Anak-anak ni segalanya buat ibu bapa. Apa yang diminta mesti akan dipenuhi permintaannya meskipun sedar diri tak mampu. Apatah lagi berkaitan dengan perkara yang membanggakan ibu bapa, pasti akan dituruti.
Baru-baru ini tular kisah dari seorang peguam jenayah bernama Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang berkongsi sebuah kes yang dikendalikan beliau dan kisah itu tidak pernah dilupakannya sehingga ke hari ini.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, kejadian itu berlaku pada tahun 1998 di mana beliau menyaksikan seorang wanita berbangsa India dengan tangan digari telah dibawa ke mahkamah atas kesalahan mencuri set lengkap kotak pensel di sebuah pasar raya yang bernilai kira-kira RM18.
Difahamkan, ibu itu bertindak sedemikian kerana dia sudah berjanji dengan anak lelakinya untuk memberi hadiah sebuah kotak pensel jika mendapat nombor 1 dalam pelajaran di sekolah.
Bagaimanapun, ibu tersebut terpaksa mencuri barang yang dijanjikan kepada anaknya kerana kesempitan wang.
“Sekitar tahun 1998, saya bertemu dengan seorang wanita berbangsa India dalam mahkamah. Saya tanya dia, apa masalahnya? Dia menjawab yang dia mencuri satu kotak pensel untuk dijadikan hadiah kepada anaknya yang dapat nombor satu. Katanya, harga kotak pensel itu sekitar RM18.
“Jadi, saya beritahu majistret yang saya mahu pergi berjumpa dengan guru besar anak wanita itu. Sesampai di sekolah, guru besar telah membuktikan yang anak wanita itu tadi benar-benar dapat nombor satu,” katanya.
Ads
Menurut Ahmad Zaharil yang sudah 31 tahun berkhidmat sebagai peguam, guru besar berkenaan setuju untuk memberi keterangan kepada mahkamah mengenai isu tersebut.
“Selepas mendengar, majistret memberi hukuman berkelakuan baik terhadap wanita itu. Sebelum beredar, saya beri sedikit duit kepada wanita itu. Saya pun dah lupa berapa yang saya bagi.
“Tapi beberapa individu lain turut menyumbang dan saya rasa adalah dalam RM200 untuk dia berbelanja,” katanya.
Ads
Mengulas lanjut, setelah beberapa tahun, beliau didatangi seorang lelaki yang telah memerhatinya beberapa hari di kantin.
Rupa-rupanya, lelaki itu merupakan anak kepada kes wanita tersebut dan dia juga telah berjaya menjadi seorang peguam.
“Suatu hari, saya duduk di kantin.. ada seorang peguam asyik tengook saya. Keesokan harinya pun dia asyik tengok saya sambil tersenyum. Pada hari ketiga, dia datang berjumpa dengan saya.
Ads
“Dia tanya saya ni Encik Ahmad ke? Saya jawab ya. Kemudian dia kata emaknya kirim salam. Katanya, mungkin saya tidak ingat.. tapi dia adalah kanak-kanak yang mahukan kotak pensel suatu ketika dahulu. Dan kanak-kanak itu sudah menjadi peguam sekarang.
“Berjurai air mata saya. Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan.. Itu menjadi kenangan yang saya takkan lupa sampai mati,” tambahnya.
Dalam kehidupan ini memang macam-macam perkara boleh berlaku tanpa diduga. Kadang-kadang tidak ada angin tidak ada ribut, tiba-tiba boleh pula jubin yang terpasang elok di bahagian dapur memasak jatuh dengan sendirinya.
Hal ini terjadi pada salah seorang ahli group Masak Apa Hari Ini yang dikenali sebagai Jaja Rahman. Difahamkan wanita ini telah pun mempersiapkan semua ramuan dan bahan-bahan untuk memasak rendang di dapur.
Dalam keterujaannya menyediakan menu istimewa untuk keluarga, tiba-tiba bertukar tragedi ngeri bila jubin dinding dapurnya jatuh dan menghempap semua ramuan yang ada di dapur tersebut.
“Nak buat rendang nasib untuk makan tengahari, tengah kecut daging, nahhh kauuuu berguguran tiles jatuh himpap dapur dan bahan-bahan. Nasib baik jugak la kepala x bocor dan dapur kukuh tak pecah walau jubin berat jatuh tepat atas permukaan.”
Difahamkan juga, kejadian tersebut tiada kecederaan serius, hanya luka-luka kecil. Terkejut dengan apa yang berlaku, wanita ini bertindak untuk menghubungi pihak kontraktor untuk mengetahui punca boleh berlaku demikian. Namun apa yang lebih membuat rasa kecewa setelah mendengar jawapan daripada kontraktor tersebut. Memang tidak masuk akal dan tidak berasas.
“Terus tak jadi masak.Nangis. Sedey, contractor boleh gelak-gelak kata benda ni biasa jadi. Nasiblah dia kata.
“Serius cannot brain betul ke ade antara kawan-kawan yang pernah kena?,” ujarnya lagi.
Apabila diajukan soalan kepada ahli group, nyata ramai yang memberi komen dan berkongsi pengalaman yang sama. Malah tidak kurang juga menyarankan agar dikenakan tindakan kepada kecuaian pihak kontraktor.
Fadzliyani Kamaruddin “Sebab2 kejadian tile jatuh:-1)kualiti tile tak bagus, 2) pemasangan yg cincai/ tak teliti, 3) ada gegaran/ pembinaan berdekatan. Memang perkara yg sering berlaku…. Kalau tile yg diganti tu spesis sama kemungkinan akan berlaku jugak…”
Shun Ahmad “Sepatutnya kena buat lubang2 dlu dn pakai gum simen tepek tile…mmg kntratr ni x lulus hsl keja dia..”
Diana Husin “Saya penah kene mcm ni.. Dia punya letop mcm bom.. Abis kuali pisau pgan smua berkecai.. Masa saya tgh masak.. Nasib saya ni masak sambil tu baca ayat kursi.. Saya nk terkencing.. Baru masuk satu kaki ky bilik air.. Terus meletop abis terbang.. Klu saya ada kt situ mmg muka abis… Allah masih bg umur yg panjang saya.. Tula kene sllu amalkan ayat Kursi bila dimana berada”
Jannatul Naim Mohamed Ramli “Pengalaman sy lantai.. Hari buat open house.. tetamu tgh ramai tiba2 lantai bengkak.. tutup ngn karpet.. selesai majlis berderai pecah tiles. Cara install x betul.. sepatutnya lantai atau dinding kena lubang dulu (hack) baru la motar dgn tiles.. tp kerja mudah terus motar dgn tiles lekat pd lantai atau dinding.. ibarat gam tiles tu.”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Hati ibu bapa mana yang tidak dijentik pilu bilamana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh pergi dahulu. Kegembiraan menyambut ahli baru dalam keluarga hanya seketika. Arwah adik Dhalia Nur Imanni hanya ‘dipinjamkan’ selama 56 hari sebelum ‘diambil’ kembali. Arwah disahkan mempunyai masalah kebocoran pada injap jantung ketika dalam kandungan lagi.
Pada awalnya, ibu ini tidak sedar memandangkan anaknya menjalani kehidupan normal seperti bayi lain. Suatu hari, anaknya tiba-tiba lemah longlai dan biru. Luahan ibu ini buat ramai sebak. Semoga terus tabah.
Sesetengah wanita dikurniakan kelebihan walaupun sudah mempunyai anak namun saiz badan langsung tak berubah dan kekal langsing seperti zaman belum berkahwin.
Bahkan ada yang anak sudah semakin besar sampaikan ramai keliru ia bukan kelihatan seperti ibu dan anak sebaliknya kakak dengan adik.
Pelakon yang pernah popular dalam filem Congkak ketika zaman kanak-kanak, Erynne Erynna kini sudah bergelar ibu kepada seorang anak perempuan diberi nama Medina, 2 tahun.
Mesra dengan panggilan Erynne, baru-baru ini pelakon tersebut memuat naik satu video pendek bersama anaknya. Namun apa yang menarik perhatian peminatnya adalah gaya pemakaian simpleh ibu muda ini.
Dengan fesyen pakaian yang sopan, ramai memuji penampilan Erynne yang santai dan lebih mengagumkan mereka kerana wajah pelakon ini masih kekal ‘baby face’.
Mereka terkejut melihat wajah Erynne yang kelihatan sama ketika melakonkan watak dalam filem Congkak.
Rata-rata warganet mengatakan pelakon ini dan anaknya kelihatan seperti adik-beradik. Pengikut Erynne memuji nya yang sentiasa kelihatan awet muda.
Pakai Harness Untuk Keselamatan Anak
Selain daripada penampilan Erynne yang simple, tindakan Erynne menggunakan harnes untuk keselamatan anaknya di tempat awam turut mendapat perhatian.
Ramai yang memuji tindakan Erynne dan turut mengakui pemakaian harnes banyak membantu ibu bapa mudah mengawal pergerakan anak di tempat awam berdasarkan pengalaman masing-masing.
Dipuji Ramah & Humble
Erynne yang kini masih aktif berlakon turut dipuji kerana sangat ramah dan suka membalas komen-komen peminat di Instagram.
Rata-rata peminat tersebut sudah mengikuti lakonan Erynne sejak dia kanak-kanak lagi dan sangat mengagumi bakat lakonannya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI