Melihat posting puan Emi Erdayu Jasmi ini berkenaan salah satu ruang bilik yang dijadikan bilik pakaian di kediamannya memang mampu membuatkan ibu-ibu berasa cemburu dengan tahap kerajinannya. Maklumlah Puan Emi bukanlah suri rumah sepenuh masa, bahkan mempunyai 4 orang anak yang masih kecil namun mampu mengurus pakaian keluarganyanya begitu rapi dan tersusun kemas tanpa terjadinya lambakan dek kerana tidak dilipat.
Mengetahui lanjut bagaimana dia boleh lakukan itu semua, jom kita cungkil rahsia dan tip daripadanya.
Pengurusan baju sebenarnya saya lakukan secara berjadual. Setiap Rabu dan Jumaat adalah hari membasuh dan menjemur. Manakala pada hari Ahad memang saya khususkan untuk melipat dan menyusun baju dan juga major cleaning, lap habuk, vacuum dan mengemop lantai.
Ads
Setiap anak saya limitkan berapa saja tshirt, seluar dan pakaian tidur supaya tiada lambakan pakaian tak diuruskan dan tak digunakan. Bila anak ramai ni kalau kumpul lagi banyak, jadi setiap anak saya hadkan sehari 5 pasang lebih kurang sebab hantar taska dan pengasuh.
Jadi saya dan suami decide 2hari / 3hari sekali kena basuh. Manakala melipat menyusun dihujung minggu sambil terus iron baju kerja dan sekolah.
Ads
Saya mempunyai 4 orang anak yang masih kecil, iaitu dari usia 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 5 bulan. Sebab saya susun ikut susunan menegak memang takkan bersepah, selalu anak yang besar saya minta ambikan baju di bilik baju. anak anak kadang ada citarasa sendiri, ibu ambik tak kena… memilih..hehehe.. sudahnya saya minta ambil sendiri.. setakat ni memang dia tau ambik mana baju tshirt seluar atau baju tidor sebab dah ajar mana rak sendiri.
Tanaman kecil-kecilan kita di rumah seperti pokok cili, pokok daun kari, daun kunyit dan sebagainya selalu menjadi mangsa ulat. Habis tanam-tanaman jadi mangsa si ulat kecil ni.
Daun pokok kita yang segar bugar habis dibotakkan si ulat kecil ni. Geram juga melihatnya. Sebenarnya ada cara untuk hasilkan racun buatan sendiri bagi mengelakkan ulat-ulat ini dari terus berleluasa di pokok kesayangan kita. Bagaimana?
Jom ikut langkah yang dikongsikan oleh blog kasehku-hidupku.blogspot.my ini. Memang menjadi! Hasilkan semua ulat lari dan tak lagi mengganggu tanaman kita. Jom cuba.
Makcik ni ada la tanam pokok-pokok dalam pasu seperti pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan lain-lain. Tapi musuh utama dalam industri adalah ulat.
Bila melawat pokok je, daun-daun semua dah botak. Bawah pokok berterabur benda bulat-bulat macam biji sawi yang merupakan najis En Ulat. So bagi mengelak dari pencabulan ke atas pokok kesayanganku itu, bolehlah dibunuh dengan racun buatan sendiri.
Bahan-bahan:
Bawang Putih
Cili
Sabun Basuh Pinggan
Cara:
1. Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama-sama.
2. Tumbuk dengan kulit dan tangkai pun boleh. Sukatan pun ikut suka hati, sesedap rasa.
3. Dah lumat, masukkan dalam bekas.
4. Lepas tu, campurkan sedikit air. Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.
5. Tapis dan masukkan dalam bekas yang kita nak gunakan untuk spray.
6. Masukkan 1 sudu besar sabun basuh pinggan dan goncang.
Boleh la di spraykan ke pokok-pokok kita. Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan. Berkesan dan paling penting jimat!
Lebihan bahan tumbuk sambal belacan bolehlah dibancuh sedikit dengan sabun basuh pinggan kita. Dah jadi seperti petua yang diajarkan oleh saudari kita ni.
Paling penting sekali JIMAT! Jadi jom kita cuba.
Kita selalu mendengar ungkapan bahawa kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Begitulah yang telah dilakukan oleh seorang bapa ini , berusaha tanpa mengenal jemu untuk mencari penawar penyakit anaknya disebabkan masalah genetik yang jarang berlaku iaitu sindrom Menkes.
Pun begitu, penutupan sempadan antarabangsa menyebabkan usaha merawat penyakit anaknya yang tiada di China sukar dilakukan hingga akhirnya ayah ini memaksa dirinya memulakan penyelidikan dan belajar mengenai farmaseutikal.
Memetik kisah hebat seorang ayah ini di myMetro, difahamkan anaknya yang diberi nama Haoyang yang berusia dua tahun mungkin boleh hidup beberapa bulan lagi.
Bina Makmal Sendiri
Maka, Xu Wei – bapanya yang terdesak mahu melihat anaknya menjalani kehidupan lebih baik, membina makmal perubatan di kediaman mereka untuk menghasilkan penawar.
“Saya tiada masa berfikir sama ada cara ini berhasil atau tidak. Saya tahu ia perlu dibuat,” katanya.
Sindrom Menkes memberi kesan bagaimana kuprum yang juga bahagian penting otak dan perkembangan sistem saraf diproses dalam badan.
Penghidap sindrom ini biasa hidup tidak melebihi usia tiga tahun.
Namun, Xu yang hanya memiliki tahap pendidikan sehingga sekolah tinggi dan menjalankan perniagaan dalam talian tidak berputus asa demi anaknya.
“Walaupun dia tidak boleh bergerak atau bercakap, dia masih ada jiwa dan perasaan,” katanya sambil memangku Haoyang untuk memberikannya madu dicampur air.
Usaha Selagi Boleh
Selepas mengetahui ubat mengurangkan gejala dihadapi anaknya tiada di China, Xu memulakan penyelidikan dan mengajar diri sendiri mengenai farmaseutikal.
Kebanyakan dokumen dalam talian berkaitan sindrom berkenaan dalam bahasa Inggeris, namun Xu menggunakan perisian penterjemahan untuk memahami bahan bacaannya.
Apabila mendapati histadin kuprum boleh membantu, dia menyediakan peralatan dan menciptanya, mencampurkan kuprum klorida dihidrat dengan histidin, natrium hidroksida dan air.
Xu kini memberi Haoyang dos harian ubat buatan sendiri yang memberikan kanak-kanak itu sebahagian daripada kuprum yang hilang pada tubuhnya.
Ahli kimia amatur itu mendakwa, beberapa ujian darah kembali normal dua minggu selepas memulakan rawatan.
Kanak-kanak itu tidak boleh bercakap, tetapi dia tersenyum apabila bapanya mengusap kepala.
Tetapi enam minggu selepas membabitkan diri dalam projek itu, Xu menghasilkan botol histidin kuprum pertamanya.
Untuk mengujinya dia terlebih dahulu bereksperimen dengan arnab dan kemudian menyuntik ramuan itu ke dalam badannya.
“Arnab itu kelihatan baik, saya juga tiada masalah, maka saya cuba pada anak saya,” katanya.
Dia kemudian meningkatkan dos secara beransur-ansur. Tetapi ubat itu bukan penawar.
Profesor Annick Toutain, pakar penyakit jarang jumpa di Hospital Universiti Tours di Perancis berkata, rawatan itu hanya berkesan terhadap anomali genetik tertentu jika ia diberikan sejak awal, iaitu dalam tiga minggu pertama kehidupan.
Katanya, selepas itu rawatan hanya mengurangkan gejala, tanpa membawa kepada pemulihan.
Zaman canggih sekarang ni, macam-macam cara si scammer nak buat kerja jahat! Antaranya membuat transaksi bank secara sendiri.
Pernah bayang tak, anda tidak buat sebarang pembelian tetapi masuk notifikasi transaksi berjaya di telefon bimbit anda. Pelik kan? Cek baki di online banking, baki berkurangan. Haaaa sudah!
Sama seperti yang dilalui oleh seorang pengguna Facebook ini, Norizatul Radzi baru-baru ini. Nak tahu apa tindakan yang anda perlu buat jika berhadapan dengan situasi seperti ini? Jom ikuti kisahnya..
26/2/22 – Tiba-tiba masuk notification ada transaksi 4 kali dengan amount berlainan. Masa ni kat Sabah. So macam pelik jugak, try call bank tapi tak dapat. Masa ni tenang lagi. Kita try any solution untuk reach dengan pihak bank.
Bila jadi macam ni korang jangan panik, benda macam ni ada proses. Biar lambat janji dapat balik duit.
Langkah yang perlu dilakukan:
Langkah pertama yang korang kena buat adalah call bank untuk buat report “Fraud Transaction”.
Kedua, korang kena block kad bank tersebut dengan kadar segera.
Ketiga, transfer semua duit ke bank lain dulu kalau kad tak block (sis haritu 2 hari jugak nak dapat call bank) masa tu dah la kat Sabah. Tak tenang nak honeymoon. Kurang asam scammer ni.
Keempat, pergi ke bank untuk buat kad baru.
Langkah kelima, update dengan bank tentang kad baru tersebut dalam tempoh 14 ke 45 hari. Aku tiga kali update (sila pastikan customer service bagi nombor report untuk rujukan).
Keenam, korang tunggu sajalah sampai duit tu masuk balik ke akaun bank korang.
Akhir sekali, Alhamdulillah selepas satu bulan lebih aku berjaya dapat semula duit aku.
Pihak bank bagitahu nombor kad (depan kad ATM) dah terdedah dengan pihak scammer. Sebab tu dorang boleh tarik duit kita.
Masa ni depa curi kaw-kaw. Sampai tinggal RM4 jek nasib baik gaji tak masuk lagi. Kalau tak naya pak karim.
Pengajaran kat sini, kalau ada apa-apa urusan melibatkan online, sila gunakan iFPX sahaja. Jangan guna debit card.
Ni first time aku kena. Alhamdulillah pihak bank sangat-sangat membantu aku sepanjang proses refund ni berjalan.
Nota: Duit dapat atau tak tu belakang cerita, kalau dapat macam sis ni kira rezeki. Yang penting report. Jangan biarkan jek.. Seronok nanti scammer tu berjoli sakan. Kalau tak report pihak bank pun tak boleh nak buat apa-apa.