Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang murid lelaki tahun lima yang mengalami kecederaan akibat dipukul guru lelaki dalam satu kejadian di sebuah sekolah rendah di sini, bulan lalu.
Ia susulan seorang ibu yang tampil mendakwa anak lelakinya yang berusia 11 tahun cedera akibat ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru lelaki sehingga mengalami gegaran koklea.
Syahmina Mohd Azim menyatakan, tindakan seorang cikgu memukul Amirul Akil sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman telinga, telah memadamkan harapan anaknya untuk terpilih menjadi wakil ke SUKMA dan Sukan SEA dalam acara akuatik renang.
Kekecewaan itu turut dirasai jurulatih renang yang meletakkan harapan tinggi pada Amirul Akil untuk mengharumkan nama Malaysia.
Ads
Berdasarkan laporan polis yang dibuat ibu tersebut, anaknya yang hampir terjatuh tidak sengaja tersentuh belakang badan cikgu berkenaan yang sedang mengambil barang.
Akibat salah faham, Amirul Akil telah ditampar sebanyak dua kali sehingga mengalami kesakitan dan lebam di bahagian telinga, selain ditumbuk di bahagian belakang kepala.
Ads
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, laporan kejadian itu telah diterima daripada seorang ibu mangsa yang berusia 40 tahun pada 10 Disember 2024.
“Pengadu mendakwa anaknya telah mendapat kecederaan akibat dipukul oleh guru lelaki berusia 30 tahun namun dia menarik semula laporan pada 11 Disember 2024 kerana enggan memanjangkan kes tersebut.
Ads
“Baru-baru ini pengadu sekali tampil membuat satu laporan memohon polis meneruskan siasatan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru tersebut,” katanya.
Menurut beliau, siasat telah dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya.
Bagi yang mengikuti pelakon dan penerbit terkenal, Shiela Rusly di laman sosial mesti pernah lihat menantu sulungnya, Elisya Sandha datang ke rumah menuntut ilmu memasak sejak dari sebelum kahwin hingga kini. Malah, Elisya juga pernah memasak untuk keluarga ketika duduk sebumbung dengan ibu mentuanya sebelum pindah ke rumah sendiri bersama suami dan anaknya.
‘Skill’ memasak Elisya tidak kurang hebatnya apabila sering memuat naik video masakannya di sosial media sehingga menarik perhatian pengikutnya untuk tiru resepi yang dikongsinya.
Namun, dalam perkongsiannya itu, ada beberapa momen kesalahan yang dibuat menjadi perhatian dan teguran orang ramai iaitu kalau sebelum ini, dia ditegur dek kerana cara memotong limau nipis yang salah, dan kali ini serai tidak tidak diketuk dan dibuang kulit luar dengan sempurna ketika menyediakan juadah berbuka untuk suaminya, Uzair Haqimy.
Meninjau di ruangan komen, ada dalam kalangan mengikutnya menegur tentang potongan serai tersebut diikuti dengan tip untuk merasa masakan ketika bulan puasa seperti yang diajukan oleh Elisya di ruangan kapsyen.
Malah, lebih menarik perhatian adalah komen ibu mentuanya yang memuji anak menantunya itu dalam menyediakan juadah berbuka, namun turut menegur Elisya agar serai yang digunakan perlu diketuk terlebih dahulu dan dibuang kulit luar sebelum memasak.
Sumber : Instagram Elisyasandhaofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keseronokan bergelar ibu semakin bertambah setiap hari apabila dapat melihat perkembangan yang ditunjukkan oleh anak.
Sama seperti ibu-ibu lain, penyanyi popular Ernie Zakri tidak terkecuali sedang melalui fasa bahagia tersebut.
Isteri kepada penyanyi Syamel ini bersyukur kerana puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha yang sudah masuk usia tiga bulan semakin banyak menunjukkan perkembangan selari dengan usianya.
“Genap tiga bulan usia Khawla dan banyak perubahan yang kami nampak, lebih-lebih lagi dia sudah mula berinteraksi. Kadang sekecil-kecil tindak balas yang dilakukan pun sudah buat kami gembira.
“Selain aktif dengan kerjaya seni, saya juga sibuk menguruskan anak. Semuanya masih baru dan banyak perkara yang saya masih ‘blur’.
Selain melalui fasa bahagia dengan kehadiran anak, adakalanya ibu baharu juga perlu melalui fasa risau dan ‘blur’. Dengan kata lain seorang ibu itu perlu belajar setiap hari untuk memahami tingkah laku bayinya.
Berkongsi maklumat dengan ibu yang sudah berpengalaman selain melaluinya sendiri menjadi salah satu cara seorang ibu belajar memahami bayinya.
Adakalanya tidak dinafikan apabila semua keperluan bayi sudah dipenuhi tetapi dia masih menangis, ibu akan menjadi buntu dan bimbang memikirkan keselamatan bayinya.
“Pernah sekali bila anak menangis saya terdiam sebab tak tahu nak buat apa walhal sudah memberikan dia susu dan menukar lampinnya. Jadi banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menjadi ibu,” katanya.
Menurut Ernie, dia kini perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga memandangkan dia dan Syamel bekerja dalam bidang yang sama.
“Tidak dinafikan saya dan Syamel kerap dapat tawaran persembahan bersama. Namun Alhamdulillah ada seseorang yang menjaga Khawla di rumah kalau kami keluar bekerja.
“Saya mengupah penjaga yang dikhaskan untuk jaga Khawla saja. Jadi sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerisauan saya apabila keluar bekerja,” katanya.
Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 22 Februari lalu.
Semalam seorang jururawat dan pemandu Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) maut manakala seorang doktor cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah lori tangki.
Kejadian jam 10 pagi semalam itu menyebabkan Mohd Zuhairi Abdullah, 35, yang memandu kenderaan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Julayha Kudus, 39, jururawat di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, yang duduk di bahagian penumpang belakang, maut di lokasi kejadian.
Manakala Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29, cedera di kepala namun difahamkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Mereka yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, dilaporkan dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli Api Larat di Nenasi, Pekan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di sana.
Menurut Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof , kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki yang dipandu lelaki berusia 34 tahun terbabas dan masuk ke laluan bertentangan, lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mangsa dari arah Pekan menghala ke Rompin.
“Lori tangki itu juga dipercayai turut melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang suri rumah bersama dua anaknya, menyebabkan Myvi itu terbabas ke bahu jalan.
Mohd Razli berkata pemandu Myvi yang berusia 41 tahun dan anak perempuan berusia lima tahun bagaimanapun hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nenasi, Pekan manakala seorang lagi anaknya yang berusia 12 tahun tidak cedera.
Pemandu lori tangki yang berasal dari Mersing, Johor juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, suami Julayha, Asmawi Yusoff, 45, berkata, dia sempat melihat jenazah isterinya terbaring di bahu jalan, selepas dihantar rakannya ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh suami kepada rakan isterinya itu.
Dia yang merupakan tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, turut mengikut kenderaan yang membawa jenazah ke Hospital Pekan sebelum pulang ke rumah, untuk memberitahu berita sedih itu kepada empat anak mereka yang berusia antara lima hingga 14 tahun.
“Saya mengambil masa agak lama di rumah untuk menenangkan anak-anak, sebelum kembali ke hospital bagi menguruskan jenazah. Saya tidak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir isteri bersalam dan mencium tangan saya, yang menjadi rutin arwah sebelum keluar bekerja, katanya.
Sementara itu, isteri Mohd Zuhairi Abdullah memberitahu, pesanan WhatsApp dihantar tidak berbalas terungkai selepas menerima panggilan telefon memaklumkan suaminya maut.
Nor Hayati, 35, yang merupakan suri rumah berkata, dia menghantar pesanan itu pada 10 pagi bagi memaklumkan perihal anak-anak yang menjadi rutin harian mereka berdua ketika suaminya keluar bekerja.
“Saya menganggap suami tidak membalas kerana sedang memandu, memandangkan dia beritahu akan ke Tanjung Batu ketika keluar rumah pada 7 pagi. Sekitar 11 pagi, adik ipar telefon memberitahu suami meninggal kemalangan.
“Saya tidak percaya dan cuba menghubungi telefonnya namun langsung tidak berdering. Tak lama kemudian, seorang lagi kawan suami menyampaikan berita sedih itu, untuk kali kedua,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan di sini.
Nor Hayati berkata, suaminya sudah 10 tahun bertugas di Pekan selepas berpindah dari Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands pada 2010 dan mereka mempunyai empat orang anak berusia antara dua hingga sembilan tahun.
Mohd Zuhairi juga menurut Nor Hayati, ada menyuarakan hasrat untuk pulang ke kampung sebelah isterinya itu di Terengganu, kerana sudah lama mereka tidak berjumpa dengan ahli keluarganya sejak negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 November lalu.
Credit photo : Mohd Faizol Abdul Aziz | Bernama & Ebit Lew Supporters
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.