Melihat posting puan Emi Erdayu Jasmi ini berkenaan salah satu ruang bilik yang dijadikan bilik pakaian di kediamannya memang mampu membuatkan ibu-ibu berasa cemburu dengan tahap kerajinannya. Maklumlah Puan Emi bukanlah suri rumah sepenuh masa, bahkan mempunyai 4 orang anak yang masih kecil namun mampu mengurus pakaian keluarganyanya begitu rapi dan tersusun kemas tanpa terjadinya lambakan dek kerana tidak dilipat.
Mengetahui lanjut bagaimana dia boleh lakukan itu semua, jom kita cungkil rahsia dan tip daripadanya.
Pengurusan baju sebenarnya saya lakukan secara berjadual. Setiap Rabu dan Jumaat adalah hari membasuh dan menjemur. Manakala pada hari Ahad memang saya khususkan untuk melipat dan menyusun baju dan juga major cleaning, lap habuk, vacuum dan mengemop lantai.
Ads
Setiap anak saya limitkan berapa saja tshirt, seluar dan pakaian tidur supaya tiada lambakan pakaian tak diuruskan dan tak digunakan. Bila anak ramai ni kalau kumpul lagi banyak, jadi setiap anak saya hadkan sehari 5 pasang lebih kurang sebab hantar taska dan pengasuh.
Jadi saya dan suami decide 2hari / 3hari sekali kena basuh. Manakala melipat menyusun dihujung minggu sambil terus iron baju kerja dan sekolah.
Ads
Saya mempunyai 4 orang anak yang masih kecil, iaitu dari usia 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 5 bulan. Sebab saya susun ikut susunan menegak memang takkan bersepah, selalu anak yang besar saya minta ambikan baju di bilik baju. anak anak kadang ada citarasa sendiri, ibu ambik tak kena… memilih..hehehe.. sudahnya saya minta ambil sendiri.. setakat ni memang dia tau ambik mana baju tshirt seluar atau baju tidor sebab dah ajar mana rak sendiri.
Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang abang polis sedang menasihati dua kanak-kanak supaya pulang ke rumah.
Anggota polis terbabit dikatakan terserempak dengan kanak-kanak tersebut di di tepi sungai. Walaupun begitu, mereka tidak dibawa ke balai polis sebaliknya hanya diberi nasihat.
Ramai yang memuji tindakan anggota polis tersebut yang tidak mendenda sebaliknya menasihati seperti seorang ayah.
Terbaik abang polis ni bagi nasihat dekat adik-adik ni, tapi adik sorang siap bagi tau member lari pergi nyorok dekat mana 🤣 pic.twitter.com/getvq4pY1j
Namun apa yang melucukan ramai adalah gelagat kanak-kanak terbabit ketika dinasihati. Kanak-kanak tersebut siap petik nama rakan lain demi menyelamatkan diri daripada ditangkap membuatkan ramai yang terhibur.
Dalam pada itu, perbualan mereka yang kedengaran seperti menggunakan loghat utara, tapi ada beberapa perkataan seperti loghat Terengganu atau pantai timur.
Memang menarik bila dengar perbualan mereka dalam loghat tersebut, tak kurang ada yang terhibur.
Loqat tok laguni laa jenuh nak paham. Hahaha orang Baling/Sik sembang bunyik gunih, kami orang kedah sungai petani pon kadang tak paham. Ni geng² kalau sebut air bukan ayaq tapi A 🤣
Oh. Patut la I confuse jap td. Loghat mcm loghat kedah tp dia pakai “nnt kelik rumoh” kelik tu loghat Kelantan pulak. Hahaha. Ok tak pernah dgr lagi org ckp mcm ni. Good to know. 😂
Tindakan abang polis tersebut yang menasihati kanak-kanak itu dengan cara baik patut dipuji. Apa-apa pun, kita pun patut ikut nasihat abang polis tersebut untuk duduk di rumah kalau tiada urusan penting di luar.
Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah jika ingin digambarkan berkenaan kisah seorang bekas cef daripada hotel 5 bintang ini yang kini berniaga di tepi jalan dengan menjual nasi dagang ikan aya atau ikan tongkol.
Perniagaannya tiba-tiba viral melalui paparan satu dokumentari berdurasi 10 minit di facebook dan sekali gus memberi rezeki berlipat ganda untuk keluarganya dalam sekelip mata.
Muhammad Khairul Nizam Mamat, 43, berkata hal itu disedarinya sejak Jumaat lalu apabila melihat orang ramai beratur panjang kira-kira 100 meter seawal 6 pagi di kawasan Persiaran Alam Perdana, Bandar Puncak Alam untuk mendapatkan juadah berkenaan walaupun perniagaannya mula beroperasi sekitar 7 pagi.
Memetik perkongsian lanjut bersama Bernama, difahamkan nasi dagang yang dijual menggunakan motosikal roda tiga ‘diserbu’ peminat juadah tradisional negeri Terengganu itu.
“Saya terkejut pada pagi itu (Jumaat), tiba-tiba orang ramai datang dan siap beratur tunggu saya yang baru nak pasang payung dan sebagainya. Masuk 7.30 pagi ke atas, orang semakin ramai beratur. Saya memang cemas sebab risau makanan tidak cukup memandangkan orang beratur panjang dan lama untuk dapatkan makanan.
“Bila semak balik, rupanya video dokumentari sebuah produksi yang saya jalani penggambaran sebelum ini tular. Saya terkejut sebab video tersebut asalnya bukan untuk mempromosikan perniagaan saya sebaliknya untuk memaparkan macam mana seseorang yang ‘jatuh’ ketika COVID-19 melanda negara, bangun kembali mulakan kehidupan,” katanya yang ditemui Bernama di sini hari ini.
Tambah Sukatan Beras 10 Kali Ganda
Muhammad Khairul Nizam yang merupakan anak jati Kampung Tengkawang, Kuala Berang berkata susulan tular, beliau kini perlu menambah sukatan beras basmati untuk menghasilkan nasi dagang hingga 10 kali ganda sehari berbanding kira-kira lima hingga lapan kilogram sehari ketika mula menceburi perniagaan itu pada November lalu.
“Sekarang kami masak nasi dagang hingga 50 kilogram beras sehari untuk memenuhi permintaan yang tiba-tiba mendadak ini. Disebabkan itu, empat adik lelaki yang menetap di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang serta ibu saya dari kampung datang membantu untuk menghasilkan nasi yang agak banyak sebab saya hanya berniaga seorang diri,” katanya.
Dibantu Adik Beradik
Bapa kepada tiga anak itu berkata dalam masa terdekat ini beliau belum menggajikan pekerja kerana masih dibantu adik ketiga, Muhammad Firdaus Mamat, 38, yang turut berniaga nasi dagang di kawasan Seri Kembangan dan adik bongsunya, Muhammad Khairul Aiman, 20.
Menurut Muhammad Khairul Nizam, beliau akan memohon lesen penjaja tepi jalan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam masa terdekat dan jika nasi dagangnya terus mendapat sambutan menggalakkan, beliau bercadang membuka dua lagi gerai di Selangor dengan satu daripadanya di Puchong yang akan diusahakan seorang adiknya.
Ditanya mengapa jualan nasi dagang menjadi pilihannya, Muhammad Khairul Nizam berkata kesukaran untuk mendapatkan juadah yang asli seperti didapati di kampung halamannya antara sebab beliau berniaga selain turut menjual nasi lemak ikan tongkol.
Katanya proses penyediaan dan memasak nasi yang agak kompleks antara sebab nasi dagang Terengganu sukar didapati malah bahan untuk menghasilkan kari ikan tongkol juga kebanyakannya terdapat di negeri itu.
“Itu antara sebab saya pilih juadah ini (nasi dagang) untuk dijual di sini. Memang majoriti pembeli juga dari pantai timur Semenanjung khususnya Terengganu. Ramai yang kata (respons) bila makan teringat pada kampung. Alhamdulillah orang suka.
“Tidak kurang juga kecaman sebab apabila tular, orang meletakkan harapan yang tinggi pada masakan kita tetapi kita boleh belajar daripada teguran dan cuba baiki mana yang kurang,” katanya yang pernah bekerja sebagai cef di sebuah hotel lima bintang di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Adik Sebagai Idola
Muhammad Khairul Nizam berkata hanya ‘bermodalkan’ masakan juadah tradisional kampung halamannya dan sebuah motosikal roda tiga bukan penghalang untuk beliau berniaga.
Jelasnya ia dibuktikan oleh Muhammad Firdaus yang terlebih dahulu menggunakan resipi nasi dagang ibunya untuk berniaga di sekitar Seri Kembangan sejak enam tahun lepas dan sehingga kini masih mendapat permintaan pelanggan.
“Adik saya adalah idola dan menguatkan semangat saya untuk berniaga bermula dari bawah. Memang ada yang memperlekeh bila saya putuskan untuk berhenti kerja dan menjual nasi dagang. Alhamdulillah, yang penting keluarga terutama adik-adik sokong apa yang saya buat walaupun kami jauh dari kampung halaman,” katanya yang merupakan anak sulung daripada sembilan beradik.
Sumber : BERNAMA
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pastinya anak-anak yang paling suka kan. Tak perlu ke sekolah dan menghabiskan masa di rumah sahaja.
Tetapi jangan seronok dulu, ada pelbagai kerja rumah yang diberikan oleh guru melalui pembelajaran online dengan pemantauan oleh ibu bapa.
Bagi ibu bernama Ashikin Majid ini, dia menggunakan kaedah jadual harian kuarantin kepada anak-anaknya.
Jika ibu-ibu nak cuba praktikkan bolehlah lihat di sini, moga bermanfaat.
Dah dua minggu kuarantin…Kak Kin biakan je anak2 main..seronok dieorg…gado, saling menyayangi, caring… wah indah.. . start semalam Kak Kin sediakan jadual kuarantin…Bila ibu bertukar jadi guru…memang singa jela.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.