Susahnya bila badan ni selalu berpeluh dan menjadi penyebab badan berbau. Ini pasti menimbulkan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika bersama pasangan. Bimbang juga si dia akan menutup hidung apabila bersama kita.
Jadi apa penyelesaiannya?
Selain menggunakan deodoran untuk atasi masalah ini, ada cara yang lebih alami dan berkesan. Bukan sahaja masalah bau di bahagian bawah lengan hilang malah boleh dikatakan seluruh badan juga berbau wangi.
Caranya cukup mudah, cuma perlu minum air rebusan ini sebagaimana yang diamalkan oleh Puan Wann Rohani. Jom Semak!
IKLAN
Bahan-bahan:
3 batang serai
2 daun pandan
2 mangkuk air
Cara Buat :
1. Potong atau titikkan serai dan pandan2. Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air3. Didihkan serai sampai wangi
4. Kemuadian masukkan daun pandan
IKLAN
5. Didih 2 minit dan tutup periuk
6. Biarkan sehingga suam baru buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap
IKLAN
Buang Angin
Istimewanya minuman ini apabila ditambah ramuan halia di dalamnya boleh bertindak sebagai agen untuk membuang angin di dalam badan. Ini secara tidak langusng minuman ini amat baik untuk kesihatan, badan jadi ringan dan dalam masa yang sama berbau harum. Pasti pengamalnya akan berasa cukup puas hati.
Kesihatan Dalaman
Jika ada antara kita yang berhajat untuk menjaga kesihatan dalaman dengan cara tradisional, minuman ini juga boleh membantu. Caranya mudah sebagaimana yang Puan Wan amalkan iaitu dengan menambah 2 liter air di dalam air rebusan tersebut. Kemudian disimpan di dalam peti sejuk untuk diminum setiap hari.
Dalam dunia ini, siapa sahaja yang tidak mahu kelihatan cantik dan sekali gus memiliki kulit wajah bersih dan berseri. Hakikatnya memiliki wajah yang bersih dan bebas daripada cela tentu ada usaha yang harus dilakukan dan ada rutin penjagaannya yang khusus. Itu memang tidak boleh dinafikan, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Jadi sebagai salah satu usaha yang boleh kita lakukan hari ini, adalah dengan mengamalkan petua alami ini dalam perawatan dan penjagaan kulit wajah. Usaha konsisten yang dilakukan ini akan menjadikan wajah terlihat lebih bersih dan sekali gus memudarkan bintik-bintik hitam jika ada.
Nak tahu bagaimana, ayuh baca perkongsian daripada perkongsian di fb milik Lelawati Lela yang sering dilihat gemar berkongsi pelbagai petua di media sosial. Jom semak.
HILANGKAN PARUT DAN BINTIK HITAM
Hai korang.Ingat Kekla lagi tak? Hehe pagini Kekla nak bagi korang satu petua yang senang sesangat untuk hilangkan parut dan bintik-bintik hitam kat muka. Yang pasti bahannye semulajadi dan selamat.
Lemon. Yup! Lemon je korang.
Caranya mudah sangat, korang belah 2 lemon tu kemudian amik lemon yang sebelah je perahkan untuk dapatkan jusnya.
Then, amik jus lemon tadi sapukan pada kulit muka korang yang berparut dan bintik-bintik tu.
Oh ya sebelum Kekla terlupa, buat ni selepas korang cuci muka tau! Jangan pulak muka penuh dengan mekap korang pergi sapu jus lemon tu. Sebab ade yang tanya. So Kekla kena la jawab kan.
Kemudian biarkan selama 10-15 minit lepas tu boleh bilas dengan air suam dan keringkan muka pakai tuala yang kering dan bersih.
Buatlah 3x seminggu ye tapi nak nampak kesan tu amik masa sikit almaklum bahan semulajadilah katakan.
Lemon mengandungi Asam Alpha dan Askorbat-L yang dapat membantu mengurangkan parut jerawat serta dapat membantu membersihkan liang pori. Lemon juga dikenali sebagai agen menghilangkan parut atau bintik hitam pada wajah.
Okey korang try la buat ye mudah-mudahan parut dan bintik hitam kat muka tu pudar atau hilang.
Hari raya bakal menjelang kurang 2 minggu dari sekarang. Namun masih ada lagi yang belum membeli baju raya kerana sukar menentukan baju, warna dan fesyen yang akan digayakan ketika hari kemenangan itu nanti.
Yang paling runsing tentulah kaum wanita. Mereka pastinya nak kelihatan cantik dan menawan di hari raya lebih-lebih lagi untuk diabadikan dalam gambar kenangan.
Bukan hanya baju raya, pemilhan warna tudung juga adalah penting bagi menaikkan lagi seri wajah dan aura si pemakai.
Kalau salah pilih warna boleh menyebabkan penampilan seseorang itu nampak tidak menyerlah dan boleh moody
Jadi, untuk kaum hawa di luar sana kami kongsikan idea padanan warna baju raya dan tudung supaya lebih cantik dan menyerlah.
JANGAN PENING! INI PADANAN WARNA BAJU RAYA & TUDUNG
1. Hijau
2. Ungu
3. Kuning
4. Zamrud
5. Silk Blue
6. Lavender
7. Royal Blue
8. Dusty Pink
9. Pastel Alice
10. Living Coral
11. Persian Blue
12. Crimson Red
13. Pale Seaweed
14. Merah Jambu
15. Kuning Lembut
16. Deep Silver Grey
Selepas ini jangan pening-pening lagi di depan almari ye, boleh cuba padankan ikut idea di atas untuk mudahkan kamu. Semoga bermanfaat!
Meskipun amalan mengambil jamu begitu sinonim dengan wanita Melayu, namun siapa sangka wanita berbangsa cina ini juga tidak terkecuali. Malah dirinya begitu selesa dilabel sebagai Amoijamu.
Terbukti amoi ini bukan sebarang amoi, dia miliki bentuk tubuh yang cantik, sihat dan bertenaga hasil daripada mengamalkan jamu semenjak 15 tahun yang lalu. Menurutnya, ramuan jamu tersebut telah dikongsikan oleh mak bidan yang merawatnya ketika berpantang dan hingga kini terus diamalkan.
Nyata, apabila diamalkan menampakkan kesannya yang cukup hebat. Jadi usah tunggu lagi, buat anda yang belum berjinak-jinak dengan amalan jamu ini ada baiknya mencuba dan rasai sendiri kesannya.
Bagi ibu-ibu yang biasa mengambil jamu, apa kata kali ini anda sediakan sendiri ramuannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Amanda Tan ini. Jom semak!
Hari ni saya kongsikan satu resipi mak bidan saya buatkan utk saya 15tahun yang dahulu. Sekali sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki utk mencari bahan bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang yang nak masuk usia 40an. Berikut adalah resipinya.
Jamu Asam Kunyit Herba
Resipinya:
→Segenggam Kunyit matang.
→Segenggam Halia Bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
→Segenggam Temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali
→Segenggam cekur / kencur. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.
→Daun Mengkudu 3 helai kalau besar.
→Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
→Air 1 liter
Perisa ikut selera memasing:
Asam Jawa
Gula Melaka
Garam
Lada Hitam untuk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
Cara olahan:
1. Cuci bersih kesemua bahan bahan.
2. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air secukup nya dan kisar semua bahan hingga sebati.
4. Dah sebati tu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.
5. Ambil air yang sudah dikisar dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.
6. Waktu memasak boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam. Ikut citarasa masing-masing ya. Saya tidak meletakkan gula. Untuk mereka yang baru bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.
Cara minum:
Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. : Amalkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.
Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku.
Boleh amalkan seminggu dua kali.
Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu.
Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.
KHASIAT:
: Memulihkan tenaga
: Memanaskan badan
: Melancarkan peredaran darah
: Membuang angin
: Atasi lenguh lenguh , sengal badan
: Mengurangkan bau badan
: Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
: Menghilangkan keputihan
: Memulihkan luka dalaman
: Mengecutkan peranakkan
: Melawaskan pembuangan
: Menyerikan wajah
: Mencantikkan kulit
: Khasiat tinggi
: Agen awet muda
: Sesuai untuk wanita dan lelaki
Tidak sesuai ketika:
*Waktu haid
*Sedang hamil
*Anak kuning / jaundis
*Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
*Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.
“Kita dah nak masuk umur 40an dah. Masih lagi rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Tak kira bangsa , agama atau usia, jamu lah pilihan ku.”-Amanda Tan
Intan Ladyana kongsi wajah Umayr, anak keduanya sudah 3 bulan, "Rupa siapa ye." Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata keduanya, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur ada 26 April yang lalu.