Di saat rakan sebayanya bebas berlari dan bermain ke sana ke mari, dia pula sibuk menggalas tugas seperti seorang suri rumah. Usianya yang baru menjangkan 9 tahun, namun dia sudah matang dan tahu akan tanggung jawab yang perlu dilaksanakannya.Menurut
Anak sulung kepada pasangan Mohd Ridzuan Che Mat, 32, dan Siti Khodijah Shaari, 30, ini sedikitpun tidak kekok melakukan kerja rumah, seperti memasak dan menjaga adiknya.
Tambahan pula, Nur Syasya Balqis yang menetap bersama keluarga di Kampung Panjang, Bukit Jenun, Pendang perlu melakukan semua itu bagi membantu ibunya yang sakit.
Alami tumpah darah
Menurut Siti Khodijah, anak perempuannya itu sudah belajar memasak sejak tahun lalu berikutan keadaan dirinya yang lemah akibat tekanan darah rendah.
“Saya mengalami tumpah darah tiga tahun lalu, namun akibat kesempitan hidup saya tidak mendapatkan rawatan di hospital, selain itu saya juga bimbang untuk meninggalkan anak di rumah jika saya dimasukkan ke wad.
“Suami saya hanya mengambil upah membaiki motosikal, kadangkala ada yang bawa motosikal mereka ke rumah tapi selalunya suami akan keluar baiki motosikal di rumah pemiliknya,” kata ibu kepada tiga orang anak ini.
Ads
Sering ponteng sekolah
Bercerita lanjut, Siti Khodijah berkata, dia hanya mampu berdiri dan duduk sekejap sahaja, manakala selebihnya dia akan baring.
Disebabkan itu, katanya, dia perlu mengajar Nur Syasya Balqis atau lebih mesra dipanggil kakak untuk memasak dan menguruskan rumah serta adiknya Nur Syamimi Amani, 5, dan Nuraisha Raina, 3.
“Anak saya sering ponteng sekolah untuk menjaga saya dan adiknya, walaupun dia sangat minat belajar tapi keadaan tidak mengizinkan.
Ads
“Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pun dia ponteng, tambahan pula suami saya tak mampu nak bayar yuran berikutan pendapatannya hanya kira-kira RM400 sebulan.
“Pendapatan itu sekadar cukup untuk membeli barang keperluan, selalu apabila berbuka kami hanya makan nasi dengan ikan haruan yang dipancing suami pada sebelah petang, jika dapat makan sardin ia sudah dikira makanan mewah kami hari itu,” katanya.
Tidak buat persiapan raya
Ditanya mengenai persiapan menyambut hari raya, Siti Khodijah berkata, mereka sekeluarga tidak membuat sebarang persiapan mahupun membeli baju raya.
Katanya, dia kini lebih memerlukan bantuan untuk membaik pulih rumah mereka yang sangat daif berikutan sudah reput dimakan anai-anai serta bocor.
Ads
Rumah pusaka itu juga tidak mempunyai sebarang perabot dan bilik untuk mereka tidur.
Teringin makan ayam goreng
Sementara itu, Nur Syasya Balqis berkata, dia sangat teringin makan ayam goreng sebagai juadah berbuka puasa.
Malah, katanya, dia juga teringin menonton televisyen seperti kanak-kanak lain, terutama kartun Upin Ipin.
“Setiap hari saya akanc,” katanya.
Bagi orang ramai yang ingin membantu keluarga ini, mereka boleh menghubungi Siti Khodijah melalui nombor 017-5042889 atau nombor akaun Bank Rakyat atas nama Mohd Ridzuan (221331081641).
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kelas pendidikan khas, bangga pencapaian anak, bapa tak pernah rasa malu. Seorang bapa membuktikan kasih sayang sejati tidak mengenal batasan apabila beliau tidak pernah merasa rendah diri memiliki anak istimewa yang mengikuti kelas Pendidikan Khas.
Anak Kelas Pendidikan Khas, Bangga Pencapaian Anak, Bapa Tak Pernah Rasa Malu
Sanusi Ali, seorang penasihat jualan kenderaan, meluahkan rasa bangga terhadap anak keduanya daripada empat beradik, Muhammad Hazem Sanusi yang kini berusia 13 tahun. Muhammad Hazem didiagnos dengan Disleksia ketika berusia 10 tahun oleh pakar perubatan.
Sanusi, 52, yang membesarkan anak-anaknya sebagai bapa tunggal setelah kehilangan isteri beberapa tahun lalu, berkongsi perjalanan anaknya yang istimewa itu.
“Hazem mula disahkan menghidap Disleksia ketika dia berumur 10 tahun. Saya segera mendaftarkannya di sekolah yang menyediakan kelas Pendidikan Khas bagi membantunya,” katanya.
MUHAMMAD HAZEM TELAH MERAIH ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SESI AKADEMIK 2024/2025. BELIAU MEMENANGI PINGAT EMAS DALAM ACARA 100 METER LELAKI BAWAH 12 TAHUN DENGAN CATATAN MASA 14.87 SAAT.
Selain itu, Hazem turut menyertai pelbagai kejohanan seperti pertandingan petanque Pendidikan Khas jemputan antara daerah Kulim, Kedah, serta kejohanan merentas desa dan olahraga Pendidikan Khas untuk acara 400 meter dan 800 meter.
Walaupun berdepan kekurangan, Hazem tetap bersemangat mengambil bahagian dalam kem jati diri di peringkat sekolah, menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap aktiviti sukan.
Sanusi turut menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan menyedarkan masyarakat mengenai potensi anak-anak istimewa. Beliau percaya bahawa setiap anak istimewa berhak diberikan peluang untuk mengembangkan bakat dan minat mereka sepenuhnya.
Kecoh di media sosial mengenai perkongsian yang memandang rendah kepada individu yang tidak mempunyai medical card.
Dengan caption, “Dah 2022 tak ada medical card? Lemah.” Membuatkan ada segelintir warganet tidak bersetuju cara begitu dinyatakan. Ia seakan menyindir golongan yang tidak mempunyai card medical.
Sebagaimana perkongsian ini menegur caption begitu yang memberi peringatan bahawa tidak semua orang mampu berbuat demikian.
Semoga kita muhasabah diri dan menghormati privasi setiap keluarga.
Tak hina pun tak ambil medical card. Tak de yang tak elok pun guna servis hospital kerajaan.
Sebelum saya ada medical card pun, di tempat beginilah saya dapatkan rawatan. Rawatan ok, ubatan ok, tempat pun selesa. Cuma bab menunggu tu je kena sabar sikit.
Di hospital swasta pun masih ada yang perlu menunggu. Dah tempat tumpuan orang ramai kan. Mana nak elaknya.
Bagi yang mampu nak ada medical card, alhamdulillah. Boleh beri ruang pada mereka yang tak mampu untuk dapatkan rawatan percuma.
Tapi, jangan sesekali persoalkan orang yang tak ada. Bukan semua orang mampu
Ini peringatan buat saya dan sahabat agen takaful juga. Untuk kita sebarkan kesedaran. Bukan memburukkan keadaan. Dan perlekehkan seolah kita duduk di kayangan.
“Bukan semua mampu untuk komitment bulanan.”- netizen
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Setiap antara kita pasti merasai ujian, tidak kiralah sama ada orang miskin yang hidup serba kekurangan, bahkan orang kaya terlihat hidup senang juga ada ujiannya yang tersendiri. Begitu juga orang bijak pandai, hakikatnya ujian itu sebenarnya mendewasakan seseorang insan dan menjadikan kita manusia yang lebih baik dan kuat.
Namun jika ada yang meletakkan ujian itu untuk terus menerus berada di dalam kemurungan dan kesedihan dalam hidup, maka ujian yang datang akan terlihat derita sepanjang waktu.
Menurut Pakar Motivasi Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah atau lebih mesra dipanggil Tok Abah, sebenarnya ada 15 cara yang boleh dipraktikkan untuk kita ubah derita kepada bahagia. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Semoga bermanfaat.
Ini 15 cara nak ubah derita kepada bahagia
Tukar rutin harian diri. Hidupkan pagi kamu seawal 430 pagi. Waktu kamu sedang sendiri, masa itu kamu dekatkan diri dengan beribadat dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.
Perhatikan sekeliling di dalam rumah, asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi. Bungkus yang tak perlu dan dermakan pada yang memerlukan.
Amalkan gaya hidup minimalist.
Sentiasa buat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan. Amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang kamu makan. Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang.
Cari true calling dalam hidup. Maksudnya kamu cari sesuatu yang bila kamu lakukan akan buat kamu jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi.
Walaupun apa pun keadaan kamu, penat ke sakit ke, kamu tetap ada semangat nak buat.
Pelihara diri kamu terutama kesihatan mental kamu. Sentiasa jaga apa yang kamu fikirkan, elakkan overthinking dan gunakan minda kamu untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.
Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT terlebih dahulu. Cek solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.
Jaga silaturahim kamu dengan keluarga. Sentiasa mohon maaf dengan mak ayah dan adik beradik. Sentiasa juga tanya khabar saudara mara baik jauh ataupun dekat.
Perbaharui kehidupan sosial kamu. Lihat circle kamu. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorong kamu ke arah kebaikan.
Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.
Pastikan tempat kerja kamu adalah tempat kerja yang dapat membina kerjaya kamu. Bukannya sesuatu pekerjaan yang mengekalkan kamu di satu tahap sahaja.
Hidup harus ada kemajuan, begitu juga dengan kerjaya dan tingkat pendapatan kamu.
Tukarkan cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Tak jumpa. Cari lagi dan terus cari.
Buat kerja sampingan mengikut minat dan kesukaan kamu. Asah bakat dan skil kamu supaya kamu dapat duit dengan hal yang kamu suka.
Ia akan buat kamu lebih bahagia dari merana rasa terpaksa.
Berikan sumbangan kepada masyarakat. Ikuti NGO, kerja amal dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga kamu sebagai jalan ‘sedekah’ supaya kamu suburkan ladang pahala di akhirat kelak.
Perkuatkan hubungan kamu dengan alam. Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai dan panjat bukit atau gunung.
Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan kamu.
Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling. Memaafkan adalah tanda kamu kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.
Kita hidup bukan sekali di atas dunia, tetapi kita hidup setiap hari. Maka tiap hari adalah peluang baru untuk bahagia.
Jika kita tak boleh berbahagia di dunia macamana kita nak “taman bahagia” yang Allah telah siapkan untuk kita di akhirat sana.
Tok Abah selalu doakan kamu ya.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,Terus bahagia ya.