Setiap ibu bapa, harus menjadi teladan yang baik kepada anak-anak untuk cemerlang. Itulah cerminan untuk anak-anak mencorak perjalanan hidup mereka. Perkongsian oleh Muhammad Hassan  begitu bermanfaat mengenai pandanganya terhadap segelintir ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak. Jom semak!

Ibubapa Kena Ajar Anak Daripada Awal, Supaya Dapat Kawal Diri Demi Kebaikkan. Deep Perkongsian Ini 

Angin betul saya pagi hari tengok pelajar sekolah isap rokok lalu depan rumah. Saya tahan pelajar ini. Perkara pertama saya tanya. “Ayah awak hisap rokok tak? Mereka semua jawab ya. habis tu awak merokok ini ayah awak tahu tak? Semua jawab tidak.

Mereka 3 orang. Semuanya merokok pada usia 10 tahun. Mereka belajar merokok sebab tertarik dengan gaya bapa hembus asap rokok,setelah itu curi curi isap baki rokok yang bapa buang. Sekarang tingkatan 2 isap rokok dari hasil duit belanja untuk ke sekolah. Cara pegang rokok pun dah macam orang dewasa. Lapar kat sekolah tak mengapa janji ada rokok. Saya kata petang ini nak jumpa kamu semua nak belanja minum.

Tuan puan jangan pelik. Jika tengok pelajar pelajar merokok,kebanyakkan bapa mereka juga merokok. Sebenarnya mereka kenal bau rokok dari bayi lagi. Mereka ini ketagih rokok dari bayi lagi. Akhirnya mereka tak boleh jika tak bau rokok.

Bila dewasa mereka mula nak mencuba bagaimana rasa isap rokok. Tapi sekarang dah ramai pelajar sekolah rendah kantoi merokok. Jangan salahkan mereka. Salahkan kita mak ayah sebab tunjuk contoh tak baik. Nak kata apa lagi jika bapa mereka sendiri merokok dan kita nak halang mereka dari merokok? Nanti dijawab . Ayah saya pun mereka kenapa saya tak boleh?

IKLAN

Kita yang tunjuk tauladan yang tidak baik kepada mereka.

Sebab itu saya cukup tidak bersetuju jika mak ayah bawa anak kecil masuk wayang. Dari zaman kanak kanak kita dah ajar mereka keluar malam,kita tunjuk kepada mereka suasana yang sepatutnya mereka tak perlu tengok,lagi saya tak boleh terima bawa anak lepak kedai mamak tengok bola.

Asal hujung minggu heret anak-anak tengok wayang,tengok bola,tengok lumba motor, Lepas tu kita fikir risau kenapa budak zaman sekarang pelajar sekolah rendah pun dah mula merokok,suka keluar malam pergi lepak rumah kawan. Hujung minggu hilang ikut kawan kawan pergi lepak di mall main game,pergi CC berjam jam. Puncanya kita yang ajar mereka BASIC cara untuk bersosial di hujung minggu.

IKLAN

Akhirnya mereka terjebak dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah. Mula ada teman lelaki ketika usia 12 tahun dan mula berzina. Ada yang isap pil kuda,minum air ketum pada usia 15 tahun.

Tuan puan. Jangan ambil mudah tentang perkara ini. Nak tengok bagaimana anak kita kelak. Tengok cara didikan kita hari ini. Apa aktiviti kita setiap hari di dalam rumah. Adakah masih hidup suasana iman di dalam rumah kita.Adakah masih hidup hadith Nabi Muhammad S.A.W diperdengarkan kepada ahli keluarga kita.

Lihat aktiviti hujung minggu kita. Adakah kita bawa anak anak untuk bersosial dengan perkara perkara yang berfaedah. Pernah tak hujung minggu kita imarahkan masjid? Ziarah jumpa orang kampung sebarkan salam? Ikut aktiviti kebajikan bantu fikir miskin.

IKLAN

Lihatlah contoh tauladan cara gaya mak ayah kita dulu mendidik. Tiada lagi aktiviti diluar rumah selepas waktu magrib bagi anak anak kecil melainkan ke masjid surau. Tiada hiburan melainkan bersama ahli keluarga yang dipantau rapi.

Cukuplah apa yang dah berlaku depan mata kita hari ini. Kerosakan demi kerosakan akhlak berlaku. Takkanlah kita pun mahu terpalit dengan kerosakan ini?. Berusaha supaya segala kerosakkan ini tidak berlaku kepada ahli keluarga kita dan orang yang kita sayangi.

Moga yang menulis ini dapat amalkan dan tuan puan dapat manfaat.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI