Menyebut tentang menu asam pedas, memang boleh membangkitkan selera dibuatnya. Gabungan rasa masam dan pedasnya cukup sempurna. Pun begitu, asas pedas ini sebenarnya ada beberapa jenis seperti Asam Pedas Melaka, Asam Pedas Johor, Asam Pedas Nyonya, Asam Pedas Utara dan sebagainya. Setiap satunya mempunyai resipi dan cara memasaknya yang tersendiri.

Jadi bagi anda sekeluarga yang gemar makan asam pedas, apa kata mencuba menu Asam Pedas Nyonya yang dikongsikan ini. Menariknya Asam pedas Nyonya ini berbanding asam pedas biasa, adalah pada ramuannya yang menggunakan rempah-rempah dan sekali gus memberi rasa istimewa.

Jadi tunggu apa lagi, jom dicuba resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Wardah Rosmyra ini.

Oleh kerana saya ni bukan selalu dapat pekena ikan pari.. Jadinya rezeki hari ini ikan pari ni kawan saya yang bagi… Excited saya sampai tak sabar-sabar nak tunggu waktu lunch untuk masak.. Saya bangun awal-awal pagi terus ke dapor masak…

Ikan pari ni saya masak asam pedas nyonya… Cukup-cukup sedap dan kena dengan selera anak tekak saya dari firstime saya rasa lagi.. Terus buat Muke sposen mintak resepi dengan sorang autie tu.. Alhamdulillah… Dia tidak kedekut resepi… So.. saya buatlah seperti yang di ajar.. Ni kali yang ke 7 saya masak asam pedas follow resepi dia.. Ayam ke ikan ke.. Semua rase cun… Hawaii… Ni nak makan dengan roti puri… Salam subuh….


.

Resepi
1 ekor ikan pari – potong 6 keping atau 5 ekor ikan
5 sudu besar cili kering kisar – boleh tambah
1 sudu kecil pes asam jawa – jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
Garam

IKLAN

Bahan tumbuk:
2 sudu ketumbar biji
2 sudu jintan manis
Serai

Bahan kisar:
8-9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia

IKLAN

Bahan tambahan
Daun kesum
Bunga kantan
Tomato
Bendi
Halba
Daun limau purut

Cara cara:
1. Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis dan tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan cili kisar sehingga wangi dan benar benar garing, masak dan terbit minyak.
2. Masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih, baru dimasukkan ikan pari
3. Masukkan garam dan air asam secukupnya perasa gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Nota:
Jika menggunakan ikan merah, masak sekejap sahaja supaya ikan tidak hancur…

Sumber : Aisyah Wardah Rosmyra via MAHN