami sediakan ini:
1. Dimulakan dengan nawaitu
Sama seperti ibadat berpuasa, kita perlu memulakannya dengan niat pada malam hari.
Begitulah juga halnya jika kalian ingin berhenti dari tabiat buruk ini. Berniatlah setiap malam untuk keesokan harinya.
Ini adalah sangat penting untuk anda memperkuatkan mental dan fizikal agar lebih bermotivasi.
Tanamkan dalam hati bahawa anda bukan sahaja boleh menahan diri dari lapar dan dahaga malahan nafsu untuk merokok.
Tiba waktu iftar dan sahur pula, jangan terus pergi merokok. Sebaliknya, ingat kembali nawaitu anda pada malam hari itu!
2. Perlahan tapi konsisten
Ya, memang sukar untuk perokok tegar terus berhenti secara mengejut.
Jadi, jangan lakukannya secara drastik kerana ia boleh memberi kesan kepada tubuh badan anda akibat efek penarikan nikotin.
Jadi, sila lakukannya dengan perlahan tetapi konsisten. Sebagai contoh, anda mungkin boleh mengehadkan satu kotak rokok untuk satu minggu sahaja. Catukan mengikut hari dan cuba mendisiplinkan diri.
Jika berjaya, kurangkan lagi amaun tersebut mengikut peredaran masa. Mungkin satu kotak rokok untuk 2 minggu, 3 minggu atau sebulan? Mungkin disebabkan disiplin yang tinggi, anda dapat menyambut Syawal sebagai individu yang bebas dari rokok?
3. Elak dari perkara yang membuat anda ingin merokok
Ada beberapa perkara yang boleh jadi pemicu untuk keinginan merokok itu datang.
Antaranya adalah pengambilan air bergas, berkafein atau beralkohol. Maka berhentilah dari mengambilnya bersempena bulan mulia ini.
Dalam pada itu, cuba ambil snek yang lebih sihat seperti buah atau jus yang sudah tentu lebih sihat.
Gula-gula getah juga adalah alternatif terbaik untuk mengalihkan perhatian untuk merokok terutamanya selepas makan.
Jika ingin lebih tekad, anda mungkin boleh sorokkan rokok dan pemetik api dari jangkauan mata serta tangan anda? Cara ini semestinya akan membuat kalian teringat kembali nawaitu yang sudah dipasang sebelum ini.
4. Bertangguh dalam usaha berhenti merokok
Sesungguhnya bertangguh dari beribadat itu adalah sesuatu yang sangat tidak disukai dalam agama Islam.
Pun begitu, bertangguh dalam konteks menghentikan tabiat buruk adalah amat dialu-alukan. Jadi, cuba tanamkan dalam hati anda begini; setiap kali ingin merokok, tangguhkan ia selama 5 minit.
Jika berjaya, ulangilah ia beberapa kali sehinggalah keinginan anda itu hilang dengan sendirinya.
5 minit itu mungkin kelihatan seperti waktu yang singkat dan tidak bermakna, namun bayangkan jika ia didarab beberapa kali? Lama-kelamaan, usaha anda untuk berhenti dari tabiat buruk ini pasti berjaya!
5. Kekal aktif di bulan Ramadan
Siapa kata Ramadan adalah bulan untuk anda bermalas-malasan dan tidur sahaja sepanjang hari? Anda silap.
Kalian sebenarnya masih boleh kekal aktif di bulan puasa ini dengan pelbagai aktiviti fizikal.
Tiada siapa yang menghalang anda untuk berjoging, berbasikal atau berenang di bulan puasa ini. Dengan aktiviti sihat sebegini, anda sudah pasti dapat mengisi masa lapang pada waktu siang atau malam hari.
Lama-kelamaan, kehidupan sihat yang anda jalani ini akan buat anda sedar bahawa tabiat merokok itu adalah sia-sia dan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan anda.
Jadi, perbetulkanlah nawaitu anda untuk berhenti merokok mulai hari ini. Akhir kata, jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna!
Mengalami rasa sakit ketika period atau senggugut mungkin itu perkara biasa yang dilalui oleh ramai wanita pada setiap bulan.
Pun begitu, berbeza kisahnya yang dikongsikan oleh Nor Ashie ini. Kesakitan yang dirasakan setiap kali datang bulan itu difikirkan normal namun siapa sangka itu petanda awal adanya cyst. Kesakitannya berlarutan hingga tidak mampu untuk berjalan dan muntah-muntah.
Untuk mengetahui lanjut, ikuti perkongsian penuh daripadanya.
30/1/2019
Tarikh ni memang tak dapat aku lupa. Actually, start November, bila datang period, aku muntah-muntah, demam , pening dan nak jalan pun sakit. Ada jugak tanya-tanya kengkawan, normal ke jadi macam tu, all my friends said its normal, sebab hormon. Then okay la, just makan panadol sebab demam. I never take periodpain pills..
31/1/2019
Period.. benda yang sama jadi. Makin teruk. Muntah-muntah, demam, pening, badan menggeletar, even nak jalan pun tak boleh. Then, decide nak g klinik check. The doctor said, whether its appendix or cyst, (masatu terkejut berok jugak la).. doktor buat surat, refer hospital.
Okay, dah dekat hospital.. scan apa semua, memang sah ada cyst! Taktau nak rasa apa masatu. Doktor cakap “adik, adik ada cyst. Nama dia endomatrima( kissing ovaries) . Besar ni adik. Ada dua.. *9.7 darab 6.8 cm dengan 5 darab 5 cm* . Kena buat operation untuk buang ni ” .
Doktor cakap, aku punya cyst tu besar.. dah 3 tahun ada dalam perut. Doktor cakap, “kalau terpaksa, dan jika tiada pilihan, atau ada komplikasi, kami terpaksa buang rahim adik. Tapi kami cuba buat yang terbaik” … doakan semua dipermudahkan..
P/s : aku just nak pesan, siapa-siapa yang ada period pain yang terok tu, better p check.. jangan lengah-lengah, nanti menyesal tak sudah..
Thank you semua yang banyak membantu especially my beloved family.
Terkini apabila ditanya berkenaan tahap kesihatannya, ini jawabnya “Alhamdulillah, saya dah buat operation dah. Dan alhamdulillah juga, rahim saya dapat diselamatkan. Cuma doktor ada cakap ada kemungkinan untuk susah nak pregnant .
“Sekarang dalam proses recovery lagi. Memang kena jaga pemakanan. Makan makanan berkhasiat, sayur, buah(tiap-tiap hari kena ambil) . Fastfood semua saya stop sejak saya tau ada cyst.”
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.