Buat penggemar masakan Kelantan, memang tak tolak tepi malah terus singsing lengan baju dek jika di atas meja telah terhidang ikan yang dimasak Singgang.  Begitulah jika ingin dibayangkan betapa berseleranya hendak dimakan.

Bercerita tentang hidangan singgang ini, adapun apa yang biasa kita lihat kuahnya berwarna putih dan sebenarnya ada juga singgang ikan kuahnya berwarna dan mempunyai rasa yang pedas.

 

 

Ini seperti yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst ini. Menurutnya menu tersebut orang kelantan namakan Singgang Pedas. Dan apabila dimasak menggunakan pilihan ikan kerisi, rasanya memang enak.

“Ore Kelate panggil asam pedas @ singgang pedas. Guna ikan kerisi fresh, memangg sedap rasa manis masam dan sedikit pedas. Nak guna ikan tenggiri, ikan patin pun boleh. Cara masak pun mudah dan kejap aje, anak anak pun suka”

Ikan Kerisi Enak Dimasak Singgang Pedas. Ni Resipi Orang Kelantan, Rugi Tak Cuba!

“Ikan kerisi banyak jenis, saya guna kerisi macam dalam gambar. Kalau goreng jangan buang sisik, sedapnya krup krap krup. Sedar sedar habis sepuyuk nasi,” kongsinya di ruangan kapsyen.

Ikan Kerisi Enak Dimasak Singgang Pedas. Ni Resipi Orang Kelantan, Rugi Tak Cuba!

Resepi mudah asam pedas Kelantan

Bahan bahan:

IKLAN

Ikan kerisi saiz sedang 4 ekor

Bawang besar 1biji*

Bawang putih 2 ulas*

Kunyit 1/2 inci (boleh ganti serbuk kunyit)*

Lengkuas 1/4 inci*

3 tangkai lada kering yang direbus (cili kisar pun boleh)*

5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)

IKLAN

Daun kesum

Bunga kantan belah 2

Bendi

Garam & serbuk perasa

 

 

Cara cara

IKLAN
  1. Blend bahan bertanda * dengan air
  2. Masukkan bahan blend dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih
  3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita nak
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa, bila ikan dah masak boleh tambah bendi. Siap! Sedap dan serious mudahIkan Kerisi Enak Dimasak Singgang Pedas. Ni Resipi Orang Kelantan, Rugi Tak Cuba!

Makan dengan sambal pauh, ada pulak ikan kering, aduh demo tok kenal bare bohhh

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Ikan Kerisi Enak Dimasak Singgang Pedas. Ni Resipi Orang Kelantan, Rugi Tak Cuba!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI