Momen yang cukup menyentuh hati si ayah saat melihat anaknya, Maryam kelihatan teruja lalu mencium perut ibunya Fazeera yang kini sedang hamil.
Itulah perasaan yang dirasai pelakon, Fizo Omar menerusi satu video yang dimuatnaik di tiktoknya yang menunjukkan kemesraan di antara isteri serta dan anaknya, Wan Maryam.
“The most excited sister!,” tulis Fizo ringkas pada ruangan kapsyen lalu dihujani dengan pelbagai ucapan daripada peminat.
Sebelum ini, Fazeera membuat pengumuman mengenai kehamilan selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga. Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 21 Oktober, tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Ads
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada 2013, namun, bercerai pada Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, merekadikurniakan anak perempuan, Wan Maryam Wan Hafizol yang kini mencecah usia lima tahun.
Menjengah ke ruangan komen ramai yang mendoakan ibu dan anak yang bakal lahir selain tumpang gembira melihat kebahagian mereka seisi keluarga.
Ads
serinaredzuawan Aooo..loo..sweetnya Mariam..kakak yg baik..tak sabar dia jd big sister..😍 congrats bro @fizoomar and wife yg cantik! Moga kali ni dpt baby lelaki pulak Aminn..
azian_naizashop Semoga jadi kakak yang paling menyayangi adik nanti ye kakak😍
yunaaaaa786_ Maryam excited nak dpt adik, sygnya kat baby dlm perut mama. Jaga adik baik2 ye syg. ❤️
yatishadan Inshaaallah..mariam jadi kakak yg penyayang.
annifauzie Alhamdulillah…Tak lama lagi Maryam nak jadi kakak🥰
rosmamira_dz suka la tgk wife fizo…nmpk mcm seorg yg ikhlas dgn semua org
irahfauziah Inshaaallah..mariam jadi kakak yg penyayang.
Semasa kita kecil, mak ayahlah yang menjaga kita. Mandi, makan minum dan segalanya diuruskan oleh mereka. Setelah kita makin dewasa, masing-masing mempunyai haluan hidup. Mak ayah pula usia semakin meningkat. Malah ada yang mempunyai penyakit sehingga tidak dapat menguruskan diri sendiri disebabkan waktu usia.
Ketika ini, anak-anaklah yang menjadi kekuatan kepadanya untuk membantu. Bukan sahaja wang ringgit tetapi hal menjaga pengurusan dirinya.
Sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Muhammad Hassan, kisah adik beradik yang mempunyai ayah yang sudah berusia dan mula lupa banyak perkara dan mula menjadi kanak-kanak. Mujur anak-anak pandai santuni ayahnya. Ada yang menghulurkan duit dan ada yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ayah dikampung.
Anak pakcik tu dulu kerja kilang di muar. Berhenti kerja sebab nak jaga ayahnya. Mak dah meninggal. Adik beradik 5 orang 4 perempuan dah bekerluaga dan kerja di kota.
Faham kan bila dah jadi isteri orang. Tapi adik beradik walaupun tak mampu jaga ayah,setiap bulan masukkan duit kepada adik lelaki untuk uruskan ayah fi kampung.
Abang ini cerita abang ipar semua baik baik selalu tanya khabar ayah mentua. Selalu balik kampung bila cuti,semua faham masalah kesihatan ayah.
Jenis orang tua. taknak tinggal kampung halaman walaupun anak anak ajak tinggal bersama.
abang ini jenis anak soleh. Ayah pula banyak penyakit. kadang kadang tu tak sempat berhenti dan terkencing dalam kereta. Doktor sahkan dementia. Dementia ni banyak benda dia tak boleh uruskan dengan sendiri.
Pernah sesat dalam pasar raya giant. 1 jam juga mencari. Bila jumpa tu punyalah happy terus peluk ayah dah macam lama tak jumpa. Ayah pula time sesat tu dia pergi lepak tengok TV dalam giant . Ya Tuhan.. Saya dengar cerita abang ini pun nak menangis.
Tabahnya dia melayan Ayahnya yang dah mula jadi kanak kanak. Yang dah lupa banyak perkara. Kadang-kadang makan pun bersepah.
Cuma ayah ini faham keadaan dia. Selalu menangis minta maaf kat anak sebab susahkan anak.
Anak soleh dia tak kisah. Basuh berak ayah pun dia sanggup.
Hargailah ayah kita. Jika ada lagi peluklah dia,ciumlah tangan dia,tataplah lama lama wajah dia. Tak lama lagi dia akan pergi.
Sering kali gula menjadi satu-satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan adik aktif dan sukar dikawal. Namun tahukah anda, makanan lain juga memberikan impak kepada kelakuan anak. Antaranya ialah:
1. Produk tenusu
Minum susu memberikan khasiat yang berguna kepada si manja untuk Namun bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka kana menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
2. Gula
Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.
3. Pewarna tiruan
Tidak ramai yang tahu perwarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactivity dan perubahan tabiat. Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Hati-hati akan kehadiran pewarna tiruan ini selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti atau tairu.
4. Bahan perasa
Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactivity kepada kanak-kanak.
5. Bahan pengawet
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedar atau tidak, sudah menjadi kebiasaan pada masa kini, pasangan suami isteri terpaksa tidur berasingan disebabkan anak-anak. Selain mengutamakan anak ditambah pula menjaga keselamatan anak, mak ayah terpaksa beralah demi anak.
Disebabkan itu, ramai pasangan mengambil keputusan untuk tidur berasingan. Ada juga sesetengahnya dek kerana anak yang sudah besar tetapi masih tidak mahu tidur sendiri. Semua ini menjadi penyebab. Namun anak bukanlah alasan.
Melalui perkongsian Encik Akhtar Syamir, situasi yang berlaku ini antara alasan yang selalu suami isteri berikan selepas mempunyai anak. Jika tak diatasi awal, risau ia menyebabkan hubungan kasih sayang semakin pudar.
Untuk menyelesaikan masalah ini, saya cadangkan ibu bapa sediakan tempat tidur yang selesa dan menarik buat anak. Janganlah ala kadar sahaja. Bagi mereka rasa yang itu adalah khas untuk mereka. Bagi mereka rasa yang itu zon selesa buat mereka. Jika anak perempuan, hiaslah dengan cantik. Jika anak lelaki, mungkin adanya mainan boleh membantu.
Selepas itu, boleh juga amalkan menemani mereka beberapa ketika sebelum mereka tidur. Sambil lampu tertutup, usap mereka, bercakap dengan mereka dan biarkan mereka tenang dan rasa selamat. Cara ini sangat membantu.
Ketegasan juga memainkan peranan penting. Sampai bila kita perlu dikawal oleh anak? Tidur berasingan ini mendatangkan kesan dan masalah yang lebih mendalam.
Masalah ini tidak kami jangkakan sebenarnya. Setelah mempunyai 3 orang anak barulah kami sedar. Ada kemungkinan, isteri saya telah merasakannya dahulu tetapi tidak sampai ke tahap ini. Tetapi, ia mungkin juga akan terjadi kepada anda seawal anak pertama lagi.
Dari pengalaman kami sendiri buat masa ini, ada beberapa kesan yang tidak baik akibat dari tidur berasingan ini.
1. Isteri bertambah stres.
Untuk makluman, seorang wanita bergelar isteri dan mempunyai anak, hampir pasti akan mengalami stres di rumah. Tidak kira bekerja atau suri rumah sepenuh masa, mereka akan stres dengan kerja-kerja di rumah, dengan anak, dengan suami dan lain-lain.
Secara semulajadinya, tidur bersama suami akan mengurangkan stres dengan amat berkesan. Sentuhan dan pelukan suami sangat membantu menenangkan jiwa, menjadikannya selesa, melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan yang ada.
Apabila tidur berasingan, stres yang terkumpul dari pagi lagi itu tidak dapat dikurangkan dengan berkesan. Akhirnya ia akan sentiasa bertambah dan bertambah dan mengakibatkan masalah lain seperti kemurungan.
2. Aktiviti “Pillow Talk” tidak dapat dilakukan.
Seperti dalam penulisan saya sebelum ini berkenaan kebaikan Pillow Talk, pasangan akan dapat memperbaiki komunikasi, menambah kepercayaan, mendalami hati pasangan dan lain-lain lagi.
3. Naluri isteri itu sendiri ingin dimanja.
Apabila pasangan tidak tidur sekali, perasan dimanja itu hilang. Dari sinilah bakal mendetikkan perasaan tidak disayangi, dicampur dengan pemikiran lain seperti suami telah berubah hati dan lain-lain lagi.
Sangatlah tidak baik kerana apabila adanya tanggapan negatif seperti ini yang sentiasa bermain di fikiran isteri, bakal menyebabkan pergaduhan yang suami sendiri tidak tahu puncanya. Inilah sebabnya suami perlu faham perkara yang nampak ringan sebegini kerana bagi isteri, perkara ini adalah serius.
4. Antara salah satu makna perkahwinan adalah hidup berpasangan, berdua dan saling lengkap-melengkapi.
Jika tidur berasingan ini diamalkan, akan ada rasa kekurangan dalam hidup. Kenikmatan alam perkahwinan dirasakan tidak sempurna dan tidak lengkap.
Isteri bakal bertanya pada diri sendiri, kenapa begini? Kenapa ada yang tidak kena? Dia kan suami aku? Aku kan isteri dia? Kenapa tak tidur bersama? Kenapa rasa macam sunyi ni? Walaupun suami melayan isterinya dengan baik. Itulah kesan yang semakin lama semakin memakan diri. Akhirnya si isteri akan rasa tidak bahagia dan suami akan terpinga-pinga mencari di mana silapnya.
5. Dekat tapi jauh.
Betul, hari-hari jumpa. Betul, masa untuk bersama itu sentiasa ada. Tapi saat dan ketika waktu sebelum tidur dan perasaan adanya insan yang paling disayangi di sebelah itu hilang apabila tidur berasingan.
Pernah tak terjaga di malam hari dan merasakan kehangatan pasangan anda di sebelah? Kemudian, dengan perlahan-lahan anda pun memeluk erat tangannya, merapatkan diri dengan badannya dan bersama di dalam selimut yang sama? Saya jamin, anda rasa sangat bahagia walapun orang di sebelah tak sedar langsung, siap boleh berdengkur lagi. Bayangkan kenikmatan ini ditarik dengan situasi tidur berasingan ini? Sangat mengecewakan.
Tidak dinafikan juga, hubungan bersama akan menjadi kurang. Jika seorang di dalam bilik dan seorang lagi di luar, memang kebarangkalian itu sangat tipis. Hubungan spontan yang sangat memberi kesan baik kepada suami dan isteri juga tidak terjadi.
Itulah serba sedikit kesan buruk apabila suami dan isteri tidur berasingan. Memang kadang-kalanya suami dan isteri terpaksa tidur berasingan kerana situasi anak kecil itu.
Tetapi, percayalah, jika diusahakan, pasti boleh. Kita tak usahakan kerana kita tak tahu kesan buruk situasi tu. Sekarang kita dah sedia maklum. Jadi, saya sarankan anda semua mengambil berat masalah ini dah cuba usahakan sebaik mungkin.
Tak sangka nak tidur sekali pun susah walaupun sudah berkahwin. Itulah dia antara cabaran alam perkahwinan. Banyakkan membaca supaya kita menjadi pasangan yang berilmu dan tahu bagaimana mengatasi masalah apabila ia timbul.
Adakah anda sedang tidur berasingan? Rasa tak stres tu?
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.